........... Cadbury Sebuah Syarikat Melayu ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Cadbury Sebuah Syarikat Melayu ? ?

Sunday, June 8, 201426comments

Awang Katim Buring
Alkisah diceritakan dari satu generasi ke generasi yang lain sehinggakan kesahihannya amat diragui, syarikat cokelat ternama di Malaysia yang bernama Cadbury diasaskan oleh seorang usahawan Melayu Pribumi bernama Awang Katim Buring.

Cadbury adalah singkatan nama beliau di mana diambil KATim BURIng , maka jadilah KATBURI yang kemudiannya diomputehkan selepas perang dunia kedua menjadi CADBURY.

Terserahlah nak percaya ke tidak ....


                                                     **********************

PERHATIAN - Artikel ini tidak ada kaitan secara langsung dengan isu DNA BABI dan Cokelat Cadbury. Cuma saya terpanggil untuk meluahkan ketidakpandaian yang saya miliki dengan harapan ada bijak pandai diluar sana yang dapat mengesahkan - Apa benarkah Syarikat Cadbury Malaysia ini sebuah syarikat Melayu ! ?

Cuba perhatikan CONTOH tajuk yang dimainkan sejak akhir2 ini dalam isu DNA BABI Cadbury -


Ramailah para bloggers yang turut mengaitkan Cadbury dengan MELAYU.



Saya bukan nak pertikaikan, saya cuma nak penjelasan jer ..... Benarkah Cadbury dikategorikan sebagai sebuah syarikat Melayu yang wajar dipertahankan dari serangan agenda sesetengah pihak yang sengaja memainkan isu DNA BABI bla bla bla ....


Kalau ikut Wikipedia, CADBURY -


Cadbury is a British multinational confectionery company owned by Mondel─ôz International. It is the second largest confectionery brand in the world after Wrigley's.[2] Cadbury is headquartered in Uxbridge, London, and operates in more than fifty countries worldwide.

Cadbury is best known for its confectionery products including the Dairy Milk chocolate, the Creme Egg, and the Roses selection box.

Cadbury was established in Birmingham in 1824, by John Cadbury who sold tea, coffee and drinking chocolate. Cadbury developed the business with his brother Benjamin, followed by his sons Richard and George. George developed the Bournville estate, a model village designed to give the company's workers improved living conditions. Dairy Milk chocolate, introduced in 1905, used a higher proportion of milk within the recipe compared with rival products. By 1914, the chocolate was the company's best-selling product.

Cadbury merged with J. S. Fry & Sons in 1919, and Schweppes in 1969. Cadbury was a constant constituent of the FTSE 100 from the index's 1984 inception until the company was bought by Kraft Foods in 2010.[3][4]


Sekali lagi saya ulang, persoalan tidak ada kaitan dengan isu DNA BABI atau lain2 .... mudah jer - Benarkah Cadbury Malaysia sebuah syarikat Melayu ? 

PS - Ya, ada saham syarikat GLC Malaysia didalam Cadbury Malaysia tapi adakah itu sudah melayakkan nya di label sebagai syarikat Melayu ?  

Senangnya nak dapat pembelaan sebagai syarikat Melayu , ek ...

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2014 at 2:23 PM

Pada zaman dahulu, sebelum Perasuah Rakyat diiktirafkan, zaman yang kita boleh banggakan juga lah, kumpulan perniagaan dari luar negara yang ingin berurusan di negara ini kena buka syarikat baru di Malaysia dan mesti ada "local participation", selalunya syarikat atau pun individu bumiputera. Itu sebablah banyak MNC yang ada pemegang saham bumiputera.

Kalau nak iktiraf status mengikut pegangan saham, mana syarikat yang dimiliki lebih 50% bumiputera adalah syarikat bumi. Jadi Cadbury ni tak cukup Bumi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2014 at 2:25 PM

Ade pihak sgt terkesan akibat pulauan org melayu.

Tahao desperado ini menunjukkan betapa org melayu adalah consumer terpenting pihak2 ni.

Ini bukti kuasa beli yg hebat org2 melayu ada.

Roadmap utk org melayu kembali menjadi kuasa digeruni amat mudah ntah kenapa semua lesu tidak mahu berbuat sesuatu.

Satu parti alternativ yg menarik semua melayu. Parti ini akan menegaskan utk kita hanya support kedai2 buniputera dan menjana rantaian2 baru buniputera. Menolak org2 tgh. Dan puak2 yg kita tau bertuhankan wang akan segera menggeruni kita kembali.

Cuma perlu platform dan ruang utk implement.

Perkara2 tentang jihad ekonomi dan memulaukan kedai2 cauvinis, semua ini kita xkan dgr dr umno.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
June 8, 2014 at 2:50 PM

Masalah tiada ramai melayu terlibat dalam perniagaan. Dalam kes ini diberitakan Boustead dan Felda adalah saham dalam syt cadbury malaysia. Jadi melayulah atau dengan lebeh tepat Euromalay.

....................
Reply To This Comment ...................
June 8, 2014 at 2:55 PM

@UnknownJadi mereka yang memperjuangkan keMelayuan Cadbury itu sebenarnya mempertahankan Cadbury ATAU saham GLC dalam Cadbury ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2014 at 2:59 PM

Salam,
Ramai pekerja melayu kot. Ramai gak melayu makan. Org cina kurang mkn pasal jaga kesihatan. La ni , mungkin ah jib gor sengaja timbul isu, nak jaga kesihatan ahli pas dan org melayu agar tak dpt sakit kencing manis mkn cadbury byk sangat.

Bela tu nak jaga imej menteri dan kerajaan je

....................
Reply To This Comment ...................
June 8, 2014 at 3:03 PM

@AnonymousSyarikat milik cina yang pakai ramai pekerja Melayu pun dikira Syarikat Melayu ?

Sebenarnya saya teramat hairan bilamana RAMAI para bloggers yang melabelkan Cadbury sebagai syarikat Melayu. Cadbury yang Melayu atau pelaburan GLC dlm Cadbury yang Melayu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2014 at 3:09 PM

Kita bukan mempertahankan Cadbury. Tapi kita juga tidak mahu ada unsur-unsur sabotaj kerana perang perdagangan sekarang ini semakin hebat. Syarikat lain yang anti Cadbury boleh merasuah kakitangan KKM untuk menipu ataupun menyuruh kakitangan bukan islam dalam KKM mencampur sedikit lemak babi (bacon) dalam sample yang mereka uji, sudah tentu keputusannnya akan keluar ada DNA babi. Siasatan rapi dan menyeluruh mesti dijalankan. Saya pernah terlibat dalam ujikaji sampling dan saya tahu ada banyak cara untuk kakitangan KKM menipu. RM10,000.00 rasanya sudah mencukupi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2014 at 3:09 PM

Mengikut pemahaman aku, Din ialah nama panggilan seorang melayu. Turtle pulak ialah nama omputeh bagi penyu yang mungkin mewakili Teenage Mutant Ninja Turtles. Persoalannya, jika nama melayu (Din) digabungkan dengan nama omputeh (Turtle), apakah Dinturtle adalah seorang melayu ?

....................
Reply To This Comment ...................
June 8, 2014 at 3:19 PM

@Anonymousisu disini bukan soal dna babi tapi label syarikat Melayu yg diberikan kpd Cadbury.

....................
Reply To This Comment ...................
June 8, 2014 at 3:19 PM

@Anonymoushuh ? ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2014 at 5:51 PM

Macam juga isu mekdi. Sykt milik asing, tapi sebab ramai pekerja melayu diambil bekerja, maka memboikot mekdi di umpama mempercepatkan org melayu tidak bekerja. Katburi juga ada pemilikan saham bumi dan mungkin pekerja melayu yang ramai. Samalah juga dengan uitm, ada juga melayu pencadang dan melayu pembangkang. Isu dia sekarang kat mana tempat melayu berkumpul dan mencari makan, kat situ sajalah yang punya isu. Masuk kapal sendiri tebuk lubang kasi bocor. Kalau ada masalah dalam kapal kasi cuci sampai bersih, takkan sampai mahu kasik tenggelam kapal... Pandangan sahaja dari seekor penyu yang melihat ramai orang dalam kapal. Anak Kapal

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2014 at 7:04 PM

Antara senarai 'syarikat melayu' diblog lain tu, rasanya ade yg dimiliki oleh Indon.
Tak gitu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2014 at 7:18 PM

Aku rasa macam merepek gila katburi...cadbury tu syarikat britsh bukan melayu siapa2 yang pertahankan cadbury tu syarikat melayu dia mungkin terlebih makan cadbury hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2014 at 7:22 PM

Cadbury Malaysia mungkin ramai pekerja2 melayu tapi itu tak bererti ia adalah syarikat melayu. Dah jelas Cadbury berasal dari luar. Bagi aku, isu 'syarikat melayu' yang dikaitkan mungkin salah faham atau mungkin di gunakan untuk menaikkan kembali imej dan reputasi Cadbury serta menjaga kepentingan pemegang2 saham.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2014 at 8:58 PM

Antara pemegang saham utama Cadbury ialah LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) melalui Boustead Holdings dan Felda. Jadi, kalau Cadbury rugi/lingkup LTAT dan Felda juga akan turut terkesan. Felda dan LTAT adalah milik bukan Melayu? Fikir-fikirkan...

....................
Reply To This Comment ...................
June 8, 2014 at 9:06 PM

@Anonymousfakta itu masih tidak menjadikan cadbury sebuah syarikat Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
June 8, 2014 at 10:42 PM

Cadbury BUKAN syarikat Melayu!! Yang ada hanyalah pegangan saham Cadbury di Malaysia yang dimiliki oleh GLC dan syarikat milik orang Melayu. Itu saja. Berbeza dengan restoran makanan segera yang mana lesen franchise di Malaysia di pegang oleh individu atau syarikat tempatan, Cadbury ni dah tergolong sebagai syarikat asing yang melabur di negara kita. Zaman Tun M mewajibkan pelabur asing buat JV dengan syarikat tempatan (syarikat tempatan itu pula WAJIB mempunyai ekuiti bumiputera 30% Zaman liberal progresif dah terhapus syarat ni.)

Sama juga dengan kes kilang Carlsberg, adakah ianya syarikat milik tempatan atau milik asing. Kalau check dengan SSM, pasti ada syarikat tempatan yang pegang saham dalam Carlsberg.Silap-silap ada nama Melayu yang menjadi lembaga pengarah syarikat (disebabkan syarat wajib zaman Tun M dulu).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 8, 2014 at 10:47 PM

melayu memeng gitu .. kira nak senang jer, menempel saham kat mana2 bisnes agak2 boleh untung propaganda kata syarikat melayu. apa payah sangat ke LTAT, Bousted & Felda nak bukak syarikat cokelat melayu? Bila aganya orang melayu nak mula mencipta? apa benda yang dah orang melayu cipta? mana perginya makna rekacipta atau usahawan yang diaorang gembar gembur selama ni? malulah sikit melayu ... koperat besar duit banyak, spender pun cina buat. makan minum atas pinggan cawan cina buat. tido atas tilam bantal cina buat, berakpun atas lobang jamban cina buat. tu sebab TDM senak perut dengan melayu ... tak pernah nak berubah, kira nak mudah. yakpurr punya kaki.

....................
Reply To This Comment ...................
June 8, 2014 at 11:08 PM

Kesimpulan saya - Cadbury BUKAN syarikat Melayu.

Jadi agak2lah kalau nak pertahankan Cadbury atau nak pertahankan Jakim ... jangan sampai BODEK melampau ! Begitu murah sekali maruah Melayu di permainkan oleh mereka yang kononnya mempertahankan Melayu ..... Cadbury punya pasal, hancur ....

....................
Reply To This Comment ...................
June 8, 2014 at 11:42 PM

'Cadbury is headquartered in Uxbridge, London, and operates in more than fifty countries worldwide'.

pegangan saham boustead & felda hanya +/- 27% dlm cadbury MALAYSIA, kat negeri2 lain zero, company melayu jugak? melayu syiok sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
June 9, 2014 at 12:26 AM

JAKIM kena jaga dulu. Suruh mereka fikir luar kotak. Jadikan Islam ini sempurna. Mesti aktif dan agresif menjaga Islam dan penganut-penganut nya. Apa dia 'Kebajikan' dalam nama JAKIM ?

Masaalah Cadbury, saham mereka ada pegangan modal melayu. Pengurusan tertinggi belum tentu di bawah kuasa melayu. Malah tidak boleh campur tangan pun sebahagian nya. Umpama PNB. Apa hak pelabur? Jika di beri dividen setengah sen, terima saja. Halal haram, urusan mereka. Betul tak ?

Jika boleh sudah tentu Cadbury tidak tersasar isu dna babi ! Tentu ada prosedur kawalan resepi produk nya semua yang halal !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 1:54 PM

Kat sekolah anak aku, SK Ayer Keroh bila hantar anak pagi-pagi selalu nampak satu kenderaan pick-up warna hijau diluarnya ada tulis Carlsberg. Dia hantar anak pergi sekolah, nampak pakai tudung dan memang muka Melayu. Jadi kesimpulan aku adalah, orang Melayu ni kerja dengan Carlsberg. Dah tentulah jelas terlibat dengan syarikat arak. Jadi, adakah Carlsberg tu syarikat Melayu?

....................
Reply To This Comment ...................
June 9, 2014 at 3:29 PM

Bukan syarikat Melayu. Ni semua propaganda supaya semua Melayu Islam buat u-turn.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
June 10, 2014 at 2:25 PM

1. Cadbury bukan syarikat melayu tapi banyak juga GLC yang melabur.

2. Imej Cadbury telah jatuh disebabkan isu ini. Cadbury boleh saja menyaman KKM. Tetapi mungkin KKM akan jawab ia bukan Cadbury tapi "Cabbury"....

3. Secara peribadi saya berpendapat bahawa sebuah syarikat multinasional yang sentiasa menjaga imejnya dengan pelanggan tidak mungkin mengkhianati pelanggannya. Tapi mungkin juga saya salah.

4. Maka siasatan secara terperinci perlu dibuat terhadap KKM, JAKIM dan Cadbury sendiri. Dengar kata ada NGO hendak menyaman, maka eloklah disaman ketiga-tiganya sekali supaya siasatan terperinci dapat dilakukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2014 at 7:43 PM

Nampak nye cadbury bukan syarikat anak tempatan atau bumiputra.mmg ade yg x kene dgn kisah dna babi dlm coklat.knape perlu tgu lame utk disahkan ade dna babi sedangkan dh lame keputusan ujian keluar.knape perlu selindung?same la mcm syarikat yg besar2 yang menggunakan 'nama' org melayu tapi sebenarnya milik bukan melayu.contohnya macam 'sapura kencana' name je tapi kepala besar semua cina.hahahahaaaaaaa.melayu oh melayu.sebagai orang yg dh makan coklat cadbabry selama ni x bleh nak saman ke org yg bertanggungjawab?

....................
Reply To This Comment ...................
December 11, 2014 at 3:31 PM

sapura kencana tue mmg melayu punya la mek..
ank dr mahadir pnya company tue..
sesuka ko jer kate cina..siasat dulu baru cite..

Post a Comment