........... BR1M - Berapa Ramai Yang Masih Berbaki Duit BR1M 2014 ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

BR1M - Berapa Ramai Yang Masih Berbaki Duit BR1M 2014 ?

Sunday, June 15, 201418comments


Ni apa hal pulak nak citer pasal BR1M ni ? Dah 4 bulan BR1M dibayar, duit pun dah tak ingat kat mana dibelanjakan. Kalau bulan 2 hari tu masa BR1M mula nak diagihkan, seronok juga layan .... ni musim BR1M dah habis la ! Tunggu la tahun depan pulak ....

Sebab itulah saya nak sebut hal BR1M, sebab bila duit BR1M dah habis, masa tu fikiran pun dah tenang sikit nak komen secara rasional. Ni nak bincang pasal BR1M sedangkan lagi 1-2 minggu tangan nak menadah BR1M .... manalah nak rasionalnya.

Serius .... berapa ramai yang masih ada baki duit BR1M ? Berapa ? Apakah anda ikut cakap Najib dengan membahagikan jumlah kepada 12 bulan dan hanya membelanjakan satu bahagian pada setiap bulan sesuai dengan tujuan BR1M itu sendiri iaitu untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi masalah peningkatan kos hidup ? 

"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.

"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," 


Itu tahun lepas punya hujah ... Tahun ni punya hujah pulak -

"Saya tahu ada orang yang bayar hutang apabila mendapat bantuan BR1M ini, kita tolong orang lunas hutang, besar pahala yang kita dapat," ( kenapa bunyi macam menggalakkan rakyat berhutang pulak ..... )


Hujah BR1M ni berubah2 ikut tahun, ek ? Tahun depan punya hujah pulak apa ya ?

Berapa ramai sebenarnya yang menggunakan BR1M itu bagi mengurangkan beban kos hidup sepanjang tahun ?

Bila saya kritik BR1M ni, ada la pulak yang komen - daripada tak dapat, lebih baik dapat !

Point saya adalah - Guna juga dana itu untuk membantu kumpulan sasaran tapi CARA LAIN yang lebih efektif dan tepat kepada objektif. 

Minyak naik sebab nak teruskan BR1M ...... BR1M sekali dapat terus habis tapi kesan kenaikan minyak sepanjang tahun ....

Bijak, bijak ....

Seperti kata Tun Mahathir -

"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.
 
"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 4:46 PM

itu pandangan peribadi, tapi hakikatnya ramai yang terima brim rasa bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan... lebih baik harga gula naik, harga tepung naik, harga letrik naik dan harga minyak naik... subsidi yang kerajaan guna untuk tepung, letrik dan minyak boleh digunakan untuk bagi brim pada rakyat yang kurang mampu....

sekarang nie bukan zaman lepas merdeka...zaman tu ramai rakyat yang susah dan miskin....kalau kerajaan bagi brim maknanya hampir satu malaysia yang akan terima brim dan masa tu kerajaan pun bukannya kaya mana pun (hasil cukai pun sikit sebab rakyat ramai yang miskin). tapi sekarang nie banyak sudah beza....anak petani sudah jadi doktor pakar...anak mekanik sudah jadi professor...anak nelayan sudah jadi lawyer...rakyat sudah ramai kaya.....kerajaan memang wajar beri brim pada rakyat yang susah dan miskin...kerajaan wajar kurang kan subsidi sebab sekarang bukan lagi zaman lepas merdeka....rakyat malaysia sudah ramai yang kaya dan berjaya....apa salahnya yang kaya tu bayar lebih sikit untuk gula, tepung, letrik dan minyak supaya duit itu boleh digunakan untuk bantu yang susah dan miskin....bukan ker yang kaya tu juga dulu asalnya susah dan miskin....tak salahkan.... saya sokong BRIM dan rasionalisasi subsidi kerajaan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 5:17 PM

Aku sekarang ni tgh menunggu bantuan RM500 sebab kejatuhan harga getah. Minggu depan baru duit masuk kot. Berbalik kpd BR1M, apa yang pasti ialah subsidi kerajaan dieksploitasi pihak tertentu sehingga timbulnya kes penyelewengan subsidi diesel. Ketirisan telah berlaku. Sebagai penerima BR1M, saya setuju BR1M dihapuskan seandainya minyak Ron95 boleh diturunkan sehingga ke paras RM1 seliter atau bil TNB boleh diturunkan ke paras munasabah. Jika setakat turun 10 sen - 20 sen jer, baik tak payahlah sebab tak menjejaskan apa2 pun. Kalo turun biarah turun seminimum mungkin. Baru berbaloi.

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2014 at 5:19 PM

@Anonymousmemang tak salah nak sokong. Poin saya , tjdak adakah CARA LAIN yang lebih efektif ? Zaman serba canggih dengan segala etp, mbe, nkra, liberalisasi, rasionalisasi, wassatiyah , rekonsiliasi, konsultan billion2 .... apakah cara LAMA yakni beri duit, saja yang dapat Najib hasilkan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 5:42 PM

Salam Pak Din,
Aku dah 2 kali merasa BR1M , tenkiu pada gomen. Tapi pada tahun ni, tak dapat krana aku bagi nombor akaun pada depa, konon untuk mempercepatkan agihan, rupanya dari situ depa dapat kesan aku ada buat pinjaman bank. Itu sebab ada Pak Menteri kata sebanyak 17,000 telah bersetuju untuk tidak mahu terima bantuan tu. Aku termasuk dalam golongan tu kot. Agaknya la...tapi rayuan tetap buat, belum dapat keputusan lagi....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 7:42 PM

din turtle said:

memang tak salah nak sokong. Poin saya , tjdak adakah CARA LAIN yang lebih efektif ? Zaman serba canggih dengan segala etp, mbe, nkra, liberalisasi, rasionalisasi, wassatiyah , rekonsiliasi, konsultan billion2 .... apakah cara LAMA yakni beri duit, saja yang dapat Najib hasilkan ?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

ini bukan cara lama lah... kat uk, us dan australia semua nya ada pemberian duit pada orang atau keluarga yang tak ada pendapatan...mereka yang maju tu mana ada bagi subsidi pada tepung, minyak petro, gula dan letrik....cara nie lah paling efektif... bagi duit pada orang susah bukannya bagi subsidi pada semua orang termasuk yang kaya....macam jugak duit zakat diberi kepada yang memerlukan bukannya bagi kat semua orang termasuk yang kaya dan yang tak memerlukan duit....benda simple macam tu pun kau tak boleh nak fikir ker???

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2014 at 8:04 PM

@Anonymousitu cara LAMA la ! Social security payment ?

Apakah itu cara yang terbaik ?

Jika mahu bandingkan dengan negara lain, maka kenalah banding pelbagai lagi perkara yang berkaitan. Kita tidak boleh lihat hanya pada satu2 mekanisma saja sedangkan semuanya berkait rapat.

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2014 at 8:07 PM

@dinturtlesatu lagi, saya tidak pertikaikan NIAT kerajaan mahu bantu rakyat. Memang bagus pun tapi apakah niat disebalik BR1M itu dipenuhi oleh rakyat yang menerima ?

Itu poin utama artikel ini - berapa ramai yang masih ada baki duit BR1M 2014 ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 8:12 PM

Booo BR1M tetap membazir...buat apa bagi BR1M kalau kerajaan berhutang berbilion2 ringgit?? Aku bukan pro pembangkang tapi tun dr m dah cakap daripada bagi ikan lagi baik bagi pancing la woi!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 9:16 PM

din turtle said...

itu cara LAMA la ! Social security payment ?

Apakah itu cara yang terbaik ?

Jika mahu bandingkan dengan negara lain, maka kenalah banding pelbagai lagi perkara yang berkaitan. Kita tidak boleh lihat hanya pada satu2 mekanisma saja sedangkan semuanya berkait rapat.

satu lagi, saya tidak pertikaikan NIAT kerajaan mahu bantu rakyat. Memang bagus pun tapi apakah niat disebalik BR1M itu dipenuhi oleh rakyat yang menerima ?

Itu poin utama artikel ini - berapa ramai yang masih ada baki duit BR1M 2014 ?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

ok, tak payah bandingkan dengan negara lain...kita tengok negara kita aje...balik pada point artikel din turtle...berapa ramai yang masih ada baki duit brim 2014???

aku faham maksud kau, kau bimbang dengan duit tu akan mengemukkan lagi rakyat kita sampai mereka nie malas bekerja dan asyik harap pada bantuan kerajaan aje...

tapi masalahnya kau yang tak faham maksud aku....sama lah macam subsidi, bukan ker subsidi tu lah yang mengemukkan rakyat kita sampai mereka malas bekerja....itu sebab kerajaan kurangkan subsidi (rasionalisasi subsidi) iaitu berikan subsidi (duit brim) tu kepada yang benar-benar memerlukannya macam kata Tun M lah "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan". bukannya beri subsidi tu kepada semua orang termasuk yang kaya. contohnya subsidi letrik, orang kaya rumah ada 4 air-con tapi orang miskin ada dua kipas aje....siapa yang akan dapat subsidi letrik banyak... dah tentu lah si kaya tu...bukan ker tu beri duit pada orang kaya??? tapi kalau kerajaan kurang kan subsidi letrik atau hapuskan terus subsidi letrik dan duit digunakan untuk bagi brim sudah pasti yang kaya ada 4 air-con tu tak dapat subsidi (duit) dan sudah pasti si miskin yang ada hanya dua kipas tu akan dapat duit (brim) yang lebih banyak dari sebelumnya (subsidi letrik)...

aku harap kau faham lah kawan, tak larat nak explain lagi.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 9:36 PM

Din, zaman sekarang ni kalo ko bawak duit RM1,000 untuk berbelanja. Pastu ko bawak duit sebanyak tu gi shopping kat pasaraya dan kedai-kedai, aku jamin dalam sehari pun ko bole habiskan duit tu. Percayalah cakap aku, Din. Tu belom masuk bayar bil api air, bil internet, tol, minyak keta, utang keta, utang rumah dan macam2 bil lagi. Kalo setakat RM1,000, sekelip mata jer boleh habis. Inikan pulak setakat BR1M RM600, sejam pon boleh habis. Lebih2 lagi kalo famili besar dan tinggal di bandar besar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2014 at 7:53 AM

Ketirisan yang mencecah billion ringgit sebenarnya boleh digunakan untuk menampung BR1M. Jadi sebelum rasionalisasi, selesaikan tu dulu. Ni lepas rasionalisasi aje, harga barang naik. Lepas tu macam domino, berantai-rantai harga barang naik. Kesannya lagi merata. Bila barang dah naik harga, bagi berapa banyak BR1M pun macam air lalu aje.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
June 16, 2014 at 1:43 PM

1) Kalau ada penerima BR1M yang masih ada baki duit BR1M tu maknanya dia bukan orang yang perlu dibantu. Tambah2 kalau duit tu dia guna untuk melabur. Elok sedekah duit yang dapat tu pada kumpulan sasaran saja. Jangan ambil hak orang yang memerlukan.

2) Kumpulan sasaran pada aku ialah orang susah, papa kedana, sakit, kurang upaya, ibu/bapa tunggal, anggota keselamatan, orang yang banyak hutang, banyak tanggungan, disenaraihitam, muflis, penjaja, peniaga kecil, peniaga yang tak boleh buat pinjaman sebab disenaraihitam atau muflis dan setara dengannya.

3) Syarat2 penerima BR1M yang dibuat kerajaan tu dah betul cuma mungkin ada ketirisan. Itu yang kena siasat.

4) Beri pada yang masih bekerja dan berusaha mencari rezeki untuk sara diri dan keluarganya bukan pada yang meminta sedekah tak mahu kerja atau pada penagih dadah untuk beli dadah atau pada cina kaya yang nak semua tapi undi haram tak bagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2014 at 1:48 PM

Yang aku pelik nya walaupun harga barang naik rakyat Malaysia masih mampu beli kereta baru! Wow!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2014 at 2:42 PM

aku setuju...makin ramai aku tengok orang kita pakai kereta baru/mewah/import (wish dan estima bersepah-sepah cikgu sekolah pakai)....kalau kereta boleh beli tak kan minyak tak boleh kut...haji sampai penuh kouta....bersepah-sepah orang kita pergi umrah...kalau tak ada duit macam mana boleh pergi haji atau umrah....percaya lah orang kita sudah ramai yang kaya dan senang...tapi masalahnya adalah mental subsidi mereka yang tinggi sampai ke langit yang buat mereka lupa dan tak bersyukur...dan asyik rasa tak cukup...sampai duit brim yang kerajaan beri untuk orang susah pun dipertikaikannya...

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2014 at 10:22 AM

Kadang-kadang yang mengadu seba tak cukup ni hanya kerana nak dapatkan sesuatu dengan cara percuma tanpa berusaha atau mahu segala-galanya ditanggung kerajaan. Kita perlu fikirkan berapa banyak yang kita beri bukan berapa banyak yang kita terima.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
June 19, 2014 at 8:51 AM

senang cerita...yang layak dapat brim tu termasuk golongan asnaf yang 8 ke? jika ya..silakan..brim patut ditambah lagi. tapi yg dapat brim MAJORITINYA bukan asnaf yang layak dapat zakat kan? so kat mana telusnya? jika anda tak layak terima zakat, itu maksudnya anda masih dikira berkemampuan..masih nak nafikan?

kan dari awal lagi aku dah kata..brim memang hanya political tool..skrg pun dah nampak kerajaan dah takde duit..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2014 at 2:26 PM

Tu yang dapat...anak 9 org..bersekolah menengah 3 org sekolah rendah 2 org ,tadika 1 org..pendapatan bawah rm2000..TAK LULUS sebab kononya nombor My Card isteri tersilap..
yang hairannya...sampai saja depan meja LHDN..kakitangan LHDN berkata...nombor MY Card tersilap...macam mana dia tau? sedangkan belum menunjukkan sebarang dokumen?
adakah semua yang tak lulus disebabkan kesilapan nombor My Card atau adakah hal ini di......? buat rayuan...hingga kini masih tiada berita....BR1M saya masih berbaki...tetapi berada pada kerajaan.....

....................
Reply To This Comment ...................
June 21, 2014 at 5:59 AM

@AnonymousPRO - memang betul, MEMBERI itu satu kepujian. MENERIMA itu satu kesyukuran.

CON - betulkah yg MENERIMA tu layak untuk dapat BR1M?
kalau 100 brim diagih, bukan semua 100 orang tu betul2 perlukan. maybe 100 orang tu sekadar cukup syarat untuk isi borang & lulus.



Post a Comment