........... Setahun Lepas PRU13 ..... Apa Pandangan Anda ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Setahun Lepas PRU13 ..... Apa Pandangan Anda ?

Friday, May 2, 201415comments

Beberapa hari ni saya tak berasa nak tulis apa-apa walaupun masih ikuti perkembangan politik semasa. Malah demo bantah GST semalam pun bagi saya, tak penting untuk diulas kerana besok lusa orangramai akan lupa .... seolah insiden itu tak pernah berlaku pun.

Mereka yang ikut serta dalam demo itu pun kalau balik kampung akan bercerita pengalaman mereka berjalan ditengah jalanraya ibukota, bersorak dan melahirkan perasaan bangga kerana gerombolan mereka berjaya  melumpuhkan trafik disekitar jalan menghala Dataran Merdeka.

Tidak ada penambahan pengetahuan mengenai GST baik pro maupun kontra.

Terbaca artikel terbaru A Kadir Jasin yang mahu pembacanya memberikan penilaian terhadap pemerintahan BN dibawah Najib sempena genap setahun Najib diberikan mandat oleh rakyat sebagai PM.


Rasanya ia satu topik yang menarik juga untuk dikongsi bersama pembaca2 DT.  Antara yang menarik untuk diulas mungkin kemampuan Najib untuk memenangi hati rakyat yang semakin skeptikal dengan prestasi barisan kabinet Najib, nasib bangsa Melayu di bawah dasar Liberal Najib ( ... dan mungkin KJ kerana umum melihat KJ semakin menonjolkan diri ) dan yang paling penting apakah Najib mampu memastikan BN menang PRU14 dengan keadaan dan cara yang kita nampak setakat ini.

Dan mengenai kemungkinan Anwar dipenjarakan selama minima 5 tahun atas kes Liwat 2, apakah anda fikir ia bakal merubah senario politik pembangkang ? 

Secara jujur, saya berpendapat pemenjaraan Anwar tidak banyak membawa perubahan. Nasib Umno dan BN lebih banyak bergantung kepada Najib sendiri.

Sekiranya Najib gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya, rakyat akan tetap menolak BN dan secara tak langsung memberi kelebihan kepada Anwar, biarpun beliau dalam penjara.

Gambaran Anwar dalam penjara pastinya akan dieksploitasikan PR demi meraih sokongan simpati terutamanya dari generasi muda yang tidak kenal sejarah.

Namun jika Najib berjaya memenangi hati rakyat, Anwar akan mereput dalam penjara. 

Nasib Umno dan BN adalah atas kepala Najib sendiri, bukan orang lain. Kalau ratingnya 1 yang paling teruk kepada 10 sebagai yang terbaik, di mana anda letakkan Najib setakat ini ?

Saya copy sebahagian dari A Kadir Jasin -

Sebaliknya, saya rasa mungkin ini masa terbaik bagi para pembaca dan pembahas mengemukakan pendapat dan berbincang secara terperinci dan berhemah mengenai keadaan negara kita kerana beberapa hari lagi iaitu pada pada 6 Mei genaplah setahun Mohd Najib Abdul Razak memerintah negara dengan mandatnya sendiri setelah menang Pilihan Raya Umum 2013.

Saya serahkan kepada kebijaksanaan dan komitmen para pembaca serta pembahas untuk membuat analisis dan kesimpulan mengenai pencapaian Mohd Najib sebagai Perdana Menteri sejak 2009, khususnya selepas PRU2013.

Saya yakin ramai pembaca dan pembahas masih ingat kepada riuh-rendah dan hiruk-pikuk kita dipersembahkan dengan ikrar KPI, NKRA, keterangkuman, transformasi, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan serta banyak lagi slogan dan motto.

Pembaca dan pembahas bolehlah memberi penarafan (rating) kepada Perdana Menteri menggunakan ukuran-ukuran di atas. 

Terpulanglah kepada pembaca dan pembahas untuk menyatakan sama ada puas hati atau tidak puas hati dengan pencapaian Mohd Najib dan apa yang berlaku kepada negara sejak beliau jadi Perdana Menteri lebih lima tahun lalu.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2014 at 2:11 PM

Yg pasti pembangkang tetap dgn rutinnya Ceramah siang malam, berdemo dan merekacipta cerita dan pengikut tololnya menelan bulat2 tampa usul periksa.Nampaknya politiking yg tidak matang terus menjadi amalan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2014 at 3:31 PM

salam,

saya berpendapat kekuatan ah jib gor sebagai pemimpin tak berapa bagus. beliau mudah ditipu dengan cakap-cakap kosong dengan ayat dan perkataan power. serupa dengan ah jib gor juga menggunakan ayat power agar rakyat tak faham dengan isu yang diperkatakan. ucapan yang penuh dengan perkataan hebat tapi tak sehebat mana pun pencapaian dari praktikalnya.

nak disalahkan ah jib gor keseluruhannya, mungkin tak patut juga kerana itulah yang wujud sekarang, pemimpin berjiwa bodek dan mementingkan puji-pujian terhadap pencapaian mereka. para pegawai kerajaan pulak, ramai yang berpeleseran dengan menteri berbanding berada di pejabat. macam mana nak tau hal pejabat. main telefon ajer ker? di sinilah nampak lompang yang tinggal dalam pentadbiran. mungkinkah kerana adanya konsultan, maka pentadbiran nampak hebat dan tak perlu lagi ke pejabat. cukup hanya dengan memberi arahan dan semuanya sudah jelas dan mengikut apa yang diarahkan kerana konsultan membantu memberi idea, pegawai hanya menjalankan tanggungjawab dengan memasukkan data seperti yang dikehendaki dan konsultan akan menilai data tersebut untuk tindakan selanjutnya. tak perlu lagi menunggu laporan pegawai operasi atau pelaksana. cukup dengan data bernombor untuk dibuat tindakan. jika data tak lengkap, maka kakitangan kerajaan tak laksana tugas dan tak faham.

apakah tugas perdana menteri sekarang hanya meluluskan dan merasmi majlis. membaca ucapan yang disediakan dan segala yang dibuat oleh perdana menteri terus menerima kritikan. apakah perdana menteri tak berfikir dengan setiap apa yang beliau lakukan. tak buat mesyuarat ker? tindakan ini untuk siapa ? apakah perdana menteri tidak akan dikritik ? nampak macam perdana menteri blur kecuali brim. kritikan terhadap brim, respon ah jib gor pantas. bab lain, respon ah jib gor lambat. ini menunjukkan bahawa itu bukan dalam pengetahuan ah jib gor. beliau hanya rasmikan ajer,

banyak nampak kurang molek pentadbiran ah jib gor. mungkin kerana tun mahathir telah letakkan ciri pentadbiran yang tinggi. tapi rasanya pengalaman tak cukup di peringkat bawah kerana usia yang muda sudah menjawat jawatan menteri besar. tak sempat pun merasa jawatan peringkat bawah. harap para pemimpin lain berjiwa besar dan berfikiran terbuka dalam menerima kritikan. saya dok rasa, habis la melayu jika umno terus ditolak oleh orang melayu kerana sikap pemimpin umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2014 at 3:36 PM

Bagi nora...nora bagi dato najib 3/10 bintang...baik x nora?

....................
Reply To This Comment ...................
May 2, 2014 at 4:20 PM

@Anonymousdalam apajua organisasi, kecil atau besar , KEPALA harus bertanggungjawab.

Kalau positif, kepala dapat nama jadi kenapa kalau negatif harus dicari kambing hitam ?

Ya, Najib dan AhjibGor yang kena UBAH caranya. Mereka tidak boleh leka dan mengharap pada konsultan saja. Kesedaran dan inisiatif harus datang dari diri Najib dan AhjibGor sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2014 at 4:22 PM

selalunya bintang ni bersinar . , olih kerna ajib tak bersinar , malap, jadi tak ada bintang...

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
May 2, 2014 at 5:35 PM

tak minat nak bg bintang kat DS Ah Jib Gor. biar kaum Cina biaDAP yg undi dia. melayu ni cuma tpt dia lap kasut je sebelum naik tangga menjadi PM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2014 at 6:45 PM

aku walaupun tak berapa minat dan tak berapa menaruh harapan pada Najib...namun adakah kita punyai alternatif yang lebih sesuai ,dgn erti kata lain...lebih bijak ,licik dan tangkas?....kalau ada ..meh cerita laa..kita buat perbandingan dan buat rumusan yang terbaik....lepas tu kita war-warkan....amacam?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2014 at 6:54 PM

Ahjibgor gagal..semua nya cantik atas kertas...hakikatnya rakyat tak suka dia...lemah, lembek, sotong, kangkong...tukang baca tek aja..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2014 at 7:28 PM

Najib? Siapa Najib? Seingat aku PM Malaysia nama dia Ahjibgor.. Najib dh lamaaaaaa dh hilang. Tak tahu pi mana..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 2, 2014 at 11:06 PM

puncanya adalah kerana mainan cybertroopers sendiri.. mereka berjaya menimbulkan kekeliruan kebencian syak wasangka kepada rakyat ..dan akhirnya..rakyat menentang..takpayah la nak sebut pasal pemerintahan najib .. kita lihat pemerintahan dulu..bagaimana cybertroopers berjaya mewujudkan kebencian kepada paklah...
dan kini pemerintahan najib mengalami nasib sama? dan bila muhyiddin mengambil alih apakah kelemahan2 beliau yg akan didedahkan cybertroopers..? sehingga kerajaan BN menjadi lemah? nntikan saat itu

....................
Reply To This Comment ...................
Anak Melayu
May 2, 2014 at 11:38 PM

Tak payahlah kutuk2 beliau lagi. Sepatutnya minta maaf pada beliau. Beliau pun dah tak lama lagi jadi PM, sampai bulan JUNE nie jee.. Dipaksa turun tahta..

Maklumat nie pun orang dalam yang beritahu kerana beliau telah melakukan kesalahan besar jadi kenalah bertanggungjawab.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 3, 2014 at 1:26 PM

Aku tak ada nak komen cara pemerintahan Najib cuma aku nak beri cadangan saja...

1) Bila berucap tak payah menjerit2 macam style Anwar. Ikut macam Tun Abdul Razak cool saja. Dr M dan Daim pun sama saja. Relax! Tapi orang dengar dengan kusyuk!

2) Rambut Rosmah tak payah buat macam pintu gerbang. Besar, tinggi dan kembang! Orang dok bercerita pasal rambut Rosmah sampai naik meluat! Tolong tukar hairstylist!

3) Najib tak perlu jadi popular bila buat keputusan. Pembangkang tak suka tak apa. Janji keputusan yang dibuat tepat dan memenuhi kehendak rakyat.

4) Najib perlu jadi melayu sejati iaitu melayu yang berani dan tidak mudah ditipu supaya menjadi Ah Jib Gor.

5) Najib kena ambil nasihat daripada veteran2 UMNO yang hebat terutamanya Tun Dr M dan Tun Daim.

6) Semua jenayah atau kesalahan yang mengganggu gugat masyarakat di negara ini perlu ditangani secara pantas. Bukannya menunggu sehingga buat beribu-ribu laporan polis baru nak bertindak.

7) BR1M cina bawa mercedes pun boleh dapat apahal ?

8) Muda-mudi kita sudah diracun dengan dadah terutamanya melayu. Macam mana nak ada pelapis masa depan kalau semua jadi penagih ? Bila ada tangkapan cuma pengedar kecil. Diumumkan rampasan dadah berjuta2 tapi taukeh2 dadah masih hilang sehingga ke hari ini, kenapa ?

9) Semua cadangan pembangkang bukannya baik untuk negara. Gaji minima RM900 itu membebankan kepada IKS. Sudahnya rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang.

10) Tarif elektrik terlalu tinggi, Tolong cari alternatif lain untuk sumber tenaga untuk rakyat/perindustrian.

11) Kerajaan kena berjimat dengan tidak mengambil consultant tetapi mengambil penjawat awam yang berkaliber untuk menjadi "think tank" kepada negara. Jika nak berjimat terus elok dengar nasihat orang lama yang berpengalaman.

Ada lagi tapi cukup buat masa ini.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 4, 2014 at 6:14 PM

Luorang kutuk2 najib tu luorang dh ada calon lain ka? Dah ada calon pengganti takpa la gak, jgn jadi anak ayam ilang ibu, kena pijak kena makan musang bila ibu dh kiok kena jerat, jgn jadi bodo ikut rentak lawan.
Luorang jgn lupa kita ada musuh dlm seluar, bila2 masa akan ngap buah luorang, musuh2 ni la yg kasi melayu gado sama melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 4, 2014 at 6:34 PM

@AnonymousMuhyiddin !

satu perkara yang belum pasti adalah jauh lebih baik dari satu yang PASTI hancur !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 6, 2014 at 3:33 PM

Aik!!! semua yg duk ada dlm barisan bkn peminpin ka?? Tak kan hilang tingal PENYAMUN ja kot(penyamun curi telor)

Post a Comment