........... Sabbaruddin Chik Kepada Najib - Jangan Perasan Bagus ! ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sabbaruddin Chik Kepada Najib - Jangan Perasan Bagus ! ? ?

Thursday, May 29, 201453comments


"Najib bernasib baik kerana ambil alih daripada Pak Lah, jika beliau ambil alih daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) pasti dia pun kena letak jawatan.


"Sepatutnya, Pak Lah dahulu tidak disuruh pun letak jawatan.

"Pak Lah tidak bernasib baik sebab ambil alih daripada Dr Mahathir kerana ketika itu beliau masih sangat kuat," 

"Najib kurang tapi tiada sesiapa yang suruh beliau undur.

"Bukan selesa atau tiada yang mahu Najib diganti, tapi orang Umno takut kalau dia dipaksa pergi siapa hendak ganti beliau," - TMI.


Demikian kata bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik bila ditanya mengenai prestasi Najib yang TMI dakwa sebagai lebih teruk dari PakLah.

Artikel2 TMI sebelum ini ada menyiarkan luahan Tan Sri dalam kes Bank Rakyat dan pinjaman mudah ( atau advance sebab tidak melibatkan sebarang bunga atau bayaran kepada peminjam ) kepada Deepak (?) dan campurtangan Menteri Perdagangan Hasan Malek  - TMI 27/5 dan TMI 26/5. ( saya belum nak komen lagi tentang isu ini, nantilah ... )

Menarik komen Sabbaruddin di atas .... sebelum ni ada didebatkan juga soal keupayaan Najib sebagai PM dan memang ramai yang tak puashati. Cuma dari jumlah yang tak puashati itu, ramai yang mengambil sikap 'terpaksa sokong' atas dasar ketiadaan pengganti yang lebih layak.

Jadi apa yang disebut oleh Sabbaruddin bukanlah sesuatu yang baru, beliau sekadar meluahkan semula apa yang terpendam dalam kepala orang2 Melayu.

Yang pro Najib tak payahlah nak melenting.... Tak perlu didebatkan pun. Terima sajalah kenyataan itu dan jadikan sebagai peringatan kepada Najib.

Peringatan supaya jangan berterusan perasan bagus .... perasan konon orang Melayu sokong pendekatan Liberal anda itu. Dekatilah semula akar umbi dan selami kehendak dan harapan mereka. Jangan pandai borak jer lebih dengan sebutan 'akar umbi'.


Share this article :

+ comments + 53 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 9:41 AM

Salam,

Untuk tidak melihat pilih kasih antara pak lah dan ah jib gor, boleh la kita katakan, pm kita ni bapa glamer, bapa vernakular, bapa cina, bapa sabarrrrr, bapa senyap, bapa konsultan, bapa punahsihat, dan pelbagai bapa lagi. Pak lah bapa tido, bapa mertua kj, bapa ikut ckp menantu. Penyokong dan penjilat ah jib gor jgn msrah yer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 9:50 AM

Saya sgt bersetuju, bukan pembangkang makin kuat ttp prestasi najib teruk!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 10:02 AM

aku fikir dia tak payah nak dekati orang MELAYU. dia dah pun tahu dan faham akan kehendak mereka. dia dah semulajadi bersemangat liberal. jadi usahlah dipaksa kerana kalau terpaksa bermakna tidak ikhlas. jalan yang terbaik adalah letakkan jawatan. usah difikirkan SIAPA yang akan menggantikan. timbalan yang akan naik sudah sememangnya budaya dan semulajadi dalam UMNO. lebih cepat lebih baik. dapat kita cegah sebelum parah. SIAPA yang akan menggantikan selepas itu hanya perwakilan yang akan menentukan. diharapkan perwakilan pula sudah pun terdedah dengan senario politik MELAYU hari ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 10:03 AM

Rasanya DS Najib yang tak bernasib baik mengambil alih kerajaan yang telah rosak teruk hasil kepimpinan Bapa Demokrasi Pak Lah yang tersangat lemah dan telah menjadikan Pakatan Rakyat kelihatan amat kuat. Pak Lah ambil alih kerajaan dalam keadaan yang amat kuat tetapi tidak dapat untuk mengekalkannnya dan patutlah beliau letak jawatan.

Cakap-cakap orang ada masalah dan hilang kepentingan ni kadang-kadang bukanlah boleh pakai sangat cuma boleh dengar aje.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 10:40 AM

Sabaruddin dan anda semua lupa ke atau sengaja buat tak nampak macam mana kerajaan yg diwarisi DS Najib dari Tun Abdullah...berbeza sekali kerajaan yg diwarisi Abdullah daripada Tun Dr M....DS Najib sedang berhempaspulas memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yg dah luntur akibat kegagalan Abdullah dulu...Sabaruddin ...tak puas lagike apa yg anda dpt sehingga hari ini???....Sepatutnya mereka yg berada dalam barisan kepimpinan sekarang sama-sama membantu DS Najib memulihkan keyakinan dan sokongan rakyat kpd UMNO/BN...usah biar DS Najib dan beberapa aje yg bersusah payah membetulkan keadaan...Kepada bekas pemimpin ...anda juga bertanggungjawab memulih keyakinan rakyat terhadap BN/UMNO...Jika malas nak buat begitu, duduk aje diam-diam...jgn buat kacau dengan mengeluarkan cerita negatif yg boleh menambahkan kebencian dan ketidak yakinan rakyat kpd BN/UMNO...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 10:51 AM

Bapa loyo? He..he..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 11:13 AM

Cuma najib lebih bagus dari bang non dari segi moral dan prinsip.

....................
Reply To This Comment ...................
May 29, 2014 at 11:51 AM

nak tanya lagu ni. antara almahrum tunku (1st) dgn allahyarham tun razak (2nd), sapa lagi baik? antara 2nd dgn allahyarham tun hussein onn (3rd), sapa lagi baik?. antara 3rd dgn tun mahathir (4th), sapa lagi baik? antara 4th dgn tun abdullah ahmad bad awi (5th), sapa lagi baik? & antara 5th dgn bapak transformer, sapa lagi teruk? nampak gaya graf dari 1st ke 6th is heading south.
7th? arah utara atau terus ke selatan?

....................
Reply To This Comment ...................
May 29, 2014 at 12:34 PM

@Anonymouskenapa setiap pengkritik Najib harus diserang peribadi mereka ? Bukan sedikit yang kritik Najib, apakah semuanya punya masalah peribadi sebagai punca kritikan ?

nak sokong keLiberalan Najib ?

kita lebih mengutamakan bangsa Melayu dari Umno atau Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 12:55 PM

@Anonymous

tak payah nak dibandingkan kerana kita cuba menilai pemimpin yang ada sekarang nih. benarlah saperti kata kamu dengan segala gelaran bapa tuh. kalau dah betul tak kan pula depa nak marah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 12:57 PM

@Anonymous

benar. tiada yang lain menlainkan benar. pembangkang mengambil kesempatan keatas keterukan itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 12:58 PM

Umno takut kalau dia dipaksa pergi siapa hendak ganti beliau? 3juta ahli tak de sorang pun boleh ganti beliau?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 1:00 PM

@Anonymous

SOKONG!! dan takkan membawa rebah. jangan takut. kerana nila yang setitik inilah yang merosakkan susu sebelanga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 1:02 PM

@Anonymous

ada baiknya pak lah ialah dia meletakkan jawatan semasa keadaan memerlukan dia berbuat demikian. najib tak mau lepaskan jawatan sebab dia perasan dialah yang terbaik kerana dikelilingi mereka mereka yang saperti dia juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 1:11 PM

@Anonymous

mungkin najib juga berfikiran sedang berhempas pulas mendapatkan keyakinan rakyat. justeru memansuhkan ISA, akta hasutan yang telah melahirkan pejuang pejuang yang bercakap tanpa memikirkan sensitiviti kaum. mengakibatkan agama, bangsa dan negara menjadi sasaran kaum bukan Melayu. melainkan berdiamkan diri dan melihat apa yang sedang berlaku. mereka mereka yang didalam barisan kepimpinan ada lah mereka mereka yang sama liberalnya dan tidak dapat membuktikan keupayaan mereka dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara. melainkan terpaksa menjadi apologetikal kepada kaum lain. pemimpin pembangkang lebih menampakkan kejantanan mereka diatas pentas manakala pemimpin UMNO yang hanya merupakan penghiasnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 1:12 PM

@Anonymous

loyo tuh apa bang? boleh kita kongsikan bersama?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 1:14 PM

@Anonymous

kalau dah tak bagus sememangnya tak bagus. moral apa yang dimaksudkan dan prinsip apa, melainkan jenama dan liberalisme.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 1:16 PM

tak ingat pun siapa yang berikan gelaran bapa transformasi tuh. transformasi apa yang telah dilakukan. setakat bercakap jer tak mainlah. bukan arahnya ke utara atau selatan bang, tapi barat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 1:44 PM

Masalah berterusan ke kerajaan yg diwarisi dari pak lah lemah. Dah dapat kuasa gunakanlah kalau tak pandai bagi org lain

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 29, 2014 at 1:46 PM

Dakwaan penyelewangan oleh Sabbaruddin Chik perlu disiasat SPRM.

------------------------
Terus terang aku perlukan berita yang menceriakan hari ini. Nasib baik ada:)

Sultan Johor mahu Pulau Batu Puteh dikembalikan kepada negeri Johor!
http://politikputramerdeka.blogspot.com/2014/05/johor-bakal-tuntut-kembali-pulau-batu.html

....................
Reply To This Comment ...................
May 29, 2014 at 1:53 PM

Aku bersifat sederhana DT. Tak kena kita kritik. Bagus dari majoriti kita puji. Kita hormati beliau kerana Kerusi Perdana Menteri. Sudah tentu kapasiti melebihi kita yang biasa dan bawahan.

Aku tidak pernah bersetuju cara beliau liberal di samakan kesederhanaan Islam ( wasatiyyah dalam mendokong MaqasidAl Syariah ) Fahaman dan logik manusia tidak boleh di campur-adukkan dengan ajaran dan logik Islam berilmu dalam haq nya. Ilmu Islam itu bukan logik tetapi di sesuaikan mengikut keadaaan dalam merujuk hadith, firman dan keputusan fatwa dari gabungan ilmuan berjemaah ( mufti dan ulama di iktiraf ) dan kemudian nya di persetujui Ketua Agama Islam dan Pemimpin Negara / Negeri. Erti nya keputusan bersepadu. Bukan di sana boleh, di sini tidak.

Kita tunggu Bajet Bulan Okt utuk 2015. Masih kecinaan ? Kita inginkan kelainan dari PM Najib. Kita mohon agar beliau bergerak dari akar umbi hingga ke atas bukan sebalik nya seperti beliau sudah laksanakan. Jika tidak, kita perlukan pengganti seperti kita tidak mahu nys kepada cara KJ yang banyak menjahanamkan !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 2:11 PM

Najib gong macam la nak dengar sangat orang melayu kritik pasal balik ke akar umbi. Najib gong hanya berminat bagaimana nak meliberalkan orang melayu dan tanah melayu saja melalui transformasi politik baru apa kejadah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 3:09 PM

Punca kepada semua permasalahan antara kaum ialah slogan 1Malaysia. 1Malaysia ciptaan Ah Jib Gor adalah merujuk kepada samarata dan samarasa. Teorinya ialah semua bangsa kononnya akan mendapat layanan adil dan saksama. TAPI ada harga yang perlu dibayar. Orang Melayu dipaksa supaya mengorbankan apa jua yang telah mereka miliki selama ini. Kuota bumiputera, MECD, DEB dan subsidi tidak lagi akan menjadi tongkat kepada orang Melayu. Orang Melayu terpaksa bersaing di atas padang yang tidak rata yang kononnya nampak lebih adil.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 3:28 PM

Aku nak mendengar apakah peruntukan khas untuk melayu semasa pembentangan bajet Oktober nanti. Ingat tu, peruntukan untuk orang melayu tau, bukannya peruntukan yang sememangnya akan diberi kepada semua orang seperti BR1M.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 4:00 PM

Silap Pak Lah masa tu adalah tidak meneruskan perancangan Tun M malah merosakkan segala2 yg berjalan dgn baik masa tu dgn melantik/mendengar org2 yg hanya berkepentingan peribadi disekelilingnya. Silap Najib adalah tidak belajar drp kesilapan Pak Lah dan cuba menjadi tikus membaiki labu. Masing2 ego dgn tidak belajar drp Tun M samada yg baik atau yg buruk...apa salahnya teruskan apa yg baik drp Tun M dan belajar drp kesilapan Tun M dgn mendengar nasihat dia apa yg harus diperbaiki....skrg mcm dah jadi rojak hinggakan budak muda berhinggus pon bleh jadi MP...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 4:30 PM

Macam daun pisang yang di salai..layu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 5:29 PM

Kesalahan terbesar Pak Lah ialah membiarkan Al Jubori bebas manakala kesalahan terbesar Najib,memansuhkan ISA.Dua-duanya 2x5 saja.Saya kurang bersetuju kalau di katanan Najib mahu memperbaiki kelemahan Pak Lah,kerana tidak ada satu pun tidnakan Pak lah yg di ubah atau di mansuhkan pula oleh Najib.Apa yg Najib buat lebih kepada menyambung dan menyempurnakan masalah yg di mulakan oleh Pak Lah terutama dalam soal keterbukaan dan 'kelembutan'.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 5:36 PM

Ke tiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat menghadapi masalah yg besar,DAP dengan isu yg masih belum selesai dgn ROS,PAS dengan masalah tunggangang laganggan 'fatwa' Islam dah Hududnya.PKR pula dengan perjalanan Pemilihannya yg kelam kabut seperti pemilihan kepala gangstar.Kalau pemimpin Umno sekarang seorang yg bijak,pakar strategi dan berani bertindak,ini adalah masa terbaik utk menjahanamkan parti-parti tersebut.Semangan 46,boleh tewas hanya dgn gambar tengkolok Kadazan berlambang salib yg di pakai olrh Ku Li,tapi sekarang Najib tak mampu menyudahkan bole tanggung sewajarnya.LEMAHNYA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 6:31 PM

yg paling diingati sewaktu zaman paklah ialah~~~jambatan bengkok ( so near yet so far away )~~~berita heboh dan gamat tentang ketegasan paklah bahawa projek jambatan bengkok akan tetap diteruskan ( ini sungguh menggembirakan TDM )~~~tup tup keesokannya~~~paklah isytihar~~~projek jambatan bengkok DIBATALKAN~~~~habis termengkelan semua~~~terutama sekali TDM~~~

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 7:31 PM

akun nak tunggu Mukhriz Tu Mahathir jd PM.Lain2 banyak songeh..Background hampeh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 8:04 PM

@Anonymous

mana orang boleh gantikan UMNO bang. UMNO tuh bukan ker parti? ada ker maksud kamu tuh najib?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 8:06 PM

@Anonymous

kalau bijak, kelemahan yang dulu tuh tak boleh dijadikan alasan. kalau bijak kelemahan itu ler yang patut diperkuatkan. sampai bila nak habis kalau asyik salahkan pemimpin yang terdahulu. belajarlah dari kelemahan pemimpin dulu barulah betul. jangan pula diulangi kesalahan yang sama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 8:10 PM

@PakKaduk

bila melibatkan menteri, takut takut kes penyelewengan tuh disenyapkan ajer. mungkin juga ada kaitanya dengan individu berpengaruh yang lainya. dah boleh agak dah tapi biarkan media dedahkanya.

pulau batu puteh? aku juga ada terbaca sebelum ini tapi melibatkan beberapa orang yang dah dibeli. entahlah. tunggu dan lihatlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 8:13 PM

@maae

kalau dah asalnya hitam, sampai bila pun tetap ia menjadi hitam. hanya bayangnya saja yang dapat memperbodohkan keadaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 8:14 PM

@Anonymous

bila nak dekat pilihanraya barulah dia akan jengah ke akar umbi atau pun di tak tau yang dia berkait rapat dengan akar umbi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 8:17 PM

@Anonymous

bila dijenamakan 1Malaysia, kenapa tidak dinamakan sekali 1Sekolah untuk semua? bila dikatakan perpaduan kaum, kenapa tidak dipadukan semuanya diperingkat awal dalam 1Sekolah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 8:19 PM

@Anonymous

harapkanlah yang buruk tapi sekiranya dapat baik bersyukurlah. tapi itu bukanya penawar kepada kesakitan yang telah dirasakan oleh orang MELAYU.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 8:21 PM

@Anonymous

barang yang lepas usah dikenang lagi. jadikan sejarah untuk kita pelajari. yang baik jadikan tauladan dan buruk disempadankan. hari ini kita lihat najib lebih teruk dan tidak mau belajar dari kesilapan orang lain. dia perasan di tuh bagus.

....................
Reply To This Comment ...................
May 29, 2014 at 9:12 PM

pembentangan belanjawan okt ini ialah nilai 1 unit asb rm4.00. premium rm3.00 boleh dikeluarkan dlm masa 5 thn berperingkat2. yak yak yeh!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 9:47 PM

Org lupa tentang BCA.

Apabila individu yg bakal dilantik menjadi pemimpin no. 1 fail BCAnya seperti ada kisah skandal yg memalukan. Akan lebih bahaya apabila bukti penuh dimiliki musuh.
Apabila ada skandal, 2 perkara akan possible terjadi:

1. Terpaksa menjawab samada secara jujur atau berbohong. Kemudian perlu menubuhkan team angguk2 agar sipemimpin itu nampak berwibawa.

2. Menjadi seorang yg semi-autonomous. Secara zahir tersurat full autoriti dlm pentadbirannya, yg tersirat, asal dia akur pada limit dia akan OK tak diganggu. Sekali-sekala akan dipanggil berjumpa pemegang 'bukti penting' utk reminder.

Prinsip TDM tentang BCA dan pemimpin itu perlu terlihat BCA sangat sesuai utk direnung oleh semua pemimpin. Yg kita tidak mahu ialah pemimpin yg mementingkan diri sendiri hingga memaksa jentera kerajaan & partinya terpaksa berbohong atau dibohongi utk menjawab kenyataan pembangkang yg nakal atau test reaksi yg sipi2 menyentuh tentang skandal yg memalukannya itu. Ditakuti sipemegang bukti juga berbisik pada pembangkang/musuh hints mengenai sesuatu yg bakal memalukan kerajaan tanpa memberi bukti solid.

Jadi kita guna kata2 TDM, bukan saja perlu BERSIH, CEKAP & AMANAH tapi perlu KELIHATAN BERSIH, CEKAP & AMANAH.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 10:24 PM

@Anonymous

dah macam batang keladi. terkial kial dan sememangnya tak boleh nak buat aper. garangnya ajer tapi berjuang dah tak boleh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 10:26 PM

@Anonymous

memang betul pun. dia bukanya nak membaiki tapi menjahankan lagi. takder apa yang dilakukan yang boleh membanggakan atau lebih baik dari pak lah melainkan penjualan jenamanya ajer untuk mencari populariti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 10:29 PM

@Anonymous

kaki bangku manalah tau main bola. tanggung ker apakebenda mana dia tau. nilai penasihat ajer tinggi tapi peghabeh beghas bolehlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 10:34 PM

@Anonymous

selepas tuh baru dia terpikir yang bengkok tak bagus. mungkin dia nakkan yang tegak. kan dah dikatakan dia tuh flip flop. tapi macamana pun aku pikir dia baik dan bijak sikit dari najib. belum pun sempat rakyat bencikan habis habisan dia letakkan jawatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 10:37 PM

@Anonymous

tak semudah yang kamu harapkan. KJ dah pun perkemaskan diri untuk naik. perwakilan pulak tuh pakai nampak. perjalanan beliau tidak semudah dan secepat yang diharapkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 10:47 PM

@Anonymous

amat sukar nak kita dapatkan pemimpin sedemikian. kebanyakan mereka hari ini tak ubah saperti pelakon. boleh berketayap, berjubah laboh. boleh buat muka seposen, dua puloh sen dan berbagai bagai mengikut kehendak keadaan. karaktor mereka amat sukar untuk kita kenali. kita akan kenal benar setelah mereka duduk dikerusi. masa itulah baru kita lihat warna mereka sebenar. masa itu juga sudah terlambat. mereka tidak akan pedulikan kita dan hanya tertumpu kepada keadaan sekeliling mereka. apa yang boleh mereka dapat atau buat sepanjang tempoh duduk dikerusi itu. yang kelihatan dan bersikap saperti yang dikehendakki tidak menonjolkan diri dan jika dapat dikenalpasti pun akan diketepikan awal lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 8:49 AM

kalau tgk dlm scope blog ni rasa mcm nk comment.

tp comment kita dh buat byk kali. peluang dh byk kali kita kasi.

kalau kita besarkan scope, minggu depan, tahun depan, lepas PRU
rasanya dh sampai masa bertindak.

kita comment pn adakah najib dgr? pernahkan? satu saya tau tentang org politik cara nk dpt perhatian mereka is bila kedudukan mereka terancam.

dlm umno adakah najib terancam.

perwakilan yg mengundi semuanya mengundi calon yg dikehendaki najib memastikan reign najib selagi umno masih ada. sampaikan mukhriz pn boleh kalah. saya xtau tuan2 rasa mcm mana, lepas pau saya dh tau harapan kita dh hampir tiada utk turunkan najib.

masih adakah harapan dgn umno? presidennya liberal, ketua pemudanya liberal, barisan dia barangkali liberal, (muhidin wallahualam).

saya tertarik nk tanya pasal sape ganti najib? kenapa nama muhidin x naik?

lagi sekali saya stresskan saya x rasa umno mewakili melayu kini. umno sebolehnya mahu kelihatan liberal pada cina, hanya lantang dan berani sebut melayu dan bumi bila pehimpunan agung.

jadi umno bkn lagi parti org melayu, barangkali parti org melayu liberal boleh la.
dgn presiden dan ketua pemuda dan barisan serta penasihat liberal, adakah parti umno masih parti org melayu.

ianya hanya akan jadi parti org melayu sekiranya org melayu masih mengundi umno.

ahlinya hanya berapa? 3 juta.

penduduk msia berapa? dgn 60% org melayu di malaysia sekurang2nya. maka 3juta dr total org melayu berapa? jgn hanya kerana jumlah ahli melayu dlm umno maka kita terus kata ini parti org melayu.

adakah pas bukan parti org melayu?

jadi berbalik pada awal, enough talking, jom buat sesuatu yg actually akan menampakkan hasil.

saya cadang parti baru dan xkan henti cadang.

unless tuan2 hanya nk tgk dan tunggu dan comment tentang najib.

demi kelangsungan dan survival org melayu, rasanya dh cukup peluang kita kasi sekarang masa utk bertindak.

kalau tuan2 setuju kita patut gerakkkan dr bwh usul utk bentuk parti baru. war2kan. jadikan viral. umno tidak harus dibiarkan berasa selesa, berasa yg org melayu tiada pilihan melainkan mengundi mereka. kalau kita xde pilihan maka kita buat pilihan baru.

umno kini hanya memperalatkan sokongan org melayu dan akhirnya akan menganaktirikan org melayu. akhirnya kera di hutan disusukan anak di rumah dibiarkan kelaparan.

parti inilah yg tuan2 akan undi next pru. drpd berkata nk buat mcm mana, apa kata kita actually buat sesuatu? berckp saja x cukup.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2014 at 8:55 AM

@Anonymousnanti saya artikelkan komen saudara ni dan kita tengok responnya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 9:30 AM

berapa banyak dia bapak da..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 10:20 AM

bukan tongkat,

hak kita.

bro din kita patut highlight ni sometimes among kita pn kata hak bumiputera sebagai tongkat.


kalau saya x guna dan x perlu pn saya masih mahu hak bumiputera kita. kita earn hak ni melalui tamadun kita disini pengorbanan kita sebelum dan selepas kemerdekaan.

ini adalah hak istimewa kita previledge buat org2 tanah melayu.

bukan tongkat.

sekiranya tun m yg start maka dia salah.

hak kita bukan tongkat.


melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2014 at 12:18 PM

Kakau itulah statement dsc i selute u boss buraqoil, zaman gula2 dah berlalu zanan skrng depa dok tengah bullduzer kekayaan rakyat tahu, lepas jaga2 buraqoil beisiko....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2014 at 12:32 PM

Woodland dah hancur, dulu kereapi xakan wat; sekarang dah setuju lepas tu setuju plak ngan jambatan persahabatan nie ape sume nie...ape dah jadi ngan permata pintar....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 5:03 PM

Terima lah hakikat kita sekarang sedang berPERDANA MENTERIkan SEORAG PM yang terpaling teruk dalam sejarah negara...NAJIB TUN RAZAK anak bangsawan Melayu Bugis yang takde langsung karisma sbg Pemimpin Melayu dan seorg PM sebagimana Tun Razak.

Post a Comment