........... Razif MB Terengganu Baru - TAHNIAH ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Razif MB Terengganu Baru - TAHNIAH !

Monday, May 12, 201432comments


TAHNIAH!  kepada DATO' AHMAD RAZIF BIN ABDUL RAHMAN, 49 tahun,  kerana dilantik sebagai MB Terengganu yang baru menggantikan MatSaid.

Terjawablah segala teka teki politik jawatan MB Terengganu .... HAHAHAHAHAHA ..... Saya nak komen juga benda ni, biarlah orang nak marah pun.

Dari awal lagi memang ternyata benar apa yang digossipkan oleh media selama ini. Yang saya nak gelak tu adalah - Benarlah wujud surat kontrek setahun jawatan MB sepertimana yang pernah didedahkan oleh media bulan November tahun lalu !

Bermakna MatSaid TAHU tapi kalau dilihat usaha2 TERDESAK yang dilakukan oleh balaci2 MatSaid beberapa bulan ini dalam mempromosikan namanya dalam media, menempelak mereka yang ikut menyebarkan spekulasi letak jawatan hingga ke saat akhir .... tidakkah itu menunjukkan yang MatSaid liat nak akur kepada perjanjian ?

Saya rasa balaci2 Matsaid tak tahu pun akan perjanjian itu... mereka cuma jalankan tugas jer. Habis dikutuk dan diperlekehkan sesiapa saja yang tidak menyokong MatSaid. 

Saya malas nak masuk campur. Pendirian saya sudah dijelaskan - Ada ke takde MatSaid sebagai MB..... takder hal.

Tapi kalau dah ada perjanjian / kontrek tu ... IKUT JER LAH !  Janganlah kerana masalah peribadi, habis nak diheret orang lain.


Apapun, kepada MB Terengganu yang baru .... sekali lagi - TAHNIAH ! 

Saya macam biasa jugalah .... yang bagus saya puji, yang tak bagus saya sindir2. Bodek2 tak main. Tak kira siapa pun ....

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 12, 2014 at 11:18 PM

DT, kasi biodata MB baru ni untuk makluman ramai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 12:58 AM

Kemah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 1:00 AM

Salam bro din..harap2 najib pong Ada contract mcm mat said...bagitau najib, parti umno bukan dia yg punya...tukar najib kalo umno ada telor..dah nyampah dgn pimpinan atas umno!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 2:11 AM

Satu je jadi pertanyaan...kalau tak salah ngapa KORAN blog pembangkang boleh tau dulu...lepas tu heboh di utusan..terussss meletup isu ni..kini terbukti benarrrrr..

Sape yg pecah rahsia ni ke blog pembangkang?????????? Org dlm kabinet???????? Sape yg ada kaitan langsung??????

Habis laaaa rahsia dlman umno..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 2:15 AM

Najib pon molek sgt la kalau letak jawatan. Dia ada tak beri baik, kalau takde lagi bertambah baik. Sibuk nak suruh MB letak jawatan, dia yg tak dpt majoriti 2/3 tu tak reti plak nak letak jawatan. Air muka , maruah org kena jagala. Hormat kena ada. Tak semestinya jd PM dah tak perlu hormat org lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 2:24 AM

Saya setuju dgn Anon 1:00am. Biarpun mat said liat amat liat nak berambus, dia mengotakan janji dia pada org tertentu kerana gagal mancapai KPI nya. Bapak KPI tu sendiri berani declare tak KPI dia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 3:20 AM

Mat said dah keluar umno. Walaupun aku bukan orang terengganu tapi aku nampak dia ni ikhlas buat kerja. Kenapa Pm tergesa2??adakah seseorang yang cucuk2 Pm??siapakah org itu agaknya ya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 3:24 AM

Patut najib yang letak jawatan,...dia lagi hancus dari mat said , ...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 13, 2014 at 8:34 AM

Mula2 ingat nak puji Mat Said. Tapi lepas beliau umum keluar UMNO rasanya beliau ada "masalah". Masalah nak pelingkup semua bila tak dapat apa yang dihajati. Tak kan lah kerana kenduri saja pun nak keluar UMNO ? Pelik betul alasan tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 8:47 AM

Buat pertama kalinya aku istihar keluar dan tak mau lagi masuk blog din turtle kerana dia openly istihar suka mat said diturunkan dari kerusi mb. Sepatutnya orang2 terengganu sokong dan berdiri teguh dibelakang mb depa. Malu sungguh aku apabila mb dipermaikan macam tu. Cuba tengok guan eng, ada mca nak kacau bila ada pilihanraya kecil?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 8:55 AM

Hadi Awang adalah MB Ganu masa PRU14 nanti. Memandangkan MatSaid dan Ghazali dah isytihar jadi calon bebas. Pergolakan UMNO Ganu pasti akan menjadi semakin parah. Itu adalah adat orang kecewa. Tapi janganlah kerana kecewa kita akan kehilangan sebuah negeri buat kali ke-2. Tak serik ke dulu bila duduk di bawah pemerintahan PAS Ganu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 9:05 AM

Tu la pasal..kalo mat said ditukar kerana dun menang tipis, maka najib juga perlu ditukar kerana gagal mendapat majoriti 2/3 diparlimen.

Jika mat said gagal menyatukan kembali umno negeri, najib jauh lebih gagal dari itu kerana hilang 3 negeri dn kalah teruk diselangor. Tambah teruk najib juga gagal mendidik komponen BN seperti MCA dan MIC utk kembali berfungsi dn menang dikerusi masing2.

Kesimpulannya..dua2 najib dn mat said kena letak jawatan. Kalo yg kt kerusi MB pn liat nk turun, apa lg yg tgh dok kt kerusi PM???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 9:12 AM

Mahathir pernah berkata sebelum PRU13 dahulu... Kalu ahjib kurang majoriti spt pak lah, dia kena letak jawatan.

Berani mamat nih nak buat? Takut kat kak Rosmah,nanti tak boleh naik jet peribadi lagi!

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2014 at 9:16 AM

Trbaru - 3 Adun keluar BN jadi Bebas jadi sekarang dah 14-15-3, BN hilang majoriti.

BUBAR JER DUN buat PRK NEGERI !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 9:19 AM

salam,

tu dah jadi 15 sama cam na pulak tu. pas dah mula meroyan tu. mb baru ketar lutut dah. ah jib gor cari pasal nak sakit kapla orang. ahli umno yang 100% penyokong tegar ah jib gor. tapi jangan putus asa untuk berjuang demi presiden cina umno yang pertama, ah jib gor. macam mana ahli umno taraf pemimpin tak menunjuk kesetiaan kepada ah jib gor. tak betul la apa yang ah jib gor cakap, semua ahli umno terima apa yang jib gor cakap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 9:32 AM

Tahniah Mat Said dan rakan-rakanya! Bukan tak sayang parti, tapi hanya itulah sahaja cara nak mengetuk pala ahjib yg suka syok sendiri!

Pada pentaksub-paentaksub parti UMNO sekelian, adakah anda fikir hanya dengan bilangan ahli-ahli berdaftar, anda mampu mendapat undi majoriti dalam setiap PRU? Pakailah hotak, jgn ditiru hotak org melayu yg ada nama cina tuh!

Pada zaman kerajaan pak lah dulu, TDM pernah keluar UMNO kerana membantah tindakan kerajaan beruk pak lah ketika itu, termasuk kerajaan tingkat 4! Korang tak nak komen ker?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 9:34 AM

Ada berita mengatakan Mat Said memohon penangguhaan pemecatan daripada Najib kerana anaknya akan berkahwin 17 Mei ini. Lepas tu kalau nak tukar, tukar la. Jawapan dari Najib memang serupa bangsat "Itu soal peribadi". Kalau saya jadi Mat Said memang keluar UMNO jawabnya!! Kami Nok Mat Said!!!

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2014 at 9:37 AM

Tahniah Najib, bakal hilang 1 lagi negeri. Ikut lagi la punahsihat punye nasihat~25%

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2014 at 9:38 AM

Apa ahjib dah buat?Kenapa ahjib tergesa2 sangat?Ahjib rasa umno t'ganu dah kuat sangat ke?Bukan dia tak tahu kedudukan bn nyawa2 ikan kat t'ganu dengan perpecahan sesama umno yg tak berapa nak kebah.Perumpamaan menarik rambut dalam tepung dah tak boleh pakai ke?

Mat said boleh dibuang tapi bersedia ke ahjib dan umno dengan tindakan balas mat said dan konco2nya?Tak pasal2 pakatan dapat tubuh kerajaan percuma.Kenapa tak fikir semua kemungkinan sebelum buat tindakan?

Tahniah t'ganu akan dapat menteri besar baru lagi...hj hadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 10:03 AM

Mentang-mentang la mat said ni orang kampong, muka tak hensem. Bukan macam si najib, tengku adnan yang dari golongan elit istana. Termasuk sekali yang buncit-buncit di Putrajaya dan PWTC. Tindakan mat said memang tepat untuk mengajar golongan atasan ini.

UMNO bukan milik puak-puak ini. Bukan hak mutlak mereka untuk memecat sesuka hati tanpa mendapat persetujuan dari rakyat negeri tersebut. Walaupun Sultan memberi perkenan, tidak bermakna rakyat ikut serta. Untuk najib, tengku adnan dan konco-konconya, UMNO ini milik Melayu, bukan puak kamu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 10:22 AM

Persoalannya, siapa yang menyediakan kontrak untuk MatSaid berkhidmat selama setahun sahaja. Dengar khabar PMO menafikan bahawa mereka terlibat. Dahla nyawa UMNO Ganu 50-50 jer. Ni nak tambah kekusutan sedia ada. Makin parahlah nampaknya. Andaikata Ganu diadakan PRN sekalipun, apakah kita dapat mengekang kemunculan orang-orang tertentu yang berpaling tadah dan memberi sokongan kepada parti lawan. Harus diingat, MatSaid pun ada pengaruh dan pengikut tegar. Hadi Awang sudah pasti tersenyum dengan perkembangan terbaru ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 10:29 AM

Berapa jam Razif jadi MB?

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2014 at 10:32 AM

@AnonymousKalau Raja Sehari boleh gak tanya - Dah pecah dara belum ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 10:51 AM

@dinturtle Hahaha...dgrnya dua jam jd MB sebelum hilang majoriti. Tak sempat la pecah dara...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 1:04 PM

Hahaha ni ke pati yg kuat gagah mcm yg dicanang dek najib ari tu. Jobor al perasan je lebih. Dia taktau ke Allah lg kuat merintah dari parti bapak @ bini dia? Turun je lah jib antar balaci jual nama sultan la pulak. Ko ckp kat dak mudin tu nama rosmah ko tanak up ke?
Bukan org taktau ni semua rosmah punya angkara...tok nan pun dlm list ko dah tau lum mudin?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 13, 2014 at 2:53 PM

@Anonymous

Tahun 1969 TDM dipecat dari UMNO oleh PM pada masa tu Tunku Abdul Rahman sebab nak jaga hati cina punya pasal.

Pada 2008 TDM isytihar keluar UMNO sebab tak puashati dengan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Senario agak berbeza dengan Ahmad Said yang dikatakan mempunyai kontrak untuk melepaskan jawatan. Beliau pula beritahu sebab tak puashati PM Mohd Najib tak mau tunggu lepas kenduri. Alasan macam tak logik. Sepatutnya terus teranglah apa sebenarnya berlaku ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 6:11 PM

Sokong 200%

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 6:13 PM

X habis -2 cina...naik bosan aku

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 6:14 PM

Padan muka najip....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 12:01 AM

Teman sokong 300%.gila kuasa, gila jawatn, gila Projek itulah Umno. Last sekali sume gile

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 10:38 AM

Bersangka baiklah !. Allah telah takdirkan Yb. Dato seri ideris jusoh jadi mb trg selama 4 tahun dan selepas itu di jadikan menteri pendidikan. Allah juga telah takdirkan Yb. Dato seri ahmad said jadi mb trg selama 6 tahun, dan selepas ini......? ( bertawakalah dengan perancangan Allah ). Doakan semoga semuanya berjaya !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2014 at 10:07 PM

Bertambah parah lah umno terengganu....apa yang dia sibuk sangat nak tukar mb terengganu...banyak lagi kerja kamu tu...barang mahal, kerja tadok...orang menganggur ramai...adoi....negeri lain lagi teruk.....

Post a Comment