........... Persoalan Sebenar GST - Apakah Anda Percaya Kepada Janji Kerajaan ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Persoalan Sebenar GST - Apakah Anda Percaya Kepada Janji Kerajaan ?

Wednesday, May 7, 201433comments

Seminggu ni ramai yang bercakap mengenai GST. Baguslah .... dan nampaknya semakin ramai yang dah faham tentang GST terutama para bloggers. Bolehlah ramai2 memainkan peranan mendidik rakyat tentang kefahaman mengenai GST.

Diri saya sendiri pula ..... macam yang pernah saya tulis, malas nak ambil tahu sangat. Terima saja lah .... Cakap banyak pun bukan boleh ubah apapun. Bendanya kalau kerajaan dah kata nak buat, kerajaan akan buat juga.

Samada GST itu bagus atau tidak buat rakyat ......... well ...... kalau tanya pro BN, APAPUN yang kerajaan buat memang yang terbaik ! Kalau tanya pro PR, APAPUN yang kerajaan buat memang hampeh ...

Dengar khabar kerajaan dah standby ratusan pakar GST untuk beri penerangan kepada rakyat ... Betul ke ? Macamana caranya mereka nak mendekati rakyat untuk beri penerangan itu ? Sama2 kita tunggu .... saya lebih suka kalau benda2 macam ni dibuat dulu sebelum diumumkan. In fact, tak payah umum pun lagi baik, buat jer ...

Sebab bila dah umum begitu, kita pula yang ternanti2 bila lah gamaknya para pakar GST itu hendak datang ke kampung kita sebab memang ramai orang kampung yang masih tak tahu apa2 pun tentang GST.

Kenapa tidak gunakan saluran rakyat yang sedia ada ? Yalah, dari PM - wakil rakyat - JKKKKK/penghulu - balaci - rakyat ... itu belum masuk agensi2 sedia ada seperti KPDNKK, Jabatan Penerangan dan lain2. 

Takperlah, mereka lebih tahu kerja mereka. Lagipun GST ini bakal menambahkan pendapatan kerajaan, jadi soal bajet tak jadi masalah.

Teringat satu artikel yang saya tulis 6 bulan dulu ..... ulang, 6 BULAN DULU - KLiK., di mana saya komen kenyataan Hasan Malek yang bercadang menambah bilangan pegawai penguatkuasa bagi memantau harga barang sebagai persediaan untuk GST dan saya pula kata, bukankah lebih baik jika KPDNKK tambah pegawai untuk beri penerangan GST kepada rakyat !

Selepas 6 bulan, apakah semua pegawai2 KPDNKK telah faham tentang GST dan bersedia untuk berdepan dengan rakyat bagi beri penerangan ? Berapa ribu pakar2 GST tu ....... itupun kalau Hasan Malek berikan tumpuan kepada perkara ini 6 bulan dulu .

Apapun rakyat disarankan supaya percaya bahawa GST itu adalah untuk kebaikan semua rakyat. Kan ? Jadi kalau pun rakyat tidak faham apa itu GST, asalkan rakyat percaya yang ia demi kebaikan mereka, dan tidak membantah seperti berdemo ke apa ke, itu pun dah kira cukup baik, betul tak ?

Tapi para pemimpin kenalah konsisten kalau beri sebarang kenyataan mengenai GST.  Maksud saya konsisten dengan persepsi yang ia baik untuk rakyat. kalau ada kenyataan yang pelik, pasti mengundang skeptisisma ... betul ke GST ni baik ? Kalau baik, kenapa mamat tu cakap macam tu ?

Contohnya - GST tidak ganti cukai jualan di Sarawak dan Sabah

"Di bawah Enakmen Cukai Jualan Negeri Sarawak 1998 dan Enakmen Cukai Jualan Negeri Sabah 1998, cukai jualan di kedua-dua negeri itu adalah hak kerajaan negeri.

"Ini bermakna walaupun GST dilaksanakan pada 1 April 2015, cukai jualan di Sarawak dan Sabah akan tetap berkuatkuasa," kata Ahmad Maslan.

Hmmm ... mungkin di Sabah Sarawak caranya lain sikit.

Saya yang baca tertanya2 ...... kenapa pulak ? Bukan ke GST itu lebih bagus daripada sistem percukaian yang sedia ada ? Kalaupun cukai di sana adalah hak kerajaan negeri, kenapa tidak gunakan juga konsep GST dengan hasilnya tetap milik kerajaan negeri ? 

Maksud saya, biarlah sekata supaya tidak mengelirukan. Apakah sistem percukaian sedia ada di Sabah Sarawak lebih baik buat rakyat sana ? Jika begitu, kenapa tidak kita di Semenanjung ikut sistem yang sama ?

Atau GST itu lebih baik buat rakyat di Semenanjung tapi bukan kesnya buat rakyat Sabah Sarawak ?

Ni satu lagi  -

"GST satu cukai yang progresif dan membantu kita meluaskan pendapatan negara. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak membayar cukai, cuma satu juta yang membayar.

"Kita mesti terangkan banyak yang tidak bayar cukai. Saya tahu sebagai menteri kewangan mereka bayar kurang daripada apa yang sepatutnya dibayar,"- TMI.

Jadi tujuan utama GST adalah supaya dipastikan lebih ramai daripada mereka yang sebenarnya layak dicukai membayar cukai ? Tak boleh lari atau tipu dah ? OKlah kalau begitu .....

Tapi apa kaitannya dengan dakwaan kononnya harga barang akan naik selepas GST ? Ada yang akan melompat marah2  - mana ada harga barang akan naik selepas GST ! Itu cakap pembangkang jer.

Oooooh ok. Tapi kenapa pula dikatakan yang sesetengah barangan asas tidak akan dikenakan GST kalau GST itu tidak menaikkan harga barang ? Biar jelah semua barang kena GST sebab GST tidak menaikkan harga barang ...... tak gitu ? 

Itu kalau kita fikir secara logik mudah. Yang pasti, kerajaan akan dapat lebih pendapatan melalui GST. Bagaimana itu dapat memberi kebaikan kepada rakyat ....... well, itu bergantung pada keikhlasan pemimpin. 

Semuanya hanya janji2 ..... apakah anda percaya kepada janji2 kerajaan ? Itulah persoalan sebenar GST. 

Entahlah .... sebab itu saya malas nak tulis lebih2 hal GST ni. Pemimpin2 sendiri bercelaru bila bercakap tentang GST.  Baca Tuan Syed di SINI.

Yang saya tahu, Suka tak suka, kerajaan BN akan laksanakan GST April tahun depan. Jadi terima jerlah ..... kalau tak setuju dan pakat kononnya nak jatuhkan kerajaan BN masa PRU14 sebab kes GST, apakah kerajaan PR akan mansuhkan GST kalau ternyata GST itu menambahkan kantung kerajaan ?

Apapun saya akan tunggu kemunculan pakar GST untuk beri penerangan di kampung saya. Jangan pula hanya ahli Umno saja yang dianggap sebagai rakyat. Ahli parti pembangkang dan yang tidak berparti pun rakyat juga yang perlu didekati.

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 2:50 AM

yg niaga tak guna POS system camner~~~peniaga pasar malam camner nak implement GST~~~peniaga yg tiada pendaftaran perniagaan camner nak laksana GST~~~peniaga sayur , ikan , santan , ayam , daging , apom balik , roti canai , nasi lemak , kuih-muih dan banyak lagi~~~adakah kena laksana GST~~~peniaga pisang goreng , air tebu yg tak guna POS system camner nak laksana GST~~~berikan senarai lengkap products dan services yg tidak kena GST~~~tambang bas ekspres , teksi , tolls camner~~~bil-bil letrik , air , talipon camner~~~bla bla bla

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 6:28 AM

Siapa percaya GST takkan bebankan rakyat ? Aku tak, yg aku yakin harga brg dan kos hidup rakyat pasti meningkat. Tunggu je la. Yg aku pecaya, sumber k'jaan makin kering, dan perbelanjaan kurang berhemah dan bnyk pembaziran serta over spend, bab ni aku pecaya pembangkang, walau pun diaorg pun bukan bagus sgt, bila dah berkuasa lbh kurang je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 6:41 AM

bro din , satu je yang betul , saya lah yang mempertahankan warnacolor....bunyi macam SSIIIAAAALLLLLL......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 7:24 AM

Apa yang aku risaukan ialah harga barang yang dijual di kawasan kampung atau luar bandar. Apakah meningkat atau tidak ?

Katakanlah :

Pengilang/Pembekal : 6%
Pemborong : 6% + 6%
Pengedar : 6% + 6% + 6%
Peruncit kecil-kecilan di kampung : ????

Sebagai penduduk kampung, adalah mustahil nak membeli barangan keperluan harian setiap hari di pasaraya besar. Sudah tentu kedai runcit menjadi pilihan utama. Oleh itu, harga selepas GST sudah tentu membebankan.

Bagaimana pulak dengan kos servis kereta ? Apabila alat ganti kenderaan dikenakan GST, sudah tentu kos untuk servis atau penyelenggaraan kereta akan semakin bertambah. Ini akan menambahkan lagi beban yang terpaksa ditanggung oleh pemilik kereta. Itu belum lagi dicampur dengan kos minyak dan tol.

Bagaimana pulak dengan kadar insuran kenderaan ? Apakah akan dinaikkan selari dengan kenaikan harga alat ganti kenderaan ?

Satu lagi kerisauan ialah apabila bahan-bahan dan alat untuk membina rumah dikenakan GST, sudah tentu harga rumah akan meningkat secara mendadak. Harga rumah yang ditawarkan pada masa kini amat mahal bagi yang kurang berkemampuan. Bayangkan apa akan terjadi jika harga rumah dinaikkan dua kali ganda atau lebih, sudah tentu rakyat biasa hanya mampu untuk menyewa sahaja jika nak meneruskan kehidupan di bandar-bandar besar.

Rakyat bukannya bantah GST, tapi rakyat cuma nak satu mekanisma kawalan harga yang lebih berkesan. Umpama jika berlakunya ombak tsunami, kita dah ada zon penampan atau benteng yang cukup kukuh. Wujudkan dahulu mekanisme kawalan harga yang benar-benar efisien. Selepas harga dikawal, barulah GST boleh dilaksanakan. Sebarang kenaikan harga dicantas awal-awal sebelum sampai ke pihak pengguna. Jangan tambahkan beban rakyat dengan wujudnya GST. Cukuplah dengan beban yang rakyat terpaksa tanggung sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 7:43 AM

Apakah selepas ini golongan yang seringkali mengelakkan cukai takkan dapat terlepas ?

Antaranya seperti peniaga-peniaga jualan langsung atau jutawan MLM, peniaga-peniaga yang membuat jualan online, restoran 24 jam atau kopitiam dan syarikat-syarikat besar. Tak lupa juga artis-artis dan selebriti yang sering mendapat undangan kat dinner show yang dibayar berpuluh-puluh ribu ringgit.

Kita harap kali ini kerajaan tidak akan melepaskan sesiapa pun daripada dikenakan cukai meskipun yang bertaraf VVIP sekalipun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 8:20 AM

bro din sebenarnya gst bukan lah sgt issue pada rakyat atas pagar.

kenapa najib umum gst. sebab Negara perlukan lebih wang.

kenapa Negara perlukan lebih wang?

di sini org akan start jadi marah. especially bila sebelum ni didedahkan pm guna 7 billion utk penasihat x guna dia.

sayax kisah kalau dikenakan cukai utk pembangunan Negara, saya yakin ramai begitu kecuali puak2 yg kita tau mmg berkira bila masuk bab duit.

masalahnya bila duit yg kita kasi yg sekali lagi menyusahkan kita digunakan utk bende2 bodoh mcm konsultansi dan penasihat ni.

sbb tu rakyat x mahu bayar lebih. apa guna bila lepas ni dibazirkan mcm tu saja. lepas tu complain Negara xde duit..

rompakan pada khazanah Negara berlaku zaman paklah lagi. ape tindakan kita?

bunyi saya ckp mungkin mcm pembangkang tp mmg fakta kerajaan byk curi duit melalui project2 yg sengaja dilebihkan peruntukan dan mcm2 lagi. bila xde duit n dh habis kita la yg terpaksa menampung lagi.

sape x marah?

kalau systemnya bagus tp kepimpinan penuh dgn perompak xde gunanya ape2 system pn


melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 8:34 AM

lagi satu kita kene Tanya, mengenakan gst akan benar2 buat kerajaan tidak popular.

siapa yg menasihati pm supaya memperkenalkan gst?

adakah ni lagi sekali langkah mensabotaj pm agar bn kalah dlm pru kelak?

and kita bayar mereka ni 7 billion?

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2014 at 8:42 AM

Saya nampak sedikit kelemahan cara bagaimana kerajaan bakal melaksana GST ini :-

1. Kelemahan penyampaian penuh kepada semua kakitangan kerajaan. Mereka boleh menjadi mesin penyampai yang berkesan kepada awam. Persoalan besar, mereka sendiri tidak faham. Bagaimana ia boleh jadi berkesan jika akar umbi tidak kukuh.

2. Barangan dan perhidmatan yang di kenakan GST. Sepatut nya senarai barangan dan perhidmatan telah di kemas kini dan rakyat berhak mengetahui dan komen di atas senarai tersebut. Mungkin penambah-baikan boleh di lakukan tanpa lompang dan kelemahan pelaksanaan.

3. Penerangan tuntas kepada semua peniaga dan pengeluar. Perkara penting yang terabai sepenuh nya. Kerajaan menganggap mereka peka dan faham, walhal peniaga dan pengeluar di Malaysia perlu juga pendidikan dan penerangan berterusan lebih telus lalu menjadikan mereka sentiasa bertanggung-jawab kepada pengguna dan akhir nya kepada kerajaan.

4. Kerajaan amat suka membiarkan spekulasi berleluasa. Lihat sahaja isu-isu yang di timbulkan pembangkang. Tiada tindakan segera di ambil, terutama nya ramai kalangan Melayu melapur kepada pihak polis supaya gejala jahat di kekang. Hudud sudah jadi polemik sehingga Umat Islam terbelenggu sepenuh nya. Hukum Tuhan yang di manipulasi, di pijak seenak nya sehingga sebahagian nya jatuh SYIRIK ! Tidak kah ini BALA ! Natijah nya suka sangat kepada bala sehingga GST dalam pemahaman dan jawapan dari para pendemonstrasi menjadi terlalu jahil,di perbodohkan sepenuh nya demi mengisi agenda tersirat utama ' rusuhan jalanan ' untuk tumbangkan kerajaan. Alasan demi alasan di berikan, polis hilang dan tiada kuasa mainan undang-undang ! Maka bantuan itu dari Allah jua ; sebaik-baik pembalas tipu daya !

Sedih DT. Kerajaan PM Najib sebenar nya tidak mesra rakyat majoriti. Sering terhiris akibat perhatian tidak sepatut nya kepada minoriti yang telah mendapat manfaat penuh secara lansung atau tidak menikmati kekayaan negara sehingga suara-suara keldai sering bersahutan, merampas hak-hak majoriti. Adakah salah berlaku keras demi kebaikan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 8:49 AM

kempen yang paling mudah ialah kempen yang mendekati rakyat bawahan dan pertengahan, rakyat atasan tak payah lah di kempenkan lagi mereka paham, tapi atas sebab suka bangkang mereka tetap membangkang... kempen melalui tv paling effektif, tapi jangan lah buat scenario bodoh yang orang tengok pun menyampah,..kenapa tak buat scenario in real life,..contoh..mak cik kampong pergi beli ikan sayur di pasar untuk buat khenduri, dan adakan dialog yang menarik,..bila mak cik nak bayar makcik Tanya kena GST ke, ah chong bagi tahu tak la, sebab ini makanan asas,..mak cik pergi beli barang dapur di kedai maniam, maniam pun kata yang sama, mana ada GST, ini makan punya barang,...kemudian mak cik dibawa anak menantu pergi makan di hotel,..ya lah anak dara makcik jambu tentu executive besar datang menyunting, Dato pulak tu, bila habis makan dato minta bill,..dan dalam bill ada GST, dato bayar pakai credit card platinum pulak tu, bersinar sinar cahaya kad, makcik Tanya kena GST ke makan tadi nak,..ya mak, kena GST sebab ini tempat mewah, jadi padan lah bayar GST Lepas tu,Dato bawa makcik beli pakaian di Mall besar di kota, mak cik senyum suka dapat pakaian baru dan sebut dengan manis...mak tau ini mesti kena GST, senyum Dato, sebab mak mertua dia dah paham GST .. tentu bila makcik balik kampong heboh satu kampong...GST cuma kena pada belanja yang mewah, tempat yang mewah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 9:21 AM

maaf.

walaupun saya pro BN tetapi saya tetap tidak setuju dengan GST kecualilah cukai pendapatan individu dikurangkan sehingga kadar maksimum 10% sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2014 at 11:22 AM

@AnonymousJadi saudara tak berapa nak yakin sangatlah janji kerajaan kepada rakyat ? :)

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2014 at 11:24 AM

@AnonymousJika point utama nak kejar mereka yang elak cukai , tidak adakah cara lain selain GST ?

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2014 at 11:27 AM

@AnonymousJadi benarlah tajuk artikel ini .... point sebenar isu GST adalah sejauh mana kepercayaan rakyat terhadap janji2 kerajaan ? :)

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2014 at 11:30 AM

@maae"Adakah salah berlaku keras demi kebaikan ?"

? ? ? ?

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2014 at 11:41 AM

@AnonymousCara pemikiran Menteri tak sama dengan rakyat biasa. Otak mereka lebih kompleks ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 11:44 AM

Aku pun, tp sampai 10% tu bnyk no kurangnya, klu dpt 20% pun dah Alhamdulillah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 11:57 AM

kerajaan buat yg terbaek utk rakyat...kerajaan susah ,rakyat kena bantu kerajaan..macam mana kerajaan nk jaga rakyat kalau benda kecik macam ni pun rakyat merungut...PM dah bagi yg terbaek utk rakyat, jadi terima seadanya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 12:16 PM

@Anonymous

Kriteria utama yang memestikan peniaga mengutip GST adalah apabila perniagaan tersebut membuat jualan yang bernilai RM500 ribu setahun atau lebih.

Jika peniaga pasar malam mencapai nilai jualan sebanyak itu barulah kena kutip GST. Kalau dah mampu berniaga sebesar itu, sudah pasti peniaga itu juga mampu membeli peralatan sewajarnya atau sekurang-kurang mengupah orang lain untuk menguruskannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 12:23 PM

@Anonymous

Tak cara kira tu. Setiap peringkat perniagaan sebelum pengguna akhir boleh tuntut semula pulangbalik (refund) GST yang mereka telah bayar semasa beli barang modal atau perkhimatan yang mereka gunakan dalam menjalankan perniagaan. Kalau peniaga tu jujur majoriti barangan takkan naik harga, malah turun harga.

Betul ada barang yang akan naik harga sebab dulu tak kena cukai jualan atau cukai perkhidmatan. Tetapi sistem cukai sekarang tak boleh dapat refund, maka cukai yang dibayar itu pun dikira sebagai margin dan dibayar berganda-ganda oleh pengguna akhir. Dengan GST, cukai tak akan berganda atau bertimpa, jadi harga boleh turun sepatutnya untuk majoriti barang. Penurunan harga majoriti barang inilah yang akan mengimbangi kenaikan harga untuk minoriti barang.

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2014 at 12:23 PM

@Anonymous'Terbaik' mengikut kemampuan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 12:31 PM

Kat Malaysia ni jika tiada cukai sekalipun barangan akan tetap naik sebab bangsa sepet ini tetap akan mencari jalan untuk menaikan harga barang untuk mengaut keuntungan. Sebabnya adalah kerana melayu2 yg diamanahkan untuk mengawal benda ni semua tidak menjalankan tugas dan cuma makan gaji buta tak kiralah dari peon sampailah kat pak menteri semuanya sama pengkhianat bangsa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 12:44 PM

@Anonymous

Isunya bukan Kerajaan melepaskan cukai. Penguatkuasaan tak ambil kira VVIP ke bukan VVIP. Isunya ada pihak yang bersungguh-sungguh berusaha mengelakkan cukai. Takkan larat nak dikejar semuanya.

GST susah nak dielak sebab dikenakan disemua peringkat. GST kena pada kadar 6% kat semua peringkat. peniaga MLM tu mesti dapat barang dari pembekal. Pembekal mesti dapat barang dari pengeluar.

Kat peringkat pengeluar ke pembekal dah kutip GST 6%. Tapi pengeluar boleh claim balik 6% ke atas GST yang dia bayar, jadi dia bayar GST ke atas value add (nilai tambahan) yang pengeluar tu buat sahaja.

Pembekal pula jual ke penjual MLM juga dgn GST 6% dan pembekal claim pula refund GST yang dia bayar dalam bayaran kepada pengeluar. Jadi pembekal pun cuma kena GST ke atas nilai tambahan yang dia buat sahaja.

Penjual MLM confirm dah kena cukai GST sebab dia beli barang dah campur cukai. Isunya sama ada dia nak kenakan GST kepada pelanggan kalau jualan tahunan dah melebihi nilai ambang (threshold) RM500 ribu. Selagi tak cecah threshold, takde masalah. kalu dah cecah threshold tetapi masih tak nak kutip GST, sekurang-kurangnya Kerajaan tak rugi banyak sbb penjual MLM tu dah kena GST pun.

Inilah yang dimaksudkan mencegah pengelakkan cukai, sebab dah susah nak lari. tak macam sekarang. cukai sekarang kena kat satu peringkat je, kalau berjaya elak cukai kat peringkat tu Kerajaan langsung tak dapat kutip apa2.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 12:45 PM

isunya satu je..benarkan kerajaan dan kering kantung?kenapa kering?sebab belanja untuk rakyat atau selainya?jawab sejujurnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 12:51 PM

@Anonymous

Rakyat kena faham:

1) Tak semua barang dikawal harga. Harga barang asasi dikawal harga. kalau semua barang dikawal harga, itu namanya negara komunis.

2) Kalau nak masukkan lebih banyak barang dalam senarai kawalan, boleh, takde masalah dari perundangan. Tetapi dari segi ekonomi, insentif untuk org berniaga akan berkurangan. hasilnya nanti takde org yang minat nak berniaga pun. Bila org tak minat berniaga, pekerjaan pula akan berkurangan. Lepas tu makin kurang perniagaan sbb makin kurang orang yang mampu beli barang.

3) Peranan kerajaan dalam majukan ekonomi dan sediakan pekerjaan adalah dengan memudahkan persekitaran. Akhirnya pekerjaan perlu dijana oleh pihak swasta juga termasuk perusahaan persendirian dan syarikat kecil dan sederhana.

....................
Reply To This Comment ...................
May 7, 2014 at 1:24 PM

Din,
Selepas ini barang2 mewah seperti perfume, camera dan jam tangan (dulunya duty free kerana utk menarik pelancong berbelanja di Malaysia) akan dikenakan gst. Tujuan asal masih kekal kerana pelancong boleh claim balik di airport atau gedung belibelah dengan menunjukkan passport.

Jadi gulungan berduit akan kena bayar gst bagi barang2mewah ini. Sebelum ini mereka
tumpang sama.

Aku kurang pasti macammana Sabah dan Sarawak akan dikecualikan dari GST dan masih kekal guna SST kerana banyak barang yang dijual di sana datangnya dari Semenanjung.

Persoalannya.
1. Adakah rakyat di kedua-dua negeri tersebut akan dikenakan cukai berganda?
2. Adakan pengeluar barangan di Semenamjung boleh dapat refund bagi gst jika mereka jual di kedua-dua negeri tersebut.

Aku rasa mengamal dua sistem akan menjadi messy. Yang penting rakyat mesti faham sistem percukaian barangan ini dan bukan tunduk kepada tekanan politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 2:04 PM

GST ni satu sistem cukai yg tidak dapat di elakan,lambat laun walau siapa pun yg memerentah akan di laksankan juga.Malaysia pun dah kira agak lambat melaksanakannya,kerana hasil kerajaan selama ini sentisa agak lumayan dari hasil alam semula jadinya berbanding dgn negara lain,sehigga penipuan dalam pengiraan pendapatan yg kena cukai oleh para peniaga pun kerajaan tidak begitu seriouse menangani nya,kerajaan banyak rugi dalam hasil cukai ini.Begitu juga dgn sales tax yg di kenakan seblum ini pun mungkin banyak yg tak sampai ke kantung kerajaan,walau pun ianya di kutip dari pelanggan,kita tidak mendengar sebarang penguatkuasaan mengenainya.

Ramai pihak yg mengatak kerajaan banyak membazi,itulah sebabnya perlukan hasil tambahan,tapi mereka sendiri lupa diri mereka dan keluarga mereka pun memerlukan pendapatan yg bertambah dari semasa kesemasa-gaji perlu di naikan,kerja tambahan perlu di buat ,ahli keluarga yg baru perlu juga mbekerja,itu semua utk menambah pendapatan demi keperluan yg kian bertambah..Kita juga kena faham,setiap perbelanjaan kerajaan adalah utntuk menafaat rakyat dan negara bagi menjana perkembangan ekonomi.Dulu ramai yg katakan Jambatan pulau pinang 1,membazir,KLIA membazir,Lebuh raya membazir,KLCC membazir,macam -macam lagi yg membazir,sekarang Jambatan PP di tambah,KLIA juuga dan ada KLIA 2,sehingga Jambatan Bengkok yg di hentikan dulu kini ternyata satu keperluan pula.Lihat juga pertumbuhan ekonomi yg di hasilakan dari projek-projek berkaitan,berganda sukar utk dikira.

Sistem cukai GST memang banyak faedahnya kepada rakyat dan negara,ianya perlu di lihat secara berasaingan dari pembaziran dan penyelewengan.Pembaziran dan penyelewengan misti di tangani dgn cara yg lain oleh rakyat ,bukan dengan cara membantah GST dulaksanakan. GST itu sendiri pun sebenarnya dapat membenteras beberapa perkara yg merugikan negara yg paling besar ialah kegiatan melarikan wang keluar negara dgn cara meninggikan bil import atau mengecilkan bil eksport.Malaysia mengalami masalah besar dalam soal ini,maklumlah para pengimport dan pengekspor ini geng cinabeng yg kuat menipu,tapi kerajan pula yg di persalahkan oleh PR,kononnya para pemimpin melarikan wang rasuah.

Pasal pembaziran dan penyelewengan rakyat kena mengatasinya dgn cara yg lain,kuasa rakyat kena di gunakan,tapi jangan sampai marahkan nyamuk kelambu di bakar,atau keluar dari mulut buaya masuk ke mulut naga atau memberi labu kepada tikus utk memperbaikinya,maka jadilah nantinya bagai tikus membaiki labu.Yang sebelah sana tu,bukan orang pandai,jauh sekali dari orang yg bersih,hati-hati,kalau tak percaya dan rasa berani silalah cuba.

Sebenarnya pembaziran bukan di lakukan oleh kerajaan,tapi oleh mereka yg sepatunya melaksankan kerja-kerja kerajaan,ertinya rakyat sendiri,ia itu kakitangan kerajaan terutamanya yg banyak membazir-membazir masa kerja,kerja tak cekap,salah buat perkiraan,menjahanamkan harta benda kerajaan,rasuah dll.Apakata kakitangan kerajaan yg juga adalah rakyat selesaikan masalah ini dulu,kerana ianya dalam bidang kuasa individu itu sendiri.Yang lain kita deal dgn cara yg lain.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 3:56 PM

PELIK jugak ni sebab sabah sarawak tiada pulak? jika itulah alasannya, maka sabah dan sarawak tidak perlu GST untuk selama-lamanya lah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 3:57 PM

GST dikenakan 6% tetapi individual income tax hanya diturunkan 1-3 mata peratusan sahaja. bukankah sepatutnya ia diturunkan 6 mata peratusan juga?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 7, 2014 at 10:02 PM

untung lah orang kaya banyak boleh jimat dari bayar IT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2014 at 3:37 PM

Saya tak tau sangat dengan tuntutan balik tu,
kalau perniagaan kedai runcit dan kedai-kedai kecil kat pekan atau kampung tu,
biasa seorang dua yg handle aje, tak buat pengiraan stok tu (jika yg dtg dr pekan atau kampung, tau la cara peniaga mcm tu)...
Mcm mana nak claim balik?
Jika nak claim balik, kena buat stok check, kena buat entry, kena buat account, kena pi register, bukan semua pakcik makcik tau buat account pulak...
Nak hired org buat tu kena bayar gaji...
Sure GST tu akan diterapkan ke dlm harga jualan...
Siapa yg susah sebenarnya? pikirkan aje la...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2015 at 3:32 PM

Satu juta je yang bayar cukai ke. Habis tu selame ni kita beli barang tak de cukai ke ? Maknanya kita tak beri sumbangan pada ekonomi negara lah !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2015 at 7:48 PM

Kerajaan tak mampu kawal harga barang sebab tu buat gst . bila peniaga atau pengedar naikkan harga makin banyaklh cukai yang di kutip! Jadi pengguna lah jadi mangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2015 at 6:11 PM

Jam tangan Rolex, beg Gucci kalau kena gst aku terima tapi kalau sabun cuci , Sardin pampers pun kena gst memang aku bantah .

Post a Comment