........... Penyu Gi Candat Sotong Semalam ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Penyu Gi Candat Sotong Semalam !

Saturday, May 17, 20140 comments

Semalam saya berkesempatan pergi chandat sotong di perairan Pulau Kapas, Marang. Saja lah nak berkongsi pengalaman dengan anda yang belum pernah try test aktiviti menarik ini.

Bertolak jam 5 petang, perjalanan ke lubuk sotong memakan masa lebih sedikit satu jam, kira2 6 km dari pantai Marang. 

Life jaket disediakan dan peralatan disediakan cuma lebih afdal bawa sendiri. Makan malam lauk sotong akan dimasak anak kapal, itupun kalau dapat sotong. Kalau tidak makan nasi putih ngan kicap jelah.

Ada video pendek yang sempat saya rakamkan di bawah.



Tak pakai umpan cuma mata chandat yang dijadikan umpan tiruan, mempunyai mata2 tajam digunakan. Sebagai ilustrasi, perhatikan bagaimana sotong menerkam mata candat -


Tali dilepaskan ke dasar, kemudian angkat sedikit 1-2 kaki dari dasar dan mulakan aksi sentap setiap 5 saat. Jika ada sotong yang rembat mata candat, sentapan akan kait janggut sotong dan anda akan terasa beratnya. 

Terus tarik tali yang tersangkut sotong itu secara berterusan hingga naik ke bot. Sotong akan memercikkan air sebagai defense mechanism nya, jadi jangan letak muka anda betul2 diatas sotong itu.





KLiK ke Youtube.

Jam 6 pagi kami bertolak pulang ke Jeti dan inilah hasil tangkapan semalaman ..... hampir 50 kg !


Yang berminat boleh hubungi Travel Agent yang berdekatan atau boleh emel ke saya - dinturtle@hotmail.com.

Share this article :

Post a Comment