........... MKPN Bersuara Sumbang Lagi ! ( dengan menjadi Pencacai Dap ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MKPN Bersuara Sumbang Lagi ! ( dengan menjadi Pencacai Dap )

Sunday, May 18, 201416comments


Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional MKPN ( yang kadang2 dirujuk sebagai MPPN ) mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan mengambil tindakan yang 'segera dan efektif' terhadap ekstremis dan mereka yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.

The National Unity Consultative Council (NUCC) has urged Putrajaya to take "prompt and effective action" against extremists and those behind statements undemining racial ties in the country. - TMI.

Saya pasti kenyataan itu merujuk kepada apa yang diucap oleh Presiden ISMA kerana reaksi yang sama turut diluahkan oleh anggota MKPN seperti Saifuddin Abdullah sebelum ini.


Itu hasil mesyuarat ketiga mereka. Kali pertama mesyuarat MKPN masuk campur isu rampasan alKitab dan menyebelahi pihak gereja dengan 'menyesali serbuan JAIS', mesyuarat kedua pula MKPN membuat persediaan untuk mengadakan siri dialog Perpaduan dan ketika diresmikan, jika anda masih ingat, Joseph Kurup telah mencadangkan ruangan kaum dihapuskan daripada semua borang resmi kerajaan. ( 3 bulan sebelum Joseph Entulu dilaporkan menyuarakannya, Joseph Kurup yang juga seorang MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI telah mencadangkannya ! )

Kali ini MKPN hentam mereka yang dikatakan ekstrim ( dan saya syak ia merujuk kepada ISMA ).

Sebenarnya tujuan MKPN ini ditubuhkan untuk apa ? 

Untuk menjadi SUARA LIBERAL tidak resmi kerajaan Najib ? Kita tidak perlukan tambahan satu lagi suara dipihak kerajaan yang sama nada dengan pihak Dap atau pihak gereja atau yang mewakili suara Melayu Liberal dalam kerajaan. 

Apakah untuk mewujudkan Jambatan dengan pembangkang maka Jambatan itu harus mengikut rentak pembangkang ?

SEKARANG INI, siapa lagi yang berani untuk bersuara mewakili Islam dan Melayu selain dari ISMA dan PERKASA ?  Kedua NGO ini dimusuhi oleh pembangkang dan mereka yang Liberal, dan MKPN pula sibuk nak enter frame masuk campur memberi tekanan kepada kerajaan supaya diHAPUSKAN sisa2 suara yang masih tinggal yang mempertahankan maruah agama Islam dan bangsa Melayu !

Saya baru ni tulis -

Jika Umno dan Pas mampu kawal keceluparan rakan2 politik mereka, tidak ada keperluan untuk ISMA bersuara !

Dan ISMA mendapat sokongan kerana KEPONDANAN Umno dan Pas. Sekurang2nya maruah orang Melayu terbela dengan kelantangan ISMA ....... 

Membela MARUAH agama dan bangsa ..... mungkin itu sesuatu yang kedua Umno dan Pas sudah tidak lagi mampu pikul dek kerana terlalu taksub dengan politik !


Tanpa ISMA dan PERKASA, siapa lagi yang boleh diharap oleh bangsa Melayu ? 

UMNO ?  HAHAHAHAhahahahahaha ......... Dengan pemimpin Liberal macam KJ, Umno pun dah jadi sebijik macam Dap ! Siapa yang pernah menyuarakan hasratnya mahu mengkaji semula Kontrek Sosial ?

Adakah itu kemahuan orang Melayu ? Melayu mahukan Kontrek Sosial diPATUHI dan diHORMATI bukannya dikaji semula. Jadi bagaimana yang dikatakan Umno itu menjadi suara orang Melayu ?

Balik kepada MKPN ..... mengikut FB MKPN yang dah sebulan setengah tak diupdate ( last posting adalah pada March 29 ), ada satu kenyataan perasan oleh mereka akan tugas utama MKPN -


Bunyi macam MKPN tidak mahu campur hal2 secara individu atau merawat sakit2 tertentu tapi mahu merawat KESELURUHAN tubuh pesakit ...... habis tu yang sibuk enter frame dalam isu2 tertentu itu apa hal ?

Kenapa tidak hasilkan satu cadangan bluprin bagaimana mahu selesaikan isu polarisasi kaum secara jangka panjang daripada sibuk masuk campur dalam isu2 ad-hoc ?

Kalau MKPN tidak sabar nak masuk campur juga, kenapa tidak nyatakan pendirian MKPN terhadap Kontrek Sosial dan Hak Bumiputera ? 

Kerana itu merupakan IBU kepada masalah - usaha pencabulan ke atas apa yang selama ini sudah termaktub dan dipersetujui oleh nenek moyang kita ( seperti kata Najib ). 

Jom kita dengar pendirian MKPN dalam CORE ISSUE nya. Supaya kita tahu dari awal lagi apakah MKPN ini MUSUH atau KAWAN kepada orang Melayu.

Begitu juga dalam isu Pendidikan Vernakular yang tidak diamalkan oleh bukan saja 160 negara lain tapi SEMUA NEGARA DIDUNIA kecuali Malaysia. Cikgu mana yang ajar memisahkan kanak2 mengikut perkauman adalah jalan terbaik kearah Perpaduan ?

Jika ISMA dan PERKASA dihapuskan, akan timbul NGO2 lain mengambilalih tempat mereka. Sebab apa ?

Sebab orang Melayu tidak punya suara lain untuk mewakilinya.
Apakah pemimpin2 Umno tidak nampak perkara ini ?

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2014 at 11:39 PM

Nampaknya ade yg risau dgn kebangkitan org melayu bersuara. Ironinya mereka gunakan badan kerajaan yg dikuasi org melayu utk menjahanamkan bangsa sendiri.

Apakah umno masih wadah perjuangan org melayu. Barangkali x sama tp saya psrnah membaca kelak di akhir zaman berada di pihak yg benar seperti menggengam bara api.

Susah betul mereka yg prihatin dgn bangsa melayu kiri kanan dihimpit. Kita semua tau di malaysia kini lebih mudah menjadi liberal. Lebih senang didekati dan dibuat member. Sbb tu kj lebih suka jadi liberal. Barangkali sbb yg sama buat najib.

Umno sudah belot perjuangan bangsa. Jgn tgk jasa umno yg lepas sahaja mari berfikir panjang dlm 30 tahun apa nk jadi pada bangsa melayu? Wawasan 2020 nnt utk bangsa tertentu sajakah? Mari berfikir jauh dan fikir ape yg kita sedang risikokan sekarang.

Lagipn yakinkah kita bn akan menang pru depan?

Masih berdaulatkah org melayu di tanah sendiri?

Saya dh penat ulang. Kita masih perlu setia pada umno kah? Berbaloi kesetiaan kita?

Semua persoalan ni wajib kita tanya diri sendiri sebagai org melayu yg sygkan bangsa sendiri.

Wallahualam

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
May 17, 2014 at 11:42 PM

@Anonymoussaudara dah penat/letih bersuara ?

Hmmmm ... berapa kerat saja lagi tinggal orang kita yang masih belum penat mengulang2 sebut perkara ini ?

Kalau semua pakat letih ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2014 at 11:45 PM

Sbb parti baru tiada siapa yg mahu. Sbb tu penat. Kita cling pada sesuatu yg dh tiada. Org melayu tika pre kemerdekaan ketika itu umno adalah pejuang bangsa sejati. Semua org melayu sepakat buat parti umno.

Kini bolehkah kita kata bende yg sama?

Tp kita masih xnak bertindak..masih ada masa.

Jadi dh letih minta org pertimbang parti baru

....................
Reply To This Comment ...................
May 17, 2014 at 11:50 PM

@AnonymousYa, orang kita payah nak terima benda baru bagi menggantikan apa yang selama ini menjadi tempat berpaut .... biarpun dah reput.

Kerana kita suka berharap ..... berharap keadaan akan pulih dengan sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2014 at 12:07 AM

Daripada kita bercadang2 nak buat parti baru, apa kata kita pakat2 promote najib supaya dia pulak buat parti baru. Errrrr.... Parti MPKN pun boleh.... Tu dalam gambar tu merupakan barisan pemimpin parti MPKN, cuma perlu dimasukkan beberapa nama lagi iaitu KJ sebagai sayap pemuda dan , Nazri Aziz Pun perlu masuk senarai jugak.... Tentu ramai penyokongnya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2014 at 2:11 AM

GST yang turut diamalkan di 160 negara di dunia, Malaysia nak ikut. Pendidikan vernakular yang TIDAK diamalkan oleh mana-mana negara di dunia Malaysia tak nak ikut. Isu berpilih!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2014 at 3:26 AM

din...apa kata suruh yb matsaid buat parti baru..aku nak join.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2014 at 8:47 AM

@Anonymous

orang orang MELAYU tak ubat saperti memanjat tiang yang licin. kalau takat panjat jer, memang tak kemana. tapi kalau gunakan otak dan selalu memikirkan kaedah nak sampai kat atas, lain ler pula halnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2014 at 1:09 PM

Selepas peristiwa 'salah faham ' dalam kes Mat Said,confidence saya pada DS Najib dalam meneraju Umno dan menjaga kepentingan Melayu dan Islam,merudum teruk.Selama ini beberapa kelemahan beliau termasuklaha dalam menubuhkan MKPN ini saya masih bersangka baik,tapi peristiwa MB Terengganu,cukup menjelaskan betapa lemahnya DS Najib,yg terlalu mudah mendengar nasihat 'pemunahsihatnya'.Kalau kita sayangkan negara,bangsa dan ugama kita,kita kena berbuat sesuatu,tunjukan dgn segera kita sudah tidak berminat dgn stail kepimpinan DSNajib yg lemah tapi terlalu berhemah terhadap'musuh'.Nyatakan pada DS Najib kita tak perlu pencapaian ETP,Keberhasilan,KPI yg tinggi tapi ugama,bangsa negara tergadai.Marilah kita menyokong suara ektremis IMA dan PERKASA.

....................
Reply To This Comment ...................
May 18, 2014 at 1:16 PM

@AnonymousLain macam je bunyi komen saudara ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2014 at 2:19 PM

Najib rilek je MPKN selalu bersuara sumbang....sebab pada telinga Najib, MPKN bersuara merdu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2014 at 4:04 PM

Pada PRU 14 nanti, sekiranya ISMA meletakkan calon, maka itulah yang akan menjadi pilihan saya. ISMA dah nampak lebih macho daripada UMNO dalam mempertahankan kepentingan orang Melayu. Hidup ISMA!

Bangkitnya seruan jaguh Melayu :-

http://www.ismaweb.net/2014/05/bangkitnya-seruan-jaguh-melayu-nafidz-razak/

Laksa Johor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 18, 2014 at 7:43 PM

saya setuju kita patut jadikan isma parti politik baru.

perkasa dan isma tubuh parti baru tarik org2 pas atau bergabung dan kita akan jadi parti majority melayu yg terbaru.

peduli serangan kj dan org2 umno selepas tu.

kita dh x dpt satukan umno dgn pas mereka mmg pantang nama umno. sebaiknya kita buat alternative baru utk org melayu. tanpa nama umno pas akan lebih mudah bersatu.

kalau x kita hanya berckp disini dan kita tau najib pn ntah dgr atau tidak. kalau pn dia dgr adakah akan mengubah apa2. mereka yg berkuasa di umno hanya golongan liberal yg tidak ambil pusing survival bangsa.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
kumbang
May 19, 2014 at 7:34 AM

Kenapa isma atau perkasa tak bertanding di teluk intan sebagai bebas? Asyik berdegar kat luar saja.kalu bertanding saya yakin ramai melayu sokong

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 19, 2014 at 10:00 AM

Salam Bro,Parti UMNO tidak lembik TETAPI pemimpinnya,LEMBIK DAN LEMAU.TERLALU TAKUT MENYATAKAN YANG BENAR.

....................
Reply To This Comment ...................
May 19, 2014 at 3:49 PM

Sebab melayu bukan majoriti disana, kalau dpat 100% undi melayu ,x akan menang,,tambahan lagi ada lagi melayu yg masih bersengkongkol dgan parti cina dap atau gerekan

Post a Comment