........... MH370 Laporan Awal - Apahal Singapura Boleh Enter Frame ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 Laporan Awal - Apahal Singapura Boleh Enter Frame ? ?

Friday, May 2, 20146comments


Pastinya ramai yang nak komen mengenai Laporan Awal MH370. Saya sendiri ada beberapa perkara yang ingin ditanya cuma dua saja saya nukilkan di sini .... buat masa ini.

PERTAMA 

Membaca kronologi tindakan yang diambil pada pagi kejadian, saya tertarik pada  nombor - 20. 05:09:18: Singapura tanya bagi mendapatkan maklumat mengenai MH370.

Tiba-tiba muncul nama Singapura ...... ? Apahal ? Apa yang pihak Singapura tahu tentang MH370 dan bagaimana ? Sebab jika dibaca dari nombor 1 hingga 19, langsung tidak disebut nama Singapura, alih2 pada pukul 5:09 pagi, pihak Singapura boleh pulak bertanya hal MH370 ?

Adakah Singapura mendengar segala perbualan trafik udara kita ? 

Adakah Singapura 'nampak' pergerakan MH370 sepanjang masa termasuk ketika membuat air turn back ?

Yang ini Gossip OK - Saya ada mendengar tentang F.I.R. ( singkatan kepada apa saya tak pasti ) yang merujuk kepada Hak Kawasan Udara dimana dikatakan Singapura memiliki hak ke atas sebahagian besar kawasan udara di atas Laut China Selatan ( selepas beberapa jarak dari pantai timur Semenanjung) dan ia melangkaui negeri Terengganu dan Kelantan. 

Dengan katalain, kebenaran perlu diminta dari pihak Singapura untuk melintasi kawasan udara itu !

Jika benar Gossip ini, bermakna pihak Singapura punya mata dikawasan itu dan MELIHAT apa yang berlaku pada MH370 sepanjang penerbangannya terutamanya ketika Air turn back.

Seterusnya jika benar, kenapa pihak Singapura diam, tidak berkongsi maklumat itu ?

Juga jika benar, mungkin sudah tiba masanya kerajaan Malaysia menuntut kembali hak ruang udara yang secara logiknya jika mengikut kedudukan, adalah dibawah penguasaan Malaysia.

Kerajaan perlu jelaskan no 20 itu.


KEDUA . ( Yang ini juga Spekulasi tapi punya logik yang kuat )

Mengenai pengenalan pada radar yang menunjukkan blip pesawat yang dikesan membuat ATC itu sebagai Bukan Musuh. Dan kerana itu tidak ada tindakan segera bagi memintasnya ..... walaupun saya masih berpendapat sekurang2nya ada tindakan untuk menghubungi pesawat itu bagi mengetahui kenapa ATC dilakukan.

Saya difahamkan tanda pengenalan yang tertera pada skrin radar adalah maklumat yang dihantar oleh pesawat, yakni bukan ditaip oleh pengendali radar.

Selepas MH370 membuat ATC, semua komunikasi dan isyarat pengenalan dari pesawat telah dimatikan. Bermakna blip yang dilihat membuat ATC itu seharusnya sudah hilang tanda pengenalannya. Cuma tinggal blip tanpa pengenalan.

Blip kosong itu dikenal sebagai Bukan Musuh oleh operator Radar kerana beliau melihat tindakan ATC yang dilakukan, TAPI tidak ada sebarang usaha untuk menghubungi pesawat maupun Pusat Kawalan Udara di KL untuk kepastian.

Blip itu dikategorikan sebagai Bukan Musuh oleh operator radar bukannya melalui isyarat dari pesawat.

Benarkah ?

errr ... satu lagi - KETIGA

Jika sudah dipastikan yang MH370 membuat ATC, kenapa buang tenaga dan masa mencari di Laut China Selatan pada awal kejadian ?


 
Dari Awani -  MH370: Komunikasi dirakamkan antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi 8 Mac

dan baca juga Kementerian Pengangkutan dedah laporan awal tragedi MH370

Tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada Sabtu, 8 Mac.

1. 01:38:19 pagi : Ho Chi Minh (HCM) mula bertanya tentang MH370, maklum kepada KL-ATCC (Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur) bahawa komunikasi secara lisan tidak dapat dirakam dengan MH370 dan isyarat radar kali terakhir dikesan di BITOD.


2. 01:41:21 pagi: KL-ATCC memaklumkan kepada HCM bahawa selepas IGARI, MH370 tidak kembali kepada frekuensi Lumpur.

3. 01:46:46am : HCM sekali lagi bertanya mengenai MH370, menyatakan komunikasi melalui radar dibuat meliputi IGARI tetapi tiada komunikasi secara lisan. Ho Chi Minh memaklumkan bahawa kelipan pada radar padam di "waypoint BITOD."

4. 01:50:28 pagi: KL-ATCC bertanya HCM jika ada komunikasi dibuat dengan MH370. Jawapan HCM adalah "negatif".

5. 01:57:02 pagi: HCM maklum kepada KL-ATCC bahawa secara rasmi, tiada komunikasi dengan MH370 sehingga kini. Percubaan untuk berkomunikasi melalui beberapa frekuensi dan pesawat di persekitaran tidak mendapat respons daripada MH370.

6. 02:03:48am : KL-ATCC bertanya HCM mengenai status MH370. HCM mengesahkan bahawa tiada komunikasi radar pada masa ini dan tiada komunikasi lisan dibuat. KL-ATCC menyalurkan maklumat yang diterima daripada Malaysia Airlines OPS bahawa pesawat berada di ruang udara Kemboja.

7. 02:07:00 pagi: HCM bertanya bagi mendapatkan pengesahan bahawa MH370 berada di Phnom Penh FIR. KL-ATCC minta untuk menyelidiki lebih lanjut dengan penyelia.

8. 02:11:37 pagi : HCM bertanya mengenai status tetapi KL-ATCC tidak mempunyai maklumat terkini.

9. [02:15 pagi] [tiada rakaman suara] :(dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) KL-ATCC Watch Supervisor bertanya Malaysia Airlines OPS siapa yang maklumkan bahawa MH370 dapat berkomunikasi di ruang udara Kemboja.

10. 02:18:53 pagi: KL-ATCC bertanya jika rutin penerbangan MH370 sepatutnya memasuki ruang udara Kemboja. HCM mengesahkan bahawa laluan dirancang adalah melalui ruang udara Vietnam. HCM membuat semakan dan Kemboja memberitahu ia tidak mempunyai maklumat atau komunikasi dengan MH370.

HCM mengesahkan maklumat sebelumnya bahawa komunikasi melalui radar terputus selepas BITOD dan komunikasi melalui radio tidak pernah dibuat.

KL-ATCC tanya jika HCM mengambil tindakan Radio Failure tetapi pertanyaan itu nampaknya tidak difahami oleh kakitangan yang bertugas.

HCM mencadangkan supaya KL-ATCC menghubungi MAS OPS dan diberitahu bahawa ia telahpun dibuat.

11. 02:34:01: Watch Supervisor KL-ATCC bertanya kepada Pusat MAS OPS mengenai status komunikasi dengan MH370 tetapi kakitangan tidak pasti sama ada mesej sampai atau tidak.

12. 02:35:03: HCM tanya tentang status MH370 dan diberitahu bahawa Watch Supervisor sedang berhubung dengan syarikat ketika ini.

13. 02:35:5: Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC MH370 bahawa keadaan adalah normal berdasarkan isyarat yang dimuat turun dengan memberikan koordinat N14.90000 E109 15 00 pada jam 1833 UTC.

14. 02:37:36: KL-ATCC menyalurkan kepada HCM mengenai latitud dan longitud seperti dinasihatkan oleh Malaysian Airlines Operations.

15. 02:53:51: MH386 diminta oleh HCM supaya cuba berkomunikasi dengan MH370 melalui frekuensi radar Lumpur. KL-ATCC kemudian minta MH386 untuk cuba menggunakan frekuensi kecemasan.

16. [03:30] (tiada rakaman suara): (dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC bahawa maklumat data penerbangan adalah berdasarkan ramalan penerbangan dan tidak dapat disahkan bagi lokasi pesawat.

17. 03:30:01: KL-ATCC tanya jika HCM telah menyemak dengan FIR Hainan.

18. 03:56:19: KL-ATCC tanya Malaysia Airlines OPS mengenai apa-apa maklumat terkini atau komunikasi dengan MH370.

19. 04:25:23: HCM tanya KL-ATCC mengenai kedudukan akhir MH370 dan sama ada dapat berkomunikasi dengan ATC. KL-ATCC tanya jika ada sebarang maklumat diterima daripada Hong Kong atau Beijing.

20. 05:09:18: Singapura tanya bagi mendapatkan maklumat mengenai MH370.


21. 05:20:17 :Kapt [name redacted] minta maklumat mengenai MH370. Beliau berpendapat bahawa berdasarkan maklumat yang diterima, "MH370 tidak pernah meninggalkan ruang udara Malaysia".

22. 05:30: Watch Supervisor mengaktifkan Pusat Penyelarasan Kuala Lumpur.

23. 05:41:21: HCM tanya mengenai apa-apa maklumat terkini.

24. 06:14:14: KL-ATCC tanya HCM sama ada SAR digerakkan.

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 3, 2014 at 1:51 AM

Laut cina selatan adalah dibawah pengawasan dan kaw SAR bagi Singapore ditetapkan oleh Chichago Convention. Tak ada apalah Din, tugas mereka mmg mengawasi pesawat kormersial

Secondary radar ATM hanya kesan titik dot pesawat yg origin dari Malaysia terbang keluar dari Malaysia. Radar 3D Marconi yg digunakan ATM boleh kenalpasti bahawa pesawat tu adalah pesawat kormersial, jenisnya pun boleh diagak. Tapi operator radar tiada maklumat tentang penerbangan yg bermasalah ( mh370).

Analisa radar secondary memerlukan masa utk dikeluarkan kpd ATCC tentukan kesahihan pesawat yg hilang krn pesawat tu telah melencong dari laluan asal.

Pencarian di laut cina selatan perlu dibuat kerana prosedur, SAR dimulakan ditempat pesawat mula2 putus hubungan dgn ATC = air traffic controller.

Menariknya KEADAAN TIDAK NORMAL berlaku diantara waypoint Igari dan waypoint Bitod iaitu dijawasan pertindihan dan pertukaran kawalan udara 3 negara iaitu malaysia, vietnam dan singapore.

Hampir mustahil keadaan ini kebetulan. Semuanya nampak dirancang. Siapa yg mampu merancang, pendapat saya bukan pilot seorang, bukan malaysia, vietnam ataupun singapore.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 3, 2014 at 4:02 AM

Selepas gagal berjumpa kotak hitam, barulah ada pihak yang membuat penilaian semula. Apakah kenyataan berakhir di selatan lautan hindi adalah konklusi yang tepat?

Secara keseluruhannya saya melihat kehilangan MH370 bukan dirancang dalam tempoh sehari dua tapi berbulan-bulan lamanya. Tak dapat tidak, kita terpaksa mengiakan bahawa wujud konspirasi berskala besar.

Pasal blip yang mencurigakan atau lebih dikenali sebagai UFO, saya berpendapat sewajarnya imej berkenaan disahkan terlebih dahulu oleh pegawai yang berautoriti. Anggapan bukan ancaman atau bersangka baik tak sepatutnya berlaku. Kini seluruh dunia dah tau bahawa ruang udara kita mudah dicerobohi. Bukan itu sahaja, ESSCOM pun tak mampu nak menghalang pencerobohan melalui jalan laut. Nampak sangat ada pihak-pihak tertentu yang selalukan memerhatikan lompang dalam sistem pertahanan kita. Saya syak ada kemungkinan ada orang dalam yang dilatih untuk menjadi pengintip dan membocorkan maklumat pertahanan negara. Tak rasa pelik ke apabila pihak pembangkang punyai maklumat lengkap tentang spesifikasi kapal selam negara. Sesiapa juga yang terlibat dalam pendedahan maklumat sulit peringkat tertinggi boleh dianggap sebagai pengkhianat negara.

Satu lagi puncanya ialah kerana kita terlalu bergantung kepada teknologi radar dan pesawat buatan dari negara luar. Kita seolah-olah tiada kepakaran untuk mencipta sistem radar dan data satelit sendiri. Apabila kita menggunakan teknologi dari luar negara, kita kadang-kadang tak sedar bahawa kemungkinan ia boleh dieksploitasi kelak. Dakwaan yang mengatakan kemungkinan MH370 boleh dikawal secara remote control tidak boleh ditolak mentah-mentah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 3, 2014 at 9:14 AM

ini la yg dikate manusia hidp kat dunia..bila ade kecelakaan..byak yg tak kena..kadang2 lebih pandai dari yg pandai..bwat keje mcm mane baik pun org akn kate xbetul..wal hal kalu kita dlm kedudukan mcm mereka kite pun blm tau prestasi kite..berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 3, 2014 at 9:25 AM

kenapa pihak MAS tidak menghubungi BOEING dan ROLLS ROYCE dalam tempoh tersebut~~~good night malaysia three seven zero

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 3, 2014 at 11:42 AM

salam,

sebagai negara pengguna teknologi canggih, maka kita bertindak ikut cakap pengeluar. tu pasal TDM nak kita jadi negara pengeluar yang moden dan canggih. bukan pakaian canggih. setakat ni, kita hanya cuba menjadi maju dengan cara mempunyai pendapatan kelas pertama.

dalam bab ini, singapura masuk campur tak boleh nak cakap, pasal mereka hanya berbincang sesama mereka. tak kasi tau pun dah report kat singapura. selepas sedar hilang, sop apa yang perlu ikut? berbincang sesama pegawai biasa, memaklumkan kepada pegawai tentera, dan memaklumkan kepada menteri. kalu pegawai biasa (awam ) mereka tak terfikir konspirasi, hijack. yang mereka fikir hanya terhempas. saya bila dengar hilang pun terus fikir terhempas. jadi apakah dalam tindakan mereka itu telah cukup untuk mereka berfikir dan bimbang? nampak macam tak kisah pun. hanya fikir tak dapat berhubung sahaja. ada juga telahan guna jalan lain. so panik hanya tak dapat berhubung sahaja.

kalu mereka panik amat sangat, dalam tempoh setengah jam ajer mereka dah report polis/pihak yang berkuasa. macam kita, kalu tengah malam lihat sesuatu yang curiga, takkan nak tunggu, mesti call polis terus. mungkin ikut sop la tu. tapi masa tu, semua boss tengah syiok tidur, mungkin takut juga nak call bos untuk tindakan lanjut. mungkin mereka berpandangan, tak mungkin berlaku di malaysia. sekarang dah berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 3, 2014 at 1:54 PM

Lain2 saya tak pandai nak komen tapi nak taulah apa cerita terkini maklumat GeoResonance, Tim Akers dan Michael Hoebel?

Post a Comment