........... Krisis Terengganu - Mohon Najib Jelaskan Kenapa MatSaid Perlu DiSingkirkan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Krisis Terengganu - Mohon Najib Jelaskan Kenapa MatSaid Perlu DiSingkirkan

Wednesday, May 14, 201433comments




Nak komen tentang krisis Terengganu awal2 sikit ... yalah, kalau dilihat apa yang berlaku semalam jer, Allah saja yang tahu apa pula yang bakal berlaku hari ini sehingga lewat malam. Kalau semalam tu .... dari MatSaid keluar diikuti sorang Adun, kemudian sorang lagi, kemudian berita ura2 3 lagi ikut sama yang kemudiannya dinafikan, cerita tentang majlis kahwin anak MatSaid bla bla bla ... SEMUANYA dalam satu hari !

Jadi pagi ni saya kena start awal ..


Baru sat tadi Berita pagi TV3 melaporkan mamat di atas dah insaf dan masuk balik Umno ..... kemudian ditunjukkan kedudukan kerusi di Dun Terengganu sebagai -

BN - 16 ( termasuk Speaker )
PR - 15
Bebas - 2

Jadi jumlahnya 33 ...... Termasuk Speaker ?

Saya malas nak berdebat soal undang2 yang melayakkan Speaker sebagai punyai 1 kerusi walaupun tak mewakili mana2 suara rakyat sebagaimana yang saya pelajari sebagai Demokrasi, TAPI kenapa bila media menyebut tentang kedudukan kerusi di mana2 DUN negeri lain, tidak ada disebut tentang kerusi Speaker ?

Contoh -

DUN Selangor 

Pakatan Rakyat - 45/56 ( Termasuk Speaker )
Barisan Nasional - 12/56


DUN Perak 

Barisan Nasional - 32/59 ( Termasuk Speaker )
Pakatan Rakyat - 28/59


Kenapa suara Speaker tidak dimasukkan seperti yang saya tulis di atas ? 

Saya bukan pertikaikan kelayakan Speaker mendapat satu suara undi walaupun tidak dipilih oleh rakyat tapi biarlah cara yang kita amalkan itu KONSISTEN.

Kalau Speaker ada satu suara tambahan, nyatakan dengan jelas supaya kerajaan negeri lain tahu dan pastinya tidak akan lantik mana2 Adun sedia ada tapi melantik seorang senator yang tidak dipilih rakyat, kemudian dijadikan Speaker, Ia adalah satu kelebihan kepada parti memerintah !

                                                  *********************

OK, perkara kedua yang saya nak timbulkan adalah - Apakah sebab musababnya MatSaid digugurkan oleh Najib sebagai MB Terengganu ?

Semalam satu hari kita duk bercerita tentang CARA MatSaid digantikan bukannya KENAPA MatSaid perlu digantikan. Saya bukan nak memihak kepada sapa2 tapi sebagai rakyat Terengganu saya rasa saya berhak nak tahu alasan Najib yang sudah tidak lagi berahi pada beliau.

Antara isu yang dijadikan kempen PRU13 adalah Masa Depan Terengganu DiBawah Kepimpinan MatSaid. Ramai pengundi membuat pilihan berdasarkan point itu. 

Jadi kalau Najib boleh sewenang2nya tukar mana2 MB yang beliau tidak suka, saya rasa Najib kenalah bertanggungjawab berikan penjelasan kepada rakyat negeri itu kenapa MB mereka perlu ditukar.

Memanglah hak PM sebagai Presiden BN untuk memilih siapapun jadi MB tapi rakyat juga berhak tahu alasan2nya kerana ia membabitkan kehidupan mereka. Siapapun yang menjadi MB pastinya punya peel nya sendiri dan ini memberi kesan kepada rakyat di dalam negeri itu.

Bukankah Najib juga yang duk sebut era kerajaan tahu semuanya sudah berakhir ? Jadi paling tidak, berikanlah alasan2nya kenapa MatSaid perlu digantikan. 

Kalau alasan2 itu masuk akal dan diterima rakyat, keputusan itu akan disokong sepenuhnya oleh rakyat dan dalam kes ini, MatSaid sendiri akan ditolak oleh rakyat Terengganu dan kes tidak akan jadi besar.

Peduli apa rakyat dengan majlis kahwin anak MatSaid kalau terdapat kewajaran yang munasabah kenapa beliau perlu disingkirkan ! Betul tak ?

Adakah tindakan itu demi rakyat Terengganu atau demi politik Najib atau demi parti Umno atau  xxx ?

Lainlah kalau terdapat AGENDA rahsia yang rakyat tidak perlu tahu apa2 ........

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 8:41 AM

Belajarlah undang2 parlimen itu jawapanya.bila dah pandai jgn menyombong diri itu akhlaknya...........

Hari ini Najib dan Muhiydeen jumpa semua adun .Sabar bg kepercayaan kpd kepimpinan bukanya nak menambah beban..ingatlah jangan jadi batu apai antara kita.

Kepada pejuang UMNO tulen berdoa lah insyaallah selesai.Allah dah banyak kali bantu UMNO cuma orang2 UMNO yg mengaku UMNO je buat perleceh.malukan UMNO je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 8:45 AM

Sebagai orang Terengganu aku nok gok tahu bakpe yg Najib dok berahi ke Mat Said? Mende saloh Mat Said? Yang mu tu Najib wi seng berjute2 ke skoloh cine, ada cine pangkoh mu? Polisi mu ni Najib buat or melayu jadi susoh. Care mu Najib wat keputusang dok kena sebagai pemimpin. Mung tu elok berambuh dr UMNO. Mung ingat orang melayu berahi ke mu Najib. Mu jaga mu Najib,PRU 14 mampuh aku dok undi Barisan. Puok2 UMNO lening semua kaki bodek,kaki sapu seng,kaki kroni,hati busuk dok macam zaman Tun M,mende2 Tun M wat...kita org melayu semangat nok sokong. PM lening....dok rhok cetong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 8:54 AM

betul gak tuh. kalau GST boleh diterangkan kenapa ianya perlu dilaksanakan, kenapa pulak dalam hal Mat Said nih dia tak nak terangkan. disuruhnya Shafei buat pemberitahuan. dalam hal Mat Said, tak der timbang rasa nampaknya. aku nak ikut pulak citer Pulau Sebang, amacam?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 9:09 AM

Tuan din tak silap dulu rais yatim dan menteri besar,melaka d turunkan tak perlu explanation pon. Mereka trima dgn hati terbuka.(adakah mereka stepdown sendiri tak ingat)

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2014 at 9:15 AM

@AnonymousZaman bila tuh ?

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2014 at 9:26 AM

Tak ada nya Najib akan beritahu kita sebab-sebab dia bertindak macam tu... Tak ingat ke Bro...banyak hal Najib buat dulu bila tersepit tarik balik... Bab Mat Said ni ada pelik sikit... Ini mesti kes dah sampai turn aku pulak jadi MB...tendanglah yang ada...Alasannya APA?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 9:32 AM

Kalau MatSaid gagal mendapatkan 2/3 untuk BN. Najib pon sama gagal mendapatkan 2/3 di peringkat kerajaan persekutuan. Apa lagi alasan Najib ?

P/S : Selepas ini mana-mana MB kena bersiap-sedia kerana bila-bila masa jer jawatan tu akan ditarikbalik atas alasan tertentu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 9:55 AM

Aku tak mempersoalakan mengapa PM Najib perlu menamatkan perkhidmatan Mat Said,kerana aku boleh mengagak jawapannya sendiri.

1.Perjanjian Mat Said menyambung tugasnya sebagai MB,sudah tamat(1 tahun).

2.Prestasi Mat Said dalam memimpin Umno Terengganu menghadapi piliharaya ke 13 tidak memberansangkan.Dalam keadaan rata-rata Melayu beralih menyokong Umno pada piliharaya tersebut.prestasi Terengganu merosot,walhal di Terengganu mejoriti pengundinya adalah Melayu manakala di Kelantan pun prestasi Umno meningkat.

3.Dalam politik tak memadai berlagak kampungan utk menarik pengundi,rakyat mahu juga kebijaksanaan,ketokohan,ini tidak kelihatan pada Mat Said.Sedangkan rumah pribadi beliau pun mega juga nampaknya,tak pulak kelihatan kampungan.

4.Seorang pemimpin misti boleh di terima semua pihak,bukan kem dia saja,tapi Umno Terengganu masih berpecah belah.Peristiwa selepas penamatan perkhidmatan Mat Said membuktikan segalanya.

Yang aku rasa sedikit keciwa ialah ketokohan PM Najib sebagai pemimpin no satu agak lemahdalam isu pemecatan ini.Orang seperti Mat Said pun boleh melawan balik,maknanya PM Najib langsung tidak mempunyai strategi dalam tindakan beliau,hanya main ikut telunjuk penasihat barangkali.PM Najib kena belajar dari Tun Mahahtir,kalau Tun arah seseorang meletak jawatan,tak ada yg berani angkat muka melainkan patuh belaka,misti ada caranya.Hanya seorang yg berani melwan ,iaitu Anwar,tapi lihatlah akhirnya,maruah diri dan anak bini terburai,hanya sikap muka tak tahu malu saja yg membolehkan anak beranak tersebut terus tersenyum dan berani menunjukan muka dikhalayak ramai.Maruah pupus.

Cara Tun Mahahtir perlu di teladani oleh sesiapa saja yg mahu menjadi pemimpin no satu,sikap PM Najib yg menjauhkan diri dari Tun tidak membantu.PM Najib boleh buang semua penasihatnya,minta nasihat dari Tun Mahathir pun sudah mencukupi kalau stakat nak jadi pemimpin Umno dan PM Malaysia ni,ini pandangan aku.






....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 9:56 AM

Saya pun tertanya kenapa ditukar MS ni. Kalau sebab tak perform dalam masa setahun ni, hai kita semua boleh tolong list kan nama pak pak menteri yang tak perform atau kalau dalam kes menteri muda, terlebih perform. Kalau sebab perjanjian, tak tahu lah. Saya tak nampak logic sorang tu bertungkus-lumus berkempen untuk menang dan kerja setahun. Kalau ada salah laku, bagi tahu dan kalau salah laku itu bersifat jenayah, ambil tindakan. Tapi ni bab tak ada angin tak ada ribut tak ada hujan tahu-tahu rumah sebuah dihanyut air ni, pelik betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 10:10 AM

Najib sebagai Presiden UMNO memang kena beri penjelasang khususnya kepada rakyat Ganu mengapa Mat Said dipecat. Selain itu, dua ekor yang turut sama perlu pikul tanggungjawab adalah dua orang buncit ku nan dengan s/u kerja umno. Bila saya tengok dua ekor buncit ni dalam berita tersengih isytihar kononnya semua setel. Everything under control Dato'. Tup tup malam tu mat said keluar UMNO. Nak sengih lagi ke?

Semua yang duk PWTC ni memang jenis mangkuk hayun macam dua ekor buncit ni jugak. Datang rumah orang xtau nak beri salam, terus rempuh masuk. Bro DIn dengarnya, lepas ni ada dua lagi negeri bakal alami nasib sama macam Ganu. Harap-harap UMNO negeri tu buat rebellion macam mat said. Kasi cukup-cukup kat geng bangsawan ni. Biar dorang sedar, tanpa undi orang2 kampung, tak dapat najib nak merasa kerusi PM tu. UMNO parti keramat Melayu? Puihhh!!!

....................
Reply To This Comment ...................
XBtRakitStudent81
May 14, 2014 at 10:47 AM

Nak tanya pendpt org Ganu, klu PRN baru rasa rasa BN boleh menang ke ?
Klu kat tmpt aku kat Johor ni, ADUN dan MP dua dua BN, klu pilihanraya baru aku, rasa belum tentu boleh menang lg, klu menang pun aku rasa majoriti akan berkurang. Tmbh dgn isu begini, org makin meluat ngan BN, walau pun org pun bukan suka ngan pembangkang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 10:51 AM

Salam,

Bab turun naik ni byk la pendapat. Tapi bab nak memenuhi hasrat ahli tak ada pulak pemimpin bincang. Semua pakat bincang bab jawatan jer. Ahli tak bertambah, tak byk tanya. Ada ahli tak sokong, kata sokong. Bila bab kepentingan diri, tolak belaka ahli. Aku yg hebat. Pemimpin yg tak sayang parti. Mereka yg byk memburukkan parti dgn sikap angkuh mereka, sombong dgn kekayaan yg dpt dr sumber bodek dan ampu kepentingan. Ada ahli bwh yg cuba kritik, terus ditekan dan
dituduh tak setia. Kita kritik krn kita lihat tak betul. Tak ada pun kepentingan diri. Pemimpin sungguh ada sebab nak kritik krn ada kepentingan.

Kalu berani, bagi tau la rakyat kenapa mb ditukar? Rakyat juga berhak tahu krn mereka sokong pun mungkin sebab mb dan bkn sbb pm. Jgn anggap semua rakyat suka dgn pm dan lap pm. Mrreka undi mungkin krn suka gaya kampun ms. Tp pepecahan dah berlaku sblm pri lagi. Saya masih ingat artikel bro yg peluang bn 50-50 dlm pru13. Masa tu dah berlaku keretakan dlm umno. Bkn sekarang.

Patutnya bila berlaku kejadian ni, presiden kena tanggung la. Bkn dok melindungi pm lagi. Bkn dok tunjal jari ke dahi orang lain. Boss kena bertanggungjawab la bila anak buah buat kacau. Kata semua sokong. Apa hal jadi macam ni.

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2014 at 10:59 AM

@XBtRakitStudent81Kalau PRN ? Sakit Umno !

Sebab ketua masih baru.... mungkin terpaksa panggil balik Idris Jusoh :)

Dan isu GST yang masih ramai orang belum faham akan menjadi topik utama

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 11:00 AM

Raih Yating turung pasal dia x masok calong masa PRU baru-baru ni. Kalu x jadi MP memang la x leh jadi Menteri.. Mende ni x payoh explain, orang leh pahang sendiri..
MB Melaka Ali Rustang turung pasal dia kosongkan kerusi DUN dan masuk calong tanding parlimen. Kalu x jadi ADUN mane leh jadi MB. Lagi pun di kabo doh belung ning penggal tu last dia jadi CM kat Melaka..
Mung nok wi contoh pung agok-agok ar..

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2014 at 11:12 AM

Din,

Aku setuju dengan pendapat2 yang PM tak perlu memberi sebab mengapa sesaorang MB/KM perlu ditukar. Jika semua mahu tahu apa sebab susahlah PM nak buat keputusan. Biarlah sebab2 tu jadi rahsia kerajaan dan parti. Jika seorang MB tu diketahui menerima rasuah tak kan parti nak hebohkan.

Sebagai ketua pentadbiran MB mesti ikut arahan PM. No 2 way about it. Kalau tidak susahlah seorang PM nak buat kerja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 11:35 AM

Betul tu. PM should come forward beri penjelasan. Orang ramai dan yang lebih penting Orang Terengganu sendiri perlu dimaklumkan KENAPA MB mereka ditukar. Jangan salahkan media sosial kerana sebarkan khabar berita tak tepat. When truth doesn't comes out, it is natural for people to speculate. Yang you tak leh come clean bagi kenyataan kenapa? Kenapa nak harapkan koncho-koncho? Be brave and gentleman. Apa yang hendak ditakutkan? bukannya mati pun bagi penjelasan.
Saya rasa rakyat Terengganu berhak mengetahui kenapa pemimpin negeri mereka ditukarkan. Ya, rata-rata penduduk di sini penduduk kampung, sekolah pun tak tinggi tapi itu tidak bermakna geng-geng elit aristokrat Umno can take them for granted? Umno semakin elitist nampaknya. Tak respect pemimpin tempatan yang mereka anggap kampong, unsophisticated and backward. Pasal orang-orang kampung ni lah geng-geng elit aristokrat nu di atas sana masih lagi berada di tampuk kuasa. Masih boleh jadi Menteri. Pegang jawatan yang penting-penting. Korang ingat korang pegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan parti melalui undi Cina ke? undi Melayu yang duduk di kota? Insaflah. Please refer to the facts in the last GE.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 12:08 PM

duo ghibu lapang...mat said tak pernah mimpi pong nak ganti idris jusoh...sepatok nyo bulang tigo duo ghibu tigo bleh itu hari doh bye-bye lamo doh mat said...bilo doh bermadu tu mako iniloh padoh nyo....pssssst...ado oghe tengoh ayak bijih besi sokmo...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 12:47 PM

kalau betul ada perjanjian setahun lalu..mengapa tak beritahu awal masa perlantikkan semula MB lepas pilihan-raya dulu...bagitahu semua dalam paper yg perlantikkan MB hanya untuk setahun sahaja...ini tak , tiba2 ada khabar angin 2 MB nak kena tukar...lepas tu kata hanya khabar angin...tiba2 lagi , MB Terengganu dikatakan letak jawatan...malamnya pula perlantikkan MB yg baharu....semua situasi nampak sangat tergesa2 dan kelam-kabut...malam2 buta sultan kena meyusahkan diri menerima orang politik mengadap..macam dah takde esok pagi...saya yg bodohnya memang tak faham apa sebab nak tergesa2 sangat...tapi kalau PM dah beritahu dari awal2 dulu , tentu situasi tak terlihat tergesa2 sebab semua dah tahu pertukaran MB pada May 2014...bila dah macam2 telahan dan agakkan yg bukan2 keluar , baru nak tunjuk ada surat perjanjian yg ditanda-tangan setahun yg telah tertangguh....kalau surat perjanjian tu surat yg sah mana boleh tangguh2...janji tetap janji...tapi siapa sebenarnya yg mungkir janji dan siapa pula yg memang berpegang pd janji...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 12:58 PM

Prestasi Najib pun merosot jugak....aku nak dia turun boleh tak?????? ganti dengan Muhyiden pulak...layak xlayak tu belakang kira...

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2014 at 1:07 PM

Bro,

Nak sambong sikit. Jika kerana anak nak kawin pd 17hb bukan dia tak tahu yg dia kena lepas jawatan tu pd bulan Mei. Perjanjian ni lebih awal dari perjanjian dia dengan biras dia bila nak kawinkan anak. Kena respect bos dalam hal ni. Kenapa tak pilih awal tahun atau bulan Mac. Masa itu bolehlah buat grand sikit gunakan duit rakyat macam Tok Rustam yg pecahkan rekod kawinkan anak.

Aku rasa Najib dah bagi tahu secara private yg tak boleh didedahkan. Kalau nak dedahkan juga boleh ke Tun Mahadir dedahkan kepada umum yg Annuar main jubok masa dia disingkirkan? Boleh ke Najib dedahkan yg Khir Toyo diketepikan kerana rasuah. Atau boleh ke PM masa tu (?) dedahkan yg Abu Hassan Omar selingkoh dgn sesaorang maka dia diganti dengan Md Taib. Tentu tak kan.

Jadi pendapat2 ni semua tak valid utk dibincangkan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2014 at 1:24 PM

Kerja PM ialah menguatkan UMNO dgn penyatuan bukan berpecah. Kalau nak bertau kenalah jaga maruah dan hati org. Jangan main buang je. Adalah baik kalau PM buat begini:
1) Selesaikan kenduri Mat Said dulu
2) Biar Mat Said sendiri yg umum pelantikan MB baru
3) Beri Mat Said jadi Duta kemana-mana negara (Zahrain PKR pun boleh jadi Duta Indonesia takkan org UMNO tak boleh)

Najib tak cukup bijak utk jadi PM

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2014 at 2:02 PM

Bro,

Aku tak bersetuju dgn pendapat Sdr Prolead utk memberi jawatan ganti kpd yg dah expired. Inilah yg memberi imej buruk kpd kerajaan. Macam mana negara nak maju jika kita selalu terpaksa menjaga muka org2 yg tak perform buat kerja.

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2014 at 2:07 PM

Kita raikan perbezaan pandangan :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 2:10 PM

Penglibatan MB secara langsung dlm pengurusan dana wang ehsan yg melibatkan ratusan juta atau mungkin billion ringgit mungkin menjadi punca perebutan. Tambahan pula Najib dikelilingi oleh penasihat2 bertaraf anjing kurap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 2:15 PM

Dari dulu hingga kini aku memang dog berahi dengan najib. dia cuma tumpang nama bapak dia saje. Kalau bapak dia bukan tun razak tak tahule mana kedudukan najib sekarang. roh perjuangannya hanya banyak terarah kepada puak mata sepit. Apa yang dia terkilan sangat dengan puak tersebut.
Mana ada lagi pemimpin melayu yang mahu memperjuangkan dan memperkasakan melayu itu sendiri. Puak cina dan india sekarang banyak dah bergabung tenaga untuk mendapatkan hak sama rata dan dibantu oleh pengkianat melayu.
tapi najib masih gitu gitu jugak. nampaknya dia lebih suka berselfie dari melihat keruntuhan dan kejatuhan melayu semakin menghampiri noktah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 2:39 PM

Wa caya lu.... cili kasi taruk.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
May 14, 2014 at 2:55 PM

krisis skrg ni rasanya melibatkan KRISIS KEYAKINAN rakyat kpd PM.
Sepanjang pemerintahan PM, suara penasihat JUTARIA yg menguasai PM, bukannya suara dr HATI dan MINDA PM sendiri.
Aku setuju dgn kedua2 pendapat yg mengatakan PERLU dan TAK PERLU PM bg tahu kenapa MB Ganu perlu diganti. Takda apa yg rakyat dpt lakukan kerana era kerajaan tahu segalanya TAK PERNAH HILANG. lagipun, jika PM jawab persoalan rakyat, keadaan akan semakin bercelaru bukannya smkn tenang. Tp terpulang samada DS Ah Jib Gor kesayangan Cinabeng biaDAP nak jawab atau biar isu ini tenang dgn sendirinya disapu puput bayu pantai2 di Ganu.
"Stay calm and always blurrrr"
I love PM......clap...clap....clap

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 2:59 PM

Waktu AI kena pecat time tu sikit lebih kurang cam ni....tak ada atau tak banyak dikhabarkan. Pulak internet belum hot lagi.

Apa jadi??? Rakyat merusuh sampai budaya ganas dah jadi kebiasaan. Lebih teruk. Sampai mahkamah dah jatuh hukum bukan sekali DUA kali masih ramai yang tak boleh terima walau dah sah bersalah-berlaku.

Jangan anggap rakyat bodoh, ramai yang boleh 'digest' seberat atau sesusah mana perkara yang perlu diterangkan.

Andai Najib yang kata No 2 way about it, then he should reflect his statements regarding AirAsia impending move insinuating AirAsia as Snob!

Mansuh ISA positif dan majoriti sokong????

Sebaik nya UMNO should have capitalise PKR in disarray, DAP still in limbo, PAS pushed to a corner by Hudud, ni tak create in-house trouble lagi.

Lu pikir lah sendiri....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 3:03 PM

Upin Ipin pun cakap,

Betul betul betul....!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 3:13 PM

Kalau your way or the highway cara kamu....ada element sombong.

Dikertas undi sentiment cukup effective, tak tengok LKS main sentiment cinabeng berbondong-bondong nak tumbangkan BN-UMNO.

Andai UMNO tumbang salah melayu sendiri ke? Lepas tu cinabeng duk buat kenduri dorang tengok.

Berpijak lah dibumi nyata jangan sampai juta-juta diber, beribu placard I Love PM, last tsunami....apa cerita?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 4:01 PM

aku pun nak pandang jugaklah.
pasal apa yg aku pandang semenjak derih jusoh naik kabinet baru jadi balik huru hara politik tganu ni. sebelum ni ada tapi taklah sampai nak kacip MS sampai tumbang.
kemudian ada ke ura2 yg MS mintak ngan pusat up kan lagi royalti minyak pada tganu sampai 20% yg mcm sarawak mintak? minta tolong share info kalau ada.
tapi hati kecik besar aku ckp kak ros tak byk sikit mmg terlibat dlm rencana ni. Biasa la pojek oil n gas ni kan, sapa tak kembang rambut teruja nak sakau kontrak. sementara abang ada lam kabinet ni kan. sok dah kene sentap satu kali jatuh, leper rambut I nok.

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2014 at 4:14 PM

@Anonymouserk .... ┼Ľosmah pun enter frame juga ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 5:19 PM

Tak heran lah biler datang krisis macam MH370, kelam kabut menteri2 semua. Tak pernah kena scrutinize, sampai tukar MB pun takde DECENCY nak explain reason.

Teruskan perangai bodoh sombong macam ni Najib ... lagi cepat kena tendang lagi bagus, kalau tidak, habis generasi akan datang pun ikut perangai dia.

Post a Comment