........... Kira Settle la Bos .... Sesama Melayu kan .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kira Settle la Bos .... Sesama Melayu kan ....

Tuesday, May 13, 201420comments



Ngan orang Cina Bos boleh maafkan .... walaupun Tsunami Cina hampir2 buat kerajaan pusat BN lingkup tapi masih lagi duk tatang mereka, takkan sesama Melayu pun nak berkeras ?

Yang bersumpah tak nak jawatan pun Bos boleh pujuk supaya TERIMA jawatan ....


Takkan sesama Melayu pulak berkeras suruh LEPAS JAWATAN ?

Kira Settle la Bos .....


Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 10:13 PM

Wakakaka ah jib gor noob...mampus la umno lepas ni aku serius da meluat dengan umno...nak sokong pembangkang??? Puih!!! Hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 10:18 PM

Din..aku tanya..apa salah mat said sampai nak kena tukar???

Macam presiden mesir Morsi tu..apa pasal dia digulingkan? Apa salah dia sampai nak kena guling???

Sampai hari ni aku tak jumpa satu jawapan yg munasabah.. Bole tolong jawab??

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2014 at 10:23 PM

@AnonymousSoalan ni wajar Najib yang jawab ! Pasti rakyat Malaysia terutamanya Terengganu nak tahu kenapa MatSaid perlu ditukar.

Yang heboh diperkatakan adalah CARA ia dibuat bukan KENAPA ia dibuat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 10:24 PM

Deng ............. ambe kroni mb baru (name gape dop ingat doh) ............ pah ni derah la pitih masuk wat projek ganu war room ........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 10:25 PM

Ramai tak tahu geng najib gelogoh nak buang mat said ialah duit royalti petronas masuk akaun trg hujung bulan ni... Depa takut mat said pakai duit tu dulu. Tembelang dah pecah oi..m

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 10:46 PM

Tak patut betul pemimpin ISLAM/Melayu yg. berjiwa rakyat spt. YB DS Ahmad Said diHINA sampai sebegini - dan apa KEJADAHNya ada pula si pemimipin UMNO yg. tergamak boleh TERGELAK besar psl. PENGHINAAN ini (lihat di http://medantempurkedah.blogspot.com/2014/05/krisis-tganu-kerana-ku-nan-dan-raof-2.html , KRISIS T'GANU !! KERANA KU NAN DAN RAOF, 2 LAGI ADUN KELUAR PARTI ??, 13 May 2014)?!

Dan tak bermakna kalau kita sayang UMNO, kita harus ikut cakap pemimpin mcm. LEMBU bodoh - apalagi kalau pemimpin yg. LIBERAL PENGKHIANAT! Mcm. YAB Ayahanda Tun, tak semua yg. beliau cakap termasuk bila beliau mengutuk ISMA, kita harus setuju, tetapi TIDAK bermakna kita benci dgn. beliau, yg. banyak JASA pd. umat Islam/Melayu.

Nampaknya makin ramai si pemimpin Islam/Melayu BONGKAK dlm. UMNO, yg. tak pernah hidup susah, di suap sudu 'emas' dr. lahir - takkan dengaq cakap rakyat miskin dan tertindas terutamanya umat Islam/Melayu! Tahu nak cakap psl. jadi negara maju dan pelaburan berlambak dr. si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, termasuk nak masuk TPPA (yg. sebenaqnya ejen tempatan utama si Barat-ZIONIS ini ialah dr. si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM), sedgkan maruah dan hak agama, bangsa dan negara, serta TANAH PUSAKA nenek moyang Islam/Melayu kita terus TERGADAI! Maklumlah si puak Islam/Melayu LIBERAL, samada dlm. PAS/UMNO/PKR kan makin ramai dan asyik nak JILAT kasut si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL RASIS mcm. hamba abdi!

Memang BALAnya buat umat ISLAM/Melayu kalau Terengganu jatuh kat PRJAHANAM – ini bukan psl PAS sebab PAS adalah KULI si KAPIRDAJALDAPBANGKAI/PKRSODOM; sampai takut nak laksana Hukum Hudud ALLAH SWT!

Sedih betul – YB DS Ahmad Said dianiaya sebegini; bahkan majlis perkahwinan anaknya yg. begitu penting (pd. setiap ibubapa- apalagi pemimpin ISLAM/Melayu/UMNO yg. BERJASA begini), dicemarkan dan dianggap begitu remeh!

Dahlah tu dilapurkan di Utusan:

….ADUN Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang turut menyatakan berdiri teguh sebagai ahli UMNO dan tidak akan sesekali meninggalkan parti keramat itu yang sudah menjadi asas perjuangannya dari dulu, kini dan selamanya.

Anggota Exco kerajaan negeri itu menyatakan rasa sedih dan kesal
dengan peristiwa yang tak sepatutnya berlaku di negeri ini sekarang.

``Saya amat kesal kerana kebanyakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Ketua UMNO Bahagian tidak pernah diajak berbincang oleh mana-mana pemimpin tertinggi parti dalam hal pertukaran Menteri Besar,'' ujarnya.

(di http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140513/po_24/3-ADUN-BN-nyatakan-pendirian , 3 ADUN BN nyatakan pendirian)

Aku harap hal ini TIDAK berkaitan dgn. cadangan YB DS Ahmad Said nak melaksanakan Hukum Hudud kat Terengganu kalau Kelantan mengamalkan Hukum Hudud, dan juga kerana DS Ahmad Said, nak mengamalkan pelancongan berdasarkan ISLAM di Tasik Kenyir - di mana satu dr. air terjunnya hanya utk. kaum wanita!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 11:32 PM

Aku hairan sangat bagaimana najib ni boleh dilantik sebagai mb pahang, tpm dan akhirnya pm.... Nampak sangat bahawa beliau ni tak ada kewibawaan. Mungkin beliau naik kerana pengaruh bapanya... (macam KJ jugak kot). Kalau dikira wibawa, rasanya mat said 10 kali lagi baik dan bijak dari najib.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 11:52 PM

Hidup UMNO, Hidup Melayu, Hidup Mat Said (anak jantan ganu - tak gheti bodek) Takbir 3x

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 12:41 AM

Selepas pilihanraya umum 2008 istana enggan menerima Datuk Seri Idris Jusoh yang mahu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu bagi penggal kedua.

Istana dikatakan menolak nama Idris Jusoh yang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Maka tiba-tiba nama ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dipilih oleh istana.

Kebetulan Ahmad Said adalah ketua Umno bahagian Kemaman dan ADUN yang paling senior. Tambahan pula beliau menerima sokongan penuh dari ketua-ketua bahagian yang digugurkan sebagai calon BN oleh Idris iaitu Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Hulu Terengganu), Datuk Rahman Bakar (Marang), Datuk Nasir Ibrahim (Kuala Nerus), Datuk Mohd Jidin Shafie (Setiu) dan Datuk Rosli Mat Hassan (Dungun). Maka istana tidak ada pilihan lain terpaksa melantik Ahmad Said sebagai MB.

Bukannya senang Ahmad Said nak jadi MB. Beliau diberi amaran oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor jangan terima watikah dari istana kerana parti sudah memilih Idris. Jika beliau degil, beliau akan dipecat dari Umno. Ketika itu majoriti ADUN menyokong Idris. Ahmad Said terpaksa berpindah randah dari hotel ke hotel sepanjang berada di Kuala Lumpur sementara menunggu isu itu reda demi keselamatannya kerana puak-puak Idris mahu menggagalkan supaya Ahmad Said tidak dapat angkat sumpah sebagai MB yang baharu.

Akhirnya Pak Lah terpaksa tunduk kepada kehendak istana dan menerima Ahmad Said sebagai MB Terengganu dan beliau angkat sumpah pada 23 Mac 2008.

Pelantikan Ahmad Said tidak diterima oleh majoriti ADUN yang menyokong Idris. Apa lagi mereka digugurkan sebagai calon pada PRU tahun 2013. Maka hasilnya BN menang 17 kerusi mengatasi PAS 15 kerusi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan kecewa dengan prestasi BN Terengganu pada PRU tersebut. Maka Najib suruh Ahmad Said balik dahulu dan datang kemudian ambil watikah untuk dilantik sebagai MB bagi penggal kedua.

Najib buat syarat boleh lantik semula Ahmad Said tetapi untuk setahun sahaja. Beliau angkat sumpah sebagai MB buat penggal kedua pada 9 Mei 2013.

Pagi semalam, 12 Mei 2014, Ahmad Said mengadap Najib dan minta tangguh seminggu letak jawatan sehingga selesai majlis perkahwinan anaknya di Kemaman pada 17 Mei. Najib enggan tunduk dan Ahmad letak jawatan sebagai MB.

Maka Najib menghantar Tengku Adnan ke Kuala Terengganu petang semalam untuk beri taklimat kepada semua ADUN BN. Mereka menerima pelantikan ADUN Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman sebagai MB yang baharu.

Malam tadi Razif angkat sumpah pada jam 9.20 malam di istana baharu di Bukit Chendering. Ahmad Said tidak hadir dan dua jam kemudian beliau email perletakan jawatannya dari parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kemaman dan ahli Umno.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah seorang MB meletakkan jawatan dari Umno selepas tidak dilantik semula sebagai MB. Yang memalukan ia berlaku satu hari selepas Umno menyambut ulang tahun ke 68.

Ahmad said mendakwa ramai lagi ADUN akan jadi ADUN Bebas selain dari ADUN Ajil, Ghazali Taib. Tindakan mereka berdua ini merupakan cabaran besar yang perlu digalas oleh Razif. Maka Razif tidak ada pilihan lain terpaksa menasihati tuanku untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Biar rakyat buat keputusan sama ada mereka mahu BN atau PAS memerintah Terengganu.

Sikap Ahmad Said mengkhianati Umno amat memalukan kerana beliau sering berucap supaya ahli setia kepada parti tetapi beliau yang tidak kenang budi Umno sanggup keluar dari Umno kerana kepentingan peribadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 12:44 AM

Sambungan

Sebenarnya apa yang berlaku pada hari ini sama dengan langkah yang mahu diambil oleh Ahmad Said pada tahun 2008. Jika Umno memecatnya dari jadi ahli Umno kerana menerima watikah sebagai MB baharu (sedangkan parti kekalkan Idris) maka beliau sebagai MB akan menasihati tuanku untuk membubarkan DUN. Pak Lah tak sanggup terima risiko itu. Maka Pak Lah terpaksa menerima Ahmad Said sebagai MB.

Siapa yang lebih ikhlas berjuang untuk Umno? Idris Jusoh selepas tidak menjadi MB tidak khianati Umno dan keluar dari Umno sebaliknya Ahmad Said sanggup khianati Umno. Sekarang rakyat baru tahu tembelang Ahmad Said.

Begitulah Ahmad Said. Dia tidak pernah menduga jadi MB. Dia naik secara kontroversi, dia turun sebagai MB penuh dengan kontroversi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 12:46 AM

Kau lantik orang tu sebagai MB dengan cara baik dan beradab. Takkanlah bila ko dah tak suka, ko buang macam sampai. Lain kali hantarlah notis dulu dan kasi tempoh yang munasabah untuk dia berundur. Sekarang ni beliau tengah membuat persiapan untuk kenduri kawin. Dah tentu barang-barang perkahwinan berlambak-lambak kat kediaman rasmi mb. Sebagai tuan rumah untuk majlis kenduri kahwin, dah tentu tak mau menanggung aib kerana kad kawin, banner, banting pun dah bercetak MB Ganu. Ah Jib Gor pun satu, jagalah air muka kawan tu. Berilah sedikit penghormatan kerana MatSaid dah lama berjuang dalam UMNO. Orang PAS sendiri tak berani nak pijak kepala MatSaid kerana ketegasan beliau. Ingat senang ke nak cari MB yang berani bukak pintu van roti.

Ingin ditegaskan di sini bahawa tiada sesiapa pun yang membantah pemecatan MatSaid. Rakyat cuma membantah cara pemecatan itu dilakukan. Ibarat kalo ko nak bertunang, mestilah dengan cara baik, beradab dan bersopan. Nak putus tunang pun biarlah dengan cara yang baik jugak. Supaya kedua-dua pihak sama-sama berpuashati.

....................
Reply To This Comment ...................
May 14, 2014 at 12:58 AM

Takperlah saya beri can kedua2 kem beri komen, berhujah dengan elok tanpa perlu maki hamun, ok :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 1:14 AM

Kalau mengikut pekeliling kerajaan, mana-mana pekerja kontrak harus akur dengan tempoh yang telah dipersetujui. Kerajaan berhak menamatkan pekerja kontrak tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu. Ianya telah ditulis dalam kontrak.

Masalahnya pekerja kontrak tu ialah seorang MB. Bukannya mat despatch atau opis boy. Budi bicara tu perlu ada. Lebih-lebih lagi kalau orang tu dah banyak berjasa kepada UMNO. Jangan gelojoh atau tergesa-gesa. Tak boleh ke tangguh atau tunda ke tarikh yang sesuai ? Tempoh peralihan yang munasabah diperlukan supaya segala urusan yang sedang dilaksanakan boleh disiapkan terlebih dahulu. Barulah pelan peralihan menjadi lebih lancar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 1:20 AM

Alhamdulillah dah selesai pun tak sampai 24 jam.
Hebat UMNO ini dicincang takkan putus.
Kepada yg dengki apa nak buat Allah tolong UMNO la....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 2:35 AM

pengajaran buat umno terutama najib. tapi aku sokong bekas MB sebab sejak dr dulu lg umno ugut nak pecat dr umno kalu terima watikah jd MB. so sekarang sapa yg pengkhianat??? umno atau mat said??? kenapa nak pecat matsaid pulak??? dia yg nak lantik diri dia sendiri ke??? apa salah mat said kalau pihak istana suka dia jd MB dulu??? nampak sgt UMNO dah tak suka matsaid. Dan memang patut pun dia keluar UMNO. harap2 ex MB ni dan geng2nya buat parti baru ganti UMNO. nak hrp UMNO bela melayu dan islam jauh panggang dr api. UMNO lebih rela jaga Cina. HARAP SGT ADA PARTI MELAYU YG BARU. PARTI MELAYU ISLAM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 4:04 AM

Kalau kita betul2 berjuang untuk negara dan tidak mementingkan diri, keputusan peribadi yg bekas mb buat tak mungkin terjadi. Mmg kita akui dia berjasa pd terengganu tp oleh kerana ego lalu buat keputusan bersifat peribadi yg sengaja nk menyusahkan bekas parti sendiri tidak ubah seperti anwar skrg. Beliau patut akur dgn parti secara rendah diri terima keputusan dan ianya lagipun telah di putuskan setahun dulu. Dia dah tahu dan patut telah bersedia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 6:39 AM

Najib...mcm tu lah style,orang lain semua tak perform yg perform dia sahaja. Dia perform sampai kena kencing dengan cina2,dah la tabur duit berjuta juta hujung2 cina2 langkah pembangkang. Ikut telunjuk pemandu...idris jala. Korang pergi check pegawai2 kat pemandu tu siapa...pergi la check tengok. Kata kajian telah di buat utk memansuhkan ISA,tah merapu apa PM ni. Tengok sekarang,melayu dah start goyang....mana taknye,cina2 boleh maki hamun melayu tapi bila ISMA atau PERKASA cakap pasal hak org melayu di katakan racist sampai kena warning dgn KPN. Tak semestinya kalo kita sayangkan UMNO kita kena ikut telunjuk pemimpin yg tak pandai buat keputusan. Mana ada org PAS berani dgn Mat Said? Aku tahu la,sbb aku duduk di ngganu. Najib ni elok berundur la sebab polisi2 nye merugikan org melayu. Sampai Tun Daim dah banyak kali tegur ke mana halanya ekonomi melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
May 14, 2014 at 7:17 AM

Apasal ajib suruh org lain berundur sedangkan dia sendiri tidak mahu undur? Sebab bn terengganu tak memberangsangkan?

Habis? Apakah dia fikir pencapaiannya sbg pi em sgt memberangsangkan? Sepatutnya dia org pertama letak jawatan!

Oh..lupa. dia seorang yang clueless tetapi perasan hebat!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 14, 2014 at 8:56 AM

Bro din kalau kita pandai kita patut gunakan peluang ni utk singkir najib. Mcm biasa dia playsafe dan xde telur.

Muhidin jadi mangsa. Member sampai nk bersara. Asyik jadi belasahan sbb pm x guna.

Ingatkan kj yg kemaruk spotlight akan jadi henchmen najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 15, 2014 at 11:37 AM

Ahmad mengakui berlaku se­dikit ketegangan antara beliau dengan Najib pada pertemuan awal mereka yang difahamkan menyentuh mengenai penangguhan peletakan jawatannya sehingga selesai urusan majlis perkahwinan anak­nya yang akan diadakan di sini dan Kuala Lumpur tidak lama lagi.

“Masa itu tercetus sedikit tegang selepas saya beritahu PM bahawa majlis perkahwinan anak saya pada 17 Mei ini yang akan berlangsung di kediaman kami di Telok Kalong.

Tetapi Perdana Menteri kata itu masalah dan soal personal (peribadi). Ini melibatkan anak saya dan maruah saya sehingga saya mengambil keputusan meletak jawatan dalam UMNO dan keluar daripada parti.

Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Bagi saya mudah, orang buat baik dengan saya, saya buat baik, orang lembut saya lembut. Saya tidak boleh orang berkasar dengan saya," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140515/po_02/Saya-bukan-pengkhianat-parti---Ahmad-Said#ixzz31kgCBJbo


Post a Comment