........... Joseph Entulu Kena LETAK JAWATAN Sebagai Bukti Kenyataannya Gugur Ruangan Kaum Bukan Keputusan Kabinet ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Joseph Entulu Kena LETAK JAWATAN Sebagai Bukti Kenyataannya Gugur Ruangan Kaum Bukan Keputusan Kabinet !

Thursday, May 8, 201416comments


Baru jer nak komen tentang isu penghapusan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang diucap oleh Menteri di Jabatan Datuk Joseph Entulu Belaun ( KLiK ) .... kemudian terbaca laporan terbaru yang Najib menafikan ia sebagai keputusan kabinet. - Astroawani.

"Kami ada bincang perkara ini tetapi keputusannya adalah mengekalkan amalan dan dasar sedia ada," kata Najib.




BOLEH PERCAYA KE CAKAP NAJIB NI  ? ?

Semalam si Joseph punyalah official bila berkata  -

"Berdasarkan trend, kita memang nak menggugurkan ruang kaum dalam borang tetapi bukan sekarang. Ia akan dilaksanakan kemudian secara perlahan-lahan.

"Buat masa ini, kita mengambil langkah gugurkan yang tiada nilai tambah sahaja,"


sambil menegaskan yang ia adalah KEPUTUSAN KABINET. BUKAN keputusan Joseph TAPI keputusan Kabinet. 

Saya hairan kenapa ramai yang hentam Joseph kalau beliau cuma sekadar JURUCAKAP .... kenapa tidak hentam KABINET yang buat keputusan itu ?

Sekarang Najib menafikan ia sebagai keputusan kabinet. Jadi ia adalah SATU KESILAPAN di pihak Joseph, seorang Menteri di JABATAN PERDANA MENTERI ?

Betul ke ni ? Atau Najib nak test market ?



Jangan salahkan saya kalau sukar nak percaya cakap Najib dalam hal2 yang melibatkan kaum. Sebab Najib tidak punya track record yang menyakinkan dalam mempertahankan bangsa Melayu, bangsanya sendiri.

Begitu juga dengan KJ yang telah meretweet ( seolah menyokong ) tweet azwanbro di bawah -


Bunyi tweet yang seolah menyokong kenyataan 'silap' oleh Joseph .... konon nak berhujah bagi pihak kabinet. BODEK NAK MAMPUS !


Saya percaya ramai juga yang skeptikal dengan penafian Najib di atas ...... tapi Najib mungkin boleh buat kami percaya keikhlasannya jika -

Joseph Entulu Belaun diminta LETAK JAWATAN sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri !

sebagai membuktikan yang ia adalah kesilapan peribadinya.

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2014 at 1:19 PM

Joseph Entulu Balaun tu bumiputera ke? cer dia yang buang dulu status bumiputera bersama dengan semua kaum keluarga dan sanak saudara dia. mulailah dari sekarang nak tengok. silap2 kena pancung kepala dengan kaum dia sendiri....bodo jugak member kabinet najib neh!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2014 at 1:24 PM

Dalam Kabinet Najib pun dah tak da kesepakatan, eloklah tu..sebaiknya..suruh Boss besar dia pun 'letaK JAWATAN' sebab..kelemahan Boss besar yang amat ketara sekarang ni..banyak kenyataan bercanggah..antara satu sama lain..Najib...faham-fahamlah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2014 at 1:48 PM

Seorang menteri yang melepaskan kenyataan rasmi tanpa restu kabinet, merupakan satu kesalahan yang besar. Kenyataan media beliau jelas menunjukkan seolah-olah beliau mewakili kabinet dan bukannya sebagai pendapat peribadi. Oleh itu, beliau wajib bertanggungjawab atas segala kerosakan sehingga mencetuskan ketegangan kaum akibat daripada kenyataan tersebut. Jika damage control tidak dilakukan, saya khuatir kita akan menempuh satu lagi tragedi 13 Mei.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2014 at 2:07 PM

Sepatutnya yang layak membuat kenyataan sensitif sebegini ialah menteri muda KBS sahaja. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO BN merupakan jurucakap rasmi bagi setiap kementerian dalam kabinet Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 8, 2014 at 2:09 PM

Idea lahanat DAP suruh buang "kaum" dalam borang pun nak disokong BN ? Semua yang pembangkang nak kena turut ka ? Dah sedia maklum idea pembangkang terutamanya DAP tak boleh pakai nak ikut juga, pelik!

Bila aku google isu ni keluar nama si Saifuddin lagi! Apahal UMNO suka kutip pemimpin LIBERAL ni ????
http://celahgelegar.blogspot.com/2014/01/buang-kaum-dalam-mykad-datuk-saiduddin.html


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2014 at 2:28 PM

Come on la,semua nk salahkan ds najib mana boleh..ds dh buat yg tbaek utk kita,cuma org bawahan ds ja duk buat hal..kita minta gst cepat dijalankan utk bantu negara kita..baru ekonomi stabil

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2014 at 2:33 PM

Ini lah salah satu menteri yag telah dilantik dan diberi kepercayaan untuk membantu PM, tetapi mempunyai otak di LUTUT...menteri2 seperti ini perlu disinggkirkan daripada barisan kepimpinan demi menjaga maruah kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2014 at 2:44 PM

@AnonymousHahahaha... komen ni 'cute' la :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2014 at 2:58 PM

Tpi memang ada sesetengah borang rasmi kerajaan yang tak ada ruang kaum...macam na tu? Cer ah jib gor cite cer cite...

....................
Reply To This Comment ...................
May 8, 2014 at 5:34 PM

Kata ostat OTSB, rujuk Al Quran je...hadith tak payah. Marah sangat dia Kassim Ahmad di bicarakan.

Serupa lah kes 'kaum' ini. Umpama rujukan hadith yang di tinggalkan. Tiada lagi Nusa yang di rujuk hak Melayu, yang tinggal kelak hanya Bangsa Malaysia.

Salah lah ungkapan Hang Tuah yang kita banggakan, " Tidak Melayu Hilang di dunia". Berbangga sungguh bangsa kafirun yang merencanakan kejahatan dengan slogan yang di genggam, Bangsa Malaysia.

Siapa Bangsa Malaysia ini ? Malaysian Malaysia ? Kalau tidak faham juga, memang otak melayu di kepala lutut... (macam DT kata komen cute tuu)

Semua kerja dan hasil mesti di buktikan. Sinonim kaedah sains yang mesti di banggakan dengan kajian dan berfakta, menjadi No 1 demi kesesuaian liberalisasi, sekular, sosialis, anarki atau apa jua yang menjadi logik capaian kejayaan manusia dan seumpama nya, tanpa bantuan sesiapa, bakal di iktiraf satu entiti dunia berkiblatkan pemujaan syaitan. Kerangka illuminati yang sudah di olah di zaman samawi lagi, perancanaan secara halus dan berkesan, menjadikan pegangan baru yang teguh untuk manusia yang lalai dan terus di lalaikan. Tafsiran dan tamsilan merujuk kebijaksanaan akal manusia semata-mata. Tiada kuasa lain.

Kaum dan keturunan Nabi Muhammad SAW tidak di sebut kerana taraf Nabi serupa taraf dengan manusia yang bijaksana, menepuk dada nya begitu bangga. Jika tidak, kelak jauh ke belakang yang di namakan ' club of doom'

Di Malaysia, nama dan karakter Melayu hendak di hapuskan. Islam bukan lagi Agama Persekutuan. HakHak istimewa Melayu mesti di gantikan dengan persaingan / meritokrasi ( rujuk che det) dan akhir nya Perlembagaan di ubah demi samarata samarasa.

KAUM mana yang paling untung dalam jangka berdikit-dikit dan jangka panjang, jika 'ruang kaum' dalam borang pendaftaran di hapuskan ?

Sesungguh nya masaalah KAUM, jangan di anggap satu perkara remeh temeh ! Serupa ISA yang di benamkan mati...





Malaysia tidak terkecuali.





....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2014 at 7:28 PM

x pernah berlaku ada menteri buat kenyataan silap macam ni..ds najib x kan berani tuntut jawatan menteri tu kerana dia wakil dari serawak.serawak dan sabah istimewa bagi bn kalau x der kedua dua negeri ini bn boleh tumbang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2014 at 9:46 PM

Najib bukan Melayu la, dia keturunan bangsawan/pahlawan/dermawan bugis, yang makan di pedang dan minum di perisai. Tapi si Najib lak pondan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2014 at 10:18 PM

Seronok jadi DAP, apa-apa yang diaorang recommend mesti dapat perhatian PM. Betulke dah banyak borang yang tak de Bangsa lagi dah (terbaca di sebuah blog)? Kat Amerika pun ada ruangan untuk letak Bangsa: Hispanic, Asian, African American, etc. Jika betullah, nak di consider juga cadangan DAPigs ni, saya memang kata bangsa Melayu adalah bangsa lemah serba serbi. Cepat menggelabah bila DAP jentik. Macam orang melatah, DAPigs usik sikit semua politicians Melayu melompat. Cuba top leaders UMNO fahamkan ni: Tiada satupun cadangan yang dibuat DAP adalah untuk kebaikan UMNO/Melayu. Mereka hanya mahu UMNO/BN menjadi lebih DAP dari DAP sendiri. Kalau itupun tak fahm jugak, tak tahulah nak kata apa lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2014 at 11:50 PM

Pengkelasan mengikut kaum adalah penting untuk kita membuat statistik. Contohnya permohonan biasiswa melanjutkan pengajian ke luar negara. Jika pemohon yang berjaya tak sampai 50% bumiputera, barulah kita boleh buat kajian sebab musabab dan tindakan susulan yang perlu. Mungkin penambahbaikan boleh dibuat mengikut sosio ekonomi dan latarbelakang pendidikan. Jika ruangan kaum tiada, dan pemohon yang berjaya majoritinya adalah bangsa kiasu, apakah asas yang digunakan untuk dibuat kajiselidik bagi memastikan bumiputera tidak tercicir ? Apabila data kaum tiada, bagaimana kita nak menolong bumiputera ?

Dalam ruangan kaum, kita ada Melayu, Cina, India, Sikh, Orang Asli, Bumiputera Sabah Sarawak dan Lain-lain. Perbezaan itu perlu kerana kita perlukan identiti bangsa masing-masing. Kita bukannya macam Indon yang kita tidak boleh mengecam bangsanya kerana semuanya menggunakan bahasa yang sama. Malah, nama pun nama Indon.

Selagi ada Melayu yang masih belum mampu berjalan sendiri tanpa bantuan tongkat, selagi itulah identiti Melayu itu perlu dikekalkan sampai bila-bila.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2014 at 12:44 AM

Rupa-rupanya ada jugak pemimpin UMNO yang memandang enteng kepentingan ruangan kaum dalam borang.

http://riziqin.blogspot.com/2014/05/naib-ketua-pemuda-umno-sebenarnya.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 9, 2014 at 8:35 AM

Melayu marah bila dibuang ruangan kaum.. Dikatakan cubaan utk mengurangkan hak istimewa org Melayu..

Orang Bumiputera lain pulak kata UMNO cuba nak menghapuskan bangsa mereka dgn memelayukan semuanya..

Orang DAP pula tersenyum bila agenda Malaysian Malaysia makin diterima oleh Kjaan Malaysia..

Orang India masih tercari- cari identiti mereka..

Kesimpulannya?

-narohodo-

Post a Comment