........... Isu Cadbury Ada DNA Babi - Jakim Buat Turn-Back ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Cadbury Ada DNA Babi - Jakim Buat Turn-Back ?

Tuesday, May 27, 201446comments

Saya nak komen tentang kenyataan Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha selepas mesyuarat khas antara Jakim bersama-sama Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Standard Malaysia dimana diputuskan - Keputusan Rasmi dalam tempoh 7 Hari.

"Makmal Jabatan Kimia merupakan makmal rasmi digunakan Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam pensijilan halal sebagaimana yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia,"

Yang kecoh baru ni adalah ekoran keputusan dari makmal Kementerian Kesihatan -


Dan pengumuman dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham berpandukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 -



Tidak disebut soal halal haram, cuma diumumkan straighforward hasil kajian yang dilakukan. Turut disebut bahawa pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.


Berita ini tersebar dengan begitu cepat dan meluas sekali. Tak tahulah berapa ramai yang ingat nombor kelompok kedua produk tercemar dengan BABI itu, yang saya tahu, orang duk bising kata Cadbury ada BABI !


Hari yang sama iaitu pada 24 Mei, Sinar keluarkan artikel kenyataan dari Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha ( siap ada gambar beliau lagi ! ) dimana perenggan pertama berbunyi -


- .... TELAH mengambil keputusan menarik balik sijil halal ....


SEKARANG Ketua Pengarah Jakim yang menggunakan nama yang sama iaitu Datuk Othman Mustapha berkata -


Apakah laporan Sinar pada 24 Mei di atas telah di salah lapor ? Atau dipetik di luar konteks ?

"Makmal Jabatan Kimia merupakan makmal rasmi digunakan Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam pensijilan halal sebagaimana yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," 

Bagaimana kalau Makmal Jabatan Kimia mendapati tidak ada DNA Babi dalam kedua coklat berkenaan ? Apakah Jakim akan terus mengiktiraf Sijil Halal yang telah ditarik balik ( mengikut laporan 24 Mei ) itu ?

Kajian mana yang perlu diikuti oleh umat Islam ? Hasil kajian dari Makmal Kementerian Kesihatan atau hasil kajian Makmal Jabatan Kimia ?


Othman berkata, mesyuarat turut memutuskan supaya Kementerian Kesihatan menghantar secara rasmi laporan hasil penemuan analisis kedua-dua sampel produk berkenaan kepada Jakim bagi melengkapkan hasil siasatan.
 
Selain itu, katanya sebarang penemuan oleh mana-mana agensi yang melibatkan isu halal perlu diselaraskan bersama Jakim atau JAIN.
 
"Oleh itu kenyataan berhubung isu halal hanya akan dikeluarkan oleh Jakim bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat awam," katanya.


Seperti yang saya tulis di atas, Kementerian Kesihatan bertindak menggunakan  Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, tidak ada kaitan dengan Sijil Halal Jakim.

Malah kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan di atas juga tidak sebut soal Halal Haram, cuma ia umumkan ada DNA BABI dalam kedua sampel yang diperiksa.

Saya berterimakasih kepada KP Kesihatan kerana segera membuat pengesahan itu sebaik saja berita itu menjadi viral. 

Juga dari SINAR 27/5, Menteri Kesihatan S Subramaniam berkata -



.... kajian awal bocor ... ? Kajian awal ? Kajian itu bertarikh 27 Februari , 3 BULAN LALU la !

Makmal Jabatan Kimia pula telah buat kajian susulan bila ? Bulan March ? April ? ATAU selepas mesyuarat Sabtu 25 Mei lepas ? Itu pun selepas heboh berita ini diperkatakan ...... 

Kalau kajian awal berusia 3 bulan itu tidak bocor dan berita menjadi kecoh, apakah Makmal Jabatan Kimia sememangnya sudah siap merencanakan kedua sampel itu untuk dikaji dan keputusannya dalam masa 7 hari juga ? 

Point saya - Jangan salahkan berita itu bocor ! Kerana berita itu bocorlah maka umat Islam terselamat dari terus memakan benda HARAM yang terkandung dalam kedua coklat Cadbury itu.

Dan kerana berita itu bocorlah maka isu ini mendapat perhatian Jakim seterusnya mendapat keutamaan Makmal Jabatan Kimia untuk dibuat ujikaji status Halal .... dan hasilnya bakal diketahu hanya dalam masa 7 hari !

Sebenarnya Makmal Jabatan Kimia tidak perlulah buat kajian kedua pula atas sampel tercemar itu, terima sajalah hasil kajian Makmal Kementerian Kesihatan. Gunakan masa, tenaga dan kelengkapan yang ada untuk buat kajian keatas pelbagai lagi produk yang timbul keraguan status halalnya sejak kes Cadbury ini jadi panas.

Datuk Othman juga berkata  - "Jadi semua pihak digesa tidak membuat tindakan terburu-buru dalam isu itu bagi mengelak keresahan awam, sebaliknya menyerahkan tindakan dan keputusan selanjutnya kepada pihak berautoriti," 

Tidak ada siapa yang terburu-buru pun ! Tidak ada siapa yang resah pun ! 

Produk di sahkan ada BABI, maka kita tolak jer lah. Tidak ada apa-apa masalah pun. Tak der siapa yang merungut, meratap dengan hasil kajian Kementerian Kesihatan itu. Kecuali mereka yang berkepentingan ....

Share this article :

+ comments + 46 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2014 at 7:25 PM

Technical error sajaa....

Yg pasti cadbury ada babi...

Boikot cadbury sampai mati woo...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2014 at 7:25 PM

menarik posting saudara.saya setuju.sekarang ni belegar dekat Jakim+makmal+cadbury.

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2014 at 7:39 PM

Bagi saya, jika Jakim buat turn back, umat Islam akan pertikaikan Jakim pula !

Jakim perlu bersikap terbuka dalam hal ini. Jangan kerana melibatkan produk yang berjenama korporat maka Jakim jadi tergagap-gagap.

Dan dari mempertikaikan kesahihan kajian Makmal Kementerian Kesihatan, adalah LEBIH AFDAL jika Jakim iktiraf dan masukkan Makmal KK itu dalam panel Makmal Jakim. Lebih banyak makmal, staf dan kelengkapan bagi tujuan pensijilan. Tak gitu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2014 at 8:07 PM

Betul tu Din Turtle!

NGO-NGO Islam yg. sekrg. sedang SAMAN Cadbury (SYUKUR ALHAMDULILLAH), harus juga menuntut CEO-CEO Cadbury diPENJARAkan dan JAKIM serta Kem- Kesihatan bertanggungjawab di atas KELEWATAN penededahan maklumat yg. amat penting ini! Tapi nampaknya si JAKIM pun nak diLIBERALkan - asyik nak BERDIALOG- dgn. Cadbury! Seolah PENGHINAAN/ANCAMAN yg. amat BESAR ke atas umat Islam dgn. RACUN babi ni hanya pasal isu SIJIL halal/haram - semacam hanya kerja birokrasi yg. rakyat biasa tak perlu ambil tahu!

Aku syak si Islam/Melayu LIBERAL akan cuba pujuk NGO-NGO Islam supaya menarik balik saman; maklumlah si LIBERAL ni lebih pentingkan PELABURAN, tak kisah dr. si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS (yg. sesuka hati membunuh umat Islam global) sampai mahu tandatangan TPPA dgn. RAKUS - dan menuduh siapa yg. kritik hanya dr. 'Pembangkang' dan bencikan pembangunan! Apa si LIBERAL-LIBERAL ni ingat kalau kita menyokong UMNO/K'jaan, kena ikut mcm. lembu BODOH - kalau mcm. tu baiklah tak payah galakkan umat Islam/Melayu pi belajaq tinggi-tinggi dan berpikiaq secara mendalam terhadap mana-mana isu. Memang ada yg. belajaq sampai kat univ. omputih mcm. si Oxford pun masih BODOH bahkan menjadi si LIBERAL-mcm-"omputih you", tapi ada yg. belajaq walau kat sekolah/Kolej/Univ. ISLAM, yg. begitu cerdik TULEN!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2014 at 8:07 PM

Assalamualaikum....
sepatutnye jakim membuat ujian seblom produck dikeluarkan...bukannyer dah keluar baru kita tahu ada dna babi....dah lambat.....

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2014 at 8:13 PM

@AnonymousMUNGKIN waktu produk dikeluarkan dan sebelum sijil halal dikeluarkan, Jakim sudah buat kajian dan semuanya OK. Produk sudah lama dipasaran.

Pengeluaran berterusan makanya Jakim juga buat pemeriksaan berkala.

Dalam soal ini, saya tidak salahkan Jakim. Asal Jakim tidak buat kesilapan dari keadaan ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2014 at 8:15 PM

Bagi aku isu ni mudah sahaja ... JAKIM mesti tarik sijil halaltu ... Produk yang tercemar ditarik balik. Dibuang atau diber kepada negara non-muslim dan tanpa sijil halal. Jabatan Kimia buat kajian ke atas sampel.produk yang dipilih secara rawak selepas kesemua produk yang tercemar dengan dna babi tiada lagi dipasaran. Manalala jabatan kesihatan akan memeriksa produk yang ada dijual dipasaran. Dengan ini masyarakat islam akan terbela kerana ada jabatan yang membuat pemeriksaan susulan terhadap tahap kesucian dan keselamatan kandungan dalam makanan pebgguna.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2014 at 8:57 PM

JAKIM ni buat kerjakh tak sebenarnya..kenapa benda ni boleh berlaku...dah kena mcm ni baru sibuk nak buat ujian makmal..selama ni dorang buat apa?..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2014 at 10:13 PM

....kalau dah tercemar dgn dna babi bermakna kena samak....bukan setakat tarik balik cokelat yang tercemar saja....kena tutup kilang dan samak seluruh kilang....proses samak kena buat depan org ramai....kilang dekat shah alam tu bukan kecil2 punya kilang....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2014 at 10:44 PM

ASAS nyer Berita Minggu INI Ialah...

MELAYU telah di CELAKA kan kerana memakan BABI....

oHHH Melayu.... apa Nak Jadi Dengan Melayu...

Semua ada... Jakim, Macam2 Hal Ehwal Agama, Macam2 NGO Islam.. NGO Melayu..Parti Melayu..

Akhirnya MELAYU di CELAKA kan dan MELAYU makan BABI...

CinaBeng, Dapigs, PAS & Ulamak PAS, PKR Kertawa Terbahak-bahak..

Generasi Y kata ader Aku Kisah...

Hebat.. Hebat.. Melayu Dekad Ini amat Hebat.. Tunggulah Apa Bala Yang Dok Nok Mari Niee. Wahai Melayu..

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2014 at 11:06 PM

Kenyataan dari Menteri Kesihatan seolah-olah menyalahkan Ketua Pengarah Kesihatan kerana menyebarluaskan hasil kajian DNA babi didalam cokelat keluaran Cadbury. Begitulah nasib rakyat jelata yang mengundi wakil rakyat untuk membela mereka tetapi akhirnya pak menteri ini lebih menjaga kepentingan kapitalis daripada rakyat yang mengundi mereka. Saya sampai satu peringkat berasa apa yang berlaku dengan rampasan kuasa tentera elok juga berlaku di Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2014 at 11:25 PM

Senang cerita .... stop buying cadbury products.Tak mati pun klu tak makan coklat.

....................
Reply To This Comment ...................
May 27, 2014 at 11:51 PM

makanan halal ni untuk orang islam, yang bukan islam nak makan jugak tak jadi haram. soalan: kenapa industri makanan halal boleh dikongsi dengan bukan islam? ini ekonomi orang islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 27, 2014 at 11:59 PM

makmal yg jakim bergantung sepenuhnya tu boleh percaya keee?.....selama ini org Islam bergantung dan mempercayai sepenuhnya halal keluaran JAKIM....macam mana sekarang boleh bergantung harap lagikah?.....pertanyaan selanjutnya ialah antara.... (1)kejujuran dlm melapor ujian makmal...(2) makmal yg ada standard operation procedure berjela2.....(3)makmal yg ada accreditation berjela2....mana satu yg boleh dipercayai....

....................
Reply To This Comment ...................
May 28, 2014 at 12:05 AM

Soal halal haram umat Islam mesti tuntas. Tiada kompromi. Tugas berat Jakim dan badan-badan terlibat. Produk makanan yang di impot dari China dan negara luar sangat perlu di pantau.

Sesekali kita boleh lihat siapa pengguna besar coklat haram ini. Jika jualan mereka menyebabkan syarikat pengeluar resah, sudah sah penggemar dari majoriti daru kalangan melayu.

Di sebabkan dna babi dalam badan mereka ! Perangai pun berubah, menyukai Dap, ikut serta menyondol !!! he..he..melayu senang di tipu...
Air mineral, air holy water, air whats app, semua balun ! Take beer dah biasa. Sudah di halalkan oleh ulama mereka.

Ada kala jenama produk sama di impot untuk mengisi bekalan pasaran. Sudah tentu produk di ragui halal nya. Tapi melayu apa peduli, balun je ! Di Teluk Intan, ramai spesis melayu ini yang berkampung di sana. Lihat sahaja gelagat melayu oinki ini. Di kata tidak beragama Islam, murtad mereka marah. Di katakan munafik, mereka 'spin' 100% menyatakan mereka lah penganut Islam sebenar, tidak seperti Umno bodoh tiada serban !

Jadi nya jangan lah JAKIM pusing balik atau mendapat arahan mematikan isu ini. Ramai melayu makan coklat, makan di restoran cina (muslim?), makan burger/hot dog impot, aiskrim dan berbagai-bagai lagi.

Kosmetik juga mesti di pantau. Ubat-ubat sex kegemaran pecacai PR juga tidak boleh lepas pandang - walaupun mereka benci melayu Umno / BN, tidak mengapalah, sebab segala yang HARAM di sekeliling mereka, KESIAN kerana jahil dan suka memfitnah dan membunuh bangsa sendiri !

Nanti di hambat, mana negara mereka hendak tinggal pula ! Mohon JAKIM prihatin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2014 at 7:01 AM

Orang Islam bergantungharap kepada Jakim dan percaya sepenuhnya akan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jakim. Sebagai membalas kepercayaan orang Islam, apa salahnya jika Jakim mengambil sampel produk untuk dibuat ujikaji secara berterusan. Kalau Jakim masih terus dengan SOP sekarang, iaitu membiarkan sahaja selepas diberi sijil halal, saya rasa pengguna Islam akan pasti rasa ragu-ragu dan was-was dengan produk meskipun telah ada sijil halal.

Saya amat kecewa dengan menteri kesihatan yang mengatakan kemungkinan berlaku pencemaran semasa produk diproses. Hello menteri, ini bukan cerita pasal dna Lelaki Y yang kantoi 4cm tu, tapi ini dna vavi yang haram bagi umat Islam. Saya tak nampak macamana boleh timbul isu coklat tercemar pulak. Ingat dna vavi boleh diterbangkan oleh angin ke, pastu hinggap kat mesin adunan coklat.

Saya setuju supaya diwujudkan label buatan muslim supaya kita kenal produk itu dihasilkan 100% oleh orang Islam. Sebagai contoh, Pau Ahmad, Secret Receipe dan Old Town White Coffee adalah confirm dan tak layak diberi label buatan muslim meskipun mempunyai sijil halal. Kita kena asingkan produk-produk yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam dengan produk milik bukan Islam. Sekarang ini dah terbukti bahawa sijil halal belum tentu selamat dan meyakinkan.

Satu persoalan lagi ialah makmal manakah yang diiktiraf oleh jakim ? Sekarang ini kita ada makmal milik kementerian kesihatan, makmal jabatan kimia dan makmal-makmal kimia di universiti seluruh negara. Saya rasa tak salah kan kalau Jakim mengiktiraf semua makmal tu. Ini kerana mereka mempunyai kelayakan bertauliah dan professional dalam menjalankan ujikaji makmal. Cukuplah hasil ujian dari satu makmal sahaja dan tak perlulah tunggu keputusan dari makmal lain pulak. 7 hari tu beb, lama nak tunggu. Habis tu apa yang Jakim buat selama ni ? Bila isu ini dah semakin hot, baru Jakim nak bertindak. Tapi hakikatnya dah terlambat. Secara serta-merta Cadburry sudah tidak lagi menjadi snek kegemaran umat Islam kerana boikot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2014 at 7:46 AM

Dah lama aku nak tanya pasal benda ni, coklat import yang berlambak kat Langkawi tu halal ke tak halal ? Semalam aku tengok kat tv, peniaga-peniaga coklat kat Langkawi masih menjual jenama Cadburry.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2014 at 9:26 AM

TH beli cadbury macam TH beli roti high 5.
sume senyap & makan balik roti high 5.
yang boikot cadbury sampai mati tu terlupa, makan semula.........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2014 at 9:45 AM

Ini kes dah terlajak perahu, terlebih dedah. Selalunya kalau serbuan dibuat ke pengusaha yang menipu makanan halal, mana diorang nak dedahkan nama pengusaha yang terlibat. Orang Islam dibiarkan tertanya-tanya produk mana tak juga diberitajhu. Akhrnya blogger juga yang dedahkan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 28, 2014 at 10:39 AM

bagi saya JAKIM selalu lembab dalam tindakan selalu reaktif tidak proaktif... macam mana jaga orang islam kalu selalu bertindak dari belakang..... yang duduk belakang tu pompuan kaum yang dilindung bukan melindung.... maaf kata JAKIM lebih lembap dari turtle bukan din turtle..
Kita tidak boleh nafi jakim memang cekap tapi cekap dalam mengamalkan prosidur. Kita perlu ikut prosidur tapi jangan membabi buta.... saya faham dalam prosidur, peraturan dan arahan sentiasa ada jalan untuk kita bertidak tidak mengikut cara biasa dalam keadaan memerlukan.... mengapa takut nak guna Ketua Pengarah boleh guna budi bicara pegawai-pegawai boleh nasihat ketua pengarah.... mungkin KP Kesihatan telah guna budi bicara beliau untuk kepentingan awam........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2014 at 12:41 PM

Ni la berokrasi ! Jd mkml yg d gunakn jakim tu makmal cap ayam la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2014 at 1:02 PM

Pada aku JAKIM yg kena brtanggung jawab. Nak tutup Cadbury, brp ramai org islam keje kat situ. Salah diaorg ker? Org lain yg x buat keje, org lain yg nk kena tanggung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2014 at 1:21 PM

Salam,
Nak tunggu jakim tentukan halal haram, macam tunggu geng ustaz buat contoh perlembagaan islam la, cakap banyak dan tunjuk pandai. Habuk pun tarak. Dah sah ada babi dalam cadbury, org islam nak makan lagi ke? Nak tunggu org pejabat keluar sijil, red tape dan birokrasi tu. Lama lagi baru keluar. Nasib baik bocor, kalu tidak ramai lagi yg makan rasuah ugut

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2014 at 3:10 PM

Syarikat pengeluar dah tahu perangai Melayu.... Mula2 ni kecoh la lepas tu masing2 lupa la. Kembali kepada cara asal, makan la semula Cadbury lepas Jakim sahkan tiada DNA babi dikesan oleh Makmal Jabatan Kimia. Mengapa Jakim nak berdialog dgn pengeluar? Selepas begitu ramai umat Islam termakan babi masih nak berdialog? Nak bagi peluang kepada pengeluar. Nak jaga kepentingan pengeluar ke umat Islam? Kalau aku ada kuasa, aku bagi tauliah kpd semua makmal kerajaan untuk test DNA babi. Kalau terbukti betul tarik balik sijil Halal dan buat announcement. Senaraikan semua produk yang ditarik sijil Halal dlm website. Kalau takut kena saman katakan No saya tak kata produk awak haram cuma ada DNA babi dan tak layak mendapat sijil Halal. Amacam boleh undi saya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2014 at 3:29 PM

Pengarah jakim dah kena tumbuk kot... tapi tak mati sebab kena kat rusuk saja....

....................
Reply To This Comment ...................
May 28, 2014 at 3:32 PM

@dinturtle

Din,
Yang aku risaukan masa belum dapat sijil semua bahan2 memang sudah dipastikan halal. Tapi tak ada undang2 yang melarang pengeluar menukar bahan2 yang digunakan. Jika tak ada pemantauan yang berkala perkara ini mudah berlaku.
Aku pernah bekerja disyarikat pembuat barangan kimia.
Perkara pertukaran bahan memang kerap berlaku. Tujuannya samaada atas kriteria kos saving atau penambahbaikan memproses barangan.
Aku nak tanya Jakim. Adakah perlu pengilang beritahu jakim jika terdapat pengantian bahan mentah dalam pembuatan?
Jakim perlu ada seorang Chemists yang tahu jenis2 barang bagi tujuan pemantauan. Jangan ambil Usatz aja yg kerja kat Jakim tu. Ambil juga profesional dalam pemakanan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2014 at 3:46 PM

produk cadbury yg dikesan ada dna babi sudah berada di pasaran sejak bila...sekarang ni semua nak tahu....bagaimana bermulanya al-kisah pengambilan sampel cadbury oleh pihak kementerian kesihatan pada 27-feb-2014....kenapa pihak jakim yg mengeluarkan sijil halal tidak terlibat sama pada tarikh tersebut....malahan keputusan makmal kementerian kesihatan yg mengesan dna babi seolah-olah disejuk-bekukan selama hampir 3 bulan...fuuhhhh....lama nya tuuuu.....entah berapa ramai orang islam telah terhazam dna babi produk cadbury berkenaan...kalau nak ikut arahan subramaniam...diyakini sudah pasti keputusan makmal kementerian kesihatan akan disembunyikan dan tidak dihebahkan kepada umum...celaka punya subramaniam kerana tidak sensitif berkenaan impak isu ini terhadap umat islam di malaysia khususnya...product manager...production manager....raw materials manager...siapakah mereka ini...SOP kepala hotak hangpa...sepatutnya keseluruhan kilang tidak boleh ada apa-apa bahan yg membawa kepada haram...termasuklah sumber dna babi...SOP kepala hotak hangpa....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2014 at 3:47 PM

Hahahaha lepas ni kalau makan gak tak taw la apa nak jadi..jakim bagi sijil halal pun belum tentu halal kerana semua peralatan2, mesin2 dan barang mesti di SAMAK dulu..bukan senang nak buat..takut jakim tutup mata ja nanti....renung2 la tengok

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2014 at 5:59 PM

Kita boleh skip choc gantikan meminum olvatin kan choco juga buatan msia pon. Jgn beli milo luar negara punya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 28, 2014 at 9:59 PM

Setuju dgn anon 3.47 pm, so JAKIM tak nak periksa/pasti utensils kt cadbury tu perlu di samak , mcm kes kt IKEA dulu, smua utensils kna samak sbb hidangan sausages di balut dgn usus babi. Jgn berhenti setakat buat pengumuman saja, tu pun dah hampir 3 bulan baru ketahui umum. Pada pemimpin pemimpin islam - ambil tindakan ini dengan serius dan ikhlas krn soal halal /haram bukan perkara kecil dlm agama. Persoalan nya sekarang , adakah Malaysia betul2 layak dijadikan sebagai 'global halal hub' krn makanan halal untuk org org islam di malayisa pun blm tentu halal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 7:31 AM

Betul tu.Dahlah aritu Nestle nak pindah Penang pasal masalah air ini Cadbury pulak .Bila melayu takde kerja balik kpg bolehlah cinabeng takeover shah alam.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 29, 2014 at 9:17 PM

1. Cadbury bukan makanan asasi rakyat negara ini. Sepatutnya kita lebih prihatin kepada makanan yang kita makan sehari2.

2. Sepanjang kehidupan kita mesti kita dah telan makanan buatan bukan islam yang tiada pun tanda halal. Benda2 asas macam beras, gula, tepung, garam, minyak masak dll tu pun kebanyakannya diproses/ dibuat bukan islam dan kita tak pernah merungut pun! Tengok dulu ada berita anjing/babi berkeliaran ditempat memproses tak ada siapa merungut pun!

3. Makanan restoran/pasar malam orang islam tu pun banyak yang menggunakan minyak masak murah kitar semula yang belum tentu halal haramnya. Tak ada pula kita merungut dan minta pihak penguatkuasa periksa.

4. Pengusaha barangan beragama Islam juga perlu mendapatkan sijil halal JAKIM.

5. JAKIM perlu permudahkan usaha pengusaha beragama islam untuk mendapatkan sijil halal kerana mereka. Tetapi pemeriksaan terhadap produk mesti sama seperti mana JAKIM buat terhadap pengusaha bukan islam dalam proses mendapatkan sijil.

6. Tak makan Cadbury tak mati pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 11:04 PM

Fatwa ttg isu penggunaan makanan berasaskan GMO dah ada, tapi health authority dan religious authority perlu ada kaedah saintifik utk kesan perkara ini. Negara perlu ada task force utk pantau isu-isu berkaitan dgn keselamatan yg boleh jejaskan ekosistem, keharmonian & kesejahteraan bangsa. Tidak boleh terlalu mengharapkan bantuan kepakaran saintifik negara luar bila berhadapan dgn musibah. Insentif sedia ada kurang memikat our scientifically trained personnel to serve the country. High time to review our existing reward system failing which we''ll end up with prolong brain drain issue. Menjelang abd 21 negara pasti memerlukan these kind of brain in govt service. RD5

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2014 at 11:13 PM

Inilah bahananya bila hukum halal dan haram boleh di sahkan dgn sijil....pandai sgt ubah hukum allah ....tunggu...la...bila kiamat nnt...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 7:22 AM

Turn-back biasa berlaku jika ada unsur melatah... melatah boleh berlaku jika SOP kabur...SOP boleh sebabkan tindakan irrational. Tak kiralah samada dah turn-back atau muncul fatwa baru...yg penting usaha dapatkan amalan penyucian jasad & qalbu idari guru mursyid. Ini lebih afdhal & efektif dr tukar darah. Pernyataan melatah atau fatwa tu necessary administratively tapi not sufficient.

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2014 at 3:40 AM

bagi aku jakim mmg patut disaman juga.mmg mereka ni tak buat reja.aku rasa banyak lagi produk halal jakim tak halal.kita boikot.makan ja buatan orang islam baru tak was-was.

....................
Reply To This Comment ...................
May 31, 2014 at 8:40 AM

Cuba g tengok SSM siapa share holder company Cadbury ni..salah satu Felda..patutla decision blh turn back

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2014 at 11:51 AM

Bagi saya tak ada salahnya kalau jakim menerima pakai analisa kkm(walaupun lewat tapi ianya juga usaha 'menyelamat')berikutan pelbagai statement yg mengelirukan saya yg hampir separuh abad apatah lagi kepada gen y...berlapang dada dan pemikiranlah wahai jakim kerana yang benar memang pahit....usah banyak turn back..just straight forward, baru ada intergriti...salam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2014 at 12:10 PM

tak perlu 7 hari ....guna xema pork test boleh tau tak sampai 5 minit sila rujuk di sini ......
http://xema-medica.com/ukr/X066IE.pdf?PROTECT=zrvpqdaqij

JAKIM tahu ke 1 shift kilang coklat tu keluarkan brapa ribu bungkus? Dah lama mana coklat tu ada dipasaran dan berapa ribu org dah memakannya ? Fikir tengok kalau sample di ambil dan diuji pada 27/2/2014 sedangkan bulan 5 (Mei) baru didedahkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2014 at 12:59 AM

Allah tak mati pun kalau x makan cadbury. Ada banyak lagi coklat jenama lain dipasaran.

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2014 at 11:42 AM

"Sekiranya pihak yang membuat ujian pertama tersebut sangat yakin dengan keputusan yang diperolehi, kenapa tidak melaporkan terus kepada JAKIM yang merupakan badan bertanggung jawab memberi pengesahan status halal kepada Cadbury? Saya yakin keputusan yang diperolehi oleh Jab Kimia Malaysia adalah tepat dan mengikut SOP yang sepatutnya. Mungkin tiada unsur khianat atau sabotaj dalam kes ini, mungkin kes ini melibatkan keputusan false-positive yang boleh berlaku bila melibatkan ujian makmal yang sensitive seperti ini. Wallahua'lam. Apa yang pasti, kita telah 'dikhianati' oleh tangan-tangan yang tidak bertanggung jawab...

Kepada luncai-luncai yang masih terlompat-lompat di luar sana, bawa-bawa lah bertenang. Usah berlagak seperti Hang Jebat sedangkan bersilat pun tak pernah dan keris pun tak kenal..jangan lah malukan Agama. Bangsa dan Negara!" https://www.facebook.com/zafarina.zainuddin/posts/10203420234043291?fref=nf

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 7:28 PM

Kamon guys...in government perspective, setakat makan babi bukan bleh mati pon...tapi kalau sales corporate kurang, maknanya kurang le tax collection...thus kurang le amount utk di agih pada kroni2... common sense ma...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 7:30 PM

Kalau betullah babi tu mmg betul2 tak wujud dah kkm punya lab test tu sebenarnya yg silap, sure cadbury saman atas sebab damaging their reputation. Ini senyap je...cam redha plak atas apa yg berlaku...kenapa agaknya cadbury tak ambik tindakan ye..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 7:33 PM

Setuju!!! Ini Malaysia....semua bleh. Babi malaysia halal dimakan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2014 at 4:23 PM

Maaflah kalau salah. Setakat yg saya tahu melalui kawan saya yg bekerja di JAKIM, kalau pergi audit halal ada pegawai S (syariah) dan seorang lagi pegawai C (teknologi makanan dari Kementerian Kesihatan yang bekerja di hab halal. Mereka akan check semua sudut samada kebersihan, bahan-bahan ramuan yg digunakan termasuk pest control. Sebenarnya ramai pegawai dari kementerian kesihatan yang bekerja di halal jakim sebagai auditor. Pegawai di Jakim bukan ustaz2 jer tapi macam-macam ada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2014 at 2:27 PM

tahukah anda bahawa beberapa tahun lepas, ada banyak lagi produk pengeluar makanan, sama ada bumiputra atau pun syarikat antarabangsa, yang dikesan mempunyai DNA babi? Dan tahukah anda, DNA babi ini mungkin banyak berada dalam badan kita? Mungkin daripada vaksin yang disuntik semasa anda bayi. Pencemaran DNA babi juga boleh berlaku melalui pencemaran udara.Maka itu jangan salahkan Parti UMNO la ,BN la..dalam hal proses perngilangan sesuatu Product.Kalau di Luar Negara lagi banyak product makanan yg diragui masih juga terjual dipasaran yg juga mempunyai penduduk Islam,sedangkan itu tak kena mengena pun dgn JAKIM.sedangkan negara Mesir pun masih merujuk proses atau Kaedah pengiktirafan JAKIM.Maknanya Kaedah kita diiktiraf oleh dunia .Maka ia bukan badan politik,Kau ingat jika PR memerintah segala ini akan terhindar ke?Nasib baik kerajaan yang ada sekarang telah berjaya fokus terhadap Halal/Haram sesuatu makanan/barangan untuk masyarakat islam.Tidak sebelum nya.

Post a Comment