........... Hasan Malek - Penukaran Pinjaman Deepak Kepada Advance Adalah Mengikut Dasar Kerajaan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hasan Malek - Penukaran Pinjaman Deepak Kepada Advance Adalah Mengikut Dasar Kerajaan

Friday, May 30, 201440comments

"Semuanya dibuat dengan persetujuan lembaga."

“Segala-galanya yang berlaku mengikut dasar kerajaan, undang-undang dan peraturan,"  


Begitulah jawapan dari Hasan Malek ketika ditanya oleh TMI berkaitan dakwaan Tan Sri Sabbaruddin wujud campurtangan Hasan dalam kes pinjaman Deepak Jaikishan berjumlah RM32juta dengan Bank Rakyat.

Dalam laporan The Malaysian Insider pada hari Isnin, Sabbaruddin mendakwa tempoh beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat tidak disambung berikutan permohonan pinjaman dibuat oleh Deepak yang dikaitkan dengan Putrajaya.

Deepak meminta bantuan daripada Hasan, yang didakwa memberitahu bank: "Saya boleh memecat anda semua".

Peniaga permaidani itu menawarkan 120 cek post-dated untuk ditunaikan oleh bank dalam tempoh 10 tahun sebagai penyelesaian pinjamannya tanpa sebarang faedah.

Sabbaruddin memberitahu lembaga pengarah Bank Rakyat menolak kompromi yang ditawarkan oleh Deepak untuk menyelesaikan hutangnya.

Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan itu dibuat, Hasan tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai pengerusi Bank Rakyat.
Bank Rakyat berada di bawah bidang kuasa kementerian Hasan.

Walaupun Bank Negara bersetuju melanjutkan kontrak Sabbaruddin tetapi Hasan enggan menandatanganinya.

Sabbaruddin juga menunjukkan kepada The Malaysian Insider surat ditandatangani oleh Hasan yang mengarahkan Bank Rakyat meneruskannya mengikut syarat-syarat yang dipersetujui.

Insiden itu menjadi hangat apabila Pengarah Urusan Bank Rakyat Mustafa Razak diarah membangkitkan isu itu kepada ahli lembaga pengarah.

Lembaga diarahkan untuk bersetuju dengan kaedah pembayaran balik pada Mac.

Ayat terakhir mengesahkan persetujuan dari pihak lembaga pengarah Bank Rakyat. Samada mereka di arahkan supaya bersetuju ..... itu perlukan pengesahan dari mereka sendiri. 

Kalau mereka senang untuk di arah berbuat apa saja, pasti mereka juga senang untuk diarah supaya beri pengakuan bahawa tidak wujud arahan seperti didakwa Sabbaruddin .... kan ? 

Jadi kita terima jerlah yang lembaga telah beri persetujuan.

Yang kita nak tahu adalah bagaimana tindakan menukar status pinjaman RM32juta Deepak kepada advance ( tanpa faedah ) dikatakan sebagai mengikut dasar kerajaan ? DASAR kerajaan yang mana tuh ?

Dasar membantu rakyat termiskin ?

Apakah dasar kerajaan itu juga boleh diaplikasikan kepada rakyat lain atau hanya kepada Deepak seorang ?

Siapa Deepak ? Kenapa layanan istimewa itu diberikan kepada Deepak ? 

Kalau rakyat lain langsung tidak diberi muka bila berdepan masalah dengan bank contohnya, kereta ditarik, rumah dilelong, peminjam diheret ke mahkamah dan sebagainya, kenapa Deepak diberi keistimewaan itu ? Dasar kerajaan mana yang dirujuk oleh Hasan Malek ?

Saya percaya ramai rakyat juga ingin tahu dasar kerajaan yang mampu menukar pinjaman bank kepada bentuk advance atau pendahuluan kerana tidak melibatkan faedah ( pinjam 100k, bayar balik pun 100k, pinjam rm1juta bayar balik pun rm1juta ).

Oya, jangan salah faham ya .... saya tidak pertikaikan kenyataan Hasan Malek. Saya TERIMA kenyataan beliau cuma saya perlu penjelasan jer ... sebab kalau boleh saya pun nak apply sama pinjaman mudah berbentuk advance yang menjadi dasar kerajaan itu !

Share this article :

+ comments + 40 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 8:33 AM

Dasar kerajaan mana yang dirujuk oleh Hasan Malek? Bukan itu Islami Financing iaitu Pinjaman tanpa Riba . Hutang RM1 bayar RM1 , Hutang 1Billion bayar 1 Billion biarpun amik 10 tahun. Apa salahnya. Semua nak kan Hudud, yang ni tak boleh? Dacing BN sendiri melambangkan Keadilan, jadi adil lah apa yang di buat oleh Hassan. Mengapa bising? PKR juga melambangkan keadilan, dan adil juga lah apa yang dibuat pada Mr Bard. Kenapa Bising. ? So samada pilih PR or BN keadaan tetap sama .Semuanya melambangkan keadilan.

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2014 at 8:45 AM

@Anonymousoooo .... perbankan Islam takder charge satu sen pun ? Itu ikut Islam Hadhari atau Moderate ?

....................
Reply To This Comment ...................
Nagaman@mailnator.com
May 30, 2014 at 8:47 AM

Ya betul setuju. Ada Penerbit filem yang rugi kerana kutipan lemah dan mohon serta merayu bank untuk timbangkan nyahkan faedah dari bayaran balik pinjaman. Bukan tidak mahu bayar pinjaman. Telah beberapa kali rayu dan mohon bantuan agensi dan kementerian terlibat, rayuan Penerbit Melayu ini gagal. Semua tak nak tolong. Akhirnya penerbit filem yang aktif ni tutup syarikat dan berhenti terbit filem dna bayar balik pinjaman bersamaan faedah. So, sekarang ada double standard rupanya.
Kalau jual karpet tak perlu bayar faedah. Kalau tau dulu aku suruh penerbit tu amik pinjaman untuk jula karpet dan buat filem. Hassan Malik boleh tolong. Rais Yatim tu hati kering.

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2014 at 8:50 AM

@Nagaman@mailnator.comerrr... Namawee ke ? :)

Saya rasa pinjaman Deepak itu bukan sebab nak beli carpet la. Itu yang nak minta kepastian ni !

Ramai peniaga Melayu nak rebut peluang ni tapi dasar kerajaan yang ini tak pulak dihebahkan. Mana aci !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 8:55 AM

mari lah kita ramai2 pergi buat pinjaman ke bank raayat . pinjam 5 juta seorang , minta rokemen dgan menteri , apamacam menteri , bole , hidup menteri....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 8:58 AM

Kalo macam ni berebut-rebutlah orang ramai nak wat loan ngan Bank Rakyat. Yerlah, kan dah tak payah bayar bunga. Bole buat apa-apa loan pun termasuklah personal loan, loan kereta dan loan rumah tanpa perlu risau menanggung bebanan bayaran balik.

Eh, jap2. Loan special macam ni bole tak dinikmati oleh rakyat marhein macam aku ni ? Kalau macam kes Deepak, kalau rakyat biasa, aku rasa dah lama dimufliskan. Amboi-amboi, kenapa Deepak dapat layanan istimewa pulak ? Tak adillah bagi rakyat biasa macam aku ni. Hutang aku tidaklah sebesar Deepak, tapi kenapa aku tak diberi pengecualian macam Deepak ?

Walau apa pon, aku tetap kata ini tidak adil....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 9:16 AM

Tidak adil!!!

Bukan ke ini yg dinamakan kronisme? Kami RAKYAT MALAYSIA nak letak mana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 9:18 AM

Islamic financing tanpa riba?

Pinjam 650k utk beli rumah keba byr balik 2juta. Convensional loan hanya byr balik 1.4juta. So mana lebih kejam? Tanpa riba konon...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 9:26 AM

Encik Din,

Awak ini banyak sangat soal. ' Saya boleh pecat awak ' Lain kali jangan soal banyak-banyak. Kita orang tidak pernah langgar undang-undang atau peraturan. Kita yang memerintah sekarang jadi apa-apa yang kita buat semuanya betul. Nak tanya satu daripada Che Din. Ayam mahal lagi ke? Kalau masih mahal ingatlah pesan saya dulu. Terima kasih Che Din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 9:30 AM

siapa deepak ni? siapa deepak ni? tolongla bgtau, apa kaitan sampai jadi mcm ni.

ini lagi satu kes melayu tolong bukan melayu mcm bagi bantuan juta2 pada sek jenis2 hancurkan org melayu ker?

din aku rasa tak guna dah kita ni melayu, buang jer kedlm laut yg bernama melayu nih biarla jadi penyu mcm kau din, jarang2 sekali naik ke pantai dgn airmata berlinangan, itulah nasib melayu.. eh betullah nama blog ni sama dgn nasib org melayu, penyu menangis siapa yg tau kata seorg penyair hiba dr kuala terengganu(dah arwah)

kalulah deepak ni tukar nama sbg syed mokhtar ke, taklah sangat rasa hiba....

kalulah ada kaitan dgn hassan anak malek yg pernah aku tengok dlm foto yg kuat cium tangan PM dan isteri najib mcm la ada sesuatu jer.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 9:35 AM

ptptnkan ado....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 9:49 AM

aku terasa seolah olah hassan nih dah dikambing hitamkan. dia mungkin juga terima arahan dan untuk menjaga kerusi, dia "TERPAKSA" turuti. jika di imbas kembali tentang kekecohan deepak sebelum ini, dengan cerita cerita yang kait berkait (jika benar), mungkin ini adalah satu penganiayaan. malangnya hassan tersangat pentingkan diri dan kedudukanya sebagai menteri yang akhirnya menjerut leher sendiri.

well!!! terpaksa create satu cerita untuk mengalih atau menutup satu cerita yang lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 9:56 AM

huh.bank rakyat islamik?hrmmmm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 9:58 AM

nak tanya soalan bodoh sikit. Deepak tu rakyat malaysia ke?

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2014 at 10:25 AM

@Anonymousyang takdet jawatan pun boleh kena pecat ? . GANAZZZ ....

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2014 at 10:27 AM

@Anonymousdia rakyat ..errr ... 1MALAYSIA ! !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 10:47 AM

Kalau buat benda yg salah,susah nak terangkan,jadi kerana kita pegawai kerajaan,katakan saja itu dasar kerajaan.

Advance?.Apakah ada pesanan secara besar-besaran oleh kerajaan utk membeli sesuatu dari Deepak,dan kerajaan membayar advance 10-15 %?Tak kan lah 'Big Panda' mebuat pesanan carpet begitu banyak,bukan kah Panda sudah di sediakan tempat di zoo negara?

Mengapa pinjaman dgn Bank Rakyat?.Ini adalah sesuatu yg luar biasa,kerana kalau grant pun biasanya kerjaan akan menyalurkannya melalui commercial bank.

Kes ini wajib disisat secara terperinci oleh pihak berwajib.RM 32 juta besar jumlah faedahnya.Sekiranya ada orang lain yg terlibat beliau juga perlu disiasat dan di ambil tindakan wajar.Saya mengesyaki ada kesan tapak kaki Big Panda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 10:55 AM

Hasan Malek adalah antara menteri yang patut mengundurkan diri dan meletakkan jawatan. Ini kerana, Hasan dari segi KPI sebenarnya telah gagal mengekang kenaikan harga barang dan penyeludupan diesel bersubsidi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 11:06 AM

Kalau ayam mahal , beli daging....
Kalau tak nak ikut arahan, saya pecat....

Tan Sri Sabarudin Chik memang handal orangnya. Bekas Ahli Parlimen Temerloh ni terlalu gagah sehinggakan mana-mana pemimpin pembangkang tidak mampu menumpaskannya dalam PRU. Tetapi apabila Parlimen Temerloh diambil alih oleh Saipudin, PAS dengan mudah merampasnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 11:24 AM

Salam,
Kakitangan kerajaan pun bagi deposit setiap bulan. Tunai lagi. Tu pun pinjaman kena faedah. Ni india, mana ada pinjaman tampa bunga. Bank rakyat pilih kasih rakyat la tu. India dia bagi tanpa faedah, islam dia kasi mudah rebah, interest tinggi. Mesti memo atas datang, tu yg kasi. Dasar kerajaan yg mana tu yer bro din. Setiap kali kritik ah jib gor kena masukkan isu ni supaya penyokong setia ah jib gor maksum tahu, pemimpin mereka tu buat salah.

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2014 at 11:28 AM

bank berniaga duit. modal duit untung pun duit. period!

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2014 at 12:00 PM

@Anonymousitu pandangan rakyat, mungkin pada Najib, Hasan adalah jenis Menteri idaman hati !

jenis patuh ikut apasaja dan sanggup jadi korban

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 12:08 PM

hasan...hasan....ko tak malu ke...takda maruah punya orang....sedih...kerana jawatan sanggup gadaikan maruah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 12:44 PM

@dinturtle

sanggup jadi korban. saya sangat setuju dengan ungkapan itu. menjadi idaman hati supaya senang diperlembuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 12:46 PM

@Anonymous

got the message right.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
May 30, 2014 at 1:13 PM

Aku nak pilih untuk bersangka baik (kerana aku perlukan pinjaman tanpa faedah). Mungkin ini permulaan kepada dasar kerajaan melalui Bank Rakyat untuk memberi pinjaman tanpa faedah kepada seluruh rakyat 1Malaysia (percaya ini anda juga percaya MH370 terjunam dalam lautan hindi tanpa sebarang serpihan).



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 2:31 PM

mr din you pun takut juga.
"Oya, jangan salah faham ya .... saya tidak pertikaikan kenyataan Hasan Malek."

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2014 at 3:37 PM

@Anonymousgila ko ... tengok muka mamat kat atas tuh, panda pun tak jadi mengawan !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 4:04 PM

Betul2. Siapa saja yang ada di Malaysia ialah rakyat 1Malaysia...tak kira la dia asal dari benua Afrika, India, China atau Arab. Semua yg ada kat Malaysia dia orang ada hak nak 'rembat bawak keluar'

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2014 at 4:25 PM

Din,
Kerana sudah ada precedence maka kita semua bolehlah buat pinjaman kat Bank Rakyat (Nama pun Bank Rakyat) dan bayar dengan post dated cek.

Kalau Bank Rakyat sue pun kita boleh cerita kat Hakim. Precedence sudah ada. Bukankah itu yang loyer selalu cakap dalam mahkamah.

....................
Reply To This Comment ...................
May 30, 2014 at 4:39 PM

@Esa Adamkena minta penjelasan dulu .... saudara tak takut dengan muka mamat kat atas tu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 4:50 PM

oii ni kronspirasi apa plak ni..macam kenal jer nama deepak ni..ada kaitan dengan kes apa yer?...harap tan sri sabaruddin terus dedahkan kebenaran kepada rakyat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 6:04 PM

Jawap hasan malek ialah ... Dasar kerajaan di mana mereka yang kenal menteri boleh mendapat nudahtunaii tanpa mengikut dasar yang digaris kerajaan secara bertulis ...
Tu yang deepak berani ugut pecat pegawai bank tu ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 30, 2014 at 6:34 PM

Hi Din,

Kalu baca betul betul itu sindiran pada yang berkuasa samada BN mau pun PR

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2014 at 1:09 AM

Aiyai yai yai yai
Ade ke advance 10 tahun.
Apa sial yang menimpa Malaysia ni ?
HASSAN SIAL NI LANGSUNG TAK ADA BAKAT DAN ILMU LA. Macam mana la najib binti razak ni pilih menteri. ?
Diesel susah beli.
Memang Sial.
Deepak ni kasi gaji Hassan sial ni ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 31, 2014 at 10:29 PM

SPRM cakap tiada unsur rasuah? Yang rakyat persoal mengapa bank boleh memberi pinjaman tanpa dikenakan keuntungan bank? Itu yang orang hairan. Sedangkan rakyat marhaen nak buat pinjaman yang tak le banyak dengan bank tersebut pun dikenakan keuntungan melambung. Apa yang istimewa sangat peniaga karpet tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 1, 2014 at 2:21 AM

menteri tu dah tentu le pendek akal , yang melantik dia jadi menteri lagi le berganda2 kurang akal , sampai tahap dah tak berakal...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2014 at 1:19 PM

kalau aku pergi ke bank rakyat dan minta tukar pinjaman peribadi aku kepada pinjaman tanpa faedah, agak agaknya dapat tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 2, 2014 at 3:28 PM

anon 1:19 , mintak rokemen menteri , mesti dapat...tapi sebelum pegi mitak nasihat tokey kapet dulu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 10:15 AM

BN akan menang besar PR 14 nanti kerana berjasa kepada Tokey karpet. he..he..hee. Nat buat macamana, Aku cuma melayu Kampong, bukannya seperti melayu bandar yang sokong pakatan rakyat. ?

Post a Comment