........... Faktor Nilai Dalam Kebangkitan Bangsa | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Faktor Nilai Dalam Kebangkitan Bangsa

Wednesday, May 21, 20147comments

Soalan pokok yang menjadi bahan fikiran yang menghairankaan saya pada setiap masa ialah:
 
Kenapakah di dalam sebuah Negara yang semua ke 9 Rajanya berbangsa Melayu;
 
Perdana Menteri dan Timbalannya, Melayu;
 
banyak Menteri terdiri dari bangsa Melayu;
 
semua Menteri Besar dan Tiga Ketua Menteri juga Melayu;
 
Pegawai Tinggi kerajaan dan Ketua-Ketua jabatan ramai Melayu;
Banyak pemimpin dan tenaga pelajar di universiti-universiti kerajaan terdiri dari bangsa Melayu;
 
Pegawai Daerah, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung kebanyakannya Melayu;
 
Ketua dan Pegawai Angkatan Bersenjata, Polis dan Tentera, dikuasai oleh Melayu.
 
Tetapi kita lihat Melayu terus gelisah.

Apakah sebabnya?
 
                           ************************


Penulis menyoroti secara ringkas cabaran yang telah dilalui oleh bangsa Melayu dalam bidang pendidikan ( dengan contoh kuasa politik dan biasiswa ) dan ekonomi ( dengan contoh  Encik Maarof, Banker Melayu Pertama ).

Turut disentuh adalah bagaimana Amerika menggunakan pengaruh budayanya untuk 'menawan' Asia. 

Tidak ketinggalan menyeru kita supaya belajar dari sejarah Empayar Osmaniah yang perasan besar dan kuat telah mula mengalami detik2 kejatuhan bermula dari kekalahan di Battle of Lepanto ......apakah BN juga sedang mengalami detik sama yang bermula dari PRU12 ?


Tumpuan adalah kepada 5 faktor berjayanya negara2 Timur seperti Jepun, Korea dan Taiwan bangkit menjadi kuasa besar ekonomi dunia ....

Apakah 5 faktor itu ?

Bacalah sepenuhnya pandangan yang dilontarkan oleh Tan Sri Sanusi Junid di SINI.

Agak panjang tapi dengan teknik penulisan yang berwarna warni, dan font besar kecil yang digunakan, anda tidak akan jemu !


PS - Korek minda pemimpin2 lama ini sementara kita berpeluang. These are the great minds of leaders from bygone era.

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
May 21, 2014 at 8:58 AM

Kegelisahan Melayu masakini. Bukan kepada ' Pemerhati masakini' yang duduk senyap, suka menjadi harakiri...

Seolah nya kita dalam Maqasid AsSyariah (AlQuran dan AsSunnah) tetapi hakikat nya Pemerintah dan Pentadbir Negara sentiasa dalam dilemma memilih di antara satu. Satu yang bermaksud patuh kepada yang SATU atau tunduk kepada dunia, juga mengamalkan liberalisme, sekularisme, komunisme dan hak asasi manusia.

Sesungguh nya Islam dan AlQuran itu berbentuk universal. Cuma dakwah nya tidak sampai. Kerana apa ? Kerana Ulama - Ulama Islam di rantai, di kecilkan ruang, tiada kebebasan menyampaikan ilmu dan dakwah kecuali daei-daei yang di 'skrip' kan. Pelik nya kita menjerit dalam amalan demokrasi dan hak asasi manusia !

Ada kah di sebabkan Pemimpin-Pemimpin Melayu Jumud ? Ulama-Ulama Bestari jumud ? Atau kita semua takut bayang sendiri sehingga takut kepada musuh- musuh Allah SWT juga musuh Nabi Junjungan kita ?

Apa yang kita(Melayu) tahu sekarang ia lah 'bakal hilang nya masa depan' dan hidup yang menjurus kekufuran.... tidak mustahil kemunculan ' savior ' akan berbaur dengan Islam seperti berlaku nya di Indonesia.

Bangun lah Kerajaaan Melayu ! Sampai bila menjadi Pemerhatikini dalam memperkasakan Pertiwi.

Ubah minoriti mengikuti majoriti, bukan sebalik nya, dalam dalam bentuk yang lebih bersepadu dan lebih berjiwa.

Rumah Melayu telah mereput Tiang Seri nya. Ia mesti di ganti dengan Kayu Jati berukir yang baru !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2014 at 9:33 AM

Terima kasih din atas perkongsian utk difikir bersama dn seterusnya diterjemahkan melalui tindakan secara bersepadu demi agama,bangsa dn negara.. Terbaik!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2014 at 10:24 AM

pergilah cari kat serata ceruk rantau seantero dunia...kat negara mana ada 9 raja bergilir-gilir jadi ketua raja a.k.a. agong~~~~~rasa-rasanya kat malaysia saja kejadian sedemikian ada berlaku sehingga kini~~~~~sudah kenyataan negara ini negara melayu~~~~~kenyataan inilah yg berat dan pahit utk diterima oelh bukan melayu~~~~kalau kat indonesia...kaum cina tak berani angkat kepala...silap sikit kena sekeh kepala~~~~memang ramai yg tak sedar diuntung berada di bumi malaysia yg bertuah ini.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2014 at 10:35 AM

terang lg bersuluh duduk perkara sebenar.

sayangnya anak muda dr murid sekolah hingga ke IPT almost tak mampu memahami apa yg dikatakan, termasuk yg dh masuk ke alam pekerjaan.

merasakan ni bukan masalah mereka, sy yg dok ngajar kat IPT bila sentuh sikit bab2 ini, mereka langsung tak boleh nak digest perkara yg diutarakan, seolah cerita yg tak da langsung kaitan dgn mereka. percayalah masalah ni amat kritikal, sbb mereka ni lah akan gantikan org2 lama, kalu yg berminat pun dh di racun oleh maklumat dr alam maya, iaitu yg ada pd mereka kebencian2 pd sesama manusia, ttg mcmana bangsa nak berdaya tahan serta survive berhadapan dgn bangsa jenis kiasu langsung mereka tak tak faham dn tahu apakah kepentingan survival bangsa ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2014 at 12:30 PM

Salam,

Saya antara ribuan anak muda yang mengundi buat pertama kali PRU lepas. Saya ingin kongsikan sentimen anti-estabalishment dalam kalangan rakan kerja dan rakan semasa mengaji dulu yang rata-ratanya berumur bawah 30 tahun. Dalam 10 orang rakan saya yang semuanya berbangsa Melayu, beragama Islam, belajar di IPTA, mendapat pinjaman pelajaran mahupun biasiswa dari kerajaan, hanya 2 orang yang memilih menyokong kerajaan.

Sokongan kepada kerajaan ini dibuat bukan berasaskan pertimbangan politik semata-mata, namun kerana memikirkan survival bangsa Melayu seperti pensyarah di atas terangkan. Menyokong kerajaan bukan bermakna segala salah urus tadbir kerajaan kita abaikan seperti golongan PR selalu tuduh. Saya dan 2 orang rakan memikirkan adakah anak-anak kami nanti boleh mendapat keistimewaan seperti kami nikmati dulu sekiranya dap memerintah dalam masa 10 tahun akan datang? Adakah Islam itu masih kekal sebagai agama rasmi Persekutuan atau Perlembagaan bakal dipinda?

Baki 8 rakan saya yang memilih menyokong pembangkang itu dari apa yang saya perhatikan mereka ini kurang berminat, malu untuk bercakap, tidak mahu ambil tahu mengenai bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri. Slogan yang digunakan PR lebih menarik minat mereka. Mereka lebih bersemangat untuk membicarakan mengenai Rosmah Mansur, Najib, Altantuya dan sebagainya. Padahal isu pokok yang lebih penting langsung tak mahu difikir.

Sementara itu, rakan sekerja yang majoriti bukan Melayu pula hampir 99.9% menyokong PR. Ini dapat difahami kerana isu survival bangsa Melayu, agama Islam tidak relevan kepada mereka. Yang menjadi persoalan sekarang bagaimana orang Melayu (8 orang rakan saya) buat tak kisah mengenai bangsa sendiri, sedangkan bangsa lain sedang menguatkan cengkaman mereka?

Saya simpulkan kebanyakan orang Melayu terperangkap dalam dilema Melayu sendiri. Ramai dari kalangan kita gagal untuk menafsir dengan jelas apa yang berlaku di depan mata. Psywar dari dap memang terbukti berkesan dalam memerangkap orang Melayu. Jarum-jarum komunis sekarang makin menuskk jiwa anak muda. Hanya mereka yang mempunyai pertahanan iaitu pegangan agama yang kuat, kesedaran mengenai survival bangsa Melayu insyaAllah dapat menepisnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2014 at 7:15 PM

Soalan saya , bagaimana sekolah cina blh menjadikn cina semakin cina atau terlebih cina , tp sekolah kebangsaan yg blh d katakan 100% pelajar dan warga pendidik berbngsa melayu tetapi gagal memelayukn anak melayu menjadi bngsa melayu yg tulin . Cuba kt fkrkn

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 21, 2014 at 10:59 PM

jawapannya mudah jer....melayu kalau bukan umno sudah tentunya pas....kalau bukan pas sudah tentunya umno.....matlamat pas hanyalah hendak menjatuhkan umno....matlamat umno adalah utk mengekalkan kuasa....alangkah baiknya kalau pas dan umno boleh bermuafakat....namun....sayang seribu kali sayang....umno dan pas hanya pandai bercakaran sesama sendiri.....

Post a Comment