........... Kemaskini : DUN Terengganu - Bila Demokrasi DiPerlekehkan Oleh Pemimpin | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kemaskini : DUN Terengganu - Bila Demokrasi DiPerlekehkan Oleh Pemimpin

Tuesday, May 13, 201430comments

Terbaru yang saya dengar khabarnya sudah 6 ADUN BN Terengganu keluar parti dan jadi BEBAS. Ini bermakna kedudukan DUN Terengganu adalah Pas 14, BN 11, Bebas 6 dan Pkr 1.

Parti Pas adalah majoriti di Terengganu dan layak menubuhkan Kerajaan Negeri.

Jika berita lompat melompat di atas benar, apakah Najib akan jadi GENTLEMAN dan serahkan tampuk pemerintahan kepada Pas atau Dewan dibubarkan supaya diadakan Pilihanraya Negeri buat Terengganu ?

Kalaupun tidak benar berita 3 Adun lagi itu melompat, tindakan melompat oleh MatSaid, Ghazali dan Roslee pastinya mempunyai percaturan kerusi ie meletakkan isu siapa jadi kerajaan negeri sebagai modal URUSNIAGA !

Komen saya - Rakyat sudah buat pilihan mengikut Demokrasi melalui undi PRU13. Apakah rakyat memilih calon atau parti ?

Tapi dek kerana kepentingan peribadi beberapa pemimpin, pilihan rakyat diperlekehkan. Yang menjadi mangsa politik adalah rakyat.

Ahli2 parti politik mungkin teruja dengan perkembangan ini tapi bagaimana halnya dengan MAJORITI rakyat yang tidak berparti ? Adakah kerana karenah beberapa kerat pemimpin ini maka seluruh rakyat diheret sama dalam permainan politik pemimpin ?

Bukan saja rakyat Terengganu tapi seluruh rakyat Malaysia akan terkena tempiasnya secara tidak langsung.

DAMN YOU POLITICIANS ! 

PS - Makian bukan saja ditujukan kepada kem Matsaid tapi juga kepada kem Najib. Rakyat tengah 'sakit', korang duk main politik kerusi... 

KEMASKINI 12:18 pm -  Berita terkini TV3 tadi kata BN masih kerajaan Terengganu kerana Speaker juga punya undi dalam dewan.....

Speaker TIDAK dipilih oleh rakyat .... suara rakyat mana yang dia wakili ? Pandangan anda ?

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 11:32 AM

Bukankah dengar khabar ada 2 orang MB yang akan digantikan dengan orang yang baru. Siapakah MB yang sorang lagi tu ? Walau apa pun, aku melihat Ganu akan kekal menjadi milik PAS selama-lamanya sama seperti Kelantan. Ini kerana, UMNO Ganu tidaklah sekuat mana pun. Boleh roboh bila-bila masa jer meskipun MB MatSaid kekal sekalipun. Bagaikan telur di hujung tanduk, itulah kedudukan UMNO Ganu sekarang ni. Selepas ini kalau nak dapatkan balik Ganu amat-amat sukar sekali.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 11:33 AM

yg patot letak jwtn skrg ialah Najib... krn kelemahan dan kebodohan menerima 'nasihat' dari tuan punahsihat sekeliling dia Bn kehilangan sebuah lg ngr ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 11:36 AM

Sebab itulah rakyat sendiri kena memperbaiki diri,jangan mengharap survivle diri dgn terlalu bergantung kepada mana-mana parti.Ini semua sepantutnya menjadi pengajaran kepada orang Melayu.Nak masuk syurga bergantung kepada Pas,Pas pun boleh ikut telunjuk DAP dan pengamal LGBT,nak sevive ekonomi dan dapat punca rezeki,bergantung pula pada Umno,Umno pun dah hampir nak mati.Sidikit masa lagi,kalau orang Melayu terus begini,orang Melayu akan 'mati kempunan'- akhirat tak dapat, dunia pun merempat.

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2014 at 11:41 AM

Dapat MB dan ADUN2 yang kurang prinsip perjuangan dan berperangai macam budak2, maka ini lah jadinya. Semua kerana kepentingan diri sendiri belaka. Semangat perjuangan UMNO dulu2 sudah tidak ada lagi dalam diri pemimpin2 sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 11:49 AM

Najib PM clueless. Yg di tukar tu MB,banyak pengikut. Kalau Mat Said tu peon ke, opis boy ke...takpe ler. Tak pasal2 Terengganu jatuh ke tangan PAS. Hai..kenape ker Malaysia ni dapat PM bangang mcm Najib. Eloklah Najib berundur. Dah la bodoh,ikut pulak cakap bini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 11:50 AM

Aku sokong Anonymous May 13, 2014 at 11:36 AM.... baik serah saja kepada PAS untuk memerintah Terengganu. Najib kena la gentleman... jgn jadi mcm Kerajaan PAS Perak 2009. 3 Adun Isytihar BEBAS mesra BN. Kerajaan PAS pula mohon perkenan Sultan Perak nak bubar DUN... Namun Sultan tak perkenankan. Jadi sekarang Sultan Terengganu kena buat mcm tulah seperti mana Sultan Perak buat. Tidak menyusahkan rakyat keluar mengundi dan jimat perbelanjaan SPR. Itu akibat ikut sangat cakap PENASIHAT-PENASIHAT BILLIONAIR... Najib sendiri mau ingat.... menteri-menteri lain dok ada...dapat nasihat yang baik dari mereka. Kalau nak dengar nasihat PENASIHAT2 tu, tak payah la ada menteri...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 11:54 AM

Hai Din penyu, masa kerajaan PR jatuh akibat ahli PKR & DAP masuk BN , kamu tak kata demokrasi dipermainkan. Tengok Allah maha adil. Sedarlah cai-cai UMNO

....................
Reply To This Comment ...................
Pak Kadiaq
May 13, 2014 at 11:57 AM

gila kuasa, gila pangkat, gila jawatan, gila kedudukan, gila wang.. begini le jadinya kpd bangsa Melayu/Islam sekarang.. pemimpin bodoh, tamak, tak setia & tak jujur.. rakyat juga yang merana.. sialan lu!

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2014 at 11:58 AM

@AnonymousHai Anon, masa tu saya belum buka blog lagi la !:))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 11:59 AM

11 may: Najib - tiada pertukaran mb, 12 may: najib - mat said ko turun bagi org lain jd mb, 13 may: PAS - najib and umno keluar dr ganu bagi kami pl...padan muka najib..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 12:11 PM

apa macam najib....formula pertukaran kerajaan negeri perak....bakal diguna pakai buat pertukaran kerajaan negeri terengganu....apa macam najib...are you okay...or...are you KO....satooo0000000OOOOOOOO-malai-si-yiaaaaaaaa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 12:18 PM

Mat Said ni dah le muka tak hensem.. perangai pun ikut sama hodoh! Malangnya nasib org Melayu dpt pemimpin mcm ni.. kah kah kah!

....................
Reply To This Comment ...................
Pak Kadiaq
May 13, 2014 at 12:19 PM

aku sokong entry Din Penyu ni.. teruskan menulis!

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2014 at 12:24 PM

Tu LA hangpa masa di Perak..suka tak terkata...skrg di ganu pusing cter plak.PR lompat bagus bila BN lompat mcm2 hangpa kata

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 12:27 PM

Memang bodoh pemimpin UMNO ini.Dan tahu yang DUN tiada kerusi majority berlagak pula hendak pandai ubah ubah MB.Pikirlah sedikit jangan mempermainkan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 12:28 PM

Kat Perak 3 adun tu keluar dari xap dan pkr tkk masuk bn tapi sokong bn so bn boleh jadi kerajaan. Kat trengganu 6.mangkok ayun tu kena ishtihar sokong pas barulah boleh jadi mcm perak tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 12:28 PM

Ko jgn hina muka orang boleh x?ko tu perangai dah la hodoh jgn jdi bodoh!

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2014 at 12:29 PM

Senario politikus Umno dalam ' layers of cronies' ( blog zam). Apa sudah jadi ?

Permainan politik yang sama dengan percaturan Anwar dalam pemilihan cabang dan pusat PKR.

Berkerjasama dalam parti bukan lagi satu kemestian. Adakah ini arus politik baru yang Najib inginkan ? Atau kemusnahan orang-orang Melayu semakin menjadi igauan ? Jika Najib menyatakan orkestra ada simfoni nya, bukan sahaja untuk semua kakitangan kerajaan, kekuatan sebenar ialah kepada Umno sendiri. Umno lemah realiti nya. Terlalu ramai yang membuncitkan perut dan gila kuasa !

Memang sudah di duga Mat Said tidak akan keluar kosong. Kepada beliau ini satu penganiayaan ! Maruah nya di permainkan dalam suasana tenang dan aman. Mustahil beliau tidak mempunyai pengaruh dan sokongan. Sekarang lihat sahaja kedudukan kerusi.
Tiada yang baik dalam politik. Semua terlibat dengan dosa dalam setiap urusan melibatkan poket dan ganjaran ! Tugas Presiden Umno membuang segala kekotoran ini ! Tidak mendengar akar umbi, ini lah akibat nya. Politik ' favoritism'. Yang di perjudikan, rakyat yang memilih.

Itu saya katakan, jika Umno masih bermain dengan bayang , bangun lah Melayu Sejati, mengemudi menuju harapan yang lebih nyata dan yakin.

Keoada tokoh-tokoh Umno Perosak dan pencatur jahat, MOHON UNDUR DIRI DEMI MASA DEPAN BANGSA DAN NEGARA !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 12:31 PM

Sepatutnya Najib kena ambik kira permintaan Mat Said tu...

Saya berpandangan Najib sepatutnya bersabar dan ikut dulu permintaan Mat Said

Tindakan yg bijak ialah Najib tak sepatutnya terburu buru

Krn inilah risikonya.

Najib must be smart enough to refrain this such worst situation from happening....

This move shows Najib didn't smart enough compare to Tun M in handling this kind of conflict.

We can label Mat Said a traitor but again good leadership show know how to avoid this situation from happening...

Najib should hold this move until Mat Said finished his daughter wedding.....because as a human being he will be feeling so down after the marriage cards invitation printed as "Menteri Besar Terengganu" have been sent to all especially his family and relatives but now would no longer be valid during the weeding day where it's just around the corner on upcoming 17 May..

Najib should consider and take this into account as well....

I dont like Mat Said either as he just is unprofessional and just like orang kampung and me happy to see if other good candidate filling the MB position but the way Najib handle this case is unacceptable

What Najib tend to gain by doing this to Mat Said?

It gonna be like becoming a beyond repair conflict

Kenapa dengan Cina bukan main lemah lembut dia deal??

Sesama Islam bukan main tegas lagi...

Najib sila letak Jawatan PM SEKARANG!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 12:32 PM

hangap juga yang ajar cara poltik macam nih..politik pembangkang dari longkang wakakaka

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 12:33 PM

najib ni pandai kira2 tak , awak tu lebih 2 kerusi je , orang dah agak dah , kalau hang tu kar mat said , dia punggah dari umno , bawa tiga empat orang, orang dia keluar umno , kau dapat apa , dapat gelaran bodo je , yang kau sibuk dkat negeri yang kau dah pegang buat apa , pergi le perbetulkan umno selangor tu,,,,,,ini le lebih pandai namanya ,tak ada bala cari bala......sssssaaaaatttttttooooooooooooo malaysia ......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 12:40 PM

kalau kedudukan 15-15 speaker dewan boleh memberikan undi. dalam kes di Sabah walaupun USNO ketinggalan 2 kerusi cuba merampas kuasa dengan mendahului angkat sumpah KM kemudian di lantik beberapa senator untuk majoriti, kalah juga bila kes ini di bawah ke mahkamah. Paling baik kumpul tu calon bebas minta sokongan mereka kemudian pergilah menghadap sultan semula. Bukankah itu yang berlaku di Perak......

....................
Reply To This Comment ...................
May 13, 2014 at 1:02 PM

dari blog AAKJ - Terkini: DUN Negeri Terengganu dibubarkan secara rasmi bermula 13 May 2014 bersamaan 13 Rejab 1435H.

Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Terengganu akan diadakan dalam masa 60 hari daripada tarikh DUN dibubarkan. Sebarang maklumat akan diwarwakan melalui sidang media tergempar pada petang ini.

SUK/TRG/MNT13514:79

Saya tidak berapa yakin akan kesahihan berita ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 1:12 PM

Umno mmg sial di bawah najib..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 1:22 PM

Persoalan nya ... Adakakah adun bebas tu mesra PR...
Jika ya ok ...beri PAS jd gomen.
Klu x mesra PAS ... naik buat PRN sbb gomen negeri skan jd tidak stabil...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 1:33 PM

Zaman Najib banyak pancarobanya.
Najib menjadi PM ketika BN cukup lemah.UMNO dalam keadaan cukup tertekan.

ISu MH370 diperlekeh sedangkan ianya perancangan kuasa besar tetapi Allah maha kaya Malaysia terselamat dari terjerumus dalam perancangan jahat Yahudi.

Najib tetap steady begitulah kehebatan kepimpinan UMNO sejak zaman Tengku Abdul Rahman.Semuanya berlaku krisis tetapi Allah tetap memberi pertolonganya...........

Kalau zaman Tun Mahathir melayu yg sokong sekitar 40% yg lain berubah menyokong UMNO.Zaman Najib tiada siapa sangka PAS menjunam dgn teruk dan UMNO pulih mendapat sokongan.Ingat cina 95% sokong pembangkang tetapi BN tetap menjadi pemerintah.

Tetapi Melayu mudah lupa melayu masih berangan-angan sedangkan hakikatnya UMNO Terengganu perlu ditransformasikan.
Kenapa Tidak menyokong langkah Najib ? Sedangkan hakikatnya Terengganu perlu berubah???
Bagilah masa kepada Najib yg penting seluruh orang melayu mengaharapkan Terengganu menjadi negara paling HEBAT........
Kenapa kita sentiasa memperlekehkan NaJIB tetapi Allah maha kaya tunggu sahaja jawapanya?.
Yang pasti orang yg dengki terus sakit hati.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 2:44 PM

Salam
Kalu tindakan tidak berlaku seperti yang dirancang, patutnya yang merancang perlu letak jawatan. Kenapa dok salah kat xmb, org yg suruh letak jawatan tak salah ke? Kenapa mb perlu ditukar perlulah dimaklumkan dan dibincang. Pertukaran mb penting ke sehingga perlu segera dilakukan? Apa salah perlu jelas agar tak ada yg kecil hati. Yang selalu buat jahat, khianat dan memusnahkan negara adalah pemimpin. Pemimpin tu ah jib gor, hadi, anwar, kit siang dan ramai lagi. Byk bukti merekalah pertualang sebenar dlm negara, bkn rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 3:12 PM

Selama ni kita selalu dengar Najib yang patut letak jawatan, bukan mt said. Najib ni memang sengal, tak de angin tak de ribut, menganiaya orang. Orang tu nak buat kenduri kahwin? Kesian, tak de hati perut Najib. Semakin benci dengan Najib kerana membuatkan rakyat yang mengundi UMNO keluh kesah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 3:45 PM

Aku kesian kat Mat Said. Berilah dia kurang-kurang tempoh dalam seminggu untuk berpindah dari kediaman rasmi Menteri Besar. Lagipun barang-barang kenduri semua dah siap. Takkan nak tanggalkan semua khemah untuk tetamu jemputan. Lagipun kalau nak dikosongkan kediaman rasmi menteri besar bukannya boleh selesai dalam sehari dua. Ingat senang ke nak punggah barang, lebih-lebih lagi kalau pentas pelamin dah disiapkan. Tak boleh timbang rasa ke, orang tu nak buat kenduri. Takkan takde perikemanusiaan kot. Orang tu dah plan nak buat kenduri berbulan-bulan. Kita pulak nak naikkan MB baru dalam tempoh sehari sahaja. Kalo aku berada kat tempat MatSaid pun aku marah.

Aku yakin kalo benda ni dibuat dengan cara yang baik dan bukan secara tergesa-gesa, MatSaid takde alasan nak keluar dari UMNO. Sekarang bila UMNO dah berpecah kepada dua grup, makin payahlah nak mendapatkan kembali T'ganu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 13, 2014 at 10:05 PM

Setiap negeri tiada kuasa mutlak..
.mesti tangan-tangan ajaib yg tentukan....contoh sejarah politik sabah...di putar belitkan...kini semananjung alami sendiri apa yg telah di lakukan oleh tangan2 ajaib ini......apa kau rasa oren ka....atau pait-pait.....mat said berani kerana benar takut kerana salah......politik ibarat bom jangka bila- bila masa meledak.....kini gganu suda meledak ntah esok lusa...mungkin di east atau d west...bab ada 2 lagi MB bakal di tukar....

Post a Comment