........... Tun Mahathir Lepas Geram Pada Para Pembodek Dan Pemimpin Yang Perasan Bagus | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Lepas Geram Pada Para Pembodek Dan Pemimpin Yang Perasan Bagus

Wednesday, April 23, 201415comments

Artikel terbaru Tun Mahathir begitu tajam dan hampir2 direct to the point, cuma Tun tidak sebut nama Orang Yang Berkuasa itu jer. ( ada saya copy spenuhnya di bawah ) Tapi kita semua fahamlah Siapa Yang Berkuasa di negara kita. Takkanlah Tun nak bercakap tentang keadaan dinegara lain kot ...

Satu lagi, takkanlah Tun nak bercakap secara umum pulak, macam seorang guru mengajar dikelas Ilmu Sivik secara umum.

Banyak point tajam yang disebut oleh Tun Mahathir .... saya komen lebihkurang jer, anda boleh tambahkan lagi perisanya ...

Tolak pembangkang yang kerja mereka hanya membangkang, tidak ramai yang berani menegur pemimpin. Kemungkinan besar adalah kerana NAK CARI MAKAN. 

Pemimpin adalah umpama paip yang mengalir keluar wang dan pengaruh. Jika nak merasa hasil dari paip, jalan paling selamat adalah BODEK paip. Kalau tegur sangat , takut tak mengalir pula paip  !

Pemimpin pun satu juga, selain dari para pembodek yang hanya menyokong buta apasaja yang dilakukannya, mereka ini tidak ada matahati / conscience ke ? 

Apakah pemimpin perasan yang mereka sentiasa betul dan tidak pernah buat salah ? Apasalahnya sesekali cermin diri, dengar apa pandangan maupun kritikan dari mereka yang jelas tidak punya kepentingan ? Kenapa tidak ENGAGE dengan para pengkritik ini ?

Mereka yang kaki bodek ( hmmmm ... jarang sebenarnya baca Tun Mahathir sebut perkataan PEMBODEK ni. Bila Tun gunakan juga, nampak sangat yang Tun melepaskan geramnya ! ) selain dari mengiyakan apasaja yang pemimpin lakukan, mereka juga akan pertahankan kepala paip dari segala kritikan. 

Dah sering kita baca, jika tidak dapat melawan hujah, para pembodek akan guna cara LABEL. Yakni melabelkan para pengkritik sebagai punya motif sendiri supaya dipertikaikan niat disebalik kritikan. Cara ini berkesan untuk mengalih perhatian orang dari apa yang dikritik kepada kenapa dikritik. 

Paling utama - JAGA KEPALA PAIP !

Jika kerajaan seperti dulu yang sentiasa menikmati majoriti 2/3, mungkin perkara sebegini masih boleh diserap. Tapi keadaan sekarang ?

Dah banyak kali saya sebut - Apakah jika keadaan tidak berubah, BN masih mampu menang PRU14 ?

Umno hampir kalah PRU13, kalau menang pun disebabkan teknikaliti kerana sistem yang kita gunakan memungkin BN yang kalah majoriti masih kekal jadi kerajaan ..... TAPI apakah sikap para pemimpin BN terutamanya Umno ada menunjukkan satu perubahan drastik yang mencerminkan mereka mahu ubah ?

Atau semuanya kekal seperti biasa ? Dan dimain2kan persepsi seolah Umno sebenarnya kuat, tidak perlu diubah apapun malah jalan yang dipilih sebelum ini sebenarnya jalan yang terbaik cuma saja rakyat yang masih belum faham.

Pemimpin2 Umno sebenarnya dalam DENIAL SYNDROM ! Perasan Bagus ! Pantang ditegur !

Dan para pembodek yang banyak disekeliling pemimpin pula tidak membantu langsung. Semua tidak fikir panjang, mereka hanya fikir waktu sekarang dan apa yang boleh diraih dari kepala paip, sekarang. 

Makanya para pemimpin pun terus diulit mimpi indah .....

Saya suka sebut satu ayat yang baru ni disebut oleh somebody kepada saya -

Semua PM ada para penasihat, mereka takut untuk menipu Tun Razak. Tapi dalam kes Najib, mereka takut untuk menyatakan kebenaran.

They were afraid to tell lies to the father, and now they are afraid to tell the truth to the son.

PS - Cuba kaitkan artikel Tun Mahathir ini dengan kenyataan Tun Daim semalam ( KLiK ), lagi akan terasa impaknya !

MEREKA YANG BERKUASA


1. Di mana Negara pun akan ada orang yang berkuasa. Mereka berada di berbagai peringkat. Di Negara yang demokratik pun terdapat orang yang berkuasa. Budaya orang Malaysia pula demikian sehingga orang yang berkuasa lebih berkuasa kerana tidak akan ada sesiapa yang akan menegur. Orang yang berkuasa boleh buat apa sahaja termasuk yang tidak dibenar. Hanya jika diadakan pemilihan oleh rakyat atau pengikut barulah ketidakpuasan hati mereka dilahirkan. Walaupun demikian faktor lain sering menenggelamkan faktor salahguna kuasa. 

2. Saya mengaku bahawa inilah pengalaman saya semasa menjadi pemimpin yang berkuasa. Jarang terdengar teguran melainkan oleh musuh terutama parti lawan. Dan teguran oleh musuh jarang dapat diterima kerana ini memang sifat mereka. Saya dapati teguran pihak ketiga, pihak yang tidak punyai kepentingan biasanya lebih ikhlas dan perlu ditimbang secara serius.

3. Kebiasaannya ramai yang bersedia untuk menyokong dan memuji apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang berkuasa. Sokongan mereka mungkin kerana mereka betul-betul dan ikhlas berpendapat apa yang dilakukan memang baik atau buruk. Tetapi ada juga yang menyokong dan mengiakan apa sahaja kerana ini akan disukai oleh yang berkuasa. Dan ini juga akan meningkat pengaruh mereka dan banyaklah nikmat yang akan dikecapi oleh mereka.

4. Mereka yang dapat mempengaruhi orang yang berkuasa sebenarnya mendapat sedikit dari kuasa itu. Lebih kuat pengaruh lebih banyaklah kuasa yang didapati oleh mereka. Dan ramailah mereka yang cuba mendekati dan mengelilingi seseorang yang berkuasa. Mereka akan cuba pengaruhi pihak yang berkuasa sehingga pendapat mereka sahaja yang diterima. Apabila ini berlaku maka kuasa yang didapati oleh mereka amatlah besar, begitu besar sehingga tiada pendapat atau nasihat lain yang akan diterima.

5. Jika pendapat mereka ini baik dan hanya untuk menjayakan pihak berkuasa tidaklah sukar untuk diterima. Malangnya yang kerap berlaku apabila sahaja seseorang atau sekumpulan orang keliling sudah dapat menguasai fikiran dan tindakan orang yang berkuasa, maka bermulalah usaha untuk memperalatkan orang yang berkuasa untuk kepentingan diri.

6. Ramai akan sedar dan melihat kesan buruk dari orang sekeliling pihak berkuasa. Ramai yang akan bercakap berkenaan perkara ini, Ramai yang tidak senang tentang apa yang sedang berlaku.

7. Tetapi di Malaysia mereka tidak sanggup untuk menasihat pihak berkuasa, takut dimarahi atau dipandang serong.

8. Tanpa teguran yang berani oleh mereka, maka akan lebih buruklah prestasi pihak berkuasa. Kemarahan orang akan meningkat menjadi kebencian.

9. Kita lihat dalam sejarah raja dan orang kuat pun akhirnya dihadapkan dengan tindakan keras dan ganas oleh rakyat untuk menjatuhkan mereka. Inilah yang berlaku kepada beberapa raja dan diktator di Timur Tengah. 

10. Rakyat Malaysia belum tahu cara yang ganas. Mereka mungkin mengguna pilihanraya untuk memperbetulkan keadaan.

11. Tetapi janganlah kita terlalu yakin yang mereka terus berlembut.

12. Dalam sejarah raja yang berkuasa mutlak pun tindakan ganas untuk menyatukannya pernah berlaku. Sultan Mahmud dibunuh walau pun tabiat orang Melayu tidak menderhaka kepada raja.

13. Jika hendak berkuasa lama jangan salahguna kuasa yang diberi walaupun ada yang menasihat kita kebal dan segala salahlaku kita tidak akan diketahui dan jika diketahui pun tidak ada yang berani membuat apa-apa.

14. Pembodek diantara penasihat dan orang keliling ialah sebabnya yang berkuasa menyalahguna kuasa sehingga tersingkir.

15. Kuasa membawa kepada korapsi dan kuasa mutlak akan menyebabkan korapsi yang tidak terhad.

16. Bahasa Mat Salleh berbunyi “Power corrupts and absolute power corrupts absolutely”.

17. Mereka yang pegang kepada perpatah ini akan bertegas elak atau gugurkan sahaja kuasa. Bangsa yang korap dan negara yang terkenal dengan bangsa yang korap tidak mungkin maju, bahkan akan runtuh.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
April 23, 2014 at 3:37 PM

kalau ajib masih buat2 tak tahu..masih jadi seorang yang clueless..tunggu je masa apabila rakyat yang bertindak menumbangkan dia dan kerajaannya..

percayalah ajib..bahawa sentimen rakyat di bawah ni amat2 tidak puas hati dengan cara kerajaan skrg..bertindaklah sebelum terlambat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 4:17 PM

Tun M mampu melontarkan idea yang lebih baik daripada penasihat-penasihat yang berada di sekeliling Najib kerana Tun M memiliki otak yang genius. Malah, idea Tun M boleh dipraktikalkan kerana ianya sesuai dilaksanakan di negara ini. Idea-idea tuan penasihat pulak, hanyalah merupakan teori-teori yang nampak cantik dalam powerpoint semata-mata, tapi ianya tidak berpijak di bumi yang nyata. Idea yang dicedok daripada teori ekonomi barat semuanya tak boleh pakai. Saya pelik kenapa Najib tak lantik Tun M sebagai penasihat ekonomi negara. Free jer pun. Ini tidak, buat rugi jer bayar berjuta-juta ringgit kepada konsultan tapi ekonomi negara tetap tak stabil.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 4:55 PM

Itulah yg membuat aku gusar.....Contoh: Program UMNO memang kelas baik diperengkat nasional atau Negeri atau Bahagaian.....Tetapi apa yg aku lihat pengahayatan dan penerimaan maklumat memang betul memantapkan ahli2 UMNO disemua perengkat....bagaimana pula dgn penerapan kesedaran kpd org2 Melayu yg bukan ahli UMNO??? Kita ada matlamat menambat hati org2 Melayu supaya mengundi BN terutamanya dinegeri2 yg diperintah oleh PR. Setakat ni itulah yg ketara kelemahannya......

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2014 at 5:25 PM

Tambah sikit din....

' Ada kuasa TAPI masih suka berpura-pura ! Minoriti di sanjung, majoriti di gantung. Bukan salah apa, cuma puak minoriti ini pandai dan bijak berperanan, boleh menyedia dan memberi barang apa di hajatkan.

Jika ini lah kuasa yang ada di tangan, maka tergadai lah semua yang ada kerana ia sudah menyanggah aspirasi perjuangan asal '

Sebaik nya kuasa itu satu pemikiran yang seimbang - soal baik dan buruk nya. Soal kesan dari tindakan.

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2014 at 5:29 PM

@maaebila saudara nak mula tulis blog ? :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 6:24 PM

salam,
abang saya antara ahli umno yang berjawatan di bahagian. apabila berbual dengannya, kita tak boleh mengeluarkan kritikan terhadap ah jib gor. segala kritikan dianggap sebagai cubaan untuk menunjukkan terpengaruh dengan agenda pembangkang. saya tak minat untuk membaca blog pembangkang dan tak minat juga untuk membaca puji-pujian walaupun semasa pemerintahan tdm. saya boleh bayangkan perasaan tdm bila diangkat sebagai pahlawan melayu, dan segala bentuk pujian yang dilakukan oleh umno dan bn. mungkin sedikit pujian dan terima kasih akan menyebabkan tdm lebih berkuasa untuk bekerja demi negara malaysia berbanding bodek. fakta ini berdasarkan fahaman saya atas ucapan-ucapan tdm.

saya berpendapat, setelah tdm meletak jawatan dan kemenangan besar tun lah, para ahli umno dan bn telah berubah kepada membodek. ini kerana wujud persaingan untuk menguasai kuasa dan kekayaan. wujud pulak golongan yang rapat dan berupaya mempengaruhi keputusan, membuat keputusan untuk pm. golongan yang membuai, melenakan pm dengan jawatan. mereka yang bertugas dan bekerja, pm hanya luluskan sahaja. tak perlu buat apa-apa, senyum dan berucap. semuanya disediakan oleh para petugas. mungkin era orang bekerja smart. kita kena work smart , bukannya work hard. teringat kpd tun ghafar yang sakit jantung setelah beberapa bulan jadi tpm. kuat bekerja. sekarang pun dah tak nampak sangat tpm dalam tv dan akhbar. ada agenda lain kot.

itu la yang jadi pertanyaan saya kerana pm kita tak banyak berada di putrajaya tapi banyak berada di tempat lain. macam mana nak kata pm bekerja. mungkin orang kata, orang dia ramai, pandai belaka, zaman hujung jari. kat mana pun boleh bekerja. tapi kalu pm sendiri yang membaca, menerima taklimat, mempengerusikan mesyuarat, bertanya secara berdepan, mungkin keputusan lebih baik berbanding pm terima maklumat di telefon atau pegawai datang berjumpa. berbeza cara bekerja, berbeza la keputusan dan hasil. harap penyokong ah jib gor lebih terbuka dan dapat memberi maklumat yang tepat kepada pm yang akan diammmmmmmmmmmmmmmm membisu sehingga la 4 tahun lagi.

tapi kj akan bersuara macam biasa tunjuk kuat kerana sebagai pemenang award, kena buktikanlah. pertandingan untuk tahun ni, kena pertahankan award tu. praktikal kejayaan tak ada lagi, cakap besar besar tunjuk hebat ok. nanti dia ajak berjumpa suruh cakap berdepan.

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2014 at 6:38 PM

@Anonymousorang Umno cuma tahu hitam atau putih, sokong atau bangkang. Kalau kritik bermakna pembangkang. Kemunculan golongan atas pagar yang semakin ramai yang kritikal terhadap pemimpin2 Umno merupakan satu perkara yang tidak berapa difahami oleh Umno.

mereka tahu wujud golongan atas pagar ni tapi mereka masih tidak faham cara pemikirannya.

Bagi saya golongan atas pagar ini mewakili perjuangan asal Umno, pihak konservatif yang pemikirannya sealiran dengan Tun M.

mereka semakin ramai kerana semakin ramai yang tidak dapat menerima cara Najib yang terlalu liberal dan lembik.

golongan atas pagar inilah bakal penentu kemenangan Umno kelak dan pemimpin Umno seharusnya beri lebih perhatian kepada desakan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 6:52 PM

salam,
bila dah tdm tak sebut nama, mana la yang perasan yang tdm tulis tu ditujukan untuk mereka. semua dok ingat tdm tulis utk anak dia. mereka perasan mereka hebat, setiap tindakan mereka betul dan disukai, pembangkang lemah dan tak dapat sambutan. dah kurang orang pi jenguk waktu anwar dibicarakan, tak ramai yang datang dengar ceramah, program yang dicadangkan oleh pakatan kurang sambutan, pas dah tak sokong pakatan pasal umno sokong hudud, pakatan berpecah. tapi bila prk, yang menang bukan bn, tapi kecoh bn dapat tambahan undi, sokongan kepada bn meningkat. mereka ni nak tipu siapa agaknya. siapa la yang bodoh boleh percaya cakap orang ni?

mereka memburukkan pakatan, menonjolkan kelemahan pakatan, bercerita tentang busuk pakatan, tapi taik yang ada pada umno dan bn tak nampak ker? kenapa memberi berita percuma pakatan kepada pembaca. kita pun jadi simpati dan kesian kat pakatan, kerana kita tak baca blog pakatan. kita tak tahu pun mereka memburukkan bn. tapi kita tetap melihat ada keburukan dalam bn dan perlu diubati agar bn kembali kuat dan pulih daripada keburukan tersebut. ubat itu mestilah pahit, pedih dan kurang disukai. kalu rasa sayang pada umno dan bn, perlulah ubati kerana kita melihat banyak kemusnahan sedang berlaku. lebih baik baiki diri sendiri daripada dok sibuk dengan pkr yang tak ingin kita ambil tahu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 7:11 PM

kita selalu ckp kita ckp di sini ade derang kisah. kali ni tun m pn ckp bende serupa mcm kita. doa sajalah. kalau tun m pn najib buat pekak dh xde bende akan ubah derang. mungkin bila dh mcm tu kita patut timbang parti baru.

ade 3 tahun lebih lagi sebelum next pru. n masa makin kurang..

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 8:21 PM

nak tunggu apa komen balas KJ pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2014 at 8:34 PM

S'pura ada menteri mentor lky yg memantau perjalanan pentadbiran s'pura.Apa salahnya kita pakai konsep yg sama.Kita lantik tun m jadi menteri mentor atau penasihat.Tugas tun m cuma sebagai penasihat,terpulang pada pm untuk buat keputusan.Tun m pula boleh tag team dengan tun daim dan otai2 lain untuk memantau kerajaan.Sekurang2nya tun m ada saluran rasmi untuk tegur kerajaan dan tidak perlulah buat teguran terbuka yg mendedahkan pekung di dada(kerajaan).Kalau teguran melalui saluran rasmi juga tak jalan barulah buka ''gelanggang'' di luar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 8:44 PM

Kalau rasuah dan bodek masih berleluasa ..aku rasa Malaysia Akan jadi mcm Greek ..Sila baca sejarah Greek Atas pagar

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 23, 2014 at 9:55 PM

kalau ada kuasa nampak apa berlaku di terowong pun boleh jadi buta! kalau ada kuasa siapa pun tak berani cabar ;)

terus terang aku ingat zaman pm nak jadi popular sudah berlalu selepas pak lah. rupa2nya tidakkkkkk!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 10:11 PM

Saya nak ucap tahniah dan terimakasih kepada TDM dan Tun Daim... mereka mungkin peniup wiselmula untuk rakyat penyokong umno mula memberi tekanan paling hebat kpd kabinet pondan dan perasan ini....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2014 at 1:01 PM

Di Malaysia ini puak-puak minoriti amat berpengaruh dan berkuasa, macam Yahudi di Amerika.
Kerana itu kena jaga hati mereka.

Post a Comment