........... Pas Iktiraf Perjuangan Liberal IRF ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pas Iktiraf Perjuangan Liberal IRF ?

Friday, April 18, 201411comments


Saya agak tidak senang hati membaca artikel Mkini mengenai Forum Kebebasan Agama dan Hak Asasi Manusia anjuran Pemuda Pas Lembah Pantai kerana salah sorang ahli panel adalah Pengarah Ngo Liberal yang menggunakan nama Islam, Islamic Renaissance Front (IRF) iaitu Dr Ahmad Farouk.

Rupa2nya Pas iktiraf perjuangan liberal IRF ..... yang antara lain menyokong hak golongan LGBT dan Kebebasan Beragama sepertimana pendirian mereka yang terkenal -

Setiap orang BEBAS untuk memeluk agama apapun dan untuk keluar dari agama apapun. Tidak ada siapa berhak melarang jika seorang Islam mahu murtad. Seseorang hanya perlu menjawab kepada Tuhan atas pilihannya sendiri.


.
Pertengahan Januari lalu Farouk sepentas dengan Pastor Herman Shastri menuntut Hak Kesamarataan Berdakwah untuk semua agama. ( KLiK )

Kali ini atas pentas Pas pula. Panjang artikel jadi saya copy bagian kenyataan Farouk saja -

Bercakap sebagai penalis yang ketiga, beliau menyifatkan gaya pemikiran yang dilontarkan oleh Aminuddin sebagai "kepungan minda" apabila menganggap Islam berdepan dengan pelbagai serangan dan ancaman.

"Membentuk kepungan minda adalah masalah utamanya sekarang ini. Apabila ia (kebebasan beragama) dalam konteks hak asasi menjadi kalimah yang begitu kotor," kata Ahmad Farouk.

Beliau turut membidas ketakutan ISMA berkaitan kebebasan beragama atau kebebasan kesedaran yang difahami mereka bahawa umat Islam akan keluar Islam secara berbondong-bondong. 

"Kenapa ada pemikiran begini. Saya pakai komputer Macintosh dari dulu sampai sekarang dan tidak boleh guna yang lain. Begitu juga dalam hak (kebebasan) beragama, ia menjadi keyakinan kita.


"Adakah ia (kebebasan beragama) semudah memilih Coke dan Pepsi. Tidak semudah itu. Agama ada dalam diri kita dan (perlu memahaminya) dengan keadaan sedar," katanya sambil menambah keyakinan dan keimanan dalam hati "tidak boleh dipaksa-paksa" seperti cinta. -Mkini.

Apakah kepimpinan Pas juga setuju dengan Kebebasan Beragama yang Mutlak seperti yang diperjuangkan oleh IRF ? Bebas untuk keluar masuk apajua agama tanpa sebarang halangan ?


Mungkin kerajaan juga tidak punya masalah dengan pandangan sebegitu Liberal ..... kerana IRF bebas mempromosikan pandangannya dalam pelbagai pentas untuk sekian lama.

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2014 at 10:54 PM

PAS bersetuju apa saja asalkan dia dapat undi bukan Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2014 at 11:31 PM

Kalau betul la artikel tu....satu je aku nk sebut..... PAS GILE. Kalau dulu2 UMNO yg buat begini.....habis mampus kena kutuk rapat. Dulu kata UMNO kapir sbb bersama2 MCA. Skrg ni...PAS bersama2 DAP...malah lebih teruk bnyk mengiyakn kehendak DAP....pda aku...lagi teruk dri UMNO dulu2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2014 at 2:09 AM

Tunggulah masanya...apabila perjuangan untuk menegakan Islam bila2 masa kehadapan....ianya tidak berpaksi pada sebuah parti berjenama Islam...tetapi perjuangan akan berlaku kerana menegakan Islam agama pegangan yg tulin ...insyaAllah.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2014 at 9:49 AM

Bukan redha Allah swt yg jadi matlamatnya. Matlamatnya semata mata undi dan kuasa politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2014 at 10:58 AM

Tidak payah memberi banyak ruang publisiti kpd IRF.Keahliannya pon takle banyak sangat dan reasoning dalam hujah si Farouk ni tak hebat dan saitifik sangat banyak bersandar feeling. . .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2014 at 11:35 AM

Pelik la page din ni dari dlu aku tengok page ni xda ke pro pas komen?semua sonyap ja...hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2014 at 1:10 PM

Korang semua tggu la azab Allah.hidup penuh dgn sesat dan menyesatkan org lain.

....................
Reply To This Comment ...................
April 19, 2014 at 1:15 PM

@Anonymousmungkin sebab saya tak layan komen yang alih topik :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2014 at 2:35 PM

Kalau mcm tu PAS tak pyhlh laksanakn hudud.Nanti lg ramai yg akan murtad tambah open concept hudud PAS iaitu org bukn Islam takyh ikut Hudud.Mmg mengarut.Hudud undang-undang jenayah utk semua bukan utk org Islam saja.Mrk mrk yg kat PAS patut kena panah petir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2014 at 7:23 PM

Jika asyik buat dek kpd perkara begini keahliannya akan bertambah sbb yg dah murtad dan lgbt mmg ramai..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 19, 2014 at 9:25 PM

dah lama dah...dulu masa Dr M kata PAS menggunakan agama semata-mata kerana politik ada orang kuat agama kutuk Dr M. sekarang dah terbukti kebenarannya.....

apa saja termasuk agama yang boleh beri mereka kelebihan politik mereka akan guna. bukan kerana mereka itu pejuang agama.

Post a Comment