........... MH370 - Susah Payah Elak Radar Untuk Berakhirnya Penerbangan Di Selatan Lautan Hindi ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Susah Payah Elak Radar Untuk Berakhirnya Penerbangan Di Selatan Lautan Hindi ?

Sunday, April 6, 20145comments

Beberapa portal memetik laporan dari CNN yang menyatakan Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam berjalanannya ke selatan Lautan Hindi, seperti yang saya prinskrin dari astroawani


Laporan yang sama turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.

Tambahnya, pesawat itu mungkin  sengaja  terbang  di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.


Di rancang untuk elak radar ! Laluan itu merupakan satu spekulasi yang selari dengan rumusan yang dibuat oleh Najib yang berpandukan maklumat dari Inmarsat yang menggunakan teori Doppler.

Kebetulan teori itu sama dengan apa yang saya tulis minggu lepas - KLiK, cuma timbul dua perkara yang tergantung -

1 - Kalau dah susah payah merancang dan melaksanakan langkah mengelakkan dari dikesan radar pelbagai negara, apa tujuannya menuju ke selatan Lautan Hindi yang hanya akan mengakhirkan penerbangannya di lautan dalam ? What's the point ?


2 - Mustahil tidak ada satelit perisikan yang memantau kawasan itu ! ? Sehingga kini saya belum lagi terbaca kenyataan dari pihak Amerika yang menyatakan satelit2 dan radar2 mereka tidak ada mengesan MH370 pada pagi 8 Mac lalu.... ke saya terlepas ?

Sewajarnya pihak media menanyakan kepada Amerika beberapa soalan sepertimana yang ditulis oleh Matthias Chang  sebelum ini - KLiK.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2014 at 11:28 PM

Din, link ini berkaitan dengan temuramah dengan Matthias Chang :-

"Flight 370 Was Remote-Hijacked"

http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2014/04/flight-370-was-remote-hijacked.html

Laksa Johor

....................
Reply To This Comment ...................
April 7, 2014 at 12:00 AM

berlegar2 teori konspirasi yang menyatakan pesawat masih ada di LCS
dan lautan hindi sbg diversion... namun teori2 yg konon bersumber dari org kasyaf dan data militari x tally dgn pesawat terbang ke barat

mgkin diversion dalam diversion.... membanjiri informasi dgn bom teori konspirasi hingga sukar utk mempercayai mana2 teori

mgkin juga para teorist tersebut trut terlibat berkonspirasi

....................
Reply To This Comment ...................
April 7, 2014 at 8:13 AM

Hang ambik modal dimana ni din? bijak dan kritis!
Betul jugak, susah payah elak radar untuk kesatu tujuan yang tak pasti... jalan ke akhirat kot

....................
Reply To This Comment ...................
April 7, 2014 at 9:01 AM

MH370 - Susah Payah Elak Radar Untuk Berakhirnya Penerbangan Di Selatan Lautan Hindi?

Jawapannya: YA. Saja nak sakitkan kerajaan dan rakyat Malaysia!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 7, 2014 at 10:33 AM

Tu la pasal Din, andaikata nak bunuh diri sekalipun, takkan la sampai perlu bersusah-payah sehingga jauh ke selatan Lautan Hindi. Jalan dekat kan ada. Just terjun je kat Laut China Selatan. Habis cerita. Ni tidak, kenapa pulak nak mengambik jalan jauh semata-mata untuk membunuh diri. Tak logik langsung. Aku percaya Kapten Zaharie dan Co-Pilotnya tidak terlibat langsung dalam tragedi ni. Pastu tetiba ada teori pulak konon ada kebakaran kat kokpit. Jika dilihat pada laluan MH370 memang soft dan lancar sekali. Tidak ada pergerakan bersimpang-siur atau zigzag. Sekaligus membuktikan bahawa perjalanan MH370 sempurna dan tanpa sebarang gangguan.

Post a Comment