........... MH370 Side Story - Sekarang Ni Musim Buah Manggis ke ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 Side Story - Sekarang Ni Musim Buah Manggis ke ?

Wednesday, April 2, 201432comments

Bila dah masuk lebih 3 minggu sejak kehilangan MH370, tiba2 saya teringat kepada 3-4 tan manggis yang menjadi kargo pesawat tersebut.  Mesti dah buruk kan .....

3-4 tan buah manggis. Menurut seorang rakan yang bekerja dengan MAS, adalah perkara biasa bagi pesawat MAS untuk mengangkut manggis. Banyak lagi benda2 pelik yang dimuatkan ke dalam kargo pesawat, manggis tu kira normal jer. Walaupun 3-4 tan.






Hmmmm ..... banyak tuh 3-4 tan manggis ! Kalaulah pesawat itu terhempas berakhir penerbangannya di Lautan Hindi dan dengan pasukan mencari pula mengandaikan ia telah pecah ( kerana tumpuan adalah mencari serpihan atau apasaja dari pesawat itu ), bayangkan ...... 3-4 tan buah manggis bertebaran kawasan terbabit.

Saya tidak pasti apakah buah manggis akan terapung di laut, tapi saya rasa IYA. Tidak pula kelihatan satu pun buah manggis ...... kalau benar kargo yang tercatat sebagai buah manggis itu adalah buah manggis !

Haaaaa ....... ni dah masuk bab spekulasi nih. Cuma saya tidak melihat ia sebagai spekulasi tapi sekadar pertanyaan ....

Mungkinkah ia bukan buah manggis sebagaimana yang dicatat dalam manifest ?


Ya, pasti ada yang sign untuk sahkan tapi kita pun kekadang bila dah terlalu biasa dengan satu2 keadaan, dan kita pula tidak punya sebab untuk mengesyaki apa-apa yang pelik, ada kemungkinan kita take for granted ..... dan dalam kes ini, ada kemungkinan tidak ada siapa yang benar2 sahkan melalui visual fizikal buah manggis di dalam kargo MH370..... ada kemungkinan kan ?

Satu lagi yang menguatkan tandatanya dalam kepala saya ...... saya tak jumpa pun buah manggis ada dijual dipasar sejak sebulan dua ini. Anda ada jumpa ?

Untuk mengekspot 3-4 tan manggis pastinya bekalannya banyak, dengan katalain, musim buah manggis. Manggis adalah buah bermusim dan kalau tak silap musimnya dah lama habis. Dari mana datangnya 3-4 tan manggis itu ?

Rakan saya beritahu, adalah perkara biasa juga kalau barangan dikirim dari tempat lain, KLIA sekadar transit jer. Maknanya, mungkin 3-4 tan manggis itu bukan buah tempatan.

Tapi manggis ini bermusim dan musimnya tak kira tempat sebab hanya negara2 tertentu jer ada buah manggis ni. Kalau negara Thai ada manggis, seharusnya di pasar kita pun ada dijual manggis import dari Thai, macam kes durian.

Tapi setahu saya tidak ada buah manggis yang dijual sekarang ini, tak kiralah dari mana pun. Habis dari mana datangnya 3-4 tan manggis itu ?

Sekali lagi, benarkah pesawat itu bawa 3-4 buah manggis atau barang lain seberat 3-4 tan yang dideclare sebagai manggis ?

Barang apa ? Mana saya tahu .... saya cuma meluahkan pertanyaan dalam kepala jer supaya anda pun ikut sama jadi bengong !

Acu cuba tanya staf MAS bahagian kargo tu ..... ada tak dia lihat dengan matanya sendiri itu adalah buah manggis sebelum dia sahkan dalam cargo manifest yang tu adalah buah manggis.

Kalau benar staff itu tertake for granted, siapa pengirim dan siapa penerima juga pasti ada tercatat kan ....

Apa kaitannya dengan kehilangan pesawat ? Mana saya tahu ..... saya cuma hairan dengan 3-4 tan manggis ni jer, saya tak kata ia ada kaitan dengan kes kehilangan pesawat. Saya takder kepastian makanya saya tanya di sini ....

PS - Kemaskini 2:45pm - Terbaru dari Mkini

Sementara itu, laporan New Straits Times pula menyebut, siasatan polis turut meliputi kargo dalam pesawat berkenaan.

"Sebagai contoh, apabila kita tahu terdapat empat tan manggis dimuat dalam kapal terbang itu, kita perlu menyiasat dari mana ia datang, siapa pembekal, siapa yang tempah dan seterusnya siapa yang memetik," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 12:59 PM

Din...ini pengalaman dan pandangan aku saja la ye...
Aku baru balik dari kg aku last week..belakang rumah aku plak ada sungai...ada la ayah aku tanam sepokok pokok manggis dekat dgn sungai tu...time aku balik last week, aku perasan byk buah manggis kat pokok tu tapi kecik2 lagi...kebykkannya putik lagi tapi mmg byk...dan ikut pengalaman buah manggis ni dia padat, kurang ruang udara, jadi bila jatuh dlm sungai mmg tenggelam...tapi sungai tu air tawar, laut plak air masin...jadi ketumpatan beza la kan...

Cumanya aku perasan bertahun2 lamanya yg buah2 an kita sekarang ni dah tak ikut musim dah...contoh kalo kat kg aku tu tgh berbuah durian..bila kg aku dah abis buah durian, selang sebulan lebih kg sebelah kitaorg plak musim buah durian...begitu juga la dgn buah2 yg lain..itu yg aku perasan sejak bertahun2 dulu...

Tapi aku dgr manggis tu dari indon..ntah la...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 1:00 PM

Buah manggis berjuta biji itu confirm akan terapung dlm laut sbb kulitnya ada jalinan mcm fiber kulit kelapa jugak wpun struktur berbeza.. kena pula ia semakin membusuk.. 'debris manggis tu akan bersepah2 disebarkan hingga ke daratan terdekat- Dieogo Garcia.. opps Hisham Awww marah kalau sebut Dieogo Garcia sbb itu kwsn sekutunya.. media Malaysia dh ken amarah dah...

So.. skrg ni suruh Najib buat PC tergempar mcm 24 mac haritu umumkan kt mana buah manggis berjuta biji tu ditanam? kawasan rumah Najib laki Rosmah di kediaman rasmi Seri Perdana kot? ye lah Rosmah kn suka cucuk tanam.. so byk sgt manggis menjadi di luar musim..kwsan lain hampeh..buah tk jadi..sor Rosmah suruh laki dia exsport lah kot ke China.. amacam teori aku??

boleh join cerita mcm H20 tak? kan H20 dan Najib tukang pereka cerita...

fikir lah apa yg terjadi.. Tuhan bg akal suruh kita fikir.. jgn jd bangsa yg malas pakai otak.. telan je apa yg disuap.. lepas tu halang org lain jgn fikir lebih2? sbb tu lah smpai skrg tak maju.. kena tipu dgn Cina Beng..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 1:16 PM

Ha,ha,ha, terbaik!! Saya memang penggemar buah manggis.Terlior bila mendengar 3-4 tan ada dlm mh370.tapi sayangnya......kemanalah ia menghilang?? setahu saya olang cina suka buah dulian maa...??.Wbp, ianya satu idea yg bagus, pihak berkenaan patut siasat pengedar buah manggis tu...kot kot bukan manggis tapi bahan penting cnc / drone/ bom manalah tahu...????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 1:22 PM

Memang tak logik pun kargo yg dibawa oleh mas buah manggis bukan musimnya pun sekarang. Lagi orang cina manalah suka makan buah manggis.. Eloklah polis siasat apa sebenarnya kargo yg dibawa oleh mas hingga menyebab pesawat dilarikan ke tempat lain dekat dgn pertahanan amerika d diego garsia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 1:29 PM

Salam bro....sekrg di indonesia manggis dah masak bro....banyak dijual disana.

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 1:30 PM

Din, sebelah Perak Penang Kedah ni aku takde dengar pulak musim manggis sekarang ni. Dan bila kamu sembang pasal manggis, memang aku cuba bayangkan 4 tan manggis terapung di Lautan Hindi, berlorong2 ikut arus air.

Tapi bila dah berbelas hari Australia dok cari, dari 20,000tan+ badan pesawat Boeing yang cantik berkaler2, sekilo pun belum jumpa lagi, apalah sangat dengan 4 tan manggis yang warna gelap.

Teori aku? Pengendali pesawat buat soft landing (memang dia cukup berpengetahuan dan berpengalaman, dan sudah lama rancang dan prektis) hingga kepak pun tak patah. Lepas 1-2 jam, sebijik Boeing 777 tenggelam ke dasar. Tumpahan minyak pun tak ada sebab minyak dah habis.

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 1:47 PM

Macam jugak dadah, mercun, senjatapi..dan alat yg lain..meka war earkan paad kastam..papan lapis..sebenatnya mercun..bykkan bearpa ribu kontena..kalau nak di periksa..bearpa byk kotak yg hendak di bukan dan periksa..di ameraki pun brnda seluduh ni berlaku kecuali polis, imigresen kastam dapat info..if not sori la...

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 2:08 PM

Sebenarnya isu manggis memang hangat dispekulasikan dalam social media.. Mudah je bagi pihak berkuasa mahu matikan spekulasi manggis ni.

Then again, KALAU ada konspirasi, cara terbaik untuk menipu adalah melalui jalan yang paling mudah, depan mata orang seolah2 ia satu perkara biasa. Tak gitu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 2:26 PM

Manggis bukanlah buah yang popular. Cuba tanya rakyat Malaysia, siapa yang suka manggis. Aku rasa takdela seramai peminat durian. Kadang-kadang pernah gak aku terfikir, kenapa perut orang cina bole tahan makan durian banyak-banyak tapi tak bole tahan makan lada walaupun sedikit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 3:17 PM

Mas Kargo kan ada..apsal bawak ngan komersial flight..

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 3:17 PM

@AnonymousHeh heh... ini pun side story jugak...

"kenapa perut orang cina bole tahan makan durian banyak-banyak tapi tak bole tahan makan lada walaupun sedikit."???

Kerana durian terkenal sebagai 'the most obnoxious fruit in the world' (buah yang paling busuk di dunia). Kalau buah busuk masuk dalam PERUT BUSUK memang takde kesan.

Teori aku lah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 3:18 PM

Buah manggis sedap la bro..mcm buah tampoi, buah terap dan buah kasai...ni semua buah hutan bro tapi buah kasai tu takleh kunyah..bole hisap je mcm gula2..manis bro...best..tapi skang dah payah nak dpt..pasal sungai belakang rumah kat kg aku asyik kena korek jer...org2 kat hilir selalu komplen pasal banjir kwsn diaorg...mana tak dulu sungai tu byk kayu2 hutan yg tersekat, bersilang2 jadi lubuk ikan...dulu ikannya byk, besar2..udang galah pun byk..selak jer batu2 besar dah nmpk udang galah tu..tapi susah nak tangkap..nak kena ada skill skit..tahan pakai jut pun ok..mcm2 ikan kitaorg dpt..sia, pucuk pisang, sebarau, tengas besar2 tapi tak pernah nmpk kelah...skang semua tu tinggal kenangan jer...pasal kena korek selalu..abis semua lubuk hilang..sungai yg benkang bengkok pun dah jadi lurus...sedih aku tgk sungai aku tu skang ni...

Ops.. Sori, melalut2 plak...sori din...hehehehe....

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 3:54 PM

Ini buah manggis banyak berat punya...kena lapik dengan "Wooden Pallet".Staff MasKargo pasti tahu kargo apa yang memerlukan dilapik wooden pallet..ha ha ha.
Bila kali terakhir "kargo" memerlukan wooden pallet diterbangkan?
Hint...dan terus hint..ha ha ha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 4:02 PM

woi...korang jangan main-main dengan manggis...manggis pernah dinobatkan sebagai buah paling lazat di dunia...kalau tak silap satu ketika dahulu di jepun...tetapi...konsainmen ini diwarwarkan utk santapan rakyat cina...kenapa ahmad jauhari hanya mengenali manggis 3 ke 4 tan jer....dengan muka slumberland jer ahmad jauhari umumkan 3 ke 4 tan mangosteen...eh eh cakap omputih lah plak....kargo-kargo lain selain manggis kenapa tak disebutkan...ini yg menimbulkan kemusykilan melampau nih...mungkin jauhari sudah tidak kenal maknikam agaknya...takkan lah manggis menjadi sasaran bandido...anyway who's the culprit yg mangosteen enthusiast...3 ke 4 tan woi...tutty fruity

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 4:18 PM

manggis ker emas ....sekadar spekulasi

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
April 2, 2014 at 4:26 PM

andaikan tragedi ini seperti buah manggis..

hitam di luar, putih di dalam..maksudnya kita semua orang luar ni tetap kelam, gelap gelita dalam keadaan tak tahu apa2 sedangkan orang2 dalam tahu sebenarnya apa yang berlaku..hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 5:08 PM

@AnonymousMenarik cerita saudara :)

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 5:09 PM

@Aku Peduli Apa @ APAItu spekulasi ! Tak baik ....

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 5:10 PM

at last satu topik MH370 yang agak santai .... :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 5:23 PM

Memang ada manggis sekarang...untuk kepastian boleh ke Segamat..
Semasa saya di Segamat 24/3/2014..adik ipar saya mengajak saya mencari buah durian. Saya cakap..ada durian ke sekarang ni?..ada jawab adik ipar saya..semasa sedang makan durian saya ternampak manggis di bawa masuk ke sebuah Hilux..saya tanya pekedai..ada manggis ke..jawabnya ada..dan buah manggis di dalam MH 370 sebahagianya daripada Segamat..kalau tak percaya cuba cari gerai menjual buah dalam kawasan Jementah..mmg ada durian dan manggis.

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 5:28 PM

@Anonymous Bagus jugak ada cerita2 camni. Kasi tenang sikit otak.

Ini cerita orang kampung yg asli (bukan orang asli?). Buah tampoi dan terap aku boleh cari lagi, tapi buah kasai dah berpuluh tahun tak merasa.

Di Perak ikan kelah tak boleh ditangkap/dimakan. Salah dari segi undang2, spesis terancam.

Aku suka pekasam ikan loma, tapi yang teringin sangat sekarang ni ialah pekasam ikan toman. Unik, diperap bersalut dengan nasi, bukan beras goreng.

Heh heh... saja nak sambung cerita dongeng

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 6:31 PM

@Anonymous Din, kamu kena alert kan WWF (World Wildlife Fun). Aku takut ada singa dan anjing laut akan mati tercekik buah manggis tu. Kang satu dunia pulak salahkan Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 6:50 PM

@QalamQabutItu yang kena pastikan dulu betul ke manggis itu manggis !

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 7:00 PM

@dinturtle Kan Kerajaan Malaysia dah cakap itu manggis.

Kamu jangan buat spekulasi liar pulak!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 7:05 PM

Mmg manggis.tapi kat tempat aku org kg panggil uranium.hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2014 at 12:04 PM

@dinturtle
Bukan saja di media social. Kalau buat kajian, "mangosteen" adalah istilah yang teratas di carian google pada minggu setelah disebut oleh AJ.

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2014 at 12:44 PM

Uranium terlalu berbahaya kalau nak bawa pakai komersial flight,lainlah kalau thorium..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2014 at 3:31 AM

Ape sgt la manggis 3-4 tan klu di lautan luas..sedangkn kapal laut yg besar pn dh mcm semut didalam sungai..walau apa pn..hanya Allah maha mengetahui

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 3:34 AM

why u people always blame the gvrmnt??najib n hisyam are the two brave prson..so proud of them..doa sya buat mreka bdua agar trus kukuh mmpthankn msia dn rakyatnya.

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2014 at 7:21 AM

@Anonymous? ? blame the govt ?

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2014 at 12:58 PM

@dinturtle Mau blame siapa lagi? Kan Kerajaan Malaysia yang jadi kepala gerakan SAR, kan Kerajaan Malaysia yang keluarkan kenyataan2 mengenai SAR, kan Kerajaan Malaysia yang kumpul dan atur segala aset2 untuk pencarian itu, kan Kerajaan Malaysia yang himpunkan segala pakar2 komunikasi, aviasi dan SAR dari satu dunia. Kan menteri dari Kerajaan Malaysia yang beri taklimat di sidang media. Mana ada orang luar terlibat.

Kerajaan Malaysia mana ada jawatankuasa khas untuk gerakan mencari dan menyelamat untuk MH370 ini. Kerajaan Malaysia tidak ada JACC dan Angus Houston.

Sebab tu segala kelemahan, kelembaban, kelemauan, kebodohan dan segala rasa tidak puas hati ditujukan terus kepada Kerajaan Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 8, 2015 at 11:59 AM

@Anonymous

u knw about it too?

Post a Comment