........... MH370 Side Story - Kerajaan Nak Saman Media. Hai, Takkan Dah Gelabah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 Side Story - Kerajaan Nak Saman Media. Hai, Takkan Dah Gelabah ?

Wednesday, April 2, 201419comments

Alahai Hisham ...dah tak tahan dengan tekanan dari laporan media ker  ....

 

Bagaimana pandangan media luar kalau mereka baca amaran ini ? Tak pasal2 jadi isu lain pulak, konon Malaysia mengawal ketat media, Malaysia tidak terbuka atau yang paling digemari , Malaysia tidak ada kebebasan bersuara.


Takkan dah hilang cool kot ?


Kena ingat, ini dah bukan isu lokal tapi MH370 sudah menjadi berita DUNIA. Satu dunia mahu tahu setiap perkembangannya dan mustahil untuk kawal penyebaran sebarang bentuk spekulasi atau fitnah atau salah laporan. Ni dah level lain. Hanya yang benar2 kuat dan punya kenyakinan tinggi mampu atasi dugaan maha hebat ini.

 

Bayangkan kalau Amerika mengambil pendekatan sama pasca 9/11, memberi amaran mahu saman media yang salah lapor. Rasanya satu dunia akan kutuk balik !

 

Satu lagi Hisham kena perjelaskan dulu yang mana satu berita benar dan yang mana satu berita yang tidak benar. Yang mana satu persepsi dan yang mana satu salah tafsir. 


Kemudian kalau wakil kerajaan yang keluarkan ayat yang tidak jelas yang sengaja mengundang pelbagai tafsiran dan pihak kerajaan pula membiarkan pelbagai tafsiran itu berlegar beberapa lama sebelum beri penjelasan sebenar apa yang cuba disampaikan , salah siapa ?


Yang saya baca dari kenyataan amaran di atas hanya satu - GELABAH.

 

Dan mengambilkira amaran itu dikeluarkan sebaik saja isu kenyataan Najib yang kononnya disalah tafsir ( Penerbangan berakhir BUKAN Terhempas la ! ), ramai yang akan mempunyai persepsi bahawa sebenarnya Najib yang menggelabah.

 

Hairan juga ya, dimana perginya para konsultan RM7.2 billion ? Takkan level Jaguh Kampung jer ? Tak berbaloi lah kalau gitu.

 

Apakata kita semua pakat hantar poskad ramai2 pada Hisham ngan Najib ..... puji melambung baeeeeeek punyer, mesti diorang suka kan ? Ambil hatilah sikit ....

 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

 

Satu soalan kepada Team Malaysia MH370 - Anda mahu dengar denyut nadi rakyat tempatan dan antarabangsa atau anda cuma mahu dengar apa yang anda mahu dengar ?

Denyut nadi rakyat ni ada macam2 ... nak dengar semua atau nak dengar yang sedap jer ?

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 7:14 PM

Rasanya tak salah klu akbar atau berita laporkn benda yg benar.ni laporan yg tak benar dah jadi fitnah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 8:19 PM

APA YG KAU DOK MEREPEK NI???
kalau dah lapor perkara yg tak betul harus disaman.. kau sendiri pun kalau tulis benda auta elok kena samannnn!!

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 8:50 PM

@Anonymousok. berikan contoh lapuran salah lapor yg perlu disaman

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 2, 2014 at 8:55 PM

Aku sokong SAMAN! Apa pulak dok bagi muka kat yahudi zionis ni ? Senang2 saja nak FITNAH dan merendah2kan Malaysia.

Sepatutnya ikut cara TDM dulu "buy british last" lagi berkesan!

Dalam hal ni aku sokong Hishammudin dan kerajaan Malaysia!

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 9:00 PM

@dinturtle Itu kena tanya KERAjaan Malaysia le Din oiii...

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
April 2, 2014 at 10:28 PM

Macam mana pulak Menteri mcm H20 lapor tak betul..flip flop.. esok ckp lain lusa ckp lain? itu bkn bohong ke? boleh tak ahli keluarga penumpang Mh370 SAMAN Hisham H20 yg semakin berlagak sejak dua menjak ni??

Keduanya.. Hisham H20 tu berani ke saman CNN? Mail Uk? BBC?.. ade kejantanan ke nk saman media asing terutama proksi Amerika? H20 kn skrg sudah jatuh cinta sama FBI dan sekutu2 CIA.. (cuba hayati PC2 yg di adakan sblm 24 Mac-), setakat nk gertak media tempatan boleh lah gempar .. suruh dia buat official statement nk saman media antarabangsa yg salah lapor tak betul.. kita nk tgk apa tindak balas mereka.. berani ke Hisham oiii??

p/s: aku tgk gelagat sepupu Najib ni semakin berbeza.. sejak dia diberikan publisiti meluas oleh media seluruh dunia.. dia mcm nk angkuh dan lupa daratan.. bahasa2nya dh mula sindir .. gertak.. dia jdkan MH370 sbg platform utk kempen dan popularkan dirinya kemudian mula angkuh.. sedangkan dia belum berjaya selesaikan kes Mh370.. aku tktau mcm mana kesombongan H20 ini akan membuak2 jika MH370 berjaya dijumpai ketika dia sedang SYOK sndiri skrg???



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 10:48 PM

@PakKaduk

PakKAduk.. itu zaman TDM. zaman Najib laki Rosmah.. buy British and America first... specific lg.. bg je lah semua pd FBI dan CIA.. senang skit puak Nuar nk adjust bersma2..utk capai cita2 NeoCon..

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2014 at 12:20 AM

Kepada dua orang pembaca baru yang perasan konon komen2 anda buat saya takut, cuba perhati dan baca betul2 cara saya menulis artikel, dan baca juga komen2 yang saya siarkan ..... perasan tak perbezaan besar dengan cara anda komen ?

Tidak ada perkataan mencarut ! Dan komen lebih tertumpu kepada topik artikel.

Saya lontarkan satu persoalan, dan pembaca yang ingin luahkan pandangan boleh hantar komen. Simple and Mudah. Kita berbincang atas topik.

Kadang2 saja saya lepaskan komen yang lari dari topik tapi bersebab. Dan hanya bila saya sendiri mencarut baru saya lepaskan komen mencarut. Dan ia amat jarang sekali.

Itu adalah cara di Dinturtle selama 3 tahun. Kami tidak ada masalah pun.

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2014 at 7:53 AM

Oya, kepada yg nak marah2 tu, tu carikan SATU ayat dari artikel saya yang ada kata saya tak setuju media salah lapor disaman :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2014 at 11:56 AM

Saya tak setuju kalau nak saman semuanya, tapi bab yang putar belit kenyataan sampai negara kita digelar pembunuh tu wajar dipertimbangkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Malaysian Cybertrooper
April 3, 2014 at 4:29 PM

Salam Din,

Off-topic sket.
Mohon Sdr. Din buat ulasan sikit untuk berita ini:
http://www.thesundaily.my/news/1005662
Supaya dapat dikongsikan sekali dengan pembaca-pembaca setia blog Din.

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2014 at 4:32 PM

@Malaysian CybertrooperDongZong mengadu ke PBB ? Yep, dah baca tadi .... tengah gali mood nak komen nih.

TerimaKasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2014 at 5:10 PM

@dinturtlehttp://dinturtle.blogspot.com/2014/04/dong-zong-nak-mengadu-kepada-pbb.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2014 at 5:46 PM

Mula2 isu apco,kemudian isu consultant RM 7.2 billion.Muncul pula isu RS, TPPA,semuanya nak ke arah negara berpendapatan tinggi.Terkini isu MH 370 yang banyak merungkai permasaalah yang mampu berkait rapat di antara satu sama lain.Banyak fakta2 dan teori yang masuk akal ,menentang perkara2 di atas terutamanya dari segi ketidakadilan geografi ekonomi dunia.Dasar berkecuali dan aktif sebagai negara berdagang yang adil dengan negara2 di dunia,mewujudkan keharmonian di rantau asia tenggara.Kesimpulannya BN terperangkap dengan mainan isu2 politik semasa yang di mainkan oleh PR di dalam negara.Mungkin isu MH 370 menjadi pemicu kepada ketidakstabilan rantau ini,di atas alasan iklim ekonomi yang tidak menentu dan politik dunia yang agak meruncing di antara kuasa2 besar dunia.Dasar ikat kaki dan tangan akan di ubah kepada mencipta masaalah dan menyelesaikan masaalah serta meraih keuntungan atas dasar berbudi bahasa.Isu MH 370 akan mewujudkan tindakan serampang pelbagai mata dari pelbagai sudut perubahan arus politik negara,perjanjian ekonomi,strategik zone ekonomi akan datang dan perubahan geografi kuasa dunia yang ketara.

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2014 at 5:54 PM

@Anonymouspeeeergh ! Hebat komen :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2014 at 5:55 PM

Dasar berbaik2 dengan kuasa dunia yang tidak kena pada tempatnya dengan perbezaan pelbagai polisi dan dasar kedua2 kerajaan akan memudaratkan negara yang lemah dan terus terperangkap di dalam percaturan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
April 3, 2014 at 6:01 PM

Bro DT......hal SAMAN MENYAMAN ni SIKITpun saya TAK HERAN kalau keluar dr mulut H2O sbb PERNAH ke H2O melakukan perkara2 seperti menyaman atau kekerasan melalui undang2 lain selama dia memegang portfolia yg PENTING SEBELUM INI???....semua sudah tahu.....itu HANYAlah AMARAN.....kita kena ingat H2O ini bukan AI, bukan LKS, KS, LGE.....beliau mempunyai HATI YG BESAR, PEMAAF tetapi SENSITIF....kadang2 AMARAN itu hanyalah sekadar perINGATan utk media2 supaya lebih bertamadun sblm mengeluarkan artikel2 di media masing2.

jangankan MEDIA ANTARABANGSA, malah media SOSIAL rakyat Mas atau MILIK PEMBANGKANGpun H2O takkan BERANI/SANGGUP mengambil tindakan saman jika memFITNAH KERAJAAN kerana sifat kasih sayang yg menebal dlm dirinya. Percayalah, H2O bukanlah seZALIM AI utk menyaman para media. AMARAN itu hanya sekadar memperLIHATkan kpd kita semua betapa SAYANGnya dia pd DS Ah Jib Gor sekiranya DS Ah Jib Gor diSAKAT oleh media2....takkan nak diam je bila keSAYANGan sendiri kena sakatkan....paling kurang kena beri AMARAN.

ermmmm.....tapi kalau MEDIA MELAYU hangpa semua kena jaga2.....mungkin SAMAN akan menjadi KENYATAAN sbb hangpa M.E.L.A.Y.U n I.S.L.A.M......:)

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 3, 2014 at 10:36 PM

Berani kerana benar! Malaysia ni dok kena buli saja. Ingat tak ada kesan pada pelaburan ke dengan salah lapor media tu semua ?

Encik Din Turtle jangan terasa. Komen saya tujukan pada kerajaan Malaysia.

Kalau tak suka saya cakap saja tapi saya pilih waktu yang sesuailah. Macam keadaan sekarang ni orang dah jatuh takkanlah kita nak sepak pulak. Umpama kalau masa perang kita tembak musuh yang tak bersenjata dan tangan tengah diikatlah...dan saya bukannya baru di sini dah lama jadi pembaca dan ada komen juga sebelum ni...

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2014 at 11:19 PM

@PakKadukNak lepaskan geram pun tak semestinya kena ada bahasa kasar, kan ? ( kecuali benar2 geram tapi itu kena dengan izin tuanrumah la hehehe )

Komen pro dan con, sama saja .... kalau ada bahasa kasar dan mencarut, saya padamkan.

Post a Comment