........... MH370 - Semua Penumpang TAK JADI Lepas, Masih DiSiasat .... ( Jom Lantik Konsultan ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Semua Penumpang TAK JADI Lepas, Masih DiSiasat .... ( Jom Lantik Konsultan )

Saturday, April 5, 20146comments

Hari ini 5 April Hishammuddin berkata - “Saya tidak rasa sesiapa (penumpang dan anak kapal) telah dilepaskan dari sebarang siasatan. Senarai penumpang yang termasuk anak kapal, masih disiasat di bawah empat perkara pokok iaitu kemungkinan rampasan, keganasan, latar belakang psikologi dan peribadi yang diingatkan berkali-kali oleh Ketua Polis Negara,” - astroawani.


3 hari lepas pada 2 April Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid berkata -


Beliau berkata siasatan terhadap 227 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 itu mendapati mereka “bebas" daripada empat elemen itu. 

"Mereka didapati bersih daripada empat (elemen) itu. Ia (adalah) menurut prosedur (siasatan) kami sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemantapan kualiti pasukan polis di sini hari ini.

Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan berdasarkan empat elemen itu terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang. - Utusan.



Senang cerita, kita lantik KONSULTAN jer .....

- Penyiasat Bebas (IIC) akan dilantik diketuai seorang Penyiasat Bertanggungjawab yang bebas.

- Bakal dianggotai Wakil2 bertauliah dari China, Amerika, UK, Perancis, Australia dan beberapa negara lain

- Terdiri 3 kumpulan - 
I) Kelayakan Terbang - rekod penyelenggaraan, struktur dan sistem MH370
II) Operasi - rakaman penerbangan, operasi rekod meteorologi
III) Perubatan dan Manusia - psikologi, patologi dan kelangsungan hidup

- Siasatan MH370 masih diterajui Malaysia.


Tiga Jawatankuasa peringkat Menteri yang diketuai Timbalan Menteri juga ditubuhkan.

Pertama, adalah jawatankuasa berkenaan waris penumpang MH370 yang akan diketuai Timbalan Menteri Luar Negeri , Datuk Hamzah Zainuddin.

"Jawatankuasa ini akan menyediakan keluarga dengan maklumat mengenai operasi mencari dan juga menyediakan sokongan selepas operasi berakhir."


Hishammuddin berkata, jawatankuasa itu akan menyelaras dengan kerajaan asing berkaitan, dan membantu tugas Malaysia Airlines.

Kedua, Jawatankuasa menyelia teknikal , khususnya pembentukan dan pelantikan pasukan penyiasat.diketuai oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Ketiga, Jawatankuasa mengendalikan isu-isu berkaitan penggunaan aset untuk operasi carian diketuai Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri 

Mungkin sekarang semuanya agak memeningkan, macam nak overlap antara satu sama lain, tak pun menambahkan lagi karenah birokrasi ( redtape ), tapi saya percaya dengan input dari para konsultan kerajaan yang berwibawa, segalanya akan berjalan lancar ...... ( ! ) 


Baca juga di TMI -  Penyiasat bebas ketuai siasatan kehilangan pesawat MH370

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2014 at 10:27 PM

Saya setuju penyiasatan diambil alih oleh satu pihak yg bebas. PDRM terlalu tertakluk kepada kekangan etika dan undang-undang polis.

Tengok ajelah dalam kes2 berprofil tinggi, bila masuk mahkamah, seringkali terdedah kesilapan remeh-temeh tetapi boleh menggagalkan kes.

Contoh paling memualkan:

Alamat rumah Sirul tersilap ditulis dalam laporan polis (yg ketika penggelidahan dilakukan, ia diketuai seorang berpangkat DSP....!!!). Benda kecil macam tu pun boleh silap.

Misteri kehilangan mh370 ni terlalu besar untuk ditangani oleh PDRM.


p/s: tapi harapnya penyiasat bebas ni benar-benar berani dan bebas dari pengaruh UNCLE Sam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2014 at 10:44 PM

Bro... kalu dah semua kena lantik baru... bubar ja la mana yang ada. Tak boleh pakai agaknya

....................
Reply To This Comment ...................
April 5, 2014 at 11:20 PM

Omar Ong another Pemandu tak dilantik ker...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2014 at 11:41 PM

salam,

bro din lupa nak sebut harga konsultan yang nak ditubuhkan tu? berapa billion nak diberi kepada konsultan tersebut. konsultan nak kena nasihat kerajaan ostolia, china, us, uk, france bagaimana nak menyiasat dan kpi konsultan tersebut. tu semua kena ada harga. setakat bagi nama, tak jalan konsultan tersebut. tapi kita terima la sebab ah jib gor tak sebut harga lagi. bang hisham cool, tak lama lagi nangis minta maaf la tu pasal kapal terobang lambat jumpa, tak tau harga konsultan.

bang hisham dah beri berapa amaran kat lanun yang dok datang ceroboh dan culik pelancong tu yer?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 6, 2014 at 12:23 PM

siasatan harus ditumpukan kepada dua baby on board...kerana yg least expected...most probably that's the most suspected...over to you semudin sameon...

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
April 6, 2014 at 5:43 PM

Hmmm Bro Din..mcm manalah sy tk komen kaw2 pd H20 dan Najib laki Rosmah nih.. mcm ni ke yg dikatakan kredibiliti??
Kejap YES kejap NO..then YES mixed NO.. lastly KONSULTAN.. Tun dlu jd arkitek Negara 22 tahun xperlu ckp banyak dan pakai berjenis2 konsultan.. ini Najib laki Rosmah, byk sgt 'bertuhankan' konsultan dari awal2..

Oklah kalau kes Mh370 pd stage skrg pakai konsultan bebas melibatkan negara2 utama seperti China..stelah dh puas 'putar belit' stage wal.. 2-3 tonnes mangoesteen.. habis semua jerung telan... tp awal2 dlu Najib laki Rosmah terlalu menunukkan beliau tk cerdik.. cpt buat konkulsi dn skrg tarik balik?

apa ni? malu lah sama.. kwn2 yg ada kabel besar dgn Najib laki Rosmah.. berilah nasihat..apakah beliau ingin bersara awal jd PM? jika enggan bersara.. ubah lah sikap dan banyak menuntut ilmu, faham dan FIKIR banyak.. bukan cakap banyak..dan plg utama hentikanlah keputusan berkiblat pd PUNASEHAT...

Post a Comment