........... MH370 - PingPong, Manggis dan Kejutan Miscall | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - PingPong, Manggis dan Kejutan Miscall

Sunday, April 13, 20142comments


Lama dah tak komen mengenai usaha pencarian MH370 di Australia ... bukan apa, sejak terbukti penemuan imej2 satelit yang heboh diperkatakan 3 minggu lepas tidak ada kaitan dengan MH370, saya dah malas nak layan laporan2 berstatus Breaking News yang hanya melaporkan penemuan2 yang belum dipastikan. 

Heran juga .... dah lama tidak ada berita penemuan imej yang baru oleh satelit ? Mungkin pemilik2 satelit juga telah sedar yang lautan bumi kita ini banyak sampah sarap, jadi lebih baik dibuat siasatan senyap2 tanpa perlu dihebahkan dulu sehinggalah dapat kepastian.

PM Australia Tony Abbott pun dah takde nak buat pengumuman di Parlimen sebagaimana mula2 dulu .... sampai dipuji2 melambung oleh pembangkang kita. 

Sama seperti imej2 satelit dulu, penemuan ping-ping juga dah semakin kurang mengundang keterujaan kita apatah lagi bila Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion pada Khamis,  telah dikenalpasti tiada kaitannya dengan pesawat MH370. ( Astroawani 11/4 )

Ping dah jadi pong !

Tapi Abbott tetap yakin ping itu adalah isyarat dari kotak hitam MH370 -

“Kami yakin bahawa kami tahu kedudukan perakam kotak hitam pesawat tersebut berada dalam beberapa kilometer ,” kata Abbot di China, negara yang mempunyai hampir separuh penumpang  daripada keseluruhan 239 penumpang. ( Astroawani 12/4 )


Kekonfidenan Abbot turut mendapat perhatian paper China -


Diharap Abbot terus berkeyakinan tinggi dalam misi mencari ini ... 


Mungkin Abbot boleh meminta data satelit pagi 8 Mac dari stesen radar milik Amerika di Pine Gap kerana pihak Amerika tidak mahu beri kalau tidak ada permintaan. Mereka kata Malaysia tidak minta jadi mereka tidak berilah, walaupun kapal dan pesawat mencari mereka boleh sumbangkan dengan senang dan cepat. Rupanya data satelit lebih payah sikit nak diberikan .....

Jurucakap kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dilaporkan berkata -

Jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia. KLiK

Tidak dinyatakan apakah pihak Amerika sudah berikan data itu atau tidak selepas kenyataan di atas diberikan atau masih menunggu permintaan dari Malaysia.

Lebih menarik, kenyataan itu juga seolah2 memberi mesej yang ADA maklumat dikesan oleh satelit Amerika sebab ia tidak menafikannya.

Kerana Pine Gap terletak di Australia, mungkin jika PM Australia selaku tuanrumah dan juga ketua misi pencarian di Lautan Hindi yang minta, pihak Amerika akan lebih bekerjasama.


                                         ******************************

Oya, sebelum saya tertinggal benda ni ...

Kannnnn ...... Tak semudah itu menjawab isu manggis ni ..... saya harap pihak polis telah dapatkan pengesahan dari pekerja Mas yang mereka benar2 telah melihat buah manggis itu secara fizikal, bukan sekadar menerima begitu saja apa yang dideclare dalam borang penghantaran.

Saya tolong peringat jer, kalau dah buat bagus lah.....

                                              ********************************

Terbaru heboh hari ini adalah laporan NST yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.

Hishammuddin tidak menafikannya cuma mengatakan yang beliau tidak mendapat maklumat itu

"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika betul, kita (pasti) tahu mengenainya daripada awal lagi,"- TMI.

Saya sendiri waktu baca rasa nak marah pun ada .... kenapa dah lebih sebulan baru nak keluar maklumat sebegini ? ! Kenapa beritahu akhbar dan bukannya pihak berkuasa atau MAS ?

Apa yang dapat saya katakan pada hari ke 36 kehilangan MH370, teori pembabitan kuasa besar Amerika @ Diego Garcia masih mengungguli carta spekulasi.

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2014 at 6:11 AM

Bila ping tu dikesan ditempat yg berlainan, jelas ianya bukan dari kotak hitam yg tak boleh bergerak dgn sendirinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2014 at 9:57 AM

Amerika tidak telus kerana hanya memberikan sebahagian sahaja maklumat, manakala maklumat selebihnya disembunyikan. Mengapa Amerika tidak menghulurkan bantuan serta-merta sejak 8 mac yang lalu ? Kenapa lambat memberi data satelit ?

Post a Comment