........... MH370 - Najib Tak Sebut Terhempas Atau Tiada Yang Terselamat, Najib Cuma Sebut ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Najib Tak Sebut Terhempas Atau Tiada Yang Terselamat, Najib Cuma Sebut ...

Tuesday, April 1, 201431comments

Kerajaan tidak  akan minta maaf sepertimana tuntutan waris penumpang dari China kerana -

"Sebahagian daripada sebab-sebab permohonan itu dibuat berikutan dakwaan bahawa perdana menteri atau kerajaan telah menyatakan bahawa pesawat itu sebenarnya telah terhempas dan tiada yang terselamat. Perkara itu benar-benar salah.Tidak disebut terhempas atau tiada yang terselamat," - astroawani.


Kenapa tidak ramai yang tampil menyokong kenyataan H2O di atas ? Betul apa yang disebut oleh H2O itu, memang Najib tidak ada sebut pun yang pesawat itu terhempas. Beliau cuma sebut -

"This is a remote location, far from any possible landing sites," he said. "It is therefore, with deep sadness and regret, that I must inform you that, according to this new data, Flight MH370 ended in the southern Indian Ocean."

- Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. 

Terserahlah pada orang nak tafsir apa maksud berakhir atau ended itu......

Dan Najib juga tidak ada sebut tentang sesiapa pun mati .....  Beliau cuma sebut di Parlimen keesokan harinya, meminta Majlis Fatwa tentukan masa yang sesuai untuk dibuat Solat Jenazah Ghaib. 

Terserahlah pada orang nak tafsir apa maksud nya .....



Syarikat2 insurans China yang menerima 'salah tafsir' itu dan memproses pampasan seterusnya membayar ( maknanya duit itu diterima ) keluarga mangsa yang dilindungi insurans tidak pula dipertikaikan.

Apakah kalau Najib minta maaf dan tarik balik, mereka akan pulangkan duit pampasan kepada syarikat insurans ?

Saya bersetuju dengan Hishammuddin yang kerajaan tidak perlu minta maaf kepada waris2 penumpang dari China itu.

TAPI BUKAN kerana alasan tersalah tafsir atau bermain dengan kata-kata ..... seriusli, it makes you look stupid jika menjadikan salah tafsir itu sebagai alasan. 


Macam loyar jer yang suka bermain dengan kata-kata .... tak pun macam ahli politik jer.  Eh, memang pun diorang ahli politik ! 

Ini pandangan peribadi saya, Najib yang bercakap mewakili kerajaan harus tegas dengan pendirian yang diambil. 

Ya, itulah pendirian kita. Kalau anda tidak bersetuju, itu hak anda. Kalau anda mahu saman hanya kerana tidak bersetuju dengan pendirian itu, dipersilakan.

Pendirian itu dicapai berdasarkan maklumat yang ada dan mengambilkira keadaan semasa. 

Sekiranya ternyata mangsa pesawat didapati masih hidup setelah sekian lama dan tanpa sebarang perhubungan, alhamdulillah. Tapi itu menunjukkan terdapat foul play atau campurtangan pihak ketiga yang kita tidak tahu.

Itulah contohnya yang H2O dan Najib harus cakap. Jika terdapat campurtangan luar dalam kes MH370 ini, takkan kerajaan yang harus bertanggungjawab.  


Tapi bukannya menyorok disebalik permainan kata-kata ! Itu dah nampak macam mengambil sikap APOLOGETIK !

Ini bukan soal saya setuju atau tidak dengan tindakan Najib tapi ini soal ketegasan kerajaan dalam bertindak. Saya mungkin tidak bersetuju ( terutama bab minta diadakan solat jenazah ghaib yang akhirnya mujur ditolak oleh Majlis Fatwa ) tapi saya akan hormat dengan ketegasan kerajaan.

Share this article :

+ comments + 31 comments

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
April 1, 2014 at 2:50 AM

Cuba tgk Najib melalui sepupunya dah mula jadi LIDAH BIAWAK.. mula spin dah. Terang2 24 hb lepas Najib umum MH370 berakhir di lautan hindi.. dia perbodohkan rakyat sekali lagi?

Berakhir di lautan yg sepi terpencil dgn kedalama beribu2 meter.. apa maksudnya? takkan pesawat tu tgh terapung dan makan angin bersama anak kapal? seluruh jentera media Krjn sudah ucap takziah.. dan bacaan Surah Al-Fatihah di perdengarkan setiap masa.. maksud Najib mereka telah maut!!

Tp skrg bila dh kantoi, bukti xjumpa dan calculation penipu Inmarsat terhadap koridor2 rekaaan tu.. akhirnya sepupu Najib yg perasan bagus tu nk buat damage control buat sepupunya Najib??

Najib wajib step down dh lantaran tidak bertangunggjawab dn memperbodohkan rakyat dn semua yg terlibat dgn mengesahkan kematian 239 tanpa disokong bukti kukuh. Najib sahkan tiada yg survived.. macam ni je pemimpin/PM berwibawa? gopoh buat drama sedih utk paksa terima akalnya utk ending..sbb Najib laki Rosmah ni dh bosan hari2 dgn MH370.. ktrunan elit mcm Najib ni mahu life yg enjoy.. so lg xselesai kes ini dia terpaksa mengubah 'gaya hidupnya' sbg PM utk ke sana ke sini..

nah skrg Najib mana ada ckp pasal MH370 lg??
Diego Garcia memberikan pulangan yg amat lumayan buat Najib dan Rosmah 3 ktrunan mereka??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 2:58 AM

salam,

masalah timbul disebabkan "text message" yang dihantar oleh MAS kepada sebahagian keluarga waris sebelum pm membuat pengumuman pada malam itu.

“Malaysia Airlines deeply regrets that we have to assume beyond any reasonable doubt that MH370 has been lost and that none of those on board survived.”

mereka tidak dapat membezakan diantara kenyataan PM dan MAS, saya rasa yang perlu perbetulkan perkara ini secepat mungkin adalah pihak MAS, apa yang disampaikan oleh PM adalah jelas, tepat dan berasas, pihak MAS telah membuat andaian yang tidak patut dan perlu diperkatakan.

:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 6:54 AM

statement berkenaan solat ghaib jenazah di parlimen memang kantoi habis...nak konar apa lagi....space space space

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 7:27 AM

antibohong, kalau kamu dalam keadaan sedemikian, apa jawapan kamu, kamu tahu kapal terbang tu hilang, kamu tahu dari information yang sah kapal terbang menuju ke lautan hindi, kamu tahu data/information datang dari technology yang di bantu Negara luar, kamu tahu Negara kita kecil, kemampuan teknologi kita tak ada, jadi apa yang najib bagi tahu, kapal menuju ke lautan hindi dan tamat di situ, ada kah ini tidak benar, ada kah kamu ahli nujum boleh Nampak kemana perginya kapal itu, jangan kerohkan keadaan kalu ilmu cetek di dada. Ramai saintis kita juga tidak membuat komen seperti kamu kerana mereka bercakap berdasarkan credible data, not ahlil nujum punya komen..don't feel hurt, but think wisely.

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2014 at 8:28 AM

@AnonymousAntibohong sedang tersepit diantara kebencian mendalam terhadap PM dan Rosmah... (mungkin cybertroop PR) Jadi apa saja yang keluar dari mulut PM akan dilihat sebagai konspirasi atau pembohongan. Bagi seorang yang waras, statement harus adil dan berpijak dibumi.. tak perlu melepaskan geram dan mengambil kesempatan sehingga kita dilihat tidak rasional... ini bukannya soal politik, ini adalah soal tanggungjawab, maruah dan kemaslahatan sejagat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 8:28 AM

setuju setuju setuju dgn Anonymous April 1, 2014 at 7:27 AM
maaf cakap... penyokong2 pembangkang ni bamyak dibuai2kan dgn persepsi sampai keliru mana yg nyata mana yg persepsi... inilah padahnya baca blog2 pembangkang atau dengar penceramah2 pembangkang yang sengaja membuat pesepsi dan andaian.. kawan masih ingat masa mula2 kes Anwar dulu, dia kata dia ada berkotak-kotak dokumen rahsia penyelewengan kerajaan... sampai sekarang sehelai pun tak tunjuk.... harap sangat diukudkan akta agar org yg menuduh tanpa bukti dan boleh menghuru harakan negara dikenakan hukuman penjara dan sebatan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 8:30 AM

Aku setuju ngan ko din, dr awal aku dah perasan, DSN cuma kata "ended", tak disebut jatuh ke, terhempas ke, meletop ke. Kesimpulan dibuat dr data data yg diterima, tak jugak dikata dr bangkai atau serpihan pesawat yg ditemui.

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
April 1, 2014 at 8:59 AM

Kenapa yg terlalu taksub pd Najib? Bila org itu kritik kebodohan Najib memandu negara dan jelas tidak konsisten dan berbohong ada yg JILAT dan menyerupai sikap seperti MACAI Nuar dan Nik Ajis.. UNTOUCHABLE wpun SELEWENG punya jauh! Nik Ajis tu buat macam2 perkara yg luar dr Agama tp beribu2 macai PAS jilat tk sudah2.. bila skrg Nik Ajis mintak maaf macai2 tu terus puji lagi.

Apakah senario yg sama wujud MACAI Najib? Kita sayangkan negara.. Najib is no2. itupun kalau dia BUKAN talibarut MUSUH luar.

Pakai otak macai Najib oiii.. aku ikuti RAPAT kronologi MH370 dr awal. Awal2 aku amat respect Krjn diperingkat awal krn belum nampak penyelewengan fakta. Tp sejak2 ini aku lihat Najib mula tak betul dan menyeleweng dan jadi bapak spekulasi!

Cuba hayati betul2 ucapan Najib? Apakah perlu sgt dia umumkan ending over the India Ocean tu hanay disokong data2 RAMALAN Inmarsat? najib menjerumuskan negara dlm kancah perang psikologi yg amat buruk. Macai2 Najib yg suka menjilat..dlm dunia ini kita hidup kena banyak fikir.. bukan kerja jilat.

Kalau kerja jilat jdlah spt keldai2 Nuar.. Nuar bohong pasal china doll pun mereka jilat..bohong pasal SPR tipu wpun menang banyak mereka jilat.. merusuh sana sini krn apa? krn TAKSUB dan takmau fikir!! apakah macai Najib mahu itu?
sorry bro.. Tun dulu bijak.. dia urus negara tanpa PUNASEHAT berbayar spt Najib laki Rosmah buat.

Sehingga kes berat Mh370 Najib masih gilakan konsep KONSULTAN.. cuma kali ini lebih advanced dan lebih 'membanggakan' krn Najib mendapat 'kerjasama' proksi CIA- Amerika-FBI.

Hasilnya Najib laki Rosmah mula main wayang. MAS Airlines diarahkan TUTUP MULUT. Cuba baca semula statement Ahmad Jauhari CEO MAS pd malam pengunguman Najib laki Rosmah buat.. MAS diarahkan MENERIMA CADANGAN INVESTIGATION TEAM yang mengatakan MH370 TELAH BERAKHIR di Lautan HINDI.. dan tiada seorang pun dikatakan selamat!!

Macai Najib.. tolong ikhlaskan hati dn pandang senario skrg dgn keadaan Negara.. MAS akan hadapi krisis kebankrapan disbbkn serangan persepsi melalui Najib terlebih dahulu mengatasai fakta.

Macai Najib, siapa ckp data kajian Inmarsat tu maklumat tepat? itu ANALISIS prediction. hanya menganggar KEMUNGKINAN ia menuju ke koridor Selatan. tapi kenapa Najib xguna ayat KEMUNGKINAN BERAKHIR??

Macai Najib.. memualkan lah asyik memuji2 benda yg xbetul.. dgn pembohongan tentera yg culas malam kejadian.. apakah kita gembira skrg semuanya telah terbongkar?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 9:37 AM

Antibohong...komen kamu bukan saja keras tapi byk isinya adalah tidak benar..adakah sedara sanggup jadi org yg zalim? Saya sendiri byk juga kritik najib n co kalo ada apa2 yg kita rasa tak betul...tapi saya tak sanggup nak kritik dgn fakta yg ntah apa2..mcm yg sedara buat sekarang ni...

Musibah yg melanda ni ditanggung oleh satu malaysia...kita melihatnya dari sudut maruah negara...kalau pun kita tak dpt bantu utk pergi mencari pesawat tu, memadailah kalau kita boleh berikan sokongan pada usaha yg telah dan sedang dibuat...mengkritik bole, tapi agak2 la bahasa dan fakta tu...tunjukkan solidariti kita terhadap negara sendiri kpd dunia..itu lebih bermanfaat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 10:10 AM

Sedara antibohong...bagus la sebab sedara punya kesedaran utk mengkritik apa2 yg dirasakan kurang betul...but pls tone it down..kritik la dgn fakta yg benar..jgn terlalu ikutkan perasaan sedara hingga sedara sanggup kritik dgn fakta yg tidak benar..ditakuti sedara menjadi org yg berlaku zalim...n pls stop saying that tentera kita culas dan kaki tidor...2org adik saya ahli tentera, sorang tudm dan sorang lagi ramd...saya tahu bgmana disiplin mereka...kenapa sedara tak nak komen tentang waypoint IVGI tu? Plot perjlnan ufo tu yg terbang melalui airspace thailand? Kenapa tak persoalkan airforce thailand tidak memintas ufo tu?
Sekali lagi, tolong berlaku adil dlm komen sedara...tone it down n pls use the right facts..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 11:09 AM

24-mac-2014...ended di selatan lautan hindi...maksudnya...ended sejak 8-mac-2014...jangkamasa yg lama tu....maksudnya...samada mh370 dalam keadaan terapong...ataupun...sudah tenggelam...pilih yg mana satu....seandainya mh370 masih terapong...mustahil satelit perisik gagal mengesan...sekiranya sudah tenggelam...tak mungkin berlaku clean dive...nampaknya inmarsat sengaja nak kenakan sepupu semudin...mana ada satelit perisik yg berani skodeng aktiviti di diego garcia...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 12:29 PM

macam ayat agree to disagree lah bro

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 1:27 PM

Terima je la hakikat jika kata dah hilang first time dulu mmg boleh agak apa sudah terjadi. Ramai yg in denial. Sedikit sebyk kita semua ada yg kehilangan org terdekat bagai mana cara Allah nak cabut nyawa masing2. Udah la dont make matters worse. Nak pressure pm dgn keadaan negara begini. Mcm kita ni bagus sgt. Muhasabah.

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
April 1, 2014 at 1:36 PM

Sbb aku pikir maruah negara dan 27juta rakyat punya masa depan lah aku ckp Najib tu bapak spekulasi. Kita tk pernah kutuk usaha mencari..kerja mencari dilaut amat sukar dan menempah maut juga. Cuba baca paper Utusan dan media2 lain hari ni dan hari sblm? Apa dia perang psikologi atas rakyat setelah Najib failed dlm kes MH370?

Hari2 tune pemikiran rakyat dgn ayat 'Negara lua MEMUJI Malaysia'. tiap2 hari pakai ayat ini dlm paper dn media krjn, Lepas tu disambung pula..'JANGAN PERLEKEH USAHA MENCARI Mh370..' siapa perlekeh? kita perlekeh Najib bukan perlekeh org lain.

Kalau dh tahu isu MH370 ini isu sensitif.. terlalu banyak kesan buruk akan berlaku jika silap langkah kenapa Najib laki Rosmah tk fikir dulu sblm buat statement? Kenapa dia tk bertindak holistik dlm siasatan? Sudah 20 hari lebih mencari di Lautan Hindi, apakah hasilnya? sekaligus menunjukkan pd dunia PM kita gemar buat spekulasi dan berbohong.

SO bila dh terkantoi.. sepupu Najib mula buat damage control atas previous damage, PUTAR BELIT pulak statement 24 Mac? Najib yg hancur luluhkan penantian semua org terhadap pencarian dgn menamatkan sndiri kisah MH370 tanpa bukti sah. lepas tu skrg dh cari tk jumpa mula spin semula konon dia tak ckp pun pesawat terhempas? Habis tu ending di laut sepi tu bg Najib laki Rosmah bermaksud pesawat tu disembunyi bunian spt kata bomoh VIP menteri? atau pesawat tu terapung2 di udara? dh tk terhempas maksudnya terapung?

Bila wartawan tanya Diego Garcia cepat2 Hisham H20 gelabah dan nafikan.. seolah2 mcm dia dh pergi siasat sndiri di pengakalan US tu.. inilah dikatakan penyelewengan.

Macai yg membela Najib..ok aku tk kisah lah..tp aku guna ayat Hisham berlagak tu.. SEJARAH AKAN MENILAI kamu berdua sepupu-Najib/H20.
Kamu berdua menguruskan bencana negara mengikut SELERA hati kamu.. pakar2 dlm negara hanya jd perhiasan di TV beri pendapat utk isi slot tp pakar2 asing yg disanjung Najib dan H20 ini diletak sbg raja dlm siasatan.

Tanya pihak MAS apakah Jurutera MAS dibenar terlibat atau MAS disuruh TUTUP MULUT? Jika Tun jd PM Panglima Tentera Udara + Pengarah DCA + Pegawai2 terlibat malam itu dh kena pecat rasanya.. ckp banyak tk guna..org kita kena ajar dgn bahasa begitu sbb kalau tk pecat dia akan lebih angkuh dan byk bohong.. mcm H20.

Skrg aku nk tgk apa ending Lautan Hindi versi Najib laki Rosmah dan Hisham H20. Sepatutnya sbg Muslim Najib jgn matikan pengharapan umat Islam.. kalau dia tk umumkan negatif begitu.. Solat Hajat dan Doa2 secara jemaah2 besar akan dieruskan selagi tidak jumpa.. itu pemimpin yg bijak.. dn pecaya dgn kuasa Allah.. sekurang2nya waris2 MH370 akan dgn semulajadinya akan terima takdir ini bila sudah terlalu lama tk jumpa..jiwa mereka akan faham.. tk perlu buat ending pun..

Aku malas nk cerita bab teknologi dan teknikal kt sini sbb macai Najib lbh gemar bincang soal lain. Bila kita hujah bab teknikal macai Najib xberminat ckp bab fakta.. mereka gemar main ayat2 snetimen.. pusing apa yg telah dihidangkan dlm skrip Najib.. so skrg nk korek Lautan Hindi sampai bila?

sampah pun timbul ini kan pula pesawat 100 tan..

We will see.. history will judge u H20 n Najib.. both of u make a very serious mistake!! waste a lot of time!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 1:50 PM

@Anonymous

Zalim? wah dh mula tiru ayat Nuar-kezaliman? siapa yg zalim? siapa yg berkuasa skrg? aku atau Najib laki Rosmah? Aku atau H20 bangsawan tu?

Siapa yg membuatkan keluarga MH370 kecewa? siapa yg putar belit dn berubah2 fakta tentang nyawa 239 manusia tu? apakah aku atau Najib laki Rosmah?

DI awla posting aku tekankan beberapa justfikasi teknikal yg menunjukkan H20 dan Najib laki Rosmah tidk bercakap berteraskan fakta dan kebenaran.. jd buat apa aku nk hormat lg dua org anak bangsawan ini? menggadaikan masa depan negara setelah 239 nyawa ini entgah ke mana?

Kalau kita buat pencarian dgn kaedah yg betul, fakta dilepaskan dgn tepat jumpa atau tidak 239 org itu bkn kehendak kita lg.. dn kita terima ia sbg takdir Allah krn telah berusaha yg terbaik.. tp skrg Najib yg ZALIM krn dia bermuka2 dengan mangsa dan rakyat.

Najib tu faham ke Doppler Effect? dia tahu tk model Doppler hanya utk rigid body vehicle yg gerak atas daratan dn xlayak langsung digunakan utk rigid body terbang yg terdedah dgn drift air drag.. dn kaedah ini hanya utk MENGANGGAR lokasi.. bukan utk sahkan apa.2


Jd kalau Najib laki Rosmah fhm dia akan arahkan sepupunya spya jgn terlalu tumpu pd carian di Lautan Hindi atau percaya 100% Inmarsat..kena giat lg mencari di tempat yg ada petnjuk lain. tp dia tk fhm.. dia cerita dlm media dgn accent englishnya.. hanya pd bahasa kelihatan 'fasih' tp dia xphm apa benda yg dikira.. akhirnya di membodohkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 1:51 PM

@Anonymous

mcm kita ni bagus? habis tu apa yg megesahkan Najib PM tu bagus? nafi semua nasihat pakat2 dlm negara lepas tu ikut siapa??

ini ayat2 org yg putus asa.. bangsa kita kaya dgn ayat2 mcm ni.. dh letih xboleh pikir paksa org lain jgn pikir..looser!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 2:17 PM

Marah betul sedara antibohong kita ni...baiklah..kalo pandangan itu yg jadi pegangan sedara, saya pun tak nak ckp byk2 la..saya berlapang dada membaca pandangan sedara namun byk yg saya tak setuju..saya percaya berjuta lagi rakyat malaysia yg punya pandangan yg jauh berbeza dari sedara...jadi bila sedara mengatakan kerana masa depan 27juta rakyat, maka tanyakan soalan ini - adakah mereka sependapat dgn sedara dlm hal ini?

Lagi satu tolong la jgn guna perkataan "macai najib"..saya anggap itu satu penghinaan...tak pasti yg lainnya menganggap ianya bgmana...apa pun saya tak punya masalah besar kalo sedara still nak hentam najib n h2o pasal dua2 pun not my favourite..lagipun, apa2 yg sedara hentam diaorg berdua tu - mana2 yg tak benar atau over, itu urusan antara sedara dgn diaorg berdua la...saya berlepas tgn dlm hal ini...

Cumanya bila sedara hentam tentera kita, tudm ke, tldm ke, tentera darat ke...haaa, yg tu saya tak bole tahan...i will defend them kalo apa yg dihentam tu tak benar...jadi pahamkan kedudukan saya...i have no problem with u hentam najib n h2o bit not our armed forces...ok...byk pergorbanan mereka yg kita tidak tahu dan kalo kita tahu pun, berupayakah kita membalasnya?..

....................
Reply To This Comment ...................
April 1, 2014 at 2:36 PM

Makanya mohon elak dari melabel sesiapa yang kita tidak setuju pandangannya sebagai pro parti lawan. Senang citer, saya tidak akan luluskan lagi komen yang sebegitu.

Berhujahlah dengan berhemah tanpa menuduh yang bukan2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 2:57 PM

ginilah...buat masa sekarang...tumpukan pada berdoa.,memohon agar pencarian mh370 berhasil dan penantian waris-waris terubat jua....ketepilah dulu bab Najib ataupun Hisham atas apa alasan sekalipun....selepas semuanya selesai....barulah mula bab-bab mengkritik ni.....tunjukkan sifat sayangkan negara anda dgn cara berhemah.Apa yang berlaku banyak hikmahnya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 3:40 PM

adakah sesiapa sedar maksud tony abbott memuji anggota tudm yg tiba di austrailiya...apa kata tony abbott...tony abott begitu kagum dengan kerajinan dan ketekunan "luar biasa" anggota tudm....adakah tony abbott bermaksud menyindir apabila menekankan perkataan "luar biasa" itu...mungkin tony abbott cuba nak sindir/perli fasal kredibiliti tudm kuantan dan tudm butterworth pada 8-mac-2014...samada disedari atau tidak terpulanglah untuk menilainya...u come here to-die

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 9:10 PM

Saudara AntiBohong,

Tolong menulis dan memberi pendapat dengan menggunakan akal fikiran yang waras, bukan dengan cara beremosi.

Anda kata "sudah 20 hari lebih mencari di Lautan Hindi", tapi DSN umum mengenai "MH370 berakhir di Lautan Hindi” pada 24 Mac 2014. Saudara tahu ke MENGIRA? Hari ini baru 1 April 2014. Tolong berhenti memalukan diri sendiri.

Dan, jangan memperlekehkan cara pasukan SAR jika saudara sendiri dalam situasi yang AMAT KELIRU dan fakta pun banyak salah. Sekurang-kurangnya belajar menerima hakikat bahawa dalam kes ini kita kena ambil maklumat dari sumber2 yang paling SAHIH, bukannya dari mereka (seperti saudara) yang cuma boleh bercakap (pakar air liur), tetapi tiada ‘solution’ yang boleh membantu pencarian.

USA tidak ada pun beri apa-apa maklumat satelit untuk membantu pencarian. Jadi, adakah sesiapa yang berani menyiasat pengkalan mereka di Diego Garcia? Malaysia negara kecil, dan kita mesti sedar diri dan ukur baju di badan sendiri. Jangan jadi bodoh sombong, takut nanti seluruh Malaysia menjadi mangsa kebodohan/kejahilan orang seperti saudara AntiBohong.

Tq.

Dr. J

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
April 1, 2014 at 11:49 PM

@Anonymous

DR.J, dah viva/hantar thesis? atau Dr perubatan yg dh tamat lesen dr MMA? Kenapa ko tumpu sgt pasal kiraan hari aku? itu general questionnaire tentang persoalan hari mencari di lautan Hindi dengan keyakinan Najib laki Rosmah terhadap MH370 berakhir di lautan hindu. Bermaksud jika sudah 20 hari lebih, apa hasil sekarang?? Najib laki Rosmah umum satu dunia dgn penuh yakin Mh370 terhempas atau bahasa putar belit 'berakhir' di Lautan Hindi, takkan xde satu cebisan low-desity debris spt pelampung, heat coating element/ stereform, baju dr beratus2 bagasi? cebisan buah MANGGIS 2 TAN yg ditanam di Putrajaya? Sbb mana mari 2 tan buah manggis di luar musim?? Rakit udara yg boleh muat 290 manusia.. takkan kesemuanya sudah terbakar? cebisan orga manusia? takkan semu ajerung dah buat breakfast dan lunch??

pakai akal bro.. ko boleh ckp Amerika xde maklumat? ko kenal tak siapa Amerika? ko baca tak artikel2 lepas Mr Din? posting2 aku pasal keupayaan aset US Navy??

Ko copy paste ayat H20 ke ayat najib pasal 'perlekeh2' nih? Siapa perlekah pasukan SAR? Cuba baca ayat2 posting atas??
Mereka berkerja siang malam utk tugasan ini wpun demi memenuhi kebodohan pihak berkuasa Malaysia yg cukup ego dan angkuh wpun 239 nyawa tidak ada kepastian lagi.

Aku rasa kebodohan itu ada pada kau..sbb menulis semata2 nk jilat Najib laki Rosmah dan sepupunya. kau bukan pikir jauh sbb org taksub ni otak dan pancaindera tk boleh keluar dr 'radar' kebodohan.. xmampu fikir holistik.. bila ko mendakwa pasukan SAR keliru (ko tu ahli SAR ke)?, bermakna ko sendiri memperlekehkan SAR. Apakah mereka keliru atau TERPAKSA menurut perintah H20? Jika sudah keliru..spt ko dakwa maknanya H20 dan sepupunya kena rombak semula parameter2 siasatan dn kembali pd Root Couse- buat SWOT analysis ke atas DATA yg ada utk lihat strength maklumat/ data!!

Aku dh ulang banyak kali sila baca STATEMENT Ahmad Jauhari CEO MAS apa luahan hatinya!!

lastly ko ckp 'ukur baju sendiri'? org bodoh mcm ko boleh faham ke maksud ukur baju sendiri? Nk ukur atau nk jd hamba pd konspirasi? Ko takut Tuhan ke takut dgn AMerika? Kita nk perang dgn siapa? siapa suruh perang?

Aku ckp kita tumpu misteri Diego Garcia- macam mana dan bagaimana itu punasehat Najib laki Rosmah kena pikirlah..nk hantar spy ke.. nk hantar org gila menyamar ke..

so skrg ni org macam ko nk kita menyerah? putus asa? ikut je lah apa nk jadi?? Dr.J THE LOOSER??.

Mmg aku ckp hujah dgn macai Najib.. mereka bkn hujah ilmiah.. tp nk jilat dn suruh kita diam..tutup mulut..telan je apa yg disuapkan.. apa ada dlm mangkuk tu.. then MH370 xjumpa.. next konspirasi apa pulak? apa akan jd selepas ini pd negara? pd pesawat MAS seterusnya? kapal2 dagang kita MISC? PETRONAS? pelantar minyak? ruang udara?? maritim? H20 skrg tgh pkir nk perabih duit lg utk beli 'aset radar' bar.. emm itulah cara puak bangsawan yg otak jrg guna utk pikir buat keptusan..

Syabas lah penjilat sekalian.. no more komen.





....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 2:28 AM

AntiBohong,

Anda pandai putar belit kenyataan...

Apa yg ah Jib Gor ucap itu berdasarkan ping/minyak kapal terbang..

Komen membabi buta dengan mengikut sikap Pembangkang Yang Bodoh itu tak ke mana pon..

Tolonglah bagi satu cadangan... asyik2 dok hentam sana sini..

Entah2 Anti Bohong nie Aj Juburi 4CM kot.

Aku Bangga Jadi Macai UMNO BN... kata lah apa-apa pon, tapi kalau setakat itu tak kena, ini tak kena, MANA ADA yang kena?

Kena kat mata kau tak kena kat mata aku... tak kena kat mata kau kena kat mata aku..

Dunia tanya mana kapal tuuuu... jadi jawab nya ikut pada Inmarsat - dan jumlah minyak yang ada...

Tak jumpa tak semestinya kapal terbang tu tak terhempas, atau landed somewhere..

So spekulasilah... bukanya meghentam tanpa ada saranan...

Bangkang Memang Mudah.. Apa lagi cari salah orang....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 3:16 AM

Cuba hayati betul2 ucapan Najib? Apakah perlu sgt dia umumkan ending over the India Ocean tu hanay disokong data2 RAMALAN Inmarsat?

Data satelit inmarsat bukannya ramalan tapi data komunikasi antara mh370 dgn satelit melalui ping yg dihantar. aku rasa hang yg perlu pakai otak. ko kata "aku ikuti RAPAT kronologi MH370 dr awal" tapi cuba fikir kemana menghilangnya mh370? dari kl ke beijing, bila sampai igari dah tak tau pi mana. dr radar tentera kata turn back ke arah utara penang..pastu ke mana mh370 pergi? boleh ko jwp BODOH ????????. mai sini aku nak jwp kat hang...dgn bantuan inmarsat sat melalui ping yg dihantar maka pakar2 satelit telah menggunakan kaedah kesan doppler utk mengetahhui kemana mh370 pergi. itulah yg najib katakan mh370 mengakhiri perjalanannya di selatan lautan hindi. Bila takde perkembangan dalam misi SAR puak pemakan tegar khinzir dr china ni duk meroyan suruh bagi tau perkembangan misi SAR. kita tak tau kemana hilangnya mh370...kat lautan china selatan dah cari...laut andaman pun cari. so dr data inmarsat kita dapat tau ianya ada selatan lautan hindi. Pastu duk meroyan suruh cari serpihan pesawat cepat2. macam babi je...ingat senang ke nak cari kat sana tu...kalau suruh cari dlm jubur depa senang lah. PAstu ada lagi tuntutan suruh ubah lokasi pencarian. kalau aku jd PM aku suruh je depa pi cari sendiri. Takpe ambik je jet sebijik pastu pi cari sendiri. BODOH nya org china...so sapa2 yg kata org cina tu pandai stop lah fikir mcm tu. BANGSA MELAYU lebih genius dr puak pemakan babi ni. SEDARLAH MELAYU. ALLAHU AKBAR.

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
April 2, 2014 at 4:23 AM

@Anonymous

Hmm itu je ke hujah macai Najib? Ko tahu tak jd macai Najib laki Rosmah dgn jd hamba pejuang pd UMNO itu ibarat langit dn bumi.

Macai Najib selalunya jenis tkde fakta dn lemah mcm Najib juga. Aku malas nk track n answer satu2 ayat 2 ko sbb ko putar belit habis apa yg ditulis.

Aku dh berpuluh kali rasanya ulang apa kejahilan dan kebodohan Najib dlm isu Inmarsat ni! IAAB -NTSB tu sape? mereka paksa Najib umum kn MH370 dh tamat riwayat ke?

apa kapasiti seorng ketua negara? ikut dan percaya sepenuhnya dgn telunjuk asing? buat damage control yg menjerumuskan negara ke kancah kerosakan jangka panjang dn ancaman keselamatan..

bahasa longkang ke bahasa haiwan atas pokok baru macai Najib faham senario skrg? negara berad apd kedudukan yg SANGAT BAHYA ko tau tak!!!

Insya Allah Aku sanggup anytime sama2 bantu apa termampu utk berkorban pd MH370 secara percuma..sbg rakyat.. tp MAAF aku tksanggup jd pencacai Najib.. ikut style dia menguruskan bencana ini.. lebih besar retorik dr kebijaksanaan dan kerja yg significant.. susah ckp dgn macai.. bila jiwa taksub sama je sama da macai peliwat Saiful atau pun laki Rosmah.. kedua2nya puak ini tk boleh fikir waras dn berteraskn fakta.. jilat dan jilat..

Ketua negara yg bijak mcm Tun.. senyap tk bising2 mcm Najib.. umum announce itu ini tp akhirnya kantoi useless!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 4:43 AM

Sikit soalan aku pd pencinta Najib laki Rosmah kt atas.. wahai cai, apa benda yg AhJieb ko tu ckp pasal ping? minyak kapal terbang? siapa bgtau dia pasla ping2 tu? dia paham ke ping2 tu apa? ko atau dia paham ke konsep Doppler Effect yg dipakai dlm model matematik tu ditambah dgn model kebarangkalian dikira berdasarkan trajektori laluan 6 buah jet Boeing sebenar airlines lain.. utk CARI apa? apa status atau reliability kiraan tersebut? ko paham tak itu hanya data lemah ..dari satelit yg sudah tua... kalibrasinya sudah tidak boleh dipakai lg utk tujuan kritikal.. tiada point of location (GPS) sbb ia teknologi usang.. habis tu Najib laki Rosmah tu fhm tak?

kalau dia faham dia takkan declare seuska hati perkara sensistif ini yg beri implikais besar terhadap tuntutan insurance, saman menyaman.. tidak dia berani arahkan tumpuan mencri di lautan Hindi selama skrg tnpa carian di tempat 2lain....jauh sekali BERANI mengumumkan perkara spt 24 hb lepas..itu suatu yg janggal dan menipu dr sudut ilmu pembuktian krisis!! sbb itu hanya anggaran matematik.. kena pula tiada langsung cebisan bukti.. satelit difokus pd lautan hindi acerap imej sampah2 lautan. merugikan masa dan resources SAR.. dn Diego Garcia tk brani sentuh wpun ia berada dlm jajaran kiraan ??WHY??? WHY?? macai xmau jwb?? muslihat?

kebarangkalian pesawat yg sebesar itu crashed di lautan plg tidak jaket keselamatan takkan sama sekali tenggelam..akan timbul bersepah2.. (air france diektahui krn timbul ekor..sayap..part2 lain..cuma 2 thn masa diperlukan utk locate kedudukan main body di dasar laut) itu belum lg part2 body pesawat yg dicpta low density rigid body-akan timbul merata2..

apa yg berlaku pd Mh370 sgt jelas ia mengampiri kosnpirasi dn bukan kemalangan biasa.. so bila cmm tu Najib laki Rosmah KENALAH HOLISTIK.. yg rahsia ok xperlu umum..tp yg perlu diumumkan pula jgnlah samapi menipu dan membodohkan org ramai..


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 9:25 AM

dah ending no more komen...tapi...masuk jugak lagi...ketagihanlah tu...syabas dinturtle...blog hang memang ada ummppphhh...gwa tarak bohong punya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 10:36 AM

Sedara..saya quote apa yg sedara tulis "dikira berdasarkan trajektori laluan 6 buah jet boeing sebenar dari airlines lain...." kiraan dibuat hasil data ping antara 6 buah jet tu dgn satelit usang tersebut dan calibration satelit yg boleh dipertikai (seperti yg sedara kata)..ini utk menguji kedudukan 6 buah jet tu setelah beberapa lama ber'ping' dgn satelit usang tu...guess what, coincidently kedudukan 6 buah jet tadi berdasarkan kiraan inmarsat adalah tepat dibandingkan dgn kedudukan sebenar 6 buah jet tadi..so, method yg sama digunakan utk mengira kedudukan terakhir mh370...

Bagi mereka yg biasa dgn prosedur2 ujikaji makmal, kita akan ada satu set sample yg standard yg diketahui outcome atau nilainya (calibrator n controls)...standard itu tadi akan di 'run' bersama2 dgn unknown sample dgn satu 'assay' yg sama...outcome akhir semua unknown sample tadi akan dibandingkan dgn standard sample...setelah itu baru dibuat keputusan bg setiap unknown sample tadi..ini adalah analogi yg bole saya berikan...

Apa pun saya tidak menolak teori konspirasi..artikel dinturtle sebelum ini benar2 menarik utk kita fikirkan bersama iaitu "sekiranya mh370 benar2 terbang menghala ke lautan hindi western of perth, ianya pasti akan melalui ruang lingkup radar diego garcia yg merupakan military forward base bg US yg ada disitu segala mak nenek aset2 tentera US yg canggih manggih.......soalannya kenapa tak dgr pun cerita diego garcia detect mh370 dan tak ada sebuah jet pun dihantar dari diego garcia memintas ufo tersebut yg sudah pasti dianggap sbg satu ancaman bg pangkalannya?".........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 11:51 AM

betul jugak ya...sekiranya mh370 melalui maldives dan terus ke selatan lautan hindi...mana mungkin radar canggih diego garcia tidak mengesan mh370...mustahil mh370 terlepas begitu sahaja daripada radar canggih diego garcia yg beroperasi 24jam setiap hari...diego garcia pon buat badak jer...pasukan yg sibuk mencari mh370 tak berani pulak tanya kat diego garcia...woi korang ada nampak tak mh370...kalau nampak tolong bagi tau okay...sekiranya diego garcia enggan ambil peduli...ini menunjukkan something fishy is going on...homestay in diego garcia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 12:32 PM

Homestay in diego garcia...
Ini yg mencetuskan satu lagi kemungkinan yg terlintas dlm kepala saya...kita semua tahu yg hishamuddin telah/akan terbang ke US..bukan saya nak tuduh dia ni talibarut US plak ye, sebaliknya saya merasakan yg hisham sedang/akan deal dgn US utk setelkan kehilangan mh370..mungkin h2o dihantar utk cuba pujuk US utk serah kembali pesawat tersebut...setelah serah, olah la mcmana pun skripnya...pd saya h2o ni kira watak baik la..yg cuba menyelesaikan kemelut ni bg pihak m'sia...ibarat menarik rambut dari tepung...rambut tak putus, tepung tak berserak...apa2 pun...ini hanyalah ANDAIAN saya semata2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 8:15 PM

Hahaha tak klrkan komen ini pin tak pa..saya kurang faham sikit mgapa antibohong asyik tulis najib laki rosmah. Whats up with him with mdm rosmah. Naik geli hati pulak. HeheHahaha

Post a Comment