........... MH370 - Misi Pencarian Di Persimpangan Kritikal atau Dilema ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Misi Pencarian Di Persimpangan Kritikal atau Dilema ?

Saturday, April 19, 20142comments


Membaca kenyataan Hishammuddin yang misi pencarian MH370 sedang berada di Persimpangan Paling Kritikal hanya mengingatkan saya kepada tajuk lagu lama nyanyian Nora, Persimpangan Dilema. 

Memang saya skeptikal dengan Rumusan Najib yang penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Apa-apapun baca dulu apa kata Hisham -

“Ia adalah penting untuk kita memberi tumpuan kerana JACC dan pakar lain telah mengecilkan kawasan pencarian.

“Ia berdasarkan pemahaman saya bahawa usaha mencari berada di satu persimpangan yang kritikal dalam tempoh 48 jam akan datang.

"Apa saja yang berlaku dalam tempoh itu, kami kemudiannya akan berkumpul semula dan berbincang mengenai langkah seterusnya.

Saya tidak nampak sebarang perkembangan positif dalam misi pencarian setakat ini dan disebalik segala kejutan2 yang diumumkan sebelum ini, satu hakikat yang perlu kita terima adalah -

TIDAK ADA satu pun bukti penemuan baik dalam bentuk serpihan mahupun isyarat ping yang dapat kaitkan dengan pesawat MH370 dari kawasan tumpuan pencarian di selatan Lautan Hindi. 

Dengan katalain, tidak ada perkembangan apapun dari tarikh pengumuman Najib pada tanggal 24 Mac sehingga kini. Betulkan ayat itu kalau salah ....

Jadi ayat Kritikal dari Hisham itu bagi saya lebih kepada Dilema kerana pasukan mencari kemungkinan besar terpaksa mengumumkan kawasan pencarian di LUAR kawasan tumpuan. Ada saya komen semalam - KLiK.


Satu lagi yang mungkin Kritikal adalah kemungkinan kerajaan terpaksa juga mempertimbangkan akan kemungkinan pesawat MH370 tidak terhempas.


Saya tak kata ia disorok atau dihijack oleh sesiapa, cuma saya kata ia tidak terhempas. Macam Najib yang tidak kata ia terhempas tapi cuma penerbangannya saja yang berakhir ......


Menurut CNN, penyiasat mengatakan pesawat MH370 dilengkapi 4 Emergency Locator Transmitter atau ELT yang akan memberi isyarat lokasi pesawat sekiranya ia terhempas atau jatuh kedalam air dan isyarat akan dihantar kepada sebuah satelit kecemasan.

ELT itu berada di pintu hadapan, pintu belakang, badan dan kokpit. Para penyiasat hairan kenapa keempat2 ELT itu tidak aktif, dan kalaupun diaktifkan, kenapa tidak diterima oleh satelit.

Pihak MAS enggan menjawap soalan berkaitan ELT atas alasan soalan itu melibatkan penyiasatan yang sedang berjalan.

Pelik juga kalau soalan asas sebegitu pun mahu dirahsiakan.

KLiK

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2014 at 7:55 PM

ding,

air France flight 447 yang terhempas di lautan atlantik pun dilengkapi ELT, tapi tak ada signal yang dikesan pun oleh satelit yang berkenaan, ada berbagai sebab kenapa ELT tidak berfungsi, tak ada yang pelik pun ....

;)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 20, 2014 at 10:36 AM

Hanya pencipta boeing777 jer yang tau segala fungsi pesawat terbabit. Oleh itu, jika nak sabotaj sekalipun, segala pengetahuan teknikal pasal MH370 mesti dikuasai terlebih dahulu. Secara kebetulan pesawat ini adalah buatan US. Rupa-rupanya ada sebab kenapa dulu Tun M tak berminat nak beli jet fighter dari US. Tun M lebih berminat membeli aset ketenteraan milik Rusia.

Post a Comment