........... MH370 - Isyarat Terakhir Pesawat Sama Dengan Tempat Ping DiKesan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Isyarat Terakhir Pesawat Sama Dengan Tempat Ping DiKesan !

Tuesday, April 8, 20147comments

 Agak mengejutkan juga bila baca tajuk artikel TMI ini - Isyarat ping, hubugan dengan satelit di tempat sama sebelum MH370 menjunam ke laut -

Kawasan di mana para penyiasat mengesan isyarat ping yang dipercayai daripada MH370 juga menjadi tempat di mana pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang itu memberikan isyarat yang tidak jelas, lapor The Daily Telegraph hari ini.


Laporan itu menyebut, hubungan terakhir dengan satelit (half-handshake) adalah saat di mana pesawat itu kehabisan minyak dan jatuh ke dalam lautan.

Teruja sebab kemungkinan untuk menemui bangkai pesawat MH370 atau mungkin kotak hitamnya saja semakin besar tapi waktu sama terkejut kerana selama ini saya tidak tahu pun isyarat terakhir dari pesawat itu dikesan di kawasan tersebut.

Maksud saya .... bukankah Inmarsat cuma membuat satu rumusan menggunakan kesan Doppler apakebendanya itu bla bla bla ..... tapi saya tidak terbaca pun kenyataan yang menyatakan ping terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi berdekatan Australia ( yakni tempat yang dicari sekarang ) !

Kalau dah tahu kedudukan ping terakhir, kenapa nak rujuk Mr Doppler ? Entahlah .... mereka lebih tahu. Kita baca/dengar dan terima jer apa yang disuapkan.

Semoga usaha mencari berhasil !

                                 ********************

Saya terjumpa satu site yang menarik - Live Ships Map, di mana dipetakan mana2 kapal yang sedang belayar dilautan dunia serta laluan mereka -


Seperti Google sattelite map, anda hanya perlu besarkan imej dan akan terpampang tanda2 menunjukkan kedudukan kapal real time ! Klik imej tertentu untuk ketahui nama kapal2 itu, contohnya -


PS - Menarik buat mereka yang tak sabar2 nak tahu perkembangan terakhir pencarian.... sekurang2nya anda boleh track kapal2 pencari.

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2014 at 11:46 AM

Aku tengok makin banyak aset kita ke Australia. Kapal mana pula yang standby untuk pertahanan negara? Jikalau tepat pada masanya, ketika inilah negara boleh di serang macam suasana Pearl Harbor. Sekali tembak semua kapal kat Perth tu hancur berderai.

....................
Reply To This Comment ...................
April 8, 2014 at 11:54 AM

@AnonymousPulaaaaak ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2014 at 12:02 PM

Waktu ni la kita nak uji kemampuan dan ketahanan aset laut kita. Banyak yang boleh dipelajari sebagai persediaan akan datang.

Sama juga macam radar. Kita patut pertingkatkan kawasan pengesanan radar kita sekurang-kurang mencakupi semua aset udara Singapura yang ditempatkan di negara sekitar Asia Tenggara dan sejauh Taiwan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2014 at 1:10 PM

Malaysia dah penat abang besar suruh australia jadi pemain gantian, bulan depan mungkin kena pas baton kat new zealand pulak..sepatotnya cari serpihan dulu yg kalau ada guna mata kasar pon boleh jumpa. .Ini hari 2 cerita nk cari kotak hitam je. .Yg hilang kapal terbang ke kotak hitam? Ataupon nk cari kambing hitam. . .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 2:38 AM

@Anonymousdah kalau ko pandai sgt apa kata ko pulak pi cari serpihan kat lautan hindi tu. aku heranr lah org mcm ko ni, semua tak kena. setahu aku dari mula mh370 hilang tak henti2 usaha yg dilakukan oleh pelbagai pihak dalam operasi SAR ni. dari laut china selatan sampai selat melaka pastu ke laut andaman. pastu koridor utara dan selatan dan yg terakhir di selatan lautan hindi. yg depa dok cari tu serpihan pesawat la tongong woi. melalui satelit dpt kesan objek tapi bila cari tak jumpa. bila serpihan tak jumpa depa beralih pulak mengesan kotak hitam melalui signal dari kotak hitam. apa yg tak kenanya lagi misi ni. pasni ada lak cacai komen kenapa nak cari dari awal, bila bateri kotak hitam dah nak habis baru cari? ntah lah aku pong tak reti ngan org2 yg berlagak pandai!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 2:51 AM

dt...mung pong dok pahang jugok ke pasal doppler ke?
"Kalau dah tahu kedudukan ping terakhir, kenapa nak rujuk Mr Doppler ? Entahlah .... mereka lebih tahu. Kita baca/dengar dan terima jer apa yang disuapkan."

ingatkan mung pahang pasal kes dopler dan ping ni. setahu aku inmarsat dapat berkomunikasi dgn mhh370 melalui ping (handshake) tapi data ni tak beri maklumat kedudukan mh370. pakar satelit buat analisis nak cari kedudukan mh370 melalui formula kesan doppler. pakar buat perbandingan dgn pesawat b777 yg pada masa sama ber handshake dgn inmarsat pada masa tu. so kesimpulan dari analisis tu pakar inmarsat dpt tahu mh370 melalui perjalanan ke selatan lautan hindi tu. jangang buat malu org trg DT. betapa byk artikel psl mh370 mung keluarkan tapi pasal menda ni mung dok tahu....

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2014 at 7:22 AM

@Anonymous"Laporan itu menyebut, hubungan terakhir dengan satelit (half-handshake) adalah saat di mana pesawat itu kehabisan minyak dan jatuh ke dalam lautan."

Cuba faham apa yang saya maksudkan..

Post a Comment