........... Memali - Untuk Apa Kertas Putih DiTarik Balik Kalau Tidak Disebut Langsung Siapa Yang Jadi PM Waktu itu ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Memali - Untuk Apa Kertas Putih DiTarik Balik Kalau Tidak Disebut Langsung Siapa Yang Jadi PM Waktu itu ?

Wednesday, April 9, 201411comments


Mkini melaporkan hari ini Mahfuz telah membuat usul supaya Kertas Putih Memali perlu ditarik balik kerana kononnya berlaku pembohongan ekoran pengakuan Musa Hitam yang Mahathir berada dalam negara waktu itu ( tidak sebagaimana yang didakwa sebelum ini )

"Bagi saya jawapan beliau (Musa) konsisten, iaitu dalam forum dan kemudian dibuat penegasan beberapa hari selepas itu dalam sidang media yang bertulis.

"Jadi bagi saya wajar parlimen membincang malah perlu menarik balik kertas putih ini, yang menunjukkan berlaku pembohongan. Dewan ini dibohongi oleh kertas putih Memali," kata Mahfuz kepada dewan.
- Mkini.


Usul itu ditolak oleh Speaker.

Sepintas lalu baca kepada mereka yang belum pernah baca apa yang terkandung dalam Kertas Putih Memali akan beranggapan seolah ada sesuatu yang mahu disembunyikan ..contohnya, kandungan Kertas Putih itu satu penipuan dan kerajaan tidak mahu ia didedahkan kepada umum. Kan ?

Setakat yang saya tahu melalui pembacaan, tidak ada disebut langsung di dalam Kertas Putih Memali akan siapa yang menjadi Perdana Menteri atau Pemangku Perdana Menteri ketika itu !

Malah Kertas Putih itu ditandatangani oleh Musa Hitam selaku Menteri Dalam Negeri bukannya sebagai Pemangku Perdana Menteri. 

Jadi apa kesannya 'pendedahan' Musa Hitam kepada apa yang tercatat dalam Kertas Putih itu ?


Mahfuz dan pemimpin2 pembangkang .....dan errr.... pemimpin2 kerajaan dah baca ke belum Kertas Putih Memali ? Atau dah baca tapi lamaaaaaaa dulu dan dah lupa ?



Kalau belum baca, anda boleh pergi ke - http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf

Sila lah baca kalau ada masa, dalam 10 minit jer. Bahasa mudah dan dalam bentuk penceritaan. Kenali siapa Ibrahim Libya dan urutan peristiwa sehingga tercetusnya Peristiwa Memali. Kemudian anda nilaikan sendiri - Perlukah ia ditarik balik hanya kerana persoalan apakah Perdana Menteri ada atau tidak ada di tanahair waktu itu ?

Di bawah saya prinskrinkan bahagian penutup Kertas Putih berkenaan.



Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 5:28 PM

Salam,

burppppp , erkkk, kenyang makan pulut kuning 3 tingkat masa launch. boleh la kalu nak tarik, tapi masa tu saya mp tak lagi. tak tau la pulak. musa hitam pi tanda tangan buat apa tah. patutnya pm la yang sign. dah tak sah untuk jadi kertas putih untuk paparan parlimen. ahli parlimen pas masa tu buat apa tah, tidur ker? apasal tak semak. pulut kuning 3 tingkat lagi satu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 6:12 PM

Terbaekkk din.. Terima kasih sbb sertakan link utk kertas putih...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 7:36 PM

SI DUNGU AND THE GANG BUAT APE MASA TU....TENGAH MAIN GULI KUT....TU SEBAB SRP PUN TAK PAS.
IBRAHIM LIBYA DAN PENGIKUTNYA ADALAH PENJENAYAH. KALAU PENJENAYAH SEPATUTNYA DIPERLAKUKAN DEMIKIAN. KALAU DIA MENYERAH AWAL2 LAGI...KAN TAK JADI MUSIBAT ITU.
LAGI SATU KALAU TAK KERANA AMANAT HJ HADI...TAK KAN TERJADI PERISTIWA MEMALI. SEKARANG NI AMANAT TU KIRA MACAMANA ? DULU YANG KAFIR UMNO....SEKARANG NI PAS KIRA MACAMANA ?
JIKA TIADA AMANAT HJ HADI TU...BOLIH TERJADI KE PERISTIWA MEMALI TU ?
DISEBALIK PERISTIWA MEMALI TU....ADA JUGA KEBAIKANYA KAN ? PARA PEMIMPIN PAS BOLIH TADAH TIN MELO. KONON UNTUK ANAK DAN BALU PERISTIWA MEMALI. BONCIT PERUT MEREKA KAN ? NAK TANYA PADA SI DUNGU BEAN.....MANA PERGI WANG BERJUTA TABUNG MEMALI ?
ORANG PANDAI UGAMA TAK TERASA BERSALAH KE MAKAN DUIT ANAK YATIM ?
KALAU ORANG JAHIL BUAT PERKARA MUNGKAR NI TAKPE JUGAK.
JAGA2LAH....JAWAPLAH SENDIRI DIPADANG MASYAR.
WAULAHUALLAM......

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2014 at 7:41 PM

@AnonymousAdakah PM yang mesti tandatangan Kertas Putih ? Saya tak tahu, cuba cari jawapan tapi tak jumpa.

Secara kasar, saya tidak nampak masalahnya Musa yang sign selaku Menteri Dalam Negeri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 11:51 PM

Benda ini jadi isu dan viral sebab para pemimpon umno tidur.... mungkin tengah diulit dgn wang dan projek kot?...
Padanlah kalau pembangkang tuduh mcm2 pun dah memang semua jenis bebal tak sudah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2014 at 3:55 AM

mahpus patut sarankan hj hadi menarik balik amanat puaka yg mengkafirkan sesama islam. itu yg sepatutnya bukan saranan utk tarik balik kertas putih peristiwa memali. kertas putih tu sekadar laporan mengenai kejadian peristiwa berdarah memali sedangkan amanat hadi merupakan amanat sesat lagi menyesatkan. tapi nak buat mcm mana mahpus tu sapa? MP yg kurang ilmu. so segala saranannya menampakkan kebodohannya semata2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2014 at 7:46 AM

Dah nama pon mahpuz bean, apa yg dia tahu? Dulu masa jaga stor MAS pon ramai org komplen, kotak dgn beg pon tak tahu beza! Inikan pula kes Memali! Satu lagi, dah terang lagi berspotlight kat situ tt pak musa itam, masa dia sain tu dia tak pikir kah?

Inilah natijahnya kalu pemimpin paling atas mengamalkan dasar pandang ke uk ato china!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 11, 2014 at 6:17 PM

pada pendapat saya.. tun m pergi ke china sehari selepas kes memali tue bermula dan beliau serahkan tanggunjawap sebagai pemangku pm kepada musa hitam...jadi musa hitamlah yang memimpin malaysia pada ketika itu.musa hitam juga adalah menteri dalam negeri yang bertanggunjawap terhadap pasukan polis

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2014 at 10:47 AM

Abg. Din.
Satu hakikat yang 'kertas putih' tidak laporkan ialah, sehari selepas insiden Memali, askar dari Kroh telah mengepong Balai Polis Baling. Nasib baik Musa Hitam datang dengan heli, mendarat disebelah Masjid, bersebelahan Balai untuk menenangkan keadaan. Saya tahu kerana keluarga saya tinggal disitu, ketika itu.
Cuba fikir mengapa Polis terburu-buru mahu menumpaskan Ibrahim Libya?
Mengapa Tentera tidak diberitahu, terlebih dahulu, bila mereka mahu menyerbu orang kampung?

....................
Reply To This Comment ...................
April 12, 2014 at 10:51 AM

@AnonymousSaya rasa susah nak faham baca tulisan BESAR. Kalau tajuk utama, poster ke apa, tak apa la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 12, 2014 at 11:43 PM

Ini kerja polis.takkan benda nK tentera setelkan.tentera p br perang mnjaga kedaulatn ngara.klu isu ni bg kat tentera apa peranan polis? lgpun kes ni d luar jangkaan polis.sbb tula polis pun trbunuh dlm insiden ni.

Post a Comment