........... Memali - Kemana Pergi Suara Pemimpin2 Umno Mempertahankan Tindakan Kerajaan ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Memali - Kemana Pergi Suara Pemimpin2 Umno Mempertahankan Tindakan Kerajaan ? ?

Tuesday, April 8, 201410comments

Lagi mengenai isu Memali. Ingatkan malas dah nak tulis pasal benda ni kecuali Tun Mahathir sendiri keluarkan kenyataan tapi bila baca artikel Mkini mengenai cara Menteri Shahidan Kassim menjawab soalan dari MP Pas, saya terpanggil nak luahkan sesuatu.

MP Pas Mohamed Hanipa bertanyakan soalan mengenai kebocoran maklumat kerajaan tapi merujuk sepenuhnya kepada kenyataan Musa Hitam berkaitan Peristiwa Memali baru2 ini, tentang samada PM ada atau tidak di tanahair sewaktu kejadian itu ...... dan Shahidan menjawab -

Mengulas lanjut, Shahidan (BN-Arau) dalam jawapannya hari ini berkata pihak yang membocor maklumat kerajaan rahsia besar atau rahsia bakal berdepan dengan tindakan undang-undang bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Saya percaya jika bekas timbalan perdana menteri atau menteri, mereka tahu risiko yang mereka hadapi, melanggar Akta Rahsia Rasmi, ada hukumannya.

"Tak kira siapa. Kita nak tengok apakah maklumat tersebut termasuk dalam kategori bawah Akta Rahsia Rasmi," katanya. -
Mkini.


Kemudian Shahidan bercakap mengenai hukum mengaibkan orang ! ? ?

Cuba tonton video di bawah -



KLiK untuk ke Youtube.

"Dari segi moral, tutup aib orang, Allah akan tutup aibnya di diakhirat. Saya ingat, kalau hebat macama mana sekalipun, sebagai orang Islam, elakkan dari dedah aib (orang) dan sebagainya bla bla bla .....

Saya nak bertanya ..... apa kaitannya soalan mengenai Peristiwa Memali itu dengan AIB ?

Serius ni ..... kenapa sejak dari mula isu ini dihangatkan kembali oleh Musa Hitam, TIDAK ADA seorang pun pemimpin Umno yang tampil mempertahankan tindakan pihak berkuasa dalam Peristiwa Memali ? 

Kerana persepsi yang cuba dimainkan oleh media pro PR adalah Peristiwa Memali itu satu KESALAHAN di pihak kerajaan/pihak berkuasa. Makanya ditekankan dan diulang2 tentang persoalan siapa yang bertanggungjawab.

Setahu saya, pihak berkuasa sudah pun bertindak mengikut SOP dan bertindak sewajar mungkin mengikut keadaan ketika itu. TIDAK ADA apa yang perlu dimalukan atau tidak seharusnya wujud sebarang perasaan bersalah dipihak kerajaan.

Seharusnya persoalan yang ditimbulkan balik adalah tentang SEBAB/PUNCA Peristiwa Memali itu ..... iaitu Amanat Haji Hadi. Itu yang disogokkan kepada rakyat selama ini tapi kenapa TIDAK ADA seorang pun pemimpin Umno yang tampil memperbetulkan persepsi negatif yang cuba dibuat oleh pembangkang ?

Kenapa Shahidan bercakap tentang isu Buka Aib ? Di mana aibnya ? Di mana Ketua Pemuda Umno BN yang seharusnya tampil menjelaskan keadaan ?

Ini bukan saja mengenai Peristiwa Memali tapi juga mengenai integriti kerajaan ! Jangan pula nanti rakyat punya anggapan yang kerajaan telah menipu selama ini ..... kalau dalam soal Peristiwa Memali kerajaan boleh tipu, mungkin ada lagi yang kerajaan tipu. Saya yakin itu yang akan dimainkan oleh pembangkang sebaik saja kerajaan akur dengan permainan mereka.

Bahaya permainan pembangkang ini kalau tidak betul cara kerajaan menanganinya. 

Apa ni Umno ? ? ?


Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2014 at 6:00 PM

Memang betul. Banyak yg ada jawatan banyak tidur. Senyap tak berbunyi. Tunggu nak pilihanraya atau perhimpunan agung baru semua nak berkokok. Yang konsisten zul nordin ...itu pun dia hanya mesra BN/UMNO. Bloggers kena sudahi blog mereka dgn soalan ...mana pi tabung memali

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2014 at 6:31 PM

salam,

eerrrrrr, TDM bukan lagi bos aku, ada aku kisah. selagi tak sentuh ah jib gor, aku tak akan hunus kerisku walaupun parti aku terancam sehingga tenggelam. tetapi kalu engkau kacau bos aku, aku akan hunuskan kerisku serta menjerit-jerit, sehingga bos aku perasan aku ini menyokong tindakannya. selagi bos aku tak perasan aku sokong, aku akan jerit sehingga anak tekak aku terkeluar, tahi pun keluar, aku tak kisah. aku akan terus mempertahankan bos aku selagi dia tak perasan. bila dia dah perasan, aku akan coooooooooooooooooool, macam ais kat antartika, mat said tahu macam mana sejuk kat sana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2014 at 6:58 PM

Dengan wujud nya network social media dan juga 'Freedom of Press'. sesuatu isu boleh di besarkan dengan sekelip mata. Jika pemimpin2 UMNO tersilap langkah mereka boleh dijadikan bahan ketawa atau kebencian oleh pihak pembangkang!

Tak hairan lah kalau semua pemimpin UMNO tutup mulut supaya mereka tidak jadi 'target or sasaran' oleh cybertroopers pembangkang untuk spin cerita atau statement mereka. Semua pemimpin UMNO sudah jadi TAKUT kepada orang media.

Zaman pemerintahan kerajaan sudah BERUBAH. Dahulu jawatan2 besar atau tertinggi di beri sebagai satu kurnia kepada mereka yang berpengaruh walau pun tidak ada kebolehan. Orang menghormati mereka ini. Sekarang sudah berlainan,rakyat berani soal pemimpin dan juga berani maki hamun mereka.

Kita boleh tengok dari incident baru baru ini,bila jadi tragedi untuk tutup AIB mereka yang punya lah sibuk mereka buat statement atau PC kerana nak tunjuk mereka berkerja setelah rakyat dapat tahu mereka ini 'sleeping on the job'. Kes culik di Sabah pun menunjuk someone is sleeping on the job. Hari bila Ahjibgor pergi Manila to witness signing ceremony dengan Bangsamoro, security forces kita patut ketat kawalan kerana sifat marah gorila MORO akan bertindak kerana tidak puas hati. Mana pi agensi2 intelligence kita.

Orang putih kata "An ounce of prevention is better than a pound of cure", kebanyakan menteri2 kita are sleeping on the job,bila jadi bencana punya lah sibuk TV duk cover mereka duk buat kerja. Rakyat sekarang bukan bodoh,52% sudah meluat kepada BN.

Mana pergi consultant2 media Ahjibgor yang patut manage PR dan news untuk BN/UMNO?



alfie

....................
Reply To This Comment ...................
zack
April 8, 2014 at 7:28 PM

Sy ada nmpak siaranlangsung dr parlimen tntg hal ni.mmg btul sahidan mnjawab seolah2 pihak kerajaan atau tun dr M brsalah n cuba mnipu rakyat bahwa pristiwa tu salah kerajaan n tunM.persoalannya pernahka tunM brcakap bohong mgatakn dia ke luar negara n tragedi itu bkn tggjawabnya.? Tun x pernah brbohong n media yg x mengebohkn sdngkn d mahkamah tun musa tlh mgatakn keberadaan tun.pristiwa ni dah clear n akhbar pro pmbgkang cuba ingin memutrbelitkn keadaan seolah2 tunM brsalah dlm hal ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2014 at 7:57 PM

Besa la bila Tun M xjd PM dh.. kuasa pun habis.. puak2 yg dlu nk mandi darah lah.. yg lantang membela Tun pun senyap la.. manusia mcm tu lah.. bila habis madu. disepak buang.. itu tandanya kekuasaan dn jawatn yg tak ikhlas.. nama shj ahli politik benama Islam tp sifat sama shj mcm Yahudi.. Musa hitam.. dia ni bkn minat nk dalami Islam tp nk cari publisiti dan sanjungan.. smcm org pencen yg tak dijulang..kecewa... dia pun mula lah tiru Mat Taib.. kot2 PAS boleh bg sekupang dua utk terus hidup.. boleh ditepuk tgn oleh macai2 PAS yg dgr ceramah..

tahap tu je lah akal mereka yg join PR.. PR tu sndiri sdng MEMBUSUK dgn tingkahlaku Anwar, Izzah anak beranak.. dgn politik ganas lg mencantas dlm PKR.. apa yg Musa Hitam cari dlm tong najis mcm tu??

Lbh baik jgn join parti mana2 then tegur cara ikhlas.lg CREDIBLE bak kata H20... hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2014 at 8:06 PM

Nampaknye din..mu jauh lg bijok dn cerdik dr sahidan kassim.
Tak tau la apa yg si sahidan dok pikir ms dia jawab soalan tu..
Dari awal lg patutnye setiap MP kerajaan dh faham dan perlu tunjukkan ketegasan dgn prinsip yg telah diambil.

Pembangkang mmg nk tunjukkan yg kerajaan selama ni menipu rakyat walaubagaimana telus pn kerajaan.
Din..nnt letakkan link rujukan kertas putih yg telah dibentangkan berkaitan isu memali ini sebagai asas kefahaman..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2014 at 8:39 PM

Kes memali ni dah ada kertas putih......

Biorkan la cacai pas meroyan ....

Lg pon pas nak rekrut bdak2 beringus supaya wala pada pas...

Sekali gomen keluorkan kertas putih tu nnt.... tersenyap seme...

....................
Reply To This Comment ...................
April 8, 2014 at 8:49 PM

@Anonymoussapalah yang nak baca kertas putih tu ....

....................
Reply To This Comment ...................
April 8, 2014 at 10:01 PM

bro din...
maka berjayalah strategi rba-dap-pas menimbulkan kebencian rakyat yang amat sangat kepada bn-umno.... ini pun puak umno tak nampak jugak ke.... tempoh 2018 amat panjang... masih banyak yang rba-dap-pas boleh buat untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada bn-umno..... setiap tahun pukul rata 10% sokongan kepada bn dan umno hilang... pru 14 siapa berkuasa... sudah pasti bukan umno lagi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2014 at 11:54 PM

bro din , tunggu jugak kalau ada bunyi dari ajib atau zaid ...... haarraaammmmm

Post a Comment