........... MB MatSaid Ke Yang Kena Tukar ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MB MatSaid Ke Yang Kena Tukar ?

Wednesday, April 23, 201410comments


Ahad baru ni Awang Selamat mencuit pembaca dengan spekulasi kemungkinan 2 MB akan ditukar oleh Najib. Artikel pendek jer, perenggan pertama saja dah cukup .... yang lain tu cuma nak panjangkan artikel jer supaya taklah nampak pelik sangat artikel sebaris ayat.

Yang lebih menarik adalah kenapa ramai yang bangkit mempertahankan MatSaid, MB Terengganu ?

Mereka ini pula bukannya orang Terengganu ataupun menetap diTerengganu, malah saya rasa mereka pun tak ada kaitan pun dengan mana2 orang Terengganu tapi kenapa mereka bersungguh2 mempertahankan MatSaid, ek ?

Ada yang tulis tu siap bagi warning tersirat lagi pada Najib supaya jangan diusik MatSaid ! Peeeeergh ..... adakah mereka ini pakar tentang politik Terengganu ? 

Pelik ..... 

Nama MatSaid tak disebut pun, malah tidak ada satupun nama disebut oleh Utusan tapi kenapa orang MatSaid melompat ?

Ada 2-3 kawan yang emel minta saya komen. Jangan tak komen langsung, jadi sekadar sedikit coretan jerlah sebab saya ngaku tak berapa nak ambil pot politik Terengganu ni. Setakat layan sok sek orang jer. Sebab politik Terengganu ni lain sikit. Isu2 nasional tak berapa besar impaknya kepada politik Terengganu, hanya orang Terengganu jer yang benar2 faham politik negerinya sendiri .......dan orang MatSaid yang berada diluar Terengganu.

Saya lihat spekulasi pertukaran 2 MB dan KALAU melibatkan Matsaid pun, ia adalah lebih kepada politik dalaman Umno. 

Saya sebagai rakyat Terengganu berpendirian - TAK KISAH PUNG ! 

Tak terasa pun kesannya Mat Said jadi MB atau siapapun jadi MB. Serius cakap ni ... Sebagai rakyat BIASA Terengganu, tidak ada bezanya MatSaid ke siapa ke yang jadi MB.... kecuali mereka yang berkepentingan.


Kalau MatSaid ditukar ...... ada aku kisah. Tak sedih sikit ....
Kalau MatSaid kekal ..... pun aku tak kisah !

Hahahahaha .....

OK, ok yang ni serius sikit. Menggunakan sedikit logik kepimpinan, adakah seorang itu seorang Ketua yang bagus sekiranya masih tidak dapat menyatukan orang2 dibawahnya setelah diberi peluang ?

Kenapa masih terdengar desas desus masih wujud 2 kem ? Kenapa masih tidak sepakat lagi ? Something is wrong ....

Soal pembangunan Terengganu ? SIAPAPUN yang jadi MB bila dapat bajet BILLION2, pasti ada pembangunan, kan ?

Kalau Matsaid dengan projek Kompleks Bebas Cukai dalam hutan Tasik Kenyirnya, mungkin kalau ada MB baru, dia akan buat  benda lain yang lebih pelik lagi.

So.... apa bezanya siapa yang jadi MB Terengganu ? 

Mungkin orang2 MatSaid diluar Terengganu lebih tahu kot ...

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 11:01 PM

Berani ke najib nak usik mat said..dgn kelebihan satu kerusi dlm dun.cukup mat said n 3 org adun lagi lompat parti..habis terlungkup terengganu tu..kalu nak rampas balik tunggu lg 3 pru la..mat said patut gunakan peluang ni unt ugut najib..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 11:05 PM

Yg byk dpt projek kusah dan peduli. Org yg tak ada apa, tarak kisah pun. Begitu juga bn dan pakatan. Sapa perintah, aku macam tu juga. Yg sakit adalah yg berkepentingan. Ya bangsa melayu sakit krn bangsa kita ada kepentingan. Pakatan tak kisah ke bangsa melayu. Yg penting satu bangsa tu jee dlm pakatan

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2014 at 11:55 PM

Yes setuju jika mat said and the gang quit umno...biar pas majoriti dan ambil alih t'ganu. Tetapi 'kena faham' jika mat said and the gang lakukan, mereka kena pastikan mereka benar2 bersih dari jadi bahan untuk diseret ke mahkamah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2014 at 8:20 AM

Saya orang Kedah, tak berapa kenal Mat said secara dekat... hanya membaca berita dan kisahnya dalam akhbar dan blog. Bila DT sebut pasal orang luar yang menyokong Mat said... terasa lah pulakk.
Sebenarnya saya setuju dgn DT... siapapun yang jadi MB akan membawakan kemakmuran kpd terengganu yang kaya raya tu.. tapi kena diingat bahawa jika Terengganu mendapat MB pelahap , harta yang banyak tersebut terpaksa dikongsi dgn poket MB atau EXCO...

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2014 at 9:28 AM

seperti yang saya tulis, benda ni kalau berlaku pun adalah atas pertimbangan politik dalaman Umno BUKAN kerana rakyat. Jadi kriteria2 yang diambilkira pastinya LAIN dari cara rakyat biasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2014 at 9:30 AM

saya suka ketegasan mat said.

now pemimpin melayu yg baik kurang sgt semuanya x guna kita kene make do dgn ape yg boleh pegang

asal kuat melayu n x liberal cukup la.

tp mat said biar org Terengganu judge


melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2014 at 10:37 AM

Din, ni ke pemimpin yang bukak pintu van roti tu ? I like this guy :)

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2014 at 11:39 AM

@Anonymousya ....cute too :)

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
April 24, 2014 at 2:40 PM

bro din...

tak kisah la kalau bro din tak kisah..

tapi bagaimana jika dapat pengganti yang lebih teruk? from bad to worse? bukan ke lagi haru? tapi jika sebaliknya..molek jugak lah..

apa2 pun..aku bukan org ganu. so, dontortoise tak kisaaaaaah..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2014 at 4:12 PM

hangpa ingat senang-senang ka nak tukar mat said...dia senantiasa ada bukti woo...jangan main-main dgn mat said...sekali dia kemuka bukti terkedu ko...siap kena angkat sumpah lagi...keh keh keh keh keh

Post a Comment