........... Kerajaan Tidak Tolak Hudud Cuma Tidak Laksana Jer .... PR Tolak 100%. Mana Bunyi Lebih Sedap ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kerajaan Tidak Tolak Hudud Cuma Tidak Laksana Jer .... PR Tolak 100%. Mana Bunyi Lebih Sedap ?

Friday, April 25, 201414comments

Siapa agaknya yang tulis skrip Kerajaan Tidak Tolak Hudud oleh Najib tadi ...... memang kena tabik ! Jawapan paling selamat .... nak kata kerajaan setuju - tidak. Nak kata kerajaan tolak - Pun tidak. Dan point2 yang disebut pun memang cantik. ( sebab tu saya kata bukan Najib yang tulis )

"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai."

"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," 

Ya, yang paling utama disini adalah KEADILAN. 

"Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini," - astroawani.


Betul, saya setuju. Bukan saja orang kafir perlu diberi kefahaman, orang Islam sendiri ramai yang menolak kerana ..... sebab2 tertentu.

Cuma satu perkara jer saya nak sebut ......  nampak saya gariskan perkataan PERLU di atas ? Alasan2 itu seingat sayalah, dari dulu lagi disebut. Masyarakat PERLU diberi kefahaman, para ulama PERLU kaji, banyak perkara lain lagi yang PERLU disediakan, dari dulu lagi semuanya PERLU, PERLU. 

Apakah kerajaan pernah bertindak ke atas PERLU itu secara khusus ?

Atau selamanya PERLU itu akan dijadikan alasan setiapkali isu Hudud dibangkitkan ?

TAPI jawapan di atas jauh lebih baik dari pendirian Pakatan Rakyat yang terang2 menolak Hudud. Tak timbul langsung sebarang PERLU. Dari awal hingga bila-bila pun, PR tolak. Cuba Pas terangkan bagaimana mahu laksanakan Hudud sekiranya PR ditakdirkan jadi kerajaan ?

Pas tak payah cakaplah..... dari dulu lagi duk bising pasal Hudud tapi habuk pun takde. Hadi yang begitu berapi2 berucap tentang Hudud hingga keluar Amanat Hadi pun, bila sudah ada pengaruh sedikit boleh pulak berkata Hudud hanya 0.0001% dari Islam.

Amanat Hadi dulupun orang kampung banyak yang kaitkan dengan undang2 Islam dan yang berkaitan dengan Hudud. Tidak pula waktu itu Hadi jelaskan yang Hudud itu cuma 0.0001% jer...

Saya percaya isu Hudud ini akan senyap tidak berapa lama lagi ... sehingga dimainkan semula bila timbul keperluan politik. Itulah Hudud yang sebenarnya kepada parti2 politik kita iaitu satu alat politik.

Bagi saya, tak perlulah ditimbulkan lagi isu Hudud ini. Jika serius dan ikhlas mahu melaksanakannya, bekerjasamalah antara Pas dan Umno serta libatkan para ulama yang ada. 

Tubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji Hudud. Tak perlu cabar mencabar atau dimainkan diatas pentas politik. Hasilkan SATU deraf yang dipersetujui semua, dan waktu sama berusaha juga ke arah PERLU-PERLU di atas.

Buat secara perlahan2 tapi konsisten bukan macam sekarang, macam main sergah2 gitu ... Nampak sangat langsung tidak ada usaha baik dipihak Pas maupun Umno yang kononnya mahu mendidik masyarakat supaya menerima Hudud. TIDAK ADA.

Cara Hudud dimainkan sekarang lebih banyak membawa kesan negatif bukan saja kepada isu Hudud tapi juga kepada Islam itu sendiri.

Maaf jika ada tersalah cakap sebab isu agama ni sensitif sikit. Cuma sakit hati jer bila melihat keadaan sekarang di mana isu Hudud ini dijadikan isu politik semata2. Orang lebih minat kepada KOMEN2 tentang Hudud dari Hudud itu sendiri. Kerana komen2 itu akan diperhalusi untuk dicari salah supaya dapat dipolitikkan ...... ( macam yang saya buat di atas ! )

Jadi para pemimpin amat berhati2 nak beri komen .... Hudud itu sendiri tidak siapa yang peduli.

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2014 at 2:43 AM

apa yg penting bukan hudud sebenarnya tetapi iman seorang muslim. takde maknanya kalau PAS laksana hudud tetapi pemimpin PAS sendiri tidak takut pada ALLAH apa maknanya??? nak tegakkan islam di Malaysia bukan semata2 dgn hukuman hudud. Pemimpin islam patut tegakkan islam berasaskan Iman dan Taqwa kepada ALLAH azzawajalla. berbaik sangka terhadap ALLAH. Ulama PAS sendiri mengatakan ALLAH mencarut serta mat2 dikampung sama saja dgn Nabi S.A.W, adakah manusia ini yg akan menegakkan islam di Malaysia???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2014 at 7:23 AM

Jika soal GST, kerajaan sanggup melantik penceramah khusus di setiap negeri semata-mata untuk memberi penerangan. Tak cukup ngan penceramah, sebaran info tentang gst disiarkan dalam semua media termasuk media alternatif. Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memberi penjelasan pasal gst. Atas dasar PERLU yang saudara Din bangkitkan tu, kenapa kerajaan tidak menggerakkan usaha untuk memberi penerangan kepada parti-parti komponen pasal hudud. Sehinggakan mereka membuat pemahaman sendiri yang tersasar daripada maklumat yang betul-betul tepat. Oleh itu, saya berkeyakinan bahawa BN atau UMNO tidak berhasrat untuk melaksanakan hudud. Alasan PERLU itu dijadikan sebab supaya kelihatan lebih berlapik. Takut dikatakan menolak hukum Islam. Tapi pada masa yang sama persahabatan sesama parti-parti komponen itu lebih diutamakan. Saya yakin dan percaya, baik PAS atau UMNO, kedua-duanya tidak berhasrat untuk melaksanakan hudud dalam masa terdekat atas sebab-sebab tertentu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2014 at 7:35 AM

PAS- Puak Akidah Songsang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2014 at 7:42 AM

Tak laksana hudud maknanya tolak hudud sebab orang Islam(keluar Islam). Menentang pelaksanaan hudud tak apa sebab dia kafir (sahabat baik).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2014 at 8:31 AM

x suka najib tp kebetulan ape dia tulis betul. hudud versi pas tidak betul tidak menjamin keadilan dan bukan cara nabi implement hudud.

ade baca ucapan najib berkenaan sekolah pondok hari ni? mcm lah dia pejuang meelayu sejati dan bukan liberal. sebaliknya menunding jari kata org lain liberal. belah sini ckp lain belah sana dgn puak sana ckp lain. ring any bells anyone? mcm anwar pn ade

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
April 25, 2014 at 8:43 AM

mungkin kerajaan ambilkira kata2 haj hadi bahawa hudud hanya 0.001% dalam Islam..sebab tu setuju tidak...tolak pun tidak..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2014 at 12:08 PM

kalau la pas perjuang permuafakatan dgn umno mcm dia perjuang hudud.

sedangkan dlm islam dlm konteks Malaysia sekarang ni apakah yg lebih kritikal.

bermuafakat dulu, kuatkan bangsa dan agama barulah perjuang hudud.


org kita perlu focus pada priority dan perlu strategic bukan hanya ikut perasaan dan hati.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2014 at 1:28 PM

Maksud najib tu ialah niat tu ada.....buat jer blom lagi.....kita tak tentang pun.....kita cuma nak perbaiki mana yang kurang, mana yang tak betul.....senang citer kita akan buat tapi bukan pada masa sekarang....suatu masa akan datang.....10 tahun, 20 tahun atau 50 tahun akan datang....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2014 at 2:36 PM

semuanya pulang maklum ke atas DYMM-SPB-YDPA~~~UMNO/BN tak dapat nak laksanakan hudud akibat "kekangan dan kesulitan pelbagai"...namun usaha ke arah melaksanakannya tidak ada kenampakan pon~~~PAS/PR sekadar buat heboh dan bising fasal hudud...di dalam PR sendiri pon bertelagah...namun hanya setakat hudud ala PAS zaman TGNA...hangat-hangat tahi ayam...sonyap sampai sekarang....hanya riuh rendah bermusim...sekadar menyalahkan UMNO yg dituduh menolak hudud...inilah persepsi yg ditanamkan PAS kepada ahli-ahlinya~~~samada BN atau PR yg berkuasa/memerintah~~~senarionya sama sahaja~~~HUD HUD HUD

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2014 at 2:52 PM

Sampai bila pas nak mendendangkan isu hukum hudud,peluang nak menegakan hukum hudud sudah terbuka luas,teruskan saja cita2 pas,sebelum umno menegakan hukum hudud baik pas yg menegakan hukum hudud,nanti pas kata hudud amno tidah islam pulak,banyak sogeh la pas ne.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 25, 2014 at 3:25 PM

1) Hudud PAS tu memang tak adil. Kalau nak buat hanya "hukuman" untuk orang Islam, mahkamah syariah dah ada.

2) Kalau betul PAS nak laksana, elok dilaksanakan "undang-undang Islam" secara menyeluruh. Maksudnya hanya ada 1 mahkamah untuk semua rakyat, islam dan bukan islam. Maka ini baru dikatakan adil dan saksama.

3) Jadinya, jika kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib nak kata macam ucapan tu rasanya tepat sekali. Sebabnya bila nak laksana kenalah adil dan saksama. Jangan nanti ada hukuman berbeza untuk orang islam dan bukan islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2014 at 4:17 PM

Kes2 d mahkamah syariah pun ada yg dah 15tahun blum selesai nak tambah lg.....nnt jadi bahan ketawa org luar.....malu.

....................
Reply To This Comment ...................
April 26, 2014 at 4:28 PM

Kerajaan berhabis duit berjuta ringgit nak bagi kefahaman kpd rakyat tentang GST...kalau betul kerajaan bersungguh-sungguh nak laksana hudud, kenapa tak berusaha nak fahamkan rakyat tentang hudud ??? Kalau sekarang kerajaan kata belum bersedia bagaimana lagi 20 tahun??? Adakah dengan jwpn yg sama???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 26, 2014 at 10:13 PM

Kenapa nak minta kerajaan buat road show? Yang pas dok bhuat apa? Bukan main nak hudud sampai sqnggup kafirkan saudara seislam, bila tang nak implement salahkan kerajaan pulak tak bagi penerangan.. pas buat apa?? Sembang kata dap pun dah diberi kefahaman, mana?... jawablah diakhirat... asyik fitnah, bohong dsb dlm ceramah, khutbah... kenapa x bqgi penerangan hudud?? Takut dap terasa ke? Jawab lah jejaka perasan..

Post a Comment