........... Karpal Singh, Matinya Seorang Pejuang .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Karpal Singh, Matinya Seorang Pejuang ....

Thursday, April 17, 201419comments


Dalam kemalangan pukul 1.10 pagi tadi, Karpal, 74, maut, apabila kenderaan serba guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang dinaikinya bersama empat orang lain melanggar sebuah lori lima tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak.

Mati dah Karpal ya ..... 

Saya percaya ramai yang sebaik saja dengar berita kematian Karpal akan teringat ayat Langkah Mayat dari Karpal. Dan ramailah yang akan komen bersandarkan kenyataan famous Karpal itu.

Soalan pertama yang saya tanya rakan2 group adalah - Apakah Karpal dianggap sebagai musuh Islam ? KENAPA ?

Bagi saya  IYA, kerana penentangannya yang begitu keras dan lantang terhadap Hudud. Apa saja yang ada nama Islam akan ditolaknya.

Apakah penentangan itu kerana Karpal benci kepada Islam atau kerana perjuangan sekular/demokrasi yang begitu kuat dipegangnya sehingga dibawa mati ?

Terpulang pada pandangan anda menilainya ......

Yang menarik perhatian saya kepada komen2 kematian Karpal antaranya, Matinya Penentang Hudud dan yang seumpamanya .... KONON dengan kematian Karpal maka jalan untuk Hudud sudah terbuka luas ... KONONNYA.

Ayat makan diri tuh ! Seriusli, apakah anda percaya selama ini Hudud tidak terlaksana kerana faktor Karpal ? Jadi dengan kematian Karpal ni, apakah sudah tidak ada alasan lagi bagi Hudud untuk tidak dilaksanakan ?

Seingat saya lah ....... Hudud di Kelantan tidak jadi kerana Nik Aziz dan seluruh kepimpinan Pas TAKUT kepada sekeping surat dari Mahathir. Perkara ini turut ditekankan oleh Nik Aziz dalam ucapan takziahnya kepada Karpal -

Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan Karpal Singh. Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali.- Astroawani.

Dan sejak dari itu selama 20 tahun, keseluruhan Pas jadi ketar lutut bila disebut Surat Mahathir ! 

Umno pun sama ..... yang terbaru, apakah keengganan DUN Terengganu membincangkan usul Hudud disebabkan oleh Karpal ? Nah, Karpal dah mati, jadi lepas ni bolehlah diluluskan usul Hudud ! ?

Oklah pasal Hudud, yang lain tu anda boleh fikirkan sendiri ..... Balik pada Karpal semula.

Pernah saya puji Karpal sebelum ini sebagai seorang pemimpin yang tegas dalam pendirian. Ya, dan saya respek Karpal kerana ketegasannya itu. Ketegasannya juga sering memerangkap agenda politik pembangkang sendiri. Saya anggap Karpal sebagai seorang PEJUANG kepada apa yang dipercayainya, bukan setakat seorang ahli politik semata2 seperti majoriti pemimpin2 yang lain, tak kira dari parti mana pun.

Ada dia kisah orang nak kutuk dia pun kerana pendiriannya yang tegas ? Samada perjuangan/pendiriannya itu benar atau tidak, itu isu lain.

Tun Mahathir mengulas -

"Sebahagian daripada kritikannya mungkin tidak betul tetapi ada juga yang mempunyai asas. Kita memerlukan pembangkang yang bercakap munasabah," - astroawani.

Kita terasa akan kehilangan Karpal, seperti beliau ada meninggalkan satu ruang kosong dalam dunia politik negara. 

Hmmmm .... apakah perkara yang sama boleh kita katakan jika berlaku kepada Anwar ? atau Lim Kit Siang ? atau Tun Mahathir ? atau Najib ? atau Nik Aziz ?

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2014 at 5:56 PM

Pengakhir hidupnya. Lantang la mcm mana pon. Mati juga. Kun faya kun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2014 at 6:19 PM

yang jadi masalahnye hudud ini untuk kegunaan politik pas je....bayangkan selama 20 tahun perintah kelantan draf hudud habuk puntakde....dengar brunei dah laksana hudud dan dan pergi brunei nak tanya pasal hudud....betul2 meloyakan pas ni hang buat apa selama 20 tahun?selamanya pas memperbodohkan melayu bodoh mengenai hukum hudud....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2014 at 6:29 PM

SYUKUR ALHAMDULILLAH! Semoga ALLAH SWT kita terus MENGHANCURkan musuh-musuh Islam, di Tanah Melayu ISLAM kita ini, pusaka nenek moyang kita dr. sebelum dijajah si KAPIR LAKNAT Barat-ZIONIS dan mana-mana puak pendatang KAPIR yg. dibawa si PENJAJAH buas tu!

Lihat artikel BERNAS di http://celahgelegar.blogspot.com/2014/04/samakah-dengan-karpal-berita-kematian.html:

[SAMAKAH DENGAN KARPAL] BERITA KEMATIAN ABU JAHAL, Nabi Kata Laa ilaha illaLLah, Allahu Akhbar, Alhamdulillah

April 17, 2014

'Ibrah dari Sirah:

Berita Abu Jahal terbunuh tersebar

Berita terbunuhnya Abu Jahal dengan cepat disampaikan kepada pasukan Islam. Mendengar berita tersebut, semangat juang mereka semakin membara. Manakala, bagi pihak Musyrikin, berita tersebut menghancur-luluhkan semangat mereka.

Rasulullah saw mendengar berita kematian Abu Jahal daripada Abdullah bin Mas’ud ra, baginda bersabda,

”Wallahi, Laa ilaha illaLLah , Laa ilaha illaLLah, Laa ilaha illaLLah, Allahu Akbar, AlhamduliLLah, Dia yang memenuhi janjiNya dengan menolong hambaNya dan mengalahkan musuhNya.”.....

Tapi bukan main lagi si Kairi-budak-mentah-bercita-nak-jadi-PM yg. memang asyik diPUJA EvangeliSStar (ejen si DAPBANGKAI/PKRPELIWAT serta penaja mereka dr. Barat-ZIONIS), sergah Timbalan Pres. PERKASA, Datuk Zulkifli Nordin “to shut up” psl. kapal ni - umat Islam/Melayu yg. asyik diHINA dan diBUNUH, termasuk MAJORITI mangsa dlm. kemalangan jlnraya oleh lori/bas/kereta4WD BUAS, tak pula si mamat-mentah-amat-benci-PERKASA ni nak bela!

Nampaknya, makin ramai si liberal/GAY-PENJILAT-KAPIRDAJAL nak hancurkan UMNO/PAS dr. dalam!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2014 at 6:44 PM

Aku salute ngan Karpal Singh kerana pendirian beliau pasal negara islam adalah konsisten dan tidak pernah berubah. PAS sepatutnya malu ngan Karpal kerana sering berubah-ubah pendirian. Hari ini kata yes, esok pulak kata no. Depan pemimpin DAP, agree to disagree. Depan pengikut sendiri lain pulak pendiriannya. Sesama pemimpin PAS pun tak sama pendirian.

Bagus lagi Karpal sebab kita belum pernah lagi mendengar beliau menukar pendirian. Teguhnya pendirian Karpal sehingga pemimpin PAS tak berani sebut pasal negara islam depan beliau. Yang didengari hanyalah negara berkebajikan semata-mata. Takziah buat keluarga mendiang Karpal Singh.

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2014 at 7:05 PM

Setuju dengan Anon ni. Pemimpin Islam dari PAS atau UMNO sekarang ni takde yang berkaliber untuk membela Islam hatta bangsa Melayu dengan ikhlas. Pejuang Islam yang tulin tidak pernah tewas dalam mana2 perang jika ingatan dan pegangan pada Allah itu kuat. Yang Ada sekarang adalah puak2 yang berangan nak jadi YB dan Ustaz2 yang hanya pandai beri ceramah tapi habuk pun tarak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2014 at 7:21 PM

Wamakaru wamakar Allah waAllahukhairulmaakirin.
Bila kebenaran timbul maka padamlah kebatilan.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
April 17, 2014 at 7:37 PM

Lagi sekali...BERHATI2LAH DI JALAN RAYA. PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.

mungkinkah dengan terkorbannya seorang tokoh politik veteran dari pembangkang dlm kemalangan maut akan membuka mata dan fikiran mereka untuk mencari jalan dlm usaha mengurangkan kemalangan jln raya? Atau masih terus2an membangkang sebarang usaha kerajaan untuk menghukum pemandu2 cuai..speeding..melanggar undang2 dsb?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2014 at 7:58 PM

karpal seorang pejuang????..berjuang untuk apa?, menaikkan nama Negara, berbakti kepada Negara,..itu semua tak betul,,dia manusia yang tak da integrity, berapa kali dia tangguh kes noar sampai rakyat ternanti nanti, kenapa membela anwar sedangkan dia tahu air noar ada dalam bontot, dia sendiri setuju anwar meliwat,...kenapa nak disanjung manusia bemuka muka ni, sebab duit? sebab termakan budi? sebab org lain tak mahu sibuk sibuk macam dia, tak ada apa hebat si Bengali ni, lawyer lain pun hebat berdasarkan factual evidence bila membela bukar putar belit...fikir..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2014 at 8:29 PM

Kah kah kah kah kah.. ada la sekor penganut PAS yang sangggup menangisi pemergian mendiang Karpal Poosing, siap sanggup menangis ditepi keranda Karpal Poosing lagi...

Tak percaya??? Tengok la blog penganut PAS tu disini (kalau dapat print screen dulu sebelum penganut kahak hijau tu padamkan entri dia.....

http://penyokongpas.wordpress.com/2014/04/17/r-i-p-karpal-1940-2014/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2014 at 8:44 PM

Kelaka nik ajis ni..dia lebih takutkan surat mahathir dr seksa Allah!!
Tun Mahathir tak pernah pn halang pas nk laksana hudud, yg Tun Mahathir tegur adalah perkara yg perlu disemak supaya perlaksanaannya dapat dilakukan dgn adil. Sebagai PM, adalah menjadi tggjwb beliau utk memastikan perkara tersebut berjalan mengikut undang2 dn memenuhi kehendak islam.
Tp lps mahathir hantar surat tersebut, pas tidak pernah menyemak kembali draf hudud mereka sebaliknya memfitnah Tun pula sengaja menghalang perlaksanaan hudud dn menjadikan surat tersebut sbg "bukti" yg tun M menentang islam. Nik ajis pula terus mengkafirkan org2 umno kerana mereka berketuakan tun M...
Bertaubatlah nik ajis..minta maaf dgn tun dn seluruh umat islam di malaysia sblm ajal dtg menjemput...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2014 at 8:58 PM

harimau mati meninggalkan belang
karpal mati meninggalkan hutang

....................
Reply To This Comment ...................
April 17, 2014 at 9:04 PM

@Anonymouspejuang itu satu kata yg umum. Tambahlah selepas perkataan itu samada bangsa, agama dll.

untuk menjadi pejuang kpd apa yg dipertahankan, seorang itu kena tegas dan tetap degan pendiriannya, tidak goyah walau apapun dan tidak tunduk pada tekanan atau bodek. Atau undi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2014 at 9:06 PM

@Anonymous
Yang tak dipersetujui adalah Hudud ala PAS. Hudud yg sebenar kita akan sentiasa sokong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2014 at 10:03 PM

Sebenarnya ramai yg x faham islam. Tu yg sentiasa extreme. Baik extreme ke kanan mahupun kiri. Ya islam larang kita menghina org yg sudah mati walaupun dia kafir. Tp bukan bermakna kita kena puji puja si mati. Tak perlu. Ni yg fahaman RIP pun xtau mai dari mana...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 17, 2014 at 11:49 PM

suatu ketika dahulu...condemn anuarg berahi habis-habisan...anuarg berahi harus bertaubatlah...anuarg berahi perosak bumi malaysialah...tup tup secara tiba-tiba bikin poosingan somersault...jadi loyar beruk anuarg berahi lah pulak...tangguh sana tangguh sini tangguh sinun...inikah yg dikatakan loyar beruk ada prinsip tegas dan tetap dgn pendirian...itu loyar beruk memang species kapla swinging juga...hahaha....ada prinsip tegas dan tetap dgn pendirian konon...hahaha...over your dead body

....................
Reply To This Comment ...................
April 18, 2014 at 12:32 AM

@Anonymouserrr... hak untuk mndapat pembelaan ? :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2014 at 1:03 AM

yes... menggunakan hak utk menawarkan pembelaan kepada klien yg "barhork"...dgn mengenepikan prinsip...dok habarg entry is happening SSS...tapi...dok defend si "barhork" jugak...who is swinging here...dead body ain't talking no more

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2014 at 3:11 AM

Betul, dia yang pertama menuduh Anwar melakukan liwat, last-last dia yang dok jadi peguam bela Anwar. Malaysia jadi lintang pukang dek mainan politik kotor puak-puak ni. Yang Bumiputra menyalahguna kuasa untuk mendapat keuntungan dunia dan yang bukan bumiputra nak mungkir perlembagaan yg dipersetujui dahulu demi mendapat warganegara. Semua berpakat untuk memutar belit seluruh rakyat malaysia demi kepentingan masing-masing. Ingatlah setiap yang hidup akan mati juga, tak ada apa yang boleh dibawa kekubur. Hanya yang berjasa akan dikenang walaupun dah tiada.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 19, 2014 at 9:03 PM

Entah kenapa hari-hariku selepas ni akan bertambah ceria :)

Aku rasa Anwar pun mesti gembira maklumlah orang yang banyak simpan "rahsia" beliau pun dah mati.

Hudud PAS tak adil. Kena ikut Brunei baru adil sebab SEMUA rakyat tertakluk pada undang-undang hudud bukan hudud PAS yang hanya menghukum umat Islam sahaja. Dr M suruh semak hudud PAS tapi sampai sekarang pun penakut nak buat sebab PAS tahu yang hudud mereka tidak adil.

Post a Comment