........... "(Jika) berpendapatan rendah, buat sendiri kek," - Lagi Ayat Bodoh Sombong Pemimpin BN | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

"(Jika) berpendapatan rendah, buat sendiri kek," - Lagi Ayat Bodoh Sombong Pemimpin BN

Wednesday, April 9, 201427comments

Ini satu lagi kenyataan one-liner bodoh sombong dari wakil rakyat BN -

"(Jika) berpendapatan rendah, buat sendiri kek," 

demikian sanggahan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul  Abidin terhadap Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin semasa sesi perbahasan Dewan Rakyat, semalam.

Hanipa (gambar) membangkitkan kesulitan yang dihadapi rakyat berpendapatan rendah apabila terpaksa membayar mahal untuk membeli kek apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan dalam perbahasan mengenai cukai itu di Dewan Rakyat. - Harakah.

Kali ini saya bersetuju dengan kritikan yang dilemparkan oleh wakil2 rakyat PR terhadap Zahidi.

Samalah macam komen kalau tak mampu bayar tol, guna jalan biasa .... cuba fikir kenapa rakyat bising dengan komen sebegitu ? Kalau setakat nak keluarkan kenyataan sebegitu, tak payahlah jadi wakil rakyat. Itu komen budak tadika !

Samalah dengan komen di atas yang lebihkurang sama maksudnya dengan Kalau tak mampu beli kek di kedai, buatlah sendiri !

Memanglah ayat itu logik tapi ia sebagai jawapan kepada kemungkinan harga kek akan naik akibat pelaksanaan GST.

Tidakkah kenyataan sebegitu membawa maksud yang GST memang akan menaikkan harga barang ? Itu yang ditakuti rakyat, dan persepsi itu yang dimainkan oleh pembangkang. Malangnya persepsi itu turut diakui oleh kenyataan one-liner wakil rakyat BN seperti di atas.

Kenyataan sebegitu juga tidak menggambarkan apa yang selama ini Najib duk ulangsebut bahawa era kerajaan lebih tahu sudah berlalu. Kerana kenyataan sebegitu seolah menyatakan supaya rakyat terima saja apa yang kerajaan buat, jangan banyak soal.  Kerajaan lebih tahu.

Ya, Zahidi kemudiannya memberi penjelasan kononnya , "Saya sebenarnya sebagai BN, saya menyokong kalau kek, kita galakkan rakyat membuat sendiri di rumah."

"Begitu juga makan, daripada makan di kedai mamak ataupun makan di kedai-kedai, saya sokong untuk buat makanan sendiri di rumah kerana ianya lebih halal, lebih bersih dari segi Islamnya lebih baik."


TAPI penjelasan tu diberikan hanya selepas dikritik hebat oleh pembangkang ! Nampak sangat yang ia lebih berupa damage control. Ia tidak sama dengan media yang mengambil sebahagian dari ucapan dan kemudian di spin. 

Lagipun penjelasan itu tidak menjawab persepsi yang GST akan menaikkan harga barang.

Ke memang benar yang GST akan menaikkan harga barang ? Kalau tidak benar, kenapa Zahidi tidak terangkan yang sebenar ?



Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 9:19 AM

Kalau YB tak mampu berhujah dengan bijak, jadilah rakyat biasa sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 9:20 AM

Belum kena GST pun harga brg sekrg dah makin tinggi, bila kena GST nanti, tak tahu le berapa lg nak naik. Semua kena buat sendiri le jwbnya.
Bapak aku dulu thn 70an gaji RM 180 je, selesa jugak rasanya dgn anak 5 org. Sekrg gaji RM 3000 pun sesak jugak, terutama yg duk kat bandar bandar besar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 9:20 AM

Entah entah mangkok ni tak faham konsep GST. Jadik MP makan gaji/elaun buta jer ke. Boringla dgn MP BN camni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 9:35 AM

Bodoh, ramai betul orang bodoh dalam Umno.Suka cakap benda yang bukan2. Patut hantar kesemua adun dan senator BN ke kursus komunikasi dan public relation.

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2014 at 10:21 AM

Mohon pengomen jangan lari dari topik artikel ini iaitu berkenaan kenyataan Zahidi di atas.Dan mohon jaga bahasa ya ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 10:36 AM

kalau semua suruh rakyat buat sendiri, wakil rakyat buat apa? goyang telor?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 10:53 AM

Salam,
Jadi yb kena berhujah dan jwb soalan ke? Kalu jwpan tak betul, tak apa kot. Saya ingat jd yb utk jadi kaya, senang dpt projek, mudah dpt layanan kelas 1, org akn tunduk hormat. Org akn bodek, jolok, angkat, lambung. Ni kena jwp soalan. Sy mana tau. Saya belasah jer. Nasib baik bos saya ah jib gor ada utk defend saya. Bkn konsultan ke kena jwb

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 11:10 AM

semuanya bergantung kepada kos...kalau buat kek sendiri boleh menjimatkan kos...kira betul lah apa yg zahidi sarankan...kenapa semua mesti turut membabi-buta sondolan puak pakatan roplah...

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2014 at 11:12 AM

@AnonymousJadi yang berpendapatan tinggi tak perlu jimat kos ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 11:14 AM

YB Zahidi ni Leh gomong Sedap hati dia ler.
Padang Besar kek kek Siam murah murah
Kalau tak ujud sempadan Siam tu,tak Ada siApa pun nk buat rombong k Pergleh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 11:19 AM

masing-masing bebas membuat pilihan...akai ada ka...

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2014 at 11:25 AM

@AnonymousYB Zahidi tak cakap macam tu :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 12:49 PM

Sejak 2008 sehingga sekarang adalah 'open hunting season' oleh semua rakyat dan media yang sokong pembangkang untuk spin dan twist apa2 statement dari BN/UMNO. Yang pelik nya ahli2 BN masih tidak apa approach baru untuk 'counter' lawan spin pembangkang. Zaman Dr M lain lah bila wakil BN bercakap orang balik rumah kemudian berfikir,sekarang rakyat sudah lihat Perdana Menteri dan isteri nya boleh jadi bahan fitnah dan ketawa,undang boleh di langgar,suratkhabar boleh publish cerita fitnah,wakil rakyat boleh buat tuduhan palsu/fitnah dan kerajaan liberal Ahjibgor tak buat apa apa pun!! Yang kita tengok sekarang kedudukan BN/UMNO ambil sekarang ialah 'don't say anything' and don't be too visible nanti kena hentam oleh pembangkang!

Ahjibgor need a FRESH approach in communicating with the Malaysians!!! But setakat FB Ahjibgor its not enough.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
April 9, 2014 at 1:14 PM

"kalau tam mampu bayar tol, guna jalan biasa"
"kalau tak mampu beli kek, buat sendiri"
"kalau harga ayam mahal, makan daging"

Sekarang tertanya2, begini ke standard YB2 UMNO skrg?......siapa sebenarnya yg diPILIH oleh pucuk pimpinan utk menjadi wakil2 rakyat? atas kapasiti berjuang utk agama/bangsa/negara/AKAL YG BIJAKSANA ATAU atas kapasiti, sapa bg aircond plg kuat, dia dpt?

YB2 kalau MARAH TAK BLEH KAWAL masa bersidang/ditemu ramah, tlg TUTUP MULUT drpd berkata2 sbb OTAK masa tu tgh BLURRRR, jdnya kalau berkata2, maka keluarlah AYAT BOMBASTIK utk digunakan pembangkang menghentam UMNO/BN akhirnya nnt.....ambil masa bertenang, susun ayat n then keluarkan pendapat scr rasional.....ni tak, gaya ayat penuh sifat TAKBUR, UJUB. perrrrgh kalau terdgr dek warga marhaen yg hidupnya sederhana n susah, boleh berDENDAM wooo.

YB2 UMNO ni mungkin dr segi kerja MAJORITInya BAGUS, tp dr segi komunikasi n kritikal thinking, fail berganda2....tak semua la, tp cth plg atas tu adalah antara yg PLG TERUK dr yg PLG TERUK.

ermmm, terfikir mcm mana MEREKA mengajar anak2 mereka?.....guna cara yg sama ke?.....dan siapa yg MASAKKAN utk mereka di rumah?, berapa kali makan di rumah dlm seminggu?....akhirnya soalan2 remeh mcm ni yg akan bermain di fikiran rakyat.

TERIMA KASIH YB sbb mengHANCURkan nama UMNO n mengHINA warga Malaysia yg KURANG BERKEMAMPUAN......terima kasih daun keladi, lain kali buat lg.....:)

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2014 at 2:45 PM

@Otak geligaYa, bukan GST yang jadi isu di sini tapi CARA menjawap YB.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
April 9, 2014 at 5:09 PM

@dinturtle
BETUL Bro DT....isu GST LENYAP mcm tu aja sebab jawapan BIJAK ni.

rasanya mereka perlu menjalani program PENGUCAPAN AWAM anjuran Bro Mazidul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 6:15 PM

Hai, abg din. YB tu bodoh agak nye..kalau tak mampu beli kek, buat sendiri? Kan ke elok dia cakap macam ni," kalu anda tak mampu beli kek, cakap ngan saya. Nanti saya sponsor. Kan ke molek tu? He he he. Apa punya YB la ni. Ngok.. His YB stand for YANG B*D*H
*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2014 at 7:01 PM

@AnonymousDia tak bodoh ..... cuma mungkin excited sikit :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 7:44 PM

Din! Zahid beri kelulusan 1000 cina RBA yang koyak passport malaysia di London dapat balik passport baru. Baiknya hati Zahid Hamidi... kenapalah aku pangkah BN hari tu bila tahu dapat menteri bodoh!

Pak Mat Tong Tang

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2014 at 7:58 PM

@Anonymousdari mana sumber berita ?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
April 9, 2014 at 8:05 PM

@dinturtle
dia dpt dari Utusan Malaysia:

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140409/re_05/Erti-Taat-Setia-Baik-sungguhlah-kerajaan-Malaysia-ini

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2014 at 8:06 PM

apa? zahid terima manusia2 tidak setia itu utk jadi rakyat malaysia semula? jika benar..memang bangang nak mampus la si zahid tu

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
April 9, 2014 at 8:31 PM

@dinturtle
"In revealing the response given by Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi in a written reply yesterday, Ng said the Malaysian government has agreed to provide immigration services to enable them to be here legally when they return."

"However, the DAP representative said, those who had renounced their Malaysian citizenship would still be required to go to court to re-apply for their Malaysian status."...Ng said this

sepatutnya TAK PERLU DILAYAN 1000 atau berapapun jumlah mereka ni sbb mereka ni mmg DARAH KETURUNAN biaDAPigs komunis dr Melaka n Penang.....lagipun mereka sendiri yg KOYAKkan pasport dan minta sgt kewarganegaraan Mas dilucutkan.....kenapa DS Zahid ttp bg peluang mereka ni jd rakyat Malaysia?.....ingat DAPAT UNDI?

kalau aku bukan takat MAHKAMAH, jejak kaki kat tanah Maspun diHARAMkan sbb pengkhianat2 ni mmg tak layak wujud di Malaysia.



....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2014 at 8:39 PM

@Otak geligaOK, TerimaKasih !

Nanti saya artikelkan.... menarik untuk di balun tu !

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
April 9, 2014 at 10:10 PM

Sebab apa nak terima semula? Brain -drain? Apa ertinya bijak pandai tetapi tidak setia? Sama spt isteri yg cantik dan kaya tetapi curang..si isteri takde maruah..si suami dayus.

Hmmm..nampaknya pemimpin kerajaan skrg ni memang BRAINLESS dan DAYUS!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 10, 2014 at 12:25 AM

Bro.... bukan ke wahid cakap brim akan dinaikkan bagi membantu rakyat menangani beban gst.... bab gst ni bukan persepsi lagi sebab menteri di jpm dah cakap sendiri.... akhirnya sapa yang mampus dulu....melayu... lepas melayu mampus baru umno join hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
April 10, 2014 at 6:04 AM

Lepas ni, kalau xmampu nak kawin, main je tepi jalan. Menteri² skrang smua macam budak tadika punya IQ. Pas ade Mahfuz sorang, BN rupanya lagi ramai. Nasib la bangsa ku dapat banyak pemimpin yg jenis terlebih cerdik macam ni.

Post a Comment