........... Isu Anwar Liwat @ Lawatan Obama - Jawapan Terbaik Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Anwar Liwat @ Lawatan Obama - Jawapan Terbaik Najib !

Sunday, April 27, 20148comments

Saya jarang nak puji Najib tapi selepas menonton sidang media Obama+Najib tengahari tadi, saya puji cara Najib jawab soalan berkaitan kes liwat Anwar yang ditimbulkan oleh wartawan Australia. 

Soalan yang saya kira soalan maut jika tersalah jawab... namun berjaya ditangani oleh kedua Obama dan Najib.



Lihat video di astroawani. Caption terjemahan divideo adalah seperti berikut -

Bagi kes (liwat) melibatkan Anwar, saya mahu tegaskan di sini tindakan undang2 bukan dibuat kerajaan, sebaliknya tindakan dilakukan bekas pekerjanya. Dalam soal menegakkan keadilan, ia tidak mengenal status seseorang. Jadi sekarang kes ini adalah kes mahkamah, bukan hak saya untuk mengulas lanjut mengenai kes ini.

Apa yang dijawab Najib adalah ( transkrip saya ) -

I want to put it on record, it's not about the government against him, it's an action taken by an individual who happens to be his former employee... who's taken up this case against him.

Under the eyes of the law, even if you are a small man or a big man, you have equal justice. I think you believe in that principle.

So now the matter is before the courts, it's not right for me to comment anything more than that.

Satu dunia menonton dan Najib telah mengambil kesempatan terbaik itu untuk menerangkan kedudukan sebenar kes Anwar Liwat. 

Dengan tidak memberi sebarang komen negatif terhadap kes itu, Najib juga dilihat sebagai mengiktiraf kebebasan sistem mahkamah negara kita.

TAPI portal Mkini cuma melaporkan bagian jawapan Obama saja dengan tumpuan kepada - “Kenyataan bahawa saya tidak bertemu Anwar tidak menunjukkan kurang peduli,”. Itupun meninggalkan bab Obama menyatakan kenyakinan beliau terhadap usaha Malaysia dan Najib kearah memastikan demokrasi dan hak asasi manusia dipertahankan.

Sementara MalaysianInsider pula langsung tidak laporkan isu ini.

Apa no Obama ek, aku nak Watsup
Apapun kita tunggu laporan pertemuan Obama dengan wakil2 Ngo yang pro Comango dan pro PR pula ...

Saya copy artikel Zamkata mengenai isu sama -

Apabila seorang wartawan Australia bertanya  kepada Presiden Amerika Syarikat  Obama tentang ketidakadilan Malaysia terhadap Ketua Pembangkang   Anwar Ibrahim termasuk dalam soal kes liwatnya  maka tentunya Anwar  melompat  dengan kegembiraan.


Tetapi bagaimanapun jawapan Obama dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib dalam sidang akhbar bersama yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia telah menyebabkan kegembiraan itu terhenti tiba tiba, Anwar jatuh tertunduk malu, kecewa dan marah kerana  pertanyaan itu telah memberi peluang kepada Najib untuk memberitahu hal yang sebenarnya.


Lebih menyakitkan hatinya ialah apabila Obama menyatakan keyakinan kepada Najib sebagai seorang Refomer.


Najib menjelaskan bukan kerajaan Malaysia  yang mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim tetapi tindakan itu diambil oleh  bekas kakitanganya sediri dan kerajaan Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan menghormati hak asasi manusia tidak berhak untuk menyekatnya dan membiarkan proses keadilan berlaku  dan menyerahkan kepada keputusan mahkamah.


Jawapan Obama selain dari menerima Najib sebagai seorang Reformer  telah menyatakan keyakinan bahawa Najib akan dapat memperbaiki  lagi  kekurangan kekurangan perjalanan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia.


Oleh kerana sidang akhbar itu disiarkan secara langsung keseluruh  dunia setelah pertemuan yang mengambil masa lebih lama dari yang dijadualkan  antara kedua pemimpin negara besar dan kecil itu yang menunjukan minat dan keyakinan  Obama kepada Najib maka tidak syak lagi jawapan mereka kepada pertanyaan wartawan Australia itu  telah  mencedera parahkan imej Anwar ke taraf  yang sangat rendah.


Hasrat wartawan itu hendak membangkitkan  pembelaaan  bekas Naib Presiden Amerika Al Gore terhadap Anwar Ibrahim dalam lawatannya  dahulu, ternyata salah perhetongan  sebaliknya menyerlahkan kesopanan dan penghormatan Obama   kepada rakyat Malaysia berbanding dengan sikap biadap Al Gore terhadap  rakyat  Amerika yang  meninggalkan sejarah hitam dalam   hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat.


Lawatan  Obama  yang  jelas menampakan kerianganya   selama berada di Malaysia dan kemesraannya dengan Datuk Seri Najib telah  membina semula  kerosakan hubungan antara Malaysiadan Amerika Syarikat yang dirosakan oleh Al Gore.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2014 at 8:32 PM

Ya,najib menjawab soalan maut dgn cemerlang! khususnya ayat big man small
man has equal
justice...masyarakat
barat sebagai perantara
anwar tidak
menghormati
langsung
sensitiviti,adat resam
dan agama
masyarakat msia.

anwar tiada
langsung rasa malu
menjaja kisah
liwatnya.akhirnya,
peluang terbuka luas
melalui siaran
langsung di hadapan
presiden us di mana
anwar DIAIBKAN
seantero dunia di
mana najib
menekankan, on record ,
pendakwaan bukan oleh kerajaan tp anwar"s ex employee.justice is also for small persons in
msia!.bravo
najib!Padan muka anwar! obama juga
berlainan dr presiden
US lain kerana lebih
beradab.mungkin
kerana lama di
indonesia dan lebih
memahami budaya
asia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2014 at 8:36 PM

Jawapan tu yang di serta oleh consultant2nya mesti Ahjibgor berlatih di depan cermin hari hari untuk menjawab dengan lancar!!!! Hahaha..

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Joey
April 27, 2014 at 8:52 PM

http://www.malaysiakini.com/news/261169 Malaysiakini sendiri cakap Anwar KETUA PEMBANGANG.. Bukan kita cakap eh....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2014 at 9:29 PM

Love you DS Najib, keep up the good work! Allah bless you always...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 27, 2014 at 9:35 PM

Alhamdulillah.. Saya pon amat berpuas hati tentang cara, body languange yang DS Najib sampaikan.. Ianya menunjukkan sebuah jawapan yang benar2 Ikhlas..

Habis lah Kau Anwar... Tamat lah Riwayat Seorang Peliwat....

Mengenai isu Demo 1 Mei.. Ianya juga disentuh so jika ada perhimpunan keterlaluan, dunia tak patut salahkan Kerajaan di dalam menangani isu kestabilan domestik..

good. very good event... yeah kita tunggu selanjutnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 28, 2014 at 12:43 AM

tiba-tiba macam nak tahu kalau h2o di tempat najib, apa jawapan dia ye? pasti lebih menarik. keh..keh..just wondering. almaklumlah h2o kan pakar dlm menjawab soalan yg susah mahupun yg senang.

....................
Reply To This Comment ...................
April 28, 2014 at 1:28 AM

@Joeyhahaha .... betul lah !

....................
Reply To This Comment ...................
April 28, 2014 at 1:43 AM

@dinturtlehttp://dinturtle.blogspot.com/2014/04/mkini-label-anwar-ketua-pembangang-typo.html

Nah saya abadikan dalam satu artikel ! hahaha

Post a Comment