........... Isu alKitab @ MB Khalid Bakal Membuktikan Apakah Pemimpin Islam Punya Pengaruh Dalam PR | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu alKitab @ MB Khalid Bakal Membuktikan Apakah Pemimpin Islam Punya Pengaruh Dalam PR

Wednesday, April 9, 201410comments


Dalam kita sibuk melayan isu MH370 dan pelbagai isu politik tempatan, rupanya MB Khalid sedang berdepan dugaan dalam isu alKitab yang dirampas oleh Jais 2 Januari lalu. Tidak ramai yang mahu menulis tentang perkara ini, mungkin kerana terlalu banyak isu yang perlu dikomen dalam satu masa. Cuma saya harap ia bukan kerana isu ini sekarang dilihat sebagai isu kerajaan Selangor ( dalam ertikata lain, kerajaan Pkr ) semata2. 

Isu kembali suam minggu lepas bilamana Khalid menasihatkan Persatuan Bible Malaysia ( PBM ) supaya menulis surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memohon 300 Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini dipulangkan semula.

"Kita cadangkan sebab kita tahu dalam keadaan ini lebih baik tulis surat. Itu perlu untuk menunjukkan keinginan BSM mendapatkan semula kitab tersebut," - TMI 2/4

Nasihat itu turut mendapat persetujuan mesyuarat exco negeri.

Nasihat itu mendapat bantahan keras dari pihak PBM yang menyalahkan jabatan dalam kerajaan negeri Selangor - " Masalah ini berpunca daripada jabatan dalam kerajaan negeri Selangor. PBM diserbu oleh Jais, jabatan dalam kerajaan Selangor. Bible itu dipegang oleh Jais di pejabat mereka di Shah Alam, dekat sahaja dengan pejabat Khalid,” 


PBM dakwa Khalid mahu cuci tangan daripada tanggungjawab.

Esoknya Khalid diserang oleh pemimpin2 Dap.

Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Dr Ong Kian Ming, berkata Khalid sebagai menteri besar perlu menunjukkan usaha tulin sebagai pembawa pembaharuan bukan sekadar menyerahkan isu itu kepada pihak lain.

“Kita bimbang kenyataan Khalid itu memerlukan BSM untuk menunjukkan kesungguhan dan keinginan mereka mendapatkan kembali kita suci yang dirampas itu,”

“Meminta PBM menulis surat terus kepada peguam negara dan menunjukkan kesungguhan dan keinginan akan dilihat sebagai tidak mengendahkan janji pilihan raya itu." ( Janji PR untuk mentadbir secara inklusif, adil dan saksama )

“Khalid patut mencari penyelesaian kepada isu itu dengan membabitkan semua pihak terbabit termasusk Jais, PBM, pejabat peguam negara dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Daripada sekadar menyerahkan kepada PBM, Khalid patut menunjukkan kesungguhan dan keinginan untuk mencari penyelesaian adil kepada masalah itu,”. - TMI 3/4.


Nampak gayanya MB Khalid berseorangan menangani masalah alKitab ini. Pemimpin2 Islam dalam Pkr dan Pas langsung tidak bersuara, mungkin takut diserang oleh rakan2 kafir mereka yang sememangnya amat berpengaruh dalam apajua keputusan bersama PR.

Begitu juga para bloggers Pas, semua buat tak tahu .... mungkin kerana ia tidak mendatangkan sebarang laba politik. Ia masalah Selangor jadi tidak perlu dibisingkan.

Semalam sekali lagi pemimpin Dap mengenakan tekanan ke atas Khalid supaya bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini .

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu mengambil langkah proaktif dan bertemu peguam Negara untuk menyelesaikan isu rampasan Bible berbahasa Melayu, kata DAP hari ini.


Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo (gambar) berkata, melalui perkara itu, menteri besar Selangor akan memperoleh keyakinan pelbagai pihak berbanding melepaskan tangan dalam isu itu.

Gobind menjelaskan meskipun Khalid sebelum ini berkata isu rampasan Bible itu adalah di bawah seliaan pejabat Peguam Negara, ia hanya masuk akal apabila Khalid bertemu Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menyelesaikan isu itu. - TMI 8/4.


Dari dari FMT pula, dilaporkan Eli Wong ada menulis surat kepada Peguam Negara menuntut alKitab yang dirampas itu dipulangkan semula dan tindakan ini mendapat kecaman dari kedua Mca dan Dap kerana mereka tetap mahukan MB Khalid atau Exco Agama Selangor yang buat ! Eli Wong adalah exco Pelancongan.

“The proper authority rests with the Khalid,Jais and Sallehin. It gives an impression that the state government is not serious about the matter,”.
 
Di sini saya lihat ada satu perkara menarik untuk dikomen. Pihak kafir Mca dan Dap tidak mahu Eli Wong yang tulis surat kepada Peguam Negara tapi mereka mahu Khalid atau Exco Agama.


Apa bezanya kalau Eli menulis sebagai mewakili kerajaan negeri ? Apakah surat itu tidak laku dan tidak boleh dianggap sebagai surat resmi dari kerajaan negeri kalau bukan MB Khalid yang tulis ? 

MB Khalid mungkin saja cuba mengelakkan perkara surat itu daripada dijadikan isu oleh musuh politiknya, di mana beliau akan dilihat sebagai pemimpin Islam yang merayu supaya alKitab dilepaskan .... pastinya ia bakal menimbulkan satu persepsi negatif. Makanya Eli yang tulis.....

Tapi pemimpin2 kafir Dap dan Mca tetap tidak mahu bertolak ansur. Mereka masih mahukan MB Khalid atau Exco Agama yang tulis. Apa bezanya ? Yang penting alkitab yang dirampas dipulangkan .... ? Tidak .... tidak cukup dengan dipulangkan. 

Siapa yang tulis - pemimpin Islam atau kafir, juga merupakan satu faktor penting buat mereka.

Tidakkah ini menunjukkan yang isu bukan setakat pemulangan alKitab yang dirampas saja tapi mereka juga mahu lihat pemimpin Islam ( dalam kes ini pemimpin Islam dalam PR ) TUNDUK dan AKUR kepada kehendak kafir.

Sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya ..... kita bandingkan pengaruh siapa yang lebih besar - pemimpin Islam dalam PR atau pemimpin Islam dalam BN.

PENGARUH = KUASA

Bukan bilangan kerusi yang penting. Kalaupun pemimpin Islam dalam PR memiliki lebih banyak kerusi pun ATAU PR punya lebih ramai ahli/penyokong beragama Islam tidak semestinya mereka lebih berkuasa kalau tidak punya pengaruh.

Yang lebih berpengaruhlah yang sebenarnya berkuasa !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
April 9, 2014 at 10:46 AM

jika PR betul2 hendak ke Putrajaya, amat mudah sebenarnya..dalam manifesto nanti kempen habis2an akan mansuhkan GST dan tidak naikkan cukai pendapatan. sedikit sebanyak pengundi yang sokong BN akan beralih arah.. apatah lagi jika benar2 terbukti harga barang naik dan kos hidup semakin meningkat selepas pelaksanan GST nanti..

asal jangan kata manifesto bukan janji sudah lah..

so, BN? apa plan nak halang semua tu? PASTIKAN HARGA BARANG TAK NAIK DAN KOS HIDUP TAK MENINGKAT..boleh?

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
April 9, 2014 at 11:16 AM

laaa..salah artikel pulak. sori bro din..

....................
Reply To This Comment ...................
April 9, 2014 at 11:22 AM

@dontortoisehahaha .... tahu tak per :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 11:39 AM

dontortoise terlupa nak jengulkan kepala keluar...itu yg tersilap lorong tu...hang buat lawak la....hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 12:17 PM

tengoklah dulu apa yg dicetak ...sekiranya terdapat cetakan seumpama...."Jesus anak Allah"..."Allah anak beranak"....memang wajib dirampas pon....kenalah tengok dulu apa yg dicetak....

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
April 9, 2014 at 12:45 PM

hahaha..excited nak komen pasal GST punya pasal lah ni bro..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 1:28 PM

Salam,
Bab ni, pemimpin dan ulama akn bersuara kalu dap halang poligami dan ubat kuat shawat. Bab2 lain tak penting kot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 1:47 PM

Bende ni kalo tengok sekarang mmg nmpk mcm bende kecik tp apa yg berlaku ini akan menjadi sejarah dn "siapa yg melakukan" dn "apa dilakukan" akan menjadi perkara yg sgt penting di masa hadapan..
Persediaan mereka utk dptkan bullet yg kukuh utk tekan kerajaan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2014 at 11:48 PM

Khalid dan lain-lain melayu islam pakatan bermain api. Maka terimalah seadanya.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 9, 2014 at 11:52 PM

sekali lagi kita kena kembali kepada PERLEMBAGAAN.

agama lain nak amal boleh tapi jangan dipaksa agama tu atas orang ISLAM memandangkan ISLAM adalah agama persekutuan.

KDN tak mau tolong JAIS ka ?

PAS buat apa ?

Post a Comment