........... Isu alKitab - Masalah Bakal Berpindah Dari Selangor ke Putrajaya Pula ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu alKitab - Masalah Bakal Berpindah Dari Selangor ke Putrajaya Pula !

Wednesday, April 16, 20146comments


Itulah yang saya nampak dari tindakan Persatuan Bible Malaysia ( PBM ) mahu berpindah pejabat dari Selangor ke Kuala Lumpur. Sama2 kita tunggu apakah reaksi JAIWP pula, dan bagaimana reaksi Putrajaya dalam menangani isu ini.

“We strongly feel that the Selangor government has let us down by allowing Jais to seize the bible, whereas, the federal government has never dishonoured the agreement made under the 10 Point Solution”, kata pengerusi PBM Lee Min Choon - FMT.

Kami amat kecewa dengan kerajaan Selangor kerana membiarkan Jais merampas bible sedangkan kerajaan Pusat tidak pernah mengengkari perjanjian yang dibuat di bawah 10 Point Solution.

Jika sebelum ini kerajaan Pusat menolak masalah ini kepada Selangor kerana kes berlaku di negeri Selangor dan yang terlibat adalah JAIS, bagaimana nanti kalau PBM berpindah ke Wilayah Persekutuan ?

Sekarang semua orang sudah tahu yang bible dalam bahasa Melayu atau alKitab menggunakan kalimah Allah sebagai gantinama Tuhan Kristian dan Wilayah Persekutuan tidak mempunyai Enakmen Syariah seperti Selangor jadi apakah JAIWP akan terikat dengan 10 Point Solution dan membenarkan PBM menyimpan alkitab berkenaan ?

MB Khalid pastinya lega dengan keputusan PBM itu ! Kata beliau -

"Tiada komen apa-apa. Cuma saya nak ucapkan mereka selamat maju jaya,"- TMI.

Hmmmm .... MB Khalid menyindir siapa tu sebenarnya ?

Sedang menunggu masa untuk penghantaran adalah 50 ribu alkitab dalam bahasa Melayu dan Iban yang telah ditempah dari kilang di Indonesia sebelum serbuan Jais. Ia akan dibawa masuk terus ke Sabah Sarawak dan bagi Semenanjung adalah melalui Pulau Pinang.

Bagaimana ia hendak di bawa ke Kuala Lumpur sedangkan wilayah itu dikelilingi oleh negeri Selangor tidak pula disebut.

PS - Khairy bolehlah mula fikirkan alasan dari sekarang bagaimana mahu menangani isu ini kelak kerana ia bukan lagi masalah negeri Selangor nanti. ( KLiK )

Apakah ada perkiraan politik disebalik keputusan PBM itu ?

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2014 at 8:25 AM

Silap-silap ada yang kena "checkmate".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2014 at 10:23 AM

Cekap betul mu din..able to see what most people can't see. hehe..
KJ mesti tak tepikir pasal bende ni. Aritu ms dia cakap pn niat mmg nk lepaskan tengkuk bos dia jer. Haa..tak lama lg tengkuk dia pula bakal kena pancung.

Najib ade option sbnrnya.. Semua perkara yg berkaitan agams islam kan mmg tertakluk dibawah agong. Itu adalah hak baginda dn tak de siapa yg boleh pertikai dn bantah. Point solution najib tu mansuhkan je la mcm dia mansuhkan ISA dan OD dulu. Sikit pn najib tak rs bersalah...apa ada hal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2014 at 10:35 AM

Salam,
Org berpangkat cakap ikut sedap mulut. Tapi tak mengapa, ramai penyokong akan tolong betulkan fakta. Kalu tak dpt kasi fakta, kita kritik orang yg kritik boss kita. Yang penting, boss lena dan mimpi indah. Bangun jer, semuanya ok boss

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2014 at 7:46 PM

@Anonymous

cakap memang senang bro. nak mansuhkan 10 point solution tu. dr sumber yg sy dapat, kalau 10 point solution tu tak di hormati, maka Sabah dan terutamanya Sarawak mungkin akan keluar dr Malaysia. Habisla majoriti BN macmtu. Cakap jgn sebarang cakap bro. Saya nak nasihatkan aje.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 16, 2014 at 11:42 PM

Dh tu kalo tak leh mansuh, nk buat apa? ugutan Sabah dn Sarawak nk keluar Malaysia hanya false flag puak2 pembangkang jer.. Saja nk gertak.. Nothing more...

Just back to status quo. End of the story...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 18, 2014 at 4:20 PM

Story will never end,gara - gara sesetengah pemimpin dan NGO yang berfikiran sempit berkaitan masalah agama. Jangan sampai Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Terutamanya Sarawak seperti yang Singapura pernah lakukan suatu masa dahulu. Benda nie pernah terjadi, jadi ambilah tindakan yang rasional demi menjaga keharmonian yang telah di kecapi sebelum ini.

Post a Comment