........... Hudud Pas Hudud Politik - ahKok | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hudud Pas Hudud Politik - ahKok

Wednesday, April 30, 201415comments


Dilaporkan satu pertemuan diadakan semalam oleh kerajaan Pas Kelantan dengan wakil2 dari Dap dan Pkr bagi menerangkan Hukum Hudud.

Wakil Pas adalah MB Kelantan Ahmad Yaacob dan timbalannya Mohd Amar, Pkr diwakili Tian Chua  dan Sivarasa sementara wakil Dap adalah Ngeh Khoo Ham, Liew Ching Tong dan ahKok.

Baru sekarang nak jumpa beri penjelasan ? Ingatkan dah lama proses tarbiyah Pas dilakukan setelah beberapa tahun berTahaluf Siyasi dengan rakan2 kafir mereka .... tak kisahlah tu, asalkan sudah ada usaha dimulakan.

Tapi .... hairan juga, ek. Sebab macam tetiba jer .... 

Mungkin 'kejujuran' ahKok ini mampu berikan sedikit pencerahan disebalik kenyataan2 politik bersifat playsafe yang diberikan oleh mereka yang lain -

"Pemimpin PAS memberitahu kami kesukaran mereka dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana Umno menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal DAP.

"Mereka kata tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan oleh Umno dalam isu hudud.

“Jika tidak respon dalam keadaan ini, lebih banyak sokongan Melayu akan hilang," kata Teresa yang juga anggota parlimen Seputeh.
- Mkini.


Nak komen apa lagi ya ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2014 at 5:59 AM

Umno jugak yg salah...mca pula tetap bodoh kerana terikut-ikut rentak dap.sepatutnya biar mereka self destruct sesama mereka.sepatutnya mca balun dap tanpa menghentam hudud.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2014 at 7:23 AM

Terbuktinya ciri munafik golongan "pemimpin PAS Islamist" itu. Telah gagal gerakan Islamist di pentas dunia apabila negara sumber radikalnya iaitu Saudi Arab dan Mesir kedua-dua pun sudah mengharamkan Ikhwanul Muslimin sebagai gerakan terrorist. Sekarang PAS dah jadi budak kepada DAP dan berkehilangan kepercayaan orang Melayu yang telah dikhianati oleh mereka. Nah! pengkhianatan kepimpinannya sekarang mahu menyusahkan rakyat sejagat dengan permainan api hudud jenis PAS tu yang ternyata gagal di negara dunia ketiga yang keterbelakangan dari sudut keadilan masyarakat dan kesejahteraan alam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2014 at 8:13 AM

Yg duk ada pun tak mau bagi penerangan.kata islam. yg duk nampak habis berjuta duk bagi penerangan GST.mak cik kat kampung tak sekolah pun dah paham GST

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2014 at 8:13 AM

Kan dah kantoi,,,nawaitu tak betul HUDUD diguna untuk pancing UNDI orang Melayu... Memang hamPAS mereka2 ni... Melayu2 masih terhageh2 nak sokong parti berkawan dengan SETAN ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2014 at 8:36 AM

Ekekeke.....konar2....umno gek yg salah....kikiki

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2014 at 10:41 AM

PAS hanya beriya iya fasal "Hudud" ni bila berhadapan dgn UMNO je....i.e. memenuhi agenda survival politik kepartian mereka. Bukan nak memertabatkan Islam sangat pun...
Dgn yg lain, depa tunduk je....Hudud hanyalah 0.0001% dari Islam la...negara kebajikan la...
Ini sebahagian dari usaha berterusan mereka nak jadi "abang" dalam persekitaran politik orang melayu di Malaysia la kata kan,... yg setakat ini tak berhasil. nampaknya akan kempunan lagi ni,..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2014 at 10:42 AM

Bodoh betul PAS.

Selagi ber'pakat' dengan DAP yang diperumpamakan Nik Aziz sebagai syaitan, selagi DAP teruskan perangai diorang yang memang nak sapu Melayu di Tanah Melayu, selagi tulah sokongan Melayu terhadap PAS merudum!

Hudud cuma bukti jelas yang menunjukkan secara intinya, DAP tak sepakat dengan PAS!

Tu pun nak orang ajar ke?

Diorang nak buat hudud pun, UMNO boleh play along...yang melawan jelas-jelas DAP yang kononnya satu pakatan dengan PAS...Ah Kok lupa cakap hal ni ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2014 at 11:29 AM

Lil undi ?
Agama apa ni ye ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2014 at 2:02 PM

Salam,

Drpd dulu lagi, kita dah tau, memang hudud ni mainan politik pas. Sebab umno pegang pd janji dan berusaha utk laksanakan, maka hudud tak dpt la umno nak komen byk pasal tak berani nak cakap. Tapi pas, dah tau dia tak mungkin berkuasa dahulu, maka dia ckp byk bab hudud. Dia mungkin tak jangka bn akn hilang pengaruh satu hari nanti.

Tu pasal, bila pas menang di terengganu, hadi kata hudud ni tak penting pun dlm islam, cuma0.001% jer. Hudud cuma penting di mulut ustaz bodoh sahaja. Bab lawan umno no 1, lwn dap takut pecah undi. Lwn umno undi makin kukuh. La ni meroyan pasal umno kata nak sokong hudud. Sbb dulu cuma naik memain je. Bila dah sokong, sakit kapla. Dah salah umno pasal dok cabar pas. Nampak mereka takut hilang undi drpd Allah.

Pi la dengar ceramah ustaz pas, dr ceramah mereka, buat dosa tak jadi hal besar dan merungsingkan mereka. Bagi mereka, Allah akn ampun semua dosa mrk tak kira apa pun mrk buat. Selepas solat, mrk ibarat mcm bayi yg bsru lahir. Itu yg saya faham bila dgr ustaz pas berceramah, khutbah, tazkirah, dan segala majlis ilmu. Ilmu mrk hebat, dan org lain tak sehebat pengetahuan mrk

....................
Reply To This Comment ...................
April 30, 2014 at 4:05 PM

Lepas ni pulak, anwar akan ucap bye2 dan masuk ke dalam... tinggallah pas dan dap tanpa moderator anugerah tu... apa nak jadi? ha ha ha!!! perang dunia lah jawabnya pas dan dap... kita cuma perlu tunggu dan lihat saja....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 30, 2014 at 9:52 PM

Tembelang dah pecah. Benda yang selama ini berlegar-legar di kepala kita telah disahkan oleh ahkok. terima kasih ahkok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2014 at 10:09 AM

negara brunei darussalam mula melaksanakan dan menguatkuasakan hukum hudud mulai 1 mei 2014....subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2014 at 5:49 PM

Yo ..ko kampret maklumat kau ni...dah cek habis

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 3, 2014 at 9:14 AM

masih dibuai mimipi...yo

....................
Reply To This Comment ...................
kumbang
May 4, 2014 at 3:05 PM

Sebenarnya statement hudud pas untuk daPat undi dikeluarkan oleh dr dzu ahmad bukannya nik amar mohd yaakob hj hadi ataupon n aziz. Dr dzul ini seorang liberal kuat taat pada nuar brahim selalu mengeliru umat islam dengan idea konon modenis dia lah se benar duri dalam perjua gan menegak islam di msia

Post a Comment