........... Hudud - Gimik Politik Yang Tak Berkesudahan.... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hudud - Gimik Politik Yang Tak Berkesudahan....

Tuesday, April 15, 20144comments


Hudud kembali menjadi polemik. Lagi sekali parti Umno dan Pas akan saling cabar mencabar, sekali lagi parti2 yang bukan bersandarkan sokongan Melayu Islam akan ikut sama enter frame dan bersatu menyuarakan bantahan.

Mca sebagai rakan Umno dalam BN akan melalak ..... Dap sebagai rakan Pas dalam PR akan melalak ...

Sebenarnya ada ke pihak serius nak ke Hudud ni  atau ia lebih sekadar gimik politik yang dimainkan oleh Pas. Selaku parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Pas tidak punya pilihan terpaksa bercakap tentang Hudud. 

Hudud sudah menjadi gimik Pas dari dulu lagi .... berpuluh tahun lamanya. Tapi apakah yang telah Pas buat dalam mempersiapkan bluprin Hudud mereka ?

Kenapa setelah beberapa tahun bertahaluf siyasi bersama Dap konon atas dasar berdakwah, langsung tidak nampak walau secebis pun akan penerimaan mereka terhadap Hudud ? Karpal yang diiktiraf oleh Nik Aziz sebagai mempunyai bulan didadanya masih lagi sanggup mati demi menentang Hudud. 

SEMUANYA POLITIK !

Umno yang berteraskan perjuangan bangsa juga tidak dapat mengelak dari membicarakan tentang Hudud. 

Kalau Pas hanya mempolitikkan Hudud, Umno pula terpaksa layan. Dua-dua pun sebab POLITIK. Langsung tidak ada keikhlasan. 

Kalau benar Pas dan Umno benar2 ikhlas, sudah berapa tahun berlalu sejak Pas menolak melaksanakannya di Kelantan kerana takutkan Mahathir ? Kenapa selama itu langsung tidak ada perbincangan antara Pas-Umno supaya dapat dipersetujui akan Hudud yang sebenarnya ?

Setiap kali isu Hudud timbul, setiap kali itu juga kedua belah pihak akan berdebat ISU YANG SAMA. Berpuluh tahun !

Kalau Pas berani untuk bawa usul Hudud itu ke Parlimen sekalipun .... malaslah nak teruskan sebab Pas memang tidak akan berani.

TAPI katakanlah timbul sedikit keberanian dihati pemimpin Pas nak bawa usul Hudud ke Parlimen, apakah jaminan ia tidak akan ditolak dari dibincangkan ? Alasan yang SAMA seperti yang diberikan Mahathir boleh diberikan kerana saya percaya tidak ada perubahan langsung keatas Hudud yang mahu dibawa Pas. 

Kenapa tidak ada perbincangan supaya kedua2 pihak Pas dan Umno bersetuju terlebih dahulu kepada draf Hudud yang mahu dibawa itu ? Ini bagi memastikan kesemua wakil Parlimen dari Pas dan Umno akan menyokong bila dibentangkan nanti.

Tidak ada perbincangan kerana Pas memang mengharapkan Umno akan bantah seterusnya dijadikan modal politik mereka.

Dan Umno pula bolehlah terus berikan alasan yang sama iaitu Hudud Pas itu tidak adil.

Kesimpulan saya - Baik Umno maupun Pas sebenarnya tidak ikhlas, tidak serius pun dengan Hudud !

Tidak ada langsung satu perancangan khusus ke arah memperkenalkan Hudud antara Pas dan Umno.

Mungkin ada kedengaran kenyataan2 yang pemimpin2 BAWAHAN Pas dan Umno yang menyokong Hudud, tapi bagaimana dengan yang ATAS ? Cuba dapatkan satu persetujuan antara Najib dan Hadi ( ke Nik Aziz ? ) tentang Hudud dan dari situ tubuhkan satu SuruhanJaya DiRaja bagi mengkaji dengan lebih mendalam.

Hasilkan satu deraf Hudud yang benar2 adil dan dipersetujui semua pihak.

Kalau yang ini pun tak boleh nak buat, tak payah cakap banyaklah .... semuanya POLITIK semata-mata.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2014 at 5:38 PM

Malaysia ini kan NEGARA ISLAM di mana ISLAM adalah Agama Persekutuan - jadi apahal perlu meminta KEBENARAN-mcm-KULI pd. si PENDATANGKAPIRDAJAL DAPBANGKAI/MCA-GERAKAN-MICDALANGDUAMUKA dll, utk. melaksanakan HUKUM ISLAM berdasarkan undg-undg SYARIAH?

Aku syak habis ulama-ulama TULEN dlm PAS diBUNUH seorg. demi seorg - disyaki diracun, termasuk yg. boleh sebabkan lemah jantung/kanser dsbnya - oleh si KAPIRDAPBANGKAI/PKRPELIWAT (yg. merupakan ejen Barat-ZIONIS dan racun kimia utk sebabkan kanser/lemah jantung adalah MO biasa Barat-ZIONIS)!

Dan dah tiba masanya undg-undg SYARIAH dibuat menjadi lebih berkuasa dr. undg-undg KAPIR Barat-ZIONIS! Apahal Malaysia sbg. NEGARA ISLAM, nak TUNDUK-mcm-KULI pd falsafah dan undg-undg "demokrasi/hak asasi/kebebasan mutlak" LIBERAL SAMPAH si KAPIR Barat-ZIONIS! Kononnya falsafah, budaya dan undang-undang KAPIR Barat-Zionis yang 'terbaik' - sedangkan gaya hidup mcm. BINATANG BUAS-PENGIKUT-SYAITAN, yg. rakus MEMUJA wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah-pengguguran anak (termasuk kanak-kanak)/bertelanjang-beraksi lucah dpn. Awam/ketagihan dadah,-alkohol-perjudian/MEROGOL BINATANG dsbnya - akan terus MENJAHANAMkan akhlak, akidah dan tamadun umat Islam/Melayu, terutamanya jenerasi muda kita (lihat pesta dadah tempoh hari)!

Lihat akhbar(ANTI-ISLAM) di http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-2561478/Miley-Cyrus-gives-away-gold-leaf-rolling-papers-wearing-marijuana-leaf-leotard-Bangerz-tour-Canada.html , Miley Cyrus gives away rolling papers made of GOLD before wearing marijuana leaf leotard on Bangerz tour in Canada, By Daily Mail Reporter, 17 February 2014; dan di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2352779/Bestiality-brothels-spreading-Germany-campaigner-claims-abusers-sex-animals-lifestyle-choice.html , Bestiality brothels are 'spreading through Germany' warns campaigner as abusers turn to sex with animals as 'lifestyle choice' By Matt Blake, 1 July 2013 !

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2014 at 5:52 PM

salam,
dari dulu lagi hudud ni lebih kepada politik. tak ada kesungguhan pun. ramai ustaz setakat cakap perlembagaan islam, tapi dia pun hancur dalam praktikal amalan dalam kehidupan. dulu umno bercakap benar, kerana agak sukar untuk melaksanakan hudud kerana tafsiran dan pelbagai sebab politik, sosial, dan sebagainya. tapi orang pas mempolitikkan hudud untuk berkuasa penuh ke atas umno dalam perlembagaan Islam. la ni, umno ikut ajer pas, ikut tarian pas, tapi pemimpin umno pulak terlebih goyang kalahkan pas pulak. mungkin sebab baru nak main dengan hudud. syiok la dok balun pas pasal apa yang pas kata kat umno dulu dah palit kat pas. tapi pemimpin umno tak tahu, hanya ahli umno sahaja yang tahu bahawa pas dari dulu kaki temberang, tapi ahli pas sejak dulu lagi, tak tahu pemimpin mereka kaki putar alam. apa yang mereka tahu, pemimpin mereka tak pernah salah. pemimpin pas yang sokong umno sahaja yang salah. kalu dulu pemimpin mereka kata anwar kaki jubur semasa anwar dalam umno, la ni cuba pemimpin pas kata benda yang serupa, mau kena baling kasut agaknya. mungkin dikatakan pengkhianat dan cuba merosakkan kekuatan pakatan. ahli pas dok doa karpal mati jer pasal nak langkah mayat karpal, tapi kena langkah dulu mayat sorang lagi ahli pas yang menjadi pembela karpal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2014 at 8:32 PM

Selagi suburnya madrasah2 dan sekolah2 pondok yg hanya melahirkan pak2 janggoat yang sudah dibrainwashed dari kecil lagi bahawa UMNO-BN itu kafir, maka selagi itulah ada saja yg melayan wayang jajaan PAS ini.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 19, 2014 at 8:52 PM

Hudud PAS ni tak ADIL. Cuba bayangkan kalau dalam satu kumpulan perompak tu ada Islam dan bukan Islam kena tangkap. Perompak Islam tu kena potong tangan manakala yang bukan Islam tak kena. Adilkah hudud PAS ni ?

Post a Comment