........... Dakwaan Tun Daim - Kementerian Kewangan Kena Jawab ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dakwaan Tun Daim - Kementerian Kewangan Kena Jawab !

Wednesday, April 23, 201433comments



KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menggesa kerajaan memenuhkan portfolio Menteri Kewangan bagi memastikan sistem kewangan dan perbelanjaan negara berjalan dengan lebih baik.

Bercakap dalam Program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin yang membicarakan topik "Ekonomi Bandar Malaysia, Adakah Bandar Melayu?", beliau yakin aliran perbelanjaan negara dapat diurus dan ditadbir dengan baik sekiranya portfolio Menteri Kewangan dipenuhkan.

"Ini adalah isu serius, kerajaan Malaysia berhutang RM600 billion setahun kerana tidak pandai mengurus sistem kewangan dengan baik, ini menyebabkan belanjawan negara jadi tinggi dan akhirnya rakyat menjadi mangsa.

"Sistem kewangan negara perlu dikaji semula, kerajaan harus bijak mengurus dan mentadbir perbelanjaan negara supaya tidak membebankan rakyat," katanya.

Menurutnya lagi, dasar pincang yang diamalkan kerajaan merupakan faktor utama masyarakat mula menyokong pihak pembangkang.

"Bila perbelanjaan harian meningkat, rakyat akan mula rasa terbeban dengan sistem yang diamalkan kerajaan, sebab itulah pihak pembangkang semakin kuat disokong rakyat.

"Kerajaan tidak boleh marah atau tidak puas hati atas keputusan rakyat yang kini semakin berpihak kepada pembangkang, kerana amalan kerajaan masa kini banyak membebankan rakyat," jelasnya.


                            ************************

Berat ni apa yang diucapkan oleh Tun Daim seperti artikel Sinar yang saya copy di atas. 

Paling tidak, kerajaan kena jawab point2 yang didakwa oleh beliau. Tun Daim bukan calang2 orang dan pastinya beliau tahu apa yang beliau sebut.

Antaranya -

1 - Perbelanjaan dan ekonomi negara TIDAK diurus dengan cekap dan baik. Dengan katalain, Menteri Kewangan yang ada sekarang tidak layak memegang jawatan itu. Biarlah seorang yang mahir dalam bidang ekonomi dan kewangan memikul tanggungjawab itu. 

Bila dah tak mahir, terpaksalah pula bayar para konsultan. 

Sekurang2nya kerajaan dapat jimat berbillion RM dari terpaksa membayar para konsultan yang hasilkerja mereka juga ramai yang pertikaikan. Tak perlu diperingatkan pelbagai dasar ekonomi yang terpaksa ditarik balik untuk dikaji semula selepas diumumkan kerana dasar2 itu tidak mempunyai jiwa Malaysia .... terlalu liberal.

2 - Kerajaan Malaysia berhutang RM600 billion setahun ? ? ?

3 - Dasar kewangan negara membebankan rakyat

4 - Amalan kerajaan banyak membebankan rakyat.

Saya percaya ada pihak yang sedang berkira2 mahu membalas kenyataan Tun Daim bagi pihak kerajaan Najib. Baguslah ...... tapi jangan hanya tumpukan kepada persepsi kononnya Tun Daim berkata sedemikian kerana sebab2 peribadi. 

Bukan nak backing Tun Daim sebab saya pun bukannya kenal sangat beliau. Ikut pandailah kalau nak hentam beliau pun tapi diharap jawaplah juga dakwaan2 Tun di atas.

LEBIH AFDAL kalau Menteri Kewangan ( atau timbalannya ) sendiri yang jawab.

Baca juga Putra Merdeka atas isu yang sama.

Kemaskini - ( sinar )

Tun Daim turut menjelaskan kritikan beliau di atas  -

KUALA LUMPUR - "Saya bukan anti-kerajaan," tegas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin ketika mengulas tentang kepincangan Menteri Kewangan dalam mentabdir urus sistem perbelanjaan negara.

Menerusi ucapannya dalam Program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin petang ini, beliau turut menegaskan tegurannya tidak ada kaitan dengan sebarang unsur anti-kerajaan sebaliknya ianya hanya satu perbincangan dan cadangan yang dikemukakan sebagai penambahbaik dalam penyelarasan ekonomi bersama.

"Saya bukan bermusuh dengan kerajaan, saya cuma anti dengan dasar kerajaan yang sudah lompong dan tidak betul.

"Ini isu yang serius, rakyat harus tahu bahawa dasar yang diamalkan kerajaan tidak memberi faedah serta manfaat kepada rakyat malah ianya telah membebankan rakyat dari segi peningkatan perbelanjaan ekonomi seharian," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan perlu selidik dan memperbetul semula dasar perlembagaan kerajaan supaya ekonomi negara dapat dimajukan.

"Kerajaan sepatutnya mencari cara  serta jalan penyelesaian untuk menangani masalah ekonomi di negara ini.

"Kerajaan juga harus mengambil kira keperluan kita sebagai orang Melayu dari segi ekonomi dan pembangunan demi memajukan kehidupan bangsa Melayu," katanya lagi.

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2014 at 1:55 AM

Jawapan najib ialah - 'diam'
Jawapan kj - belum tahu dia ni ok tak bab ekonomi - taraf dia taraf rafizi -
Jawapan pro najib - ini agenda jahat daim/mahathir nak jatuhkan najib !?
Jawapan pengundi? - mereka jawab di setiap peti undi prk dan pru14 nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 4:01 AM

Tun D bekas menteri kewangan..tahu dan dpt menilai apa yg berlaku dlm kerajaan BN. DS Najib tiada wibawa, tidak tahu mengurus negara, mengharapkan menteri2 dia yg juga tidak berpengalaman...yg cuma mengharapkan penasihat mereka. Apa sudah jadi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 5:01 AM

Kerajaan kena kaji sama ada apa yg di kata oleh Tun itu ada kebenaran utk kebaikan semua rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 7:02 AM

Jika dah ada teguran elok berhati hati kena belanja berhemah dlm segala segi jika boleh berjimat cermat setiap yg dibelanja akan memberi faedah kpd rakyat. Satu contoh umur bersara berkhidmatan awam memadai sehingga 55thn, gaji guru memadai dgn gaji diploma bagi sekolah rendah tak payah memerlukan ijazah sebab gaji terlalu tinggi dan banyak lagi perbelanjaan yg perlu di kaji.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 7:05 AM

Najib kena terima secara positif...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 7:07 AM

Daim ni Diam orangnya....bersuara jika perlu.... dan kini beliau bersuara....tentu ade yg tak kena..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 7:44 AM

seharunya Daim & Mahathir dijadikan penasihat ekonomi & politik Najaib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 7:49 AM

Komen kluanman...terbaiiiiikkk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 8:00 AM

Kalau tengok track record masa krisis ekonomi dulu, Tun Daim telah membuktikan bahawa beliau berjaya menguruskan ekonomi dengan cukup baik. Najib jgnlah malu mata utk menjemput Tun Daim ke pejabatnya utk berbincang dengan Tun Daim bg memperkukuhkan ekonomi Malaysia. Jangalah Najib terlalu percaya dengan punah sihat atau punai sihatnya sangat.

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2014 at 8:22 AM

Saban minggu kita mendengar kemalangan bas express yang disebabkan oleh pemandu yang samada cuai atau positif dadah dan pihak JPJ telah gagal menangani isi ini dengan sebaik mungkin dan begitu juga Najib dan PEMANDU nya yang telah gagal memandu ekonomi negara kearah yang sepatutnya. Jadi Pengarah JPJ dan Najib seeloknya berhenti dan berihat dirumah saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 8:23 AM

Org meniaga, company sendiri, compare dgn gomen, mcmmn mrk menguruskan dan menggunakan sumber dan mcmmn mrk berbelanja, big different.

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2014 at 8:30 AM

Perbelanjaan dan Pemborosan dalaman :-

1. Apa yang kita hendak tahu ialah sumber-sumber utama pendapatan kerajaan dari segi kutipan cukai dan hasil pelaburan jangka pendek dan jangka panjang.

2. Kemudian sumbangan GLCs - paling utama ialah kemampuan Khazanah dengan penyelaras konsultan 'jadian' nya, yang di tubuhkan PM Najib iaitu Pemandu. Ini yang kita tahu dalam paparan. Jika di kaji mendalam, banyak lagi yang di tubuhkan secara tidak beretika supaya segala urusan itu konon nya nampak kemas - sebalik nya di jadikan kambing hitam unuk tujuan kepentingan seseorang dan kumpulan pengurusan nya. Jika Pemandu konon nya boleh menyasarkan RM7.2 billion, bayangkan wujud nya entiti yang sama di atas nama ' kepakaran' yang di tubuhkan di bawah urusan Khazanah. Isu MHAB, MAS, Komunikasi, 1MDB, Program Utama setiap Kementerian - bidang keberhasilan dalam setiap program PM Najib.

3. Memang saya sokong KK mesti di ketuai oleh individu cekap dan beramanah. Sidang atau lembaga mereka mesti berteraskan kepakaran bersama Bank Negara yang semesti nya 100% Urusan Kerajaan Malaysia. Bukan urusan Konsetan. Jika dulu kita lihat Bajet dan Penyelarasan nya secara bersepadu, keterlibatan setiap kementerian membuahkan kejayaan pembangunan sehingga ke akar umbi. Sudah pasti KESAN dan MANFAAT nya di limpah nikmat kepada rakyat. Ini lah TUJUAN nya. Bukan melencong ke dalam poket-poket yang di beri gaji besar, kemudahan kelas pertama penuh kemewahan sehingga melangkaui Jawatan-Jawatan Utama Kerajaan dalam gred masing-masing. Ramai yang berkecil hati.... natijah nya, sokongan di alih kepada Pembangkang - yang bijak mencedok di air keruh !

4. KK mesti di kaji dan di gerak secara komprehensif. Tiada lubang dan ruang terselit nya 'penempelan' pengurusan kewangan kerajaan. Petronas mesti di lihat semula sebagai penyumbang terbaik untuk kerajaan, selagi hayat nya masih sihat. Begitu juga peneraju sektor-sektor utama seperti perladangan, pertanian, industri dan teknologi fizikal / nano. Mencari sumber baru dalam tanah dan sebagai nya. Sumber terbaru.

5. Bagaimana pula kutipan kastam dan imigresen? Sektor ini semesti mesin duit kerajaan. Begitu juga cukai-cukai koporat di mana untung-untung mereka sentiasa luabiasa dan berganda-ganda hasil sokongan polisi kerajaan. Bukankah rakyat jelata berhak ke atas nya ? BR1M itu BUKAN pemberian yang sia-sia. Rakyat akan berbelanja semula. Kecairan tunai akan di nikmati semula oleh kerajaan dari segi pertumbuhan ekonomi dan kekangan inflasi.

6. Kawalan harga barangan, bahan mentah dan hasil-hasil dari nya. Kerajaan selalu gagal dan tersepit akibat desakan. Sehinggga kangkung di jadikan momokan. Jika kerajaan menyediakan pasaran sihat, tiada monopoli, maka rantaian ekonomi dalam sektor-sektor pelbagai boleh berlaku secara sihat dalam bentuk biasa mekanisma permintaan dan penawaran di mana harga bokeh di kawal had nya. Selalu nya para pemborong dan peniaga sentiasa mengambil kesempatan. Majoriti mereka kaum cina di mana waktu ini mereka kuat menyokong pembangkang terutama nya DAP. Ini realiti. Itu kenapa mereka kayaraya kerana mampu memanipulasi. Kerajaan sepatut nya lebih berhati-hati.

Ide biasa nya wujud dari fikiran karut marut. Jika di selusuri dan di perhalusi secara tuntas ( kata PM Najib ), yang mustahil itu menjadi logik kepada manusia jika di guna ilmu secara betul dan bermanfaat. Terserlah lah hasil-hasil yang tidak di duga. Ini rezeki tidak di duga, janji Allah SWT.

Bukan Amalan Pemborosan dan Pembaziran kesukaaan manusia 'Con' dan Setan ! Kita tidak mahu mereka sentiasa melebihi kekenyangan. Kita ingin lihat yan miskin dan sederhana tidak lagi lemas dalam kehidupan. Tugas kerajaaan menjaga dan membela seoenuh nya kerana mereka kerjaaan mampu berkuasa untuk jangka lama. Dekat lah pada hati rakyat ini, PM Najib ! Mereka yang kaya berharta biasa nya musuh yang nyats ! Lupa daratan.....

( lama tak celoteh dalam blog anda, din.... saja luah rasa biasa )

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
April 23, 2014 at 8:35 AM

secara langsung, ini semua akibat keTIDAKPANDAIan dan keTIDAKCEKAPan PEMANDU yang begitu dibanggakan oleh ajib..kena lagi pm clueless..makin teruk lah jadinya..boros sini, bazir sana, tiris sini, tembus sana..last2 rakyat yang dibebankan. 1MDB lagi hampeh. cuba baca OSTB..

even penyokong kerajaan mcm aku pun marah..aku pun tak setuju dgn GST selagi pembaziran aka kebodohan kerajaan dalam pengurusan dan perbelanjaan tidak diselesaikan terlebih dahulu. ngam2 pulak skrg ni kena settlekan income tax..memang amat sakit hati terpaksa bayar tax begitu banyak tapi burn macam tu saja bila sampai kepada si bodoh dalam kerajaan. apa mereka fikir duit tax itu aku kutip tepi jalan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 8:41 AM

Konsultan yang banyak membawa bencana kepada kestabilan ekonomi negara. Antaranya seperti rasionalisasi subsidi, transformasi nasional dan dasar-dasar yang hanya merugikan bumiputera seperti pemansuhan MeCD dan dasar meritokrasi. Kemasukan beramai-ramai bukan melayu ke dalam GLC seperti Petronas juga memberi kesan kepada penguasaan ekonomi bumiputera.

Sekarang ni insuran, harga rumah, harga kereta, barang-barang runcit dan segala keperluan harian semua dah naik harga. Gaji RM5,000 pun dah jadi kecik dan tak mampu nak menanggung kos sara hidup masa kini. Inikan pulak yang bergaji di bawah RM2,000, lagilah sengsara, lebih-lebih lagi jika tinggal di bandar-bandar besar. Syarikat-syarikat besar yang rata-ratanya dimiliki oleh bukan bumiputera sedang berkira-kira untuk mengurangkan bilangan pekerja bagi mengurangkan kos. Ini menyebabkan semakin bertambahnya bilangan penganggur di negara ini. Inilah yang terjadi kepada siswazah di negara ini. Kelulusan ada, tapi kerja tak ada.

Rakyat semakin terhimpit dan terbeban kerana dasar kerajaan yang tidak mementingkan rakyat. Konsultan banyak mencedok teori-teori ekonomi dari negara barat yang tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2014 at 8:55 AM

yang baik saya sokong, yang buruk aku bangkang habisan!
bukan sikap aku bertalam dua muka. Kata-kata Tun Daim adalah sama dengan riak gaya dan nada Tun M. Najib tidak ada tokoh dan samasekali tidak berupaya memerintah Negara. Nak perintah Negara? perintah bini suruh pakai tudung pun tak boleh. Negara semakin menuju kesatu titik kesukaran sejak zaman Wak Lah jadi PM diwarisi pulak oleh Najib yang rakyat tahu beliau serba tak kena dalam banyak isu terutama isu membela melayu. Kalau cina buat apa saja, najib butakan mata telinga, Tapi kalau isu isu kemajuan melayu, beliau hanya ibarat berkokok dipuncak pagar tapi ekor ada tahi. Gerakkan pembunuhan kuasa melayu oleh Pakatan haramjadah dibiar saja, Negeri Sabah terancam berpanjangan, harga barang naik tak terjangka, kebanjiran orang asing dalam komoditi masyarakat hingga menimbulkan keresahan dan banyak lagi. Itu tidak termasuk pemberian BRIM yang kelihatan sebagai menjadikan ianya satu pemberian kemestian setiap tahun kepada rakyat. Tak bagi, rakyat akan pangkah selain BN dalam PRU. Dah bagi pun mereka pangkah PAS jugak, Pangkah PKR jugak dan berapa ramai lagi cina jahanam yang pangkah DAP asal bukan BN! Semua ini najib hanya "terhantuk seketika" saja, tapi selepas itu beliau tidor diulit para punahsihatnya. Menteri yang dilantik sekarang ibarat tin tin kosong. Berkocak kuat semasa ada pemilihan, lepas itu banyak tindakkan kerja buat yang diambil hanyalah sebagai tak nak dikata "duduk saja makan gaji buta".
Mohon najib dan menteri-menteri celiklah..Bangkitlah dari lamunan. Sedarlah melayu kini hanya tunggu masa untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Kalau sudah sampai ketahap melayu merangkak dibumi sendiri, menteri-menteri melayu akan disumpah hingga ke anak cucu. Pak najib, anda akan dihina kerana meruntuhkan apa yang arwah bapak anda (Tun Razak) bina untuk kekuatan orang melayu dibumi Melayu ini.
Cetusan ini lahir dari hati saya yang tersangat bimbang akan kedudukan melayu, kedaulatan Malaysia ini, Andai saya dihalau dari bumi Malaysia ini, kemana lagi akan aku pergi????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 9:53 AM

Anon April 23 5:01am

Nak kaji kebenaran mendenya lagi?... Aku bukan pakar ekonomi, aku komen dari yg nyata depan mata ... dah memang harga semua naik, nilai matawang RM jatuh banding negara2 jiran. Gaji naik jugak, tapi tak selari dgn kos hidup. Yg kena di kaji, kat mana silapnya pentadbiran kewangan kita, atau ada polisi kerajaan yg menghalang pertumbuhan ekonomi etc etc .... lepas tu baru cantas org dlm kerajaan yg tak bole pakai, atau letakkan org yg sesuai mengikut skil mereka ... bukan ikut aliran politik!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 10:04 AM

Saya bukannya anti BN...kerajaan Malaysia berhutang RM600 billion setahun. So selama ini duit BRIM adalah datangnya dari duit berhutang sebab kerajaan sendiri tidak berduit. Betul kata AYAHANDA yang najib harus berhenti dari pemberian BRIM yang tidak praktikal .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 10:11 AM

Penilaian Tun Daim harus di terangkan oleh menteri.
Ini bukan penilaian Anwar dgn kote bengkok sesaat 6 kotak bukti.
Tapi bekas menteri kewangan yang bersama TunM mengemudi DUA recession bertaraf DUNIA!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 11:03 AM

Ah Jib Gor sila jawab...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 11:24 AM

Saudara DT,

Pertama sekali kita perlu ingat Tun Daim merupakan individu penting yang bertanggungjawab menyelamatkan negara semasa krisis kewangan Asia 1997. Pakar ekonomi menggelar beliau "Mr Fix It" disebabkan kepakaran beliau dalam menangani sesuatu krisis. Dr Mahathir memanggil beliau kembali berkhidmat dalam kabinet bagi membantunya menghadapi arus menggila golongan kapitalis ketika itu.

Kepakaran Tun Daim terbukti apabila kita berjaya keluar dari krisis 1997 tanpa meminjam satu sen dari IMF. Walaupun pertumbuhan negara pasca 1997 tidak seperti sebelum krisis, kita masih berupaya memulihkan ekonomi dengan kepakaran orang Melayu sendiri.

Saya bersetuju dengan semua dakwaan Tun Daim mengenai situasi ekonomi kita. Baik dari segi pengurusan kerajaan dan Kementerian Kewangan itu sendiri. Cadangan beliau agar portfolio Menteri Kewangan dipenuhkan amat tepat pada masanya.

Pendapat saya mengenai portfolio itu "dipenuhkan" bukan bermaksud mahu ditambah lagi jawatan Menteri Kewangan Ke-3, tapi jawatan itu perlu disandang oleh seorang yang khas. Bukan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Kementerian ini amat kritikal yang memerlukan tumpuan 100%, bukan sebagai "secondary role" seperti sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 12:03 PM

utang namratus bliyun setahun...ingkam setahun entah berapa bliyun jer...defisit defisit defisit...setiap tahun defisit...fulus fulus fulus...entah berapa lama buleh tahan la...ini masyam buleh jadi muflis la...ting ting ting

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 12:11 PM

Jika berhutang $600b dulu mgapa berjanji beri brim ??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 1:10 PM

Dulu aku mampu membuat tabungan atau simpanan RM100 setiap bulan. Sekarang ni nak menabung RM10 sebulan pun amat-amat sukar sekali. Gaji naik pun belum mampu untuk mengatasi kenaikan harga barang. Ini kerana nilai wang kita semakin menguncup tetapi kos sara hidup pulak semakin mengembang. Apa tidaknya, bila masuk jer gaji, tak sampai setengah bulan, kadar perbelanjaan dah mencecah 60% ke 70%. Tiap-tiap bulan macamtu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 1:18 PM

Kerajaan banyak membazir untuk mengkomersialkan atau mempopularkan jenama 1Malaysia, 1M4U, I Love PM, Endless Possibilities, GTP, ETP dan macam-macam lagilah idea karut-marut yang takde faedah satu sen pun kepada rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 1:22 PM

Menteri Kewangan adalah menteri yang khusus untuk mengurus kewangan negara semata-mata. PM terlalu banyak kerja dan tak mampu memberi tumpuan 100% kepada kewangan negara. Oleh itu, Najib mesti meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan dan lantiklah seorang menteri yang lebih berkelayakan.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
April 23, 2014 at 2:12 PM

@Anonymous

Aku setuju dengan Anon April 23, 2014 at 7:44 AM.

1. Selagi ada hayat gunakanlah khidmat Tun Dr M & Tun Daim. Mereka berdua ini memang terbukti dan diakui cekap dalam pengurusan negara termasuk pengurusan kewangan.

2. Apalah susah2 Najib dan kerajaan nak bayar "CONsultant" banyak2 tapi hasilnya mengecewakan. Negara2 luar beriya2 hendakkan nasihat kedua2 Tun Dr M & Tun Daim. Apa kata Najib berlapang dada dan berjumpa serta berbincang dengan mereka berdua ?

3. Salah satu yang aku tak berkenan ialah gaji minima pekerja RM900. RM900 belum masuk caruman PERKESO dan KWSP. Boleh mati PKS dibuatnya! Dah tau PKS tu ramai usahawan Melayu. Macam nak bunuh anak bangsa sahaja!

4. Disebabkan gaji minima ni juga harga barang NAIK! Tu belum dikira tarif elektrik untuk komersial.

5. Kemudian matikan PKS dengan ajak rakyat shopping di hypermarket yang sah2 kebanyakannya dipunyai oleh bangsa lain. Mestilah hypermarket dapat harga murah, mereka beli secara pukal dan kreditnya lama sangat.

6. PUNCA masalah sebenar tu yang kena dicari dan diselesaikan bukan dengan buat kempen atau tagline 1Malaysia itu dan ini.

7. Najib suka dengar cakap CONsultant (yang mungkin sokong pembangkang)dan ikut pembangkang. Harap dengar cakap pemimpin2 UMNO terdahulu, mereka lebih arif.



....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2014 at 2:39 PM

TerimaKasih diatas pandangan anda. SEMUA nampaknya sokong kenyataan Tun Daim yang ekonomi kita tidak diurus dengan cekap kerana orang yang dipertanggungjawabkan ( atau sendiri perasan bagus ) tidak mahir.

Yang sering disebut adalah kadar peningkatan ekonomi tapi yang sering dipendamkan adalah kadar inflasi. Keduanya harus dilihat secara bersama untuk menilai lebih tepat apakah ekonomi kita sebenarnya semakin mantap atau memakan diri secara perlahan2.

Dikhuatiri hanya segelintir kecil saja yang ekonomi diri mereka melantun2 naik dan jika diambilkira sebagai purata, memanglah nampak secara keseluruhannya meningkat.Padahal majoriti rakyat semakin terhimpit disebalik peningkatan gaji dan BR1M .... sebab nilai wang semakin jatuh.

Semoga mendapat perhatian mereka yang berkenaan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 3:47 PM

Bil Letrik naik berganda...hingga 15% ..lebih,..tapi kata TNB untung. Mana ke tidaknya Bonus kakitangan hinga 6 bulan...gila kan. Kalau engineer gaji 10K...bermakna dia dapat duit lagi 60k., bagaimana pula lembaga pengarah yang gaji puluh ribut tu, Jadi disitulah duit diperhabiskan yang kita bayar 15% tu. Tun kata buat le sikit-sikit...tapi mereka pekakkan telinga. Pada masa TUN..bonus GLC dihadkan ...HARAP Kerajaan ambil perhatian.Begitu juga lain-lain GLC. Cuba nyatakan berapa bonus yg diberi kepada kakitangan...sedangkan syarikat GLC tu memang yg dah untung bukan sebab effisien tetapi rakyat terpaksa bayar dalam apa keadaan juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 3:52 PM

Tun M mencadangkan supaya ringgit ditambat kepada RM2.80 berbanding dolar. Jika Tun M dah berkata begitu, nampaknya memang sahlah bahawa nilai ringgit kita dah semakin menurun. Apa yang boleh dibeli dengan nilai ringgit yang kecik ?

http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/tambatan-ringgit-wujudkan-keyakinan-dalam-pasaran-tun-m-29852

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 5:47 PM

salam,

setuju dengan pandangan tun daim dan para pengomen. cakap tun daim tak boleh dipandang sebelah mata atau dibuang ke dalam tong sampah. itu adalah pandangan orang yang melihat dan berfikir. td bercakap untuk kebaikan negara dan rakyat. nak harap pemimpin pembangkang dan pemimpin bn, mereka pun lingkup dalam praktikal. asyik membodek kerjanya. bab ni kena lihat luar skop politik. turunkan ah jib gor, naik aljubori pun belum pasti boleh pulih dalam sesaat.

penyokong kuat ah jib gor kena lihat kritikan ini dari sudut positif. bukan membela ah jib gor dengan memburukkan td. keupayaan td telah terbukti berjaya walaupun orang kata berada di zaman yang berbeza. kita kena belajar daripada sejarah dan td masih lagi aktif dalam bidang ekonomi. harap ah jib gor dapat berbincang dan bermesyuarat lebih kerap di pejabat dan bukan lagi merasmikan dan menayang muka keseluruh pelusuk negara. tindakan yang penting adalah menyelesaikan masalah ini dengan tindakan yang betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 8:07 PM

Najib ni a believer of multitasking bro
Mahathir took the ministry pasal anwar sudah bikin pasembor MOF

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 8:12 PM

Setuju sangat2. TDM dan DAIM adalah gandingan yg terbaik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 23, 2014 at 11:58 PM

komen2 yang baik dan bernas....

Post a Comment