........... 'Cukup2lah Berpolitik ....' Nasihat Yang Bagus Tapi Takder Siapa Nak Dengar ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

'Cukup2lah Berpolitik ....' Nasihat Yang Bagus Tapi Takder Siapa Nak Dengar ...

Thursday, April 24, 20148comments


"Mereka (pemimpin politik) harus sedar bahawa rakyat sudah bosan dengan sikap berpolitik sepanjang masa hingga melupakan agenda pembangunan negara." kata Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mansor Mohamad Noor - Astroawani.

Betul tu, saya percaya semua orang termasuk orang politik pun bersetuju dengan kenyataan beliau. Orang Pas saya tak pasti, sebab sebelum ini selalu disebut oleh mereka yang politik itu sendiri tidak dapat dipisahkan dari kehidupan dan agama.

Masalah utama yang saya lihat disini adalah dari sudut definisi.

"Sudah tiba masanya sikap mahu partikan negara ini dihentikan, sampai bila nak berpolitik sepanjang masa? sepatutnya selesai pilihan raya, sama-sama bangunkan negara.

"Kalau ada kelemahan, jangan dipolitikkan tetapi beri penyelesaian, negara tidak ke mana kalau setiap masalah dipolitikkan tanpa ada penyelesaian," 

Setiap orang akan melihat kenyataan di atas ditujukan kepada orang lain, BUKAN kepada dirinya sendiri !

Perkara ni dah lama dibincangkan, takkan ke mananya. Bagi pembangkang ( 'pembangkang' ini sebenarnya merujuk kepada kedua BN dan PR ), penyelesaian utama adalah dengan jatuhnya lawan. Setelah lawan jatuh, mereka akan ambilalih dan ketika itu setiap masalah akan diselesaikan ......

Jadi sementara nak tunggu lawan itu jatuh, kenalah rakyat berkorban ... begitulah keadaannya sekarang.

"Cukup-cukuplah berpolitik, hadkan ketika musim pilihan raya sahaja, bekerjasama bangunkan negara demi rakyat," 


Sememangnya itulah kehendak rakyat .........  dan kehendak parti yang memerintah ! ( 'parti yang memerintah' ini juga merujuk kepada kedua BN dan PR )

Pesanan yang bagus tapi bagi saya umpama mencurah air di daun keladi.



Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2014 at 6:27 PM

PKR dan DAP Sarawak tak henti2 berpolitik.Ada saja yg tak betul kerajaan buat.Tarif letrik pun dipolitikkan DAP (walaupun tarif letrik di Sarawak adalah terendah).Setiap hari ada saja PKR dan DAP "muncul" dgn bermacam statement dlm newspaper tempatan spt Borneo Post.Semua kerajaan buat tak betul.BR1M pun mereka anggap merugikan rakyat! Bot karam pun BN punya angkara.

Setuju sangatlah jika berhenti berpolitik selepas PRU.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2014 at 6:32 PM

sama jgk la dgn kat selangor.. misti khalid harap wakil rakyat bn x politikkan isu air... mcm kata din turtle, semua pihak akan lihat kenyataan ni utk pihak lg satu. saling salah menyalah mmg smp bila pun x abis.

....................
Reply To This Comment ...................
April 24, 2014 at 6:34 PM

' cukup2lah berpolitik' .... ayat itu sendiri akan dijadikan politik ! hahaha ... selagi niat untuk jatuhkan lawan itu membara, selagi itulah POLITIC RULES.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2014 at 7:33 PM

Org politik menganggap mempolitikkan perkara tak kira kecil atau besar adalah tugas utama yg wajib mereka lakukan sbg ahli politik. Jika tidak nnt rakyat anggap mereka tal buat kerja!
Haha.. What a poor politician. No accauntability to make nation prosper and move forward.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2014 at 8:05 PM

salam,

dulu orang berpolitik macam ni juga. tapi tdm tak peduli apa yang pas dan dap nak kata, dia ikut apa yang telah dirancangkan. la ni, kerajaan nak buat pun takut pasal pas, dap dan pkr dok pakat nak sembur kerajaan. yang pembangkang kat negeri pulak tak reti nak berhujah. asal hujah ikut macam pembangkang. keuntungan pembangkang, kerajaan negeri diorang selamat daripada diserang. yang asyik dok kena serang kerajaan pusat. kerana kerajaan pusat banyak ikut cakap pembangkang daripada penyokong. mungkin kena ikut cakap pembangkang kerana pembangkang ada 52% undi popular. tu yang takut sangat sampai semua tindakan lebih kepada politik dan kait belaka kepada rakyat dalam bentuk politik. semua yang kerajaan buat dilihat dari sudut politik. bagi brim politik, gst politik, bantuan banjir politik pasal yang berada di kampung pembangkang tak dapat bantuan tilam, dan sebagainya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 24, 2014 at 11:19 PM

dah nama orang politik. nak tidur ingat politik. dalam mimpi pun politik.
tak caya tanya aljuburi. sepatutnya selesai jer pilihanraya...masing2 buat kerja...majukan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 25, 2014 at 9:02 AM

nanti bila matahari terbit dari barat~~~pintu taubat dah tertutup rapat~~~maka~~~sebelum terjadinya perkara demikian~~~bertaubatlah mulai sekarang dan seterusnya~~~sebelum terlambat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2015 at 6:40 AM

Sy setuju sgt dgn artikel ni..parents sy org kuat pas, sy bukan ape..sy kurang bersetuju bile agama dipolitikkan..jd kacau, matlamt murni nk tegakkan agama jd keliru. Sy dh nyatakan bnde ni kt parents sy, alih2 sy dimasukkn sbg ahli tanpa rela, dn dipkse mnjdi petugas dlm apa jua event dibwh parti ni. Sy betul2 x puas hati, spt pndirian sy x dihormati dn diperlekehkan. Kadang2 bila sy bertegang urat utk x menyetujui prinsip parents ttg ni, diorg pndg sy mcm kafir.Sbb ayah sy org kuat pas dan orng kenal.Jd, sy terpkse bermuke-muke demi nk jaga maruah die. Bole bg jln penyelesaian x?

Post a Comment