........... Apakebenda Pulak Bot Dua Alam Ni ? Pelik2 Terengganu Ni La .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apakebenda Pulak Bot Dua Alam Ni ? Pelik2 Terengganu Ni La ....

Wednesday, April 2, 201422comments

Ni apakebendanya pulak Bas Dua Alam yang dikatakan kerajaan Terengganu nak sangat beli ni .... buat orang terkejut jer, ada jer yang pelik2 Terengganuku ini..


Dari Sinar - Bas amfibia di Tasik Kenyir



- Terengganu nak beli 2 buah bas amfibia berharga RM3juta sebuah
- Boleh muat 50 orang dengan kelajuan 8 knot dalam air
- Daya tarikan di Kenyir dan membantu mangsa banjir

Kalau saya kata MEMBAZIR mesti ada yang melenting nih ..... tak kisahlah asalkan kita berdebat berdasarkan topik bukannya politik atau peribadi. Jom layan ...

Nak dijadikan tarikan pelancong di Kenyir ?

Hmmmm .... memang nampak menarik bas dua alam ni sebab ia pelik. Pasti menarik perhatian. Tapi dalam soal menarik perhatian pelancong ni, persoalan utama yang harus kita utamakan adalah produk utama kita. Apakah kedatangan pelancong kerana produk utama kita atau kerana produk sampingan ?

Dalam kes ini, produk utama adalah Tasik Kenyir dan bas amfibia ini cuma produk sampingan.  Mereka tidak akan ke Kenyir semata2 nak tengok atau nak naik bot amfibia ! 

Mungkin Kompleks Bebas Cukai Kenyir bakal jadi tarikan utama bagi mereka untuk ke Kenyir dan bot ini bakal jadi tarikan sampingan ...... oklah, saya pun memang tak sabar nak tunggu benda kompleks bebas cukai dalam hutan ini dibuka secepat mungkin, pasti ribuan pelancong akan datang ke Tasik Kenyir nanti.

Dan mereka akan gunakan perkhidmatan bot amfibia ini untuk ke kompleks tersebut ..... errrr .... tapi .... kalau tak silap kerajaan Terengganu sudah pun membeli bot berharga RM2juta yang boleh memuatkan sehingga 100 orang bagi tujuan itu.

Menurut laporan media, bot itu sudahpun tiba bulan Ogos tahun lepas .... kompleks bila nak siap belum tahu lagi ( katanya tahun ni.... dulu kata nak siap sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 ! ) Sebuah lagi entah dah sampai ke belum saya tak pasti pulak.


Jadi mungkin bot amfibia itu untuk pelancong bersiar2 di Tasik Kenyir...... atau mungkin untuk bawa pelancong direct dari bandar Kuala Terengganu dan bila sampai je Tasik Kenyir, terus je masuk dalam air ! Tak payah turun dan naik bot biasa dah .... peeeeergh .... memang gempak !


Hmmmmm ..... Kalau nak ke Kompleks Bebas Cukai dah ada 2 bot 100 penumpang, ni nak bersiar2 pun akan ada 2 bot 50 penumpang .... saya nak tanya satu soalan penting - Habis tu, pengusaha2 bot di Tasik Kenyir nak makan apa ?


Kalau dah kerajaan sendiri menjadi pesaing kepada pengusaha bot, susah lah .... bukankah benda macam ini yang sering dibisingkan ? Kerajaan atau GLC seharusnya membantu pengusaha bukannya menjadi pesaing dan mematikan pengusaha tempatan !


TAPI ... bot amfibia ni boleh tolong rakyat masa banjir kelak .... OKlah, yang ni saya tak boleh nak lawan hujah. Kesian mangsa banjir yang tak dapat nak ke Maidin bershopping, bila dah ada bas amfibia ni nanti, banjir pun tidak mampu halang nafsu bershopping rakyat !


Hoi ! Ayat cari pasal tuh ...


Seriusli, nak tolong mangsa banjir pakai bot amfibia ? Siap berhenti tepi bumbung rumah mangsa banjir ? 


Mungkin boleh buat .... tak dinafikan. tapi cuba BANDINGKAN dengan bot penyelamat yang biasa digunakan ..... mana lebih efektif ?




Letak pulak dana RM6 juta ..... antara 2 buah bot amfibia atau 300 buah bot seperti di atas ( jika sebuah bot beserta enjin berharga RM20k ), mana lebih BERBALOI ? 

Tapi bot old school macam tu tak boleh pergi Maidin ! Takder aircond pulak tuh ....bumbung pun takder kalau hujan ...

OKlah, korang menang...

Secara peribadi, saya lebih suka jika dana RM6 juta bagi tujuan pembelian 2 buah bot amfibia itu digunakan bagi mewujudkan bengkel besar membina bot fiberglass di Tasik Kenyir. 

Rakyat tempatan dapat pekerjaaan dan kemahiran, bot2 pelancong dapat dibina sendiri dengan harga yang lebih murah dengan design yang khas untuk Tasik Kenyir, pinjaman mudah dapat diberikan kepada pengusaha bot dan disamping itu memudahkan urusan membaiki bot bila sudah wujud bengkel itu.

Pengusaha2 yang mendapat pinjaman mudah membeli bot boleh dibuat perjanjian untuk sentiasa berada dalam keadaan berjaga2 / on call setiap kali tiba musim banjir. Nah, berpuluh bot penyelamat sudah tersedia !

Tapi ..... bot2 tu tak boleh pergi Maidin !

Yalah, yalah .... korang menang ! Niat kalau dah pasang tu, memang tak boleh ditahan2 dah. Siapa yang bantah memang kena la ...

Lepas ni apa pulak ? Kapal selam dua alam bagi memudahkan orangramai yang nak ke Masjid Dalam Air ? ( KLiK )



Apapun perhatikan aksi Bas Amfibius di Hungary di bawah -




KLiK ke Youtube.

PS - Sebenarnya bagus dan kreatif idea nak bawa masuk bas amfibia ni ke Tasik Kenyir cuma mungkin belum tiba masanya lagi kerana terdapat keperluan lain yang lebih mendesak.  Itu pandangan peribadi saya ....

Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 8:53 AM

setuju dgn dinturtle..

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
April 2, 2014 at 8:59 AM

hmmm..

cuma nak tanya, jika tiba2 ada masalah enjin ke nak tenggelam ke, ada plan B tak? bot penyelamat yang takde bumbung boleh guna dayung jika enjin rosak. jika bas dua alam ni bermasalah di tengah tasik camne? ada enjin spare tak? ada life jacket tak? minyak diesel tumpah dalam tasik camne pulak?

issshh..sungguh pesimistik la you all ni..bagi can la kerajaan negeri buat dulu.

okay lah..okay lah..

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 9:11 AM

@dontortoisedalam kata lain, bagi can lah kerajaan belanjakan duit tu dulu .... tengok berjaya ke tak :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 10:01 AM

Kita tak mampukah bina kenderaan Amfibia ini .... rasa2nya kita mempunyai kepakaran tersebut .... Kos buat kenderaan tersebut dapat dikurangkan apabila dibina sendiri ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 10:36 AM

Din, aku suka cara pemikiran Mat Said, berani dan mencabar. Sebenarnya masa aku kat australia, benda ni dah ada, cuma kita je di Malaysia ni yang rasa pelik.
http://www.wikiaustralia.com/tour/9035485/
Kalau setakat risiko, sedangkan MH370 yang sophisticated pun boleh hilang sehinggakan P3 Orion dan P8 Poseidon tak dapat cari! So, support la sikit MB Terengganu ni. Lagi pun dia perabih duit pada benda yang kita nampak. Aku bangga pada kesungguhan Mat Said untuk ubah pemikiran dan sosial ekonomi orang melayu terengganu walaupun yang sedihnya aku ni orang penang yang mempunyai KM yang langsung tak hiraukan kami.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 10:42 AM

Silap besar la mat said sbb tak lantik mu jadi penasihat ekonomi kerajaan negeri ganu..
Kalo mu duduk kat situ, insyaAllah Terengganu bakal jadi negeri contoh dan tadbir urus yg cekap. Aminnnn...hehe..

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
April 2, 2014 at 10:46 AM

betul tu bro..

tak reti2 nak berjimat langsung!

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 10:50 AM

@AnonymousDana RM6juta -

1 - beli 2 bot amfibia dan beri kesan negatif kepada puluhan pengusaha bot lain ATAU

2 - beli 200 bot @ 200 pengusaha bot kecil baru akan diwujudkan dan juga satu industri bot di Kenyir

Dua-dua pun boleh bantu banjir. Mana satu pilihan anda ?

Mungkin bila Kenyir dah maju dan pengusaha2 bot sedia ada pun dah maju baru sesuai dibawa masuk bot amfibia itu ....

Tapi kalau dibuat sekarang, apakah nasib pengusaha bot kenyir yang rata2 orang kampung ?

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 10:51 AM

@Anonymoususaha nak jumpa exco pelancongan untuk berikan idea secara percuma pun tak dilayan .....

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 10:56 AM

@dontortoisesaya cuma mahukan perbelanjaan yang telah diperuntukkan itu dibelanjakan supaya dapat hasil semaksimum mungkin kepada SEMUA pihak.

Tapi, mungkin pegawai2 kerajaan ni lebih tahu .... buktinya, tengoklah betapa majunya Kenyir setelah lebih 20 tahun diperkenalkan.

Dan Terengganu betapa makmurnya setelah sekian lama menerima bajet hampir RM2 bil setiap tahun hasil royalti

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 12:17 PM

mb terover sangat sampai nak bagi mampos pengusaha2 kecil bot tasik kenyir. apa yg ada di tasik kenyir ni? pusat pelancongan tahap apa? mengikut survey apakah potensi 'meletup' tasik kenyir menggamit kehadiran pelancong? jangan lebih2 mb, takut nanti glc kerajaan negeri menjadi penabur pasir kepada periuk nasi rakyat. apa kata dana sebesar itu digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan dan kemudahan sedia ada pengusaha2 bot tasik kenyir. mungkin dalam bentuk bantuan atau pinjaman. perut rakyat terjaga dan kunjungan pelancong memewahkan negeri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anti Bohong
April 2, 2014 at 12:36 PM

Yg ini aku tak sokong Pak Din, sbb bas amfibia ni ada wpun agak sedikit mahal berbanding bot fiber biasa tp teknologi dan fungsinya lebih dr bot biasa.. Jangan bandingkan harga sebuah beca roda 3 dengan membeli sebuah bas scania. Kalau macam tu krjn negeri seluruh negara kena stop beli bas lah. lebih baik buka kilang buat bece roda 3 letak enjin Yahama atau Hoinda supaya gerak?

BG aku bas amfibia ini penting contoh utk pindahkan mangsa bangjir secara berkelompok atau membawa pesakit di kawasan banjir. Kedua ia sbg prototype model yg boleh dikaji oleh pengeluar badan bas tempatan utk bina model yang sama. Cuma teknologi power train kita nk ambil mana?

Bengkel buat badan bas mmg banyak Cina Beng punya tp berpuluh tahun buat badan basa enjin seketul pun xreti buat sampai skrg..

Jgn banding bas amfibia dgn bot fibre. banding kan APPLE to APPLE.. salute pd AHmad Said sbb dia cerdik dan berani. Habis duit tetap kena habiskan.. kalau tak duit tu nk lempar ke mana dlm budget negeri? beli bas mcm tu bkn ahmad said sorang je boleh naik mcm Nizar Lambai sibuk nk beli Camry dulu.. tp berpuluh manusia boleh naik.

Kita xpayahlah beli nk beli suatu aset penting pd rakyat dibantutkan dgn cdgn lain yg xmasuk akal? 6 juta nk buat bengkel bot fibre? skrg krjn nk berniaga atau nk bg duit 6 juta tu pd siapa? nnt ckp Kroni UMNO plk. nk buat apa bot fiber smpai 200 biji.. ko nak dayung siang2 atas jalan raya ke hulu terengganu ke Pak Din?

At least bas ni dual purpose.. atas darat lepas tu terjun dlm air.. pelancongan mg confirm menarik. Lepas ni negeri lain spt kedah, perak yg ada tasik2 besar WAJIB lah beli utk aseat pelancongan dn keselamatn.

Cuma yg risau ialah cara mantainance sbb kakitangan krjn ni bab mantainance aset krjn cuku lemah sbb brg tu bkn milik mereka..so lantak lah.. then kasi Ah Beng service.. duit boleh masuk poket serba sikit.. mula lah tayar bas claim tubeless tp yg ada di bas tayar tube.,. save lah RM 700 masuk poket pelahap2 ni... hehehe...

....................
Reply To This Comment ...................
April 2, 2014 at 12:55 PM

@Anti BohongNasib pengusaha kecil bot di Kenyir ?

Maksud saya dengan menwujudkan bengkel besar buat bot bukanlah dengan sepenuhnya dana rm6 juta itu tapi sebahagian jer. Kebanyakannya adalah untuk order bot kemudian diberikan kepada pengusaha bot dalam bentuk pinjaman mudah.

Apapun ia sekadar spekulasi jer, saya pun bukannya tahu apa2 dari segi costing bot ni hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anti Bohong
April 2, 2014 at 1:07 PM

@dinturtle

Siapa yg nak tour low cost..nk rasa deruan air tasik..angin semulajadi NAIK LAH bot FIBER.. xde rugi apa2 malah rezeki Tuhan beri masing akan dpt.. janji buat kerja dn syukur.. malah bila org luar dgr ada bas amfibia.. nt berpusu2lah dtg ..kn org Melayu ni suka benda2 mcm tu.. bersesak pn xpe jnji syok..

so pd masa yg sama mesti jgk nk rasa bot fiber. Bg org tua2 yg takut dan xselamat naik bot..boleh bayar mahal utk naik bas amfibia..

please jgn negatif pd perkara baik.. byk kebaikannya.. dlu masa nk bukak higway plus pun mcm tu jgk.. nnt rugilah peniaga makanan jalan persekutuan sbb bas lori tk singgah.. xde plak peniaga yg kebulur. ok jer..

yg penting kita berubah ikut zaman..tp mau cerdik.. Mat Said ni atara MB BN yg cerdik dan berani..dh tk skeme bendul mcm Najib laki Rosmah.. serta sepupunya.. yelah puak bangsawan..mana pikir sgt...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 2, 2014 at 1:30 PM

For Info, bas amphibia nie dah lama ada di The Mines Seri Kembangan.

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2014 at 3:58 AM

Memang betul.. Memang payah nak jumpa diorg ni.. Nak jumpa MB lagi la susah.. Kita tunggu kat lobi, dia keluar ikut pintu belakang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 3, 2014 at 9:50 AM

Dalam pentadbiran negeri, pasti ada konsultan2 mereka yg pakar dlm segala bidang dan siap dgn feasibility studies, dari sudut teknikal maupun ekonomi. Pasti kerajaan negeri dah buat semua tu dan dapat feedback yg memuaskan. Aku sendiri setuju dgn bas amphibia (katak) ni kalau projek2 lain di negeri Terengganu terutama dlm usaha membasmi kemiskinan, dan menaiktarafkan pendidikan, basic infrastructure semua lengkap, terlebih dahulu, didahulukan.

Tapi bile baca balik artikel ni Din, aku tertarik dgn beberapa keywords yg kau pakai, terutama Maidin. If we along the line established in your article .... Alang2 lah kan .... mungkin ada lebih baik kalau dibina "Mini Maidin Terapung". Jadi rakyat masih boleh dapatkan bekalan walaupun dlm situasi bah sekalipun. Mungkin belanja dia tak sampai 6 juta ..... kekeke

....................
Reply To This Comment ...................
April 3, 2014 at 2:21 PM

@AnonymousWOW ... i like ! Satu pemikiran luar kotak yang kreatif :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2014 at 5:11 PM

Tak boleh buat sendiri ker.Bab teknikal kena kita kuasai dahulu sebab nanti mudah mengatasi sebarang masaalah dan kemungkinan.Bab spare part pun boleh membuatkan satu2 teknologi yang kita miliki akan berakhir sebagai projek gajah putih di sebabkan kos dan pulangan ekonomi.Tetapi konsep teknologi sebegini amat berguna dan banyak kepelbagaian penggunaannya dan rekabentuk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 5, 2014 at 5:34 PM

Kalau perolehi teknologi kederaan amfabia berkapasiti besar yang boleh meredah air sungai yang tenang,cetek,beralun serta berombak di lautan,sememangnya memberi impak yang besar pada industri pelancongan.Faktor kelajuan tiupan angin dan rekabentuk kenderaan tersebut, juga mempengaruhi industri tersebut.Feri,bot2 kecil balik saja la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2014 at 8:56 PM

Setahu saya bas amphibia Terengganu ini akan menjadi yang kedua di Asia. Yang pertama akan dijalankan di Tokyo Bay. Kalau Jepun pun beli dari pembuat yang sama itu tanda teknologi nya tinggi dan Jepun pun belum ada buat apa lagi nak buat dimlaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 13, 2014 at 8:57 PM

Dengar kabor ada sijil Llyods, ertinya mcm kapal lah amphicoach ni

Post a Comment