........... Ultraman DiHaramkan ? Tidaaaaaaaak ! ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ultraman DiHaramkan ? Tidaaaaaaaak ! !

Thursday, March 6, 201421comments


KDN larang buku 'Ultraman the Ultra Power' . Dari petang tadi saya duk jeling2 tajuk artikel Mkini ni....  Buka portal lain pun ada juga cerita Ultraman ni. Aiseh ... takkan nak layan Ultraman pulak kot... 

Zaman saya kanak2 dulu memang tak pernah miss cerita Ultraman ni. Masa tu Ultraman rupanya simple je macam kat atas tu. Power dia pun setakat buat tanda pangkah, pas tu keluarlah FIRE ! Itupun lepas berpeluh lawan raksasa baru nak FIRE!..... masa tu tak terfikir pulak saya kenapa tidak FIRE! jer dari awal, kan senang.... Asal keluar je monster - FIRE!. Tak payah lawan2 dah ..

Takder la pulak cerita nanti , kan ... rupanya Ultraman masih diminati sehingga sekarang !

Hmmmm .... KDN haramkan Ultraman, ya ....

Hmmmmmm ..... Tapi .... disebabkan perkara ini nampak remeh lah yang buat saya tertanya2, kenapa KDN sampai nak haramkan Ultraman ?

Terpaksalah juga layan ... dalam punya cek Ultraman baru ni, terjumpalah video2 dari Youtube, rupanya Ultraman dah UBAH. Dia punya FIRE! dah pelbagai beb - Peeeerrrrgh !


OK, baca artikel tu dulu -

Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.
Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.
  
Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuatkuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
  
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.
  
Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
    
- Bernama

 Cek rakan2 blogger lain, terjumpalah sorang yang ada berikan alasan kenapa KDN pun nak FIRE! buku kartun kanak2 ni... ( KLiK )



Biar betuuul ......sebab watak Ultraman King disamakan dengan Allah ? Mamat mana pulak jadi Ultraman King ni ? Dulu mana ada Ultraman King ....





Alamak ....... ni ANIMASI LA ! 

KARTUN !   FANTASI !

Lainla kalau ada disebut nama Allah ..... ni sekadar perumpamaan, dan dia King pun hanya kepada keluarga Ultraman jer.

Agak-agak la .... 

Mungkin ada sebab lain kot .... tapi kalau benar alasan di atas digunakan oleh KDN untuk haramkan buku Ultraman The Ultra Power, saya tidak menolak kemungkinan KDN akan dijadikan bahan lawak.

KDN kena jawab juga banyak lagi bahan2 cetakan atau filem yang berkaitan dengan alasan sama tapi boleh didapati secara meluas. Nak berikan contoh pun malas ....

Saya harap orang yang keluarkan arahan larangan itu yang tampil berikan penjelasan kerana dia lebih tahu kenapa arahan itu dikeluarkan. 

Tak pasal2 KDN dan kerajaan mendapat malu. Benda takder isu dijadikan isu. Padahal banyak lagi perkara yang seharusnya mendapat perhatian KDN selain dari Ultraman King ! 

PS - KDN jika berasa perlu tindakan keras sebegini, seharusnya berikan penjelasan supaya rakyat faham. Bukan hanya keluarkan arahan secara umum begitu yang hanya mengundang masalah lain. 

PS2 -  OK,  TIDAK dinyatakan bahawa perkataan Allah di atas ( seperti dalam gambar ) adalah diambil dari buku Ultraman yang diharamkan. Kalau begitu, OK, saya SOKONG buku berkenaan diharamkan !

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2014 at 11:01 PM

Nampak tak kesannya apabila perkataan 'God' diterjemahkan sebagai 'Allah' ?

KDN mungkin tidak akan melarang jika sipenterjemah menggunakan perkataan 'Tuhan'.

Saya seorang penterjemah beragama Islam dan saya tidak akan sekali-kali menggunakan ayat yg digunakan dalam paparan terjemahan b.melayu itu.

Tuan jangan ambil mudah bab aqidah. Melalui animasilah aqidah anak2 boleh dibentuk atau dirosakkan.

Ingat sifat Allah:
Mukhalafatuhu lil hawadith
- tidak bersamaan dgn apa-apa yg baru.

Ultraman ialah ciptaan manusia.
Maknanya ia benda baru. Sedangkan manusia jg benda baru, makhluk yg Allah jadikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2014 at 11:02 PM

tin kosong dah jadi tong drum kosong , lagi kuat munyi maa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2014 at 11:09 PM

Din

Otak kena kedepan sikit.ini semua mainan golongan anti agama.
Mereka sahaja nak tengok kebodohan orang melayu.Melayu ini lembik dan tahu isu ini bakal diketawakan.

Kalau aku jadi menteri KDN bukan setakat haram tangkap lagi pasal aku bukan melayu bodoh.
Siapa lagi nak jadi pejuang maya yg setakat otaknya 5 hari sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 6, 2014 at 11:25 PM

oklah la tu cepat bertindak.....nanti terpesong budak2 tadika....bile lambat bertindak nanti KDN plak yg kena FIRE

....................
Reply To This Comment ...................
March 6, 2014 at 11:55 PM

OK TIDAK dinyatakan bahawa perkataan Allah di atas ( seperti dalam gambar ) adalah diambil dari buku Ultraman yang diharamkan. Kalau begitu, OK, saya SOKONG !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2014 at 12:05 AM

Tak ada OK OK.. Allah untuk Yang Esa, Satu bukan trinity mahupun Ultraman King. Jaga aqidah dan jangan terperangkap di dalam permainan untuk menjadikan KDN itu nampak bodoh. Agaknya angkara siapa perbuatan ini?

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2014 at 12:10 AM

@AnonymousNampak tak kenapa sebarang arahan perlu JELAS kenapa ia dikeluarkan ?

Bagi mengelakkan kekeliruan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2014 at 1:16 AM

bro din... macam macam benda lain yang dicetak yang boleh menggugat keharmonian kdn taknak haramkan jugak ke...tapi takpa selagi takda bukti gred A jangan takut..... tara papa punya hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2014 at 7:48 AM

Errk Eleeh!

Bab-bab simple mcm nih, pandai pulak KDN bertindak! Bab-bab kalimah Allah yg puak2 bodoh sebelah sana 'perdagangkan', apa korang buat? Buat bodoh jer lah kan?

KDN nih nampaknya mempunyai karisma spt 'bekas' mentor beliau dahulu...

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
March 7, 2014 at 8:40 AM

inilah kesan langsung jika terjemahan God kepada Allah dibenarkan. tak nampak2 lagi ke? Kita dah dididik dan diasuh dengan syahadah bahawa Allah itu Esa. kita dah didik dan asuh anak2 kita bahawa Allah itu Esa. Tetiba pulak ada Ultraman King yang dianggap sebagai 'Allah'? kita bolehlah faham itu masalah terjemahan sahaja tetapi bagaimana dengan kanak2 yang sememangnya menjadi sasaran animasi tersebut?

memang patut pun diharamkan sehingga terjemahan tersebut diperbetulkan. sokong KDN!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2014 at 10:52 AM

Din. Ada gak terbaca jadi begitu pasal dia guna google translate. Jimat kos copy paste.

Yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2014 at 10:55 AM

@AnonymousTak juga, saya google translate kan GOD dan diberikan terjemahannya TUHAN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2014 at 11:46 AM

bila bab bende2 bodo mcm ni KDN layan plak. xde report polis pn. (or mayb ade)

tp issue yg lagi penting mana penah ade tindakan. asyik layan pembangkang je.

zahid kami ingat.... llepas ni ucapan bombastic anda dekat PAU xkan dilayan.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2014 at 12:03 PM

Biasa lah kerajaan Ahjibgor,dengan budak2 berani lah nak haramkan komik Ultraman mereka tapi dengan paderi Kristian buat macam tak tahu aje!!!

Tindakan ini akan jadi bahan ketawa global lagi macam isu kangkong.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2014 at 12:04 PM

@dinturtleBetullah, kalau saya eja God dengan G huruf besar, ia akan diterjemah sebagai Allah. Diatas tadi saya pakai huruf kecil semua

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2014 at 8:00 PM

din, nak tanya sikit cerita ultraman ni siapa penonton setianya? mesti jawabnya budak2, ye tak. kalau ada statement menyebut ultraman seumpama Allah, boleh tak fikir apa natijahnya? budak2 akan menyamakan ultraman dengan Allah, tak gitu? budak2 tahu ke ultraman tu cerita animasi atau dongeng? kau lupa pulak natijah pada budak2 ye din...

....................
Reply To This Comment ...................
March 8, 2014 at 1:04 AM

@usin? ? ? cuba baca betul2 apa dan kenapa saya tulis sebegitu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 8, 2014 at 8:48 AM

Ini lah kesannya apabila kalimah Allah digunakan sesuka hati.

....................
Reply To This Comment ...................
March 8, 2014 at 10:26 AM

salam muslim..
ketepikn fahaman politik, kalau ada antara kite yg anggap KDN funny, bodoh, xmatang… at least dyorg ade usaha utk tauhidkn Allah.. klu korg xsokong sbb xsuka gov, trpulang.. xsume keje KDN tu org BN.. ntah2 org PR lg rmai.. rasional.. klu pn xsuka org laen nk tauhidkn Allah, jgn tnpa sedar kite mnsyirikkan Allah..
#copypaste

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2014 at 9:12 AM

kt KDN ni berlambak pembangkang.. kwn2 aku pn rmai kt situ.. Klantan Darul Naim boh.. hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 25, 2014 at 10:27 AM

Yang salah translator tu

Post a Comment