........... Prk Kajang - Bila Kedua Calon Melayu dan Cina DiNobatkan Sebagai Pejuang Sekolah Cina | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Prk Kajang - Bila Kedua Calon Melayu dan Cina DiNobatkan Sebagai Pejuang Sekolah Cina

Tuesday, March 18, 20148comments

Dah acapkali saya tulis ayat sebegini - Bayangkan budak cina yang masuk sekolah rendah CINA, kemudian ke sekolah menengah CINA, seterusnya mengaji di Universiti CINA ..... semuanya CINA CINA CINA ......

Dan ramailah yang bersetuju bahawa sistem pendidikan vernakular yang negara kita amalkan tidak menyumbang apa-apa yang bermanafaat ke arah perpaduan nasional kerana memisahkan rakyat mengikut kaum ketika masih kecil lagi.

Ramailah yang setuju supaya kita promosikan konsep satu sekolah biar sesuai SATU itu dengan 1Malaysia, bukan 1Malaysia - semuanya SATU kecuali sekolah. 

Ngo2 Melayu banyak yang ikut sama memperjuangkan perkara yang sama dan menuntut kerajaan supaya mengkaji semula isu sekolah vernakular ini jika benar kerajaan ikhlas mahu mempromosikan perpaduan nasional dan ini termasuk melalui penubuhan MPPN.

Menariknya semua sedar tapi buat-buat tak tahu akan kenyataannya bahawa calon BN bagi Prk Kajang Chew Mei Fun adalah contoh seorang yang telah melalui apa yang disebut melalui perenggan pertama di atas.

Beliau mendapat pendidikan berteraskan vernakular cina dari awal sampai habis, dari sekolah rendah, menengah hingga keperingkat University ..... semuanya CINA, CINA, CINA ....

Dan antara isu yang ditimbulkan dalam kempen Prk Kajang ini adalah tahap keseriusan calon dalam memperjuangkan survival pendidikan sekolah cina di mana isu SJKC Damansara tahun 2001 dulu diungkit kembali bagi membandingkan siapa yang lebih cina, Wan Azizah atau Chew Mei Fun !

Pihak Pkr mendakwa -

"Masyarakat Tionghua di kawasan tersebut sanggup berjuang mempertahankan sekolah tersebut, namun Mei Fung sebagai Ahli Parlimen ketika itu gagal menyuarakan apa-apa bantahan terhadap kerajaan dan beliau juga dilihat gagal hadir walau sekali pun ke sekolah tersebut," katanya.

Tambah beliau, berbanding dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, sebagai Presiden Parti Keadilan Nasional ketika itu telah mengunjungi sekolah tersebut sebanyak tiga kali sebagai sokongan beliau terhadap SOS Damansara. -
Harakah 15 Mac.


 Dan dibalas oleh MCA -
 
“After the relocation of the school, there were still students who studied next to the old school in containers for 8 years. In 2008, Chew Mei Fun and I had brought former Education Minister Dato’ Seri Hishammuddin Hussein to visit the school and an allocation was provided to refurbish and reopen the old school.

“Now that there are two schools in Petaling Jaya, what has Pakatan done for Chinese schools?” Dr Wee asked before retorting “Nothing. They had only held banners to protest when the school had reopened.”
- MCA.



Malah diserang balik oleh MCA -

“There are two new SJKCs in Kajang and the Federal Government has allocated RM45 million each for the construction of SJKC Sg Long and SJKC Kajang 2. Another RM350 million had been allocated to SJKC Sg Chua for them to build a new multi-storey classroom despite losing the seat to Pakatan in the last General Election.”

Nah ! Siapa lebih CINA ? 

Contoh ini boleh dijadikan bukti yang artikel ini bukan mengenai siapa calon pilihan buat Prk Kajang ...... cuma sekadar satu pemerhatian betapa sayangnya semua parti politik kepada sekolah cina.  

Chew Mei Fun satu produk contoh dari apa yang saya sering labelkan sebagai kilang rasis cina merupakan pejuang sekolah cina dan Wan Azizah, seorang Melayu juga diusahakan supaya dilihat sebagai pejuang sekolah cina !

Berlatarbelakangkan perkara ini ..... apa lagi yang mahu diperkatakan tentang perjuangan Satu Sekolah ?

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2014 at 9:17 AM

bagi je lah lim kit siang jadi p.m habis cerita.....

melayu yang jadi p.m pun tak boleh buat apa!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2014 at 9:40 AM

Sepatutnya 50 tahun dulu pihak kerajaan perlu bertegas dengan pihak pendatang ini...
Nampak sangatlah org Melayu bergantung hidup dengan puak-puak tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2014 at 10:30 AM

Dengan izin.....

Bayangkan budak MELAYU yang masuk sekolah rendah INGGERIS, kemudian ke sekolah menengah INGGERIS, seterusnya mengaji di Universiti INGGERIS ..... semuanya INGGERIS INGGERIS INGGERIS......

Tapi ada nama CINA... Merayakan Tahun Baru CINA.... Mementingkan Orang CINA...

Kesimpulannya, hanya ada satu ayat MELAYU, yang lainnya INGGERIS atau CINA... Dan ini tidak pernah terjadi pada zaman TDM!

Kenapa? Kalau tanya Aiman, Aiman kata Tak Kisah... Kalau tanya Iman.. Iman kata JANGAN!

Tapi janganlah pula tanya kepada PKR dan PAS. Kedua-dua nih dah tak boleh dibaiki lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2014 at 10:39 AM

RM350 juta utk SATU sekolah CINA sahaja???

WOW!!! Ini lah yg dikatakan "keadilan"....

Peruntukan untuk SEMUA sekolah agama dan pondok pula cuma RM100 juta..dan jumlah tersebut pula perlu dikongsi dgn ratusan sekolah2 yg lain...

....................
Reply To This Comment ...................
March 18, 2014 at 10:42 AM

@AnonymousKenapa nak dikaitkn ngan Mahfuz ? ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2014 at 11:12 AM

bILA MELAYU BERPECAH TIGA, CINA YANG SEGELINTIR MAMPU MENJADI DOMINAN DAN MENJADI PENENTU KEPADA SIAPA, APA DAN BAGAIMANA MALAYSIA NI NAK DITADBIR... PUAS HATILAH MELAYU SEKARANG? KERANA PAS LAPAR KUASA. PKR KEMARUK KERUSI PM DAN UMNO TERSEPIT....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 18, 2014 at 8:34 PM

Cina di dahulukan .....Undi di utamakan...orang malayu mati.

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2014 at 1:58 AM

Saya tidak tolak kemungkinan para pejuang maya pro BN akan menjulang perjuangan sekolah cina oleh calonnya pula selepas ini ...... demi politik.

Post a Comment