........... Peristiwa Memali - Musa Tuduh Mahathir Berada Di KL Waktu Itu Walaupun Beliau Jadi Pemangku PM | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Peristiwa Memali - Musa Tuduh Mahathir Berada Di KL Waktu Itu Walaupun Beliau Jadi Pemangku PM

Sunday, March 30, 201419comments


Sehari dua ni heboh puak pembangkang memainkan isu dakwaan Musa Hitam kononnya Tun Mahathir berada di Malaysia semasa Peristiwa Memali walaupun tugas sebagai PM telah diserahkan kepada beliau sebagai Pemangku.

Dari TMI -

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."



Rujuk arkib NST untuk keratan akhbar NST sebagaimana ia dicetak pada 21 November 1985 ( KLiK ) -



Saya besarkan 3 berita utama dari muka depan nya -




Jelas tertulis yang Datuk Musa ketika itu menjadi Pemangku Perdana Menteri dan beliau juga menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri ketika itu.

Dan dibawah pula keratan laporan mengenai lawatan Tun Mahathir ke China waktu itu ....



Saya tidaklah mahu menuduh Musa menipu ... tapi persoalannya, siapakah yang beliau lihat yang seperti didakwanya Tun Mahathir pada hari Peristiwa Memali dan 2-3 hari selepas itu ?

Kenapa tidak ada siapa yang bertanya kepada Musa, kenapa waktu itu beliau menjadi Pemangku PM dan seterusnya menguruskan semua hal berkaitan Peristiwa Memali ?

Dan yang paling penting saya nak tanya - Seperti juga persoalan yang dibangkitkan mengenai kebertanggungjawaban Tun Mahathir dalam kes Operasi Lalang, APA MASALAHNYA dengan tindakan kerajaan dalam Peristiwa Memali ?

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2014 at 11:29 AM

Mohon elakkan dari memberi gelaran yang menghina atau mempermainkan nama pemimpin seperti Musang Hitam dll ... saya tidak luluskan.

Tak boleh ke komen secara berhemah ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 11:35 AM

sebenarnya Musalah yg memberitahu @ menekankan dalam sidang akbar beliau Dr M berada diluar negara . apakah selepas 30 tahun beliau@ musa bertukar menjadi pembohong..??? inilah masalahnya bila dah biasa senang dan kini bila dh tak jadi CEO sime darby dengan ribu raban masukkkk tiap bulan musa mula melatah dan jual temberang ... cukuplah kami kecewa dengan awak sejak awak jadi ketua bhg segamat lagi.... dh pencen buat cara pencen....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 11:48 AM

jika tak silap CEO CNN mempunyai kekosongan jawatan....diharap musa hitam segera mengemailkan resume beliau ke CNN.....

lumrah manusia jika tersepit.....!melayu mudah lupa.....!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 1:14 PM

Beginilah menteri kabinet BN yg pencen..bila biasa dlu berjawatan besar..dpt publisiti.. wang masuk banyak..skrg terpinggir.. mulalah jd belot.. sama macam Mat Taib. UMNO kena overhaul semula sistem pilih pemimpin.. apakah punca krn byk taburk dan uman dgn WANG mereka naik jd pemimpin.. bila WANG dan KUASA sudha hilang mereka akan belot.. sama je mcm askar Ghurka British suatu masa dlu.. krn WANG..

UMNO didik ahli dn sistem dlm mereka dgn WANG dan KUASA.. dgn habuan tender, projek lah.. jawatan pengerusi itu ini..jd bila dh tk dpt apa2 lg mereka jd ganas dan melahap.. sbb tu perjuangan gagal. mereka pun belot..

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
March 30, 2014 at 2:26 PM

kenyataan Musa Hitam ada betulnya sbb delegasi Tun Mahathir ke China pd 20 hingga 28 November 85 sedangkan peristiwa Memali berlaku pd 19 November 1985.....jd memang TM ada di Malaysia semasa terjadinya peristiwa Memali, cuma mengapa pd masa kejadian Musa Hitam menjadi pemangku PM sedangkan PM belum berlepas ke China, itu yg perlu TM dan Musa Hitam jelaskan.

utk kenyataan Musa Hitam yg TM ada di Malaysia selepas 2,3 hari peristiwa Memali atau lebih tepat pd 21 atau 22 November, yg itu akhbar perdana Malaysia dan antarabangsa ada melaporkan keberadaan TM di China.....persoalan ni Musa Hitam kena jelaskan.....adakah TM berkonspirasi dgn media antarabangsa dan nasional berkenaan kebearadaan TM di Malaysia atau hanya TUDUHAN melulu Musa Hitam pd TM.

saya SOKONG TM utk melihat dulu kenyataan Musa Hitam daripada mengeluarkan terus kenyataan tanpa menyelidik dan berfikir sptmana yg dilakukan PM terkini....jd sama2 tunggu dan lihat kenyataan TM.

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2014 at 3:00 PM

@Otak geligaYa, saya perasan juga tanggal 19 tu TM masih di Malaysia. Tapi bagaimana dengan ini -

"Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

....................
Reply To This Comment ...................
pemerhati
March 30, 2014 at 4:09 PM

http://anginperubahan.blogspot.com/2014/03/8-bukti-untuk-sangkal-dakwaan-tun-musa.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 4:19 PM

Salam,

1. Isu ini sebenar berhubung kait dgn Ibrahim Linya dan Pengikut2nya yang di dapati songsang - tersilap drp pegangan dan ajaran agama islam - konsep taatlah kamu kpd Allah, Rasul dan Pemerintah. - Jadi Ibrahim Libya dan Pengikut engkar arahan - Anggota Polis pon Membaca Bismillah dan AllahuAkbar sama dgn Anggota Ibrahim Libya.

2, Isu syahid Ibrahim Libya & Pengikutnya adalah tidak benar, Allah akan mengadili mereka dan jalan yang mereka pilih untuk berperang dalam suasana negara yang aman adalah salah, secara total, apatah lagi mengorbankan anak2 kecil dan kaum wanita sebagai perisai puak2 pemberontak Ibrahim Libya ini.. Ini tidak pernah dilakukan oleh Para Nabi dan Mana2 Pejuang Islam yang tulen.

3. Kubur Ibrahim Libya berbau wangi - Ketua Pemuda Pas dah tarok berdrum minyak ator kat kubur Ibrahim & Pengikutnya.. Ini didedahkan oleh Pengikut Pas sendiri.

- Ini penting supaya tidak melalut dikatakan nanti Ibrahim Libya Pejuang Islam Tulen. walhal Ibrahim hanyalah seorang pejuang yang ingin memperkenalkan ideologi tersendiri, luar drp batasan keislaman, bila menolak sebarang ususl perundingan secara aman, di dalama keadaan negara yang aman sebalinya memilih peperangan dengan pedang melawan senjatapi?

4. Musa Hitam sudah Nyanyok - atau Rakyat Malaysia sudah SESAT keterlaluan, taksub dan suka mendengar fitnah yang berleluasa.

5. Kalau PM Tun M ada dalam Negara... Kenapa Musa menerima perlantikan sebagai Pemangku Ketua Negara?

6. Apakah Ketua Polis dan Ketua Panglima Tentera dan YDPA waktu itu jugak tidur lena dan tak tahu yg Tun M ada dalam negara?

7. Tiada isu di sini.. Mungkin Musa telah bertindak keterlaluan di dalam memberikan arahan? hanya musa mampu menjawabnya.

8. Bila ramai mengingati mati... dan hari pon sudah senja.. tetiba ramai pulak yang nak meminta maaf.. di atas kesilapan kerana menggunakan akal tersendiri tanpa berpandukan kpd pengetahuna ilmiah.. sebutlah banyak2 Cukuplah hanya Allah mewakiliku dan aku berserah kpd Allah akan kesemua urusan hidup dan mati ku.

Allahu'alam...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 4:27 PM

tambahan..

Suka saya katankan saya sendiri pon bukannya menyukai Tun M 100%, tapi Tun M sudah pon melakukan yang terbaik drp dirinya di dalam memimpin Malaysia.

Agak sukar menyatakan Tun M lakukan ini dan itu.. kerana Tun M melihat pelbagai sudut banyak sudut yang kita rakyat marhaen tak dapat melihat dan Allah melihat kesemua sudut, Allah Maha Mengetahui.

Saya tidak BERSETUJU sama sekali mengaitkan Tun M dengan isu MEMALI... Apa yang dilakukan oleh Musa diwaktu itu adalah BENAR DAN HAQ...

Tapi cuma yang boleh dipertikaikan apakah PERLAKSANAANnya benar dan haq? Bila tiada satu pon peluang pengampunan yang diberikan... kesemuanya wipe-out..

Mungkin atas dasar ini Musa rasa terlibat, bersalah?

Hebatnya Allah dalam mengujui Mahkluknya.. atas apa yang Benar dan Haq, jika diikuit hawa nafsu boleh menjadi kejadian disebalinya...

Musa hari2 akhir sedang menanti kamu.. redha dan bertanggungjawablah atas apa yang engkau arahkan, apa yang engkau PALSUkan dalam KEBENARAN yang Nyata.

Sebagai manusia jika berslah, segeralah BERTAUBAT ketika saat dan masa masih ada....

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2014 at 5:05 PM

Saya percaya insiden Memali 'sengaja' dicetuskan untuk meneutralkan ketegangan kaum, ketika itu.

Realitynya, Polis tidak perlu menyerang. Mengapa tidak dikepong pengikut Ibrahim Libya, sehingga lemah tak makan? Polis boleh tukar-tukar orang berkawal 24 jam. Bila dah lembik tak larat, pergi tangkap saja. Jika di serang, undur dan kalau boleh cekop, cekop. Ibrahim Libya belum mengancam nyawa sesiapa, menahan tebusan atau pun, menyerang Balai Polis. Malah, kubu pertahanan pun mereka belum gali. Tiada jerat di pasang di keliling kampung. Mengapa Polis terburu-buru, menyerang orang kampung yang naik minyak atau naik seru.

Satu hakikat lain yang Musa Hitam tidak beritahu ialah, pada masa kejadian Memali, ketegangan kaum amat meruncing. Di Sg.Way, ramai operator kilang sudah mula takut datang kerja, menyebabkan production terhenti. Ada yang talipon beritahu, ibu-bapa tidak benarkan datang kerja. KL mulai lenggang kerana orang tak berani keluar rumah. Akhbar Cina /Melayu asyik kutuk-mengutuk dan mencemuh/menyokong cadangan kerajaan untuk menempatkan guru-guru Melayu di SRJK.

Akibat serangan Polis di Kg. Memali, keesokan hari, semua akhbar menukar tajuk utama mereka. Radio dan TV memainkan lagu-lagu patriotik dan mesej: ‘Jangan Dengar Khabar-khabar Angin’, sama seperti suasana selepas 13Mei,1969. Secara otomatik rakyat terlupa dan keteganggan kaum terus reda dengan sendirinya. (Pada 1987, terjadi lagi ketegangan kaum atas sebab yang sama, nasib baik diredakan oleh amukan Prebet Adam).

Pasukan polis yang mengempur Kg.Memali bukan datang dari Balai Polis Baling, tetapi Sg.Petani. Harus diingat, pada 1970~80an, Polis dan tentera asyik bergaduh dan ramai yang mati, terutama di bandar Ipoh. Tentera marah kerana ada yang mempunyai saudara-mara di Memali. Mereka juga marah kerana tidak diberitahu terlebih dahulu. Bila menentang komunis, mereka di minta untuk tolong, tapi dengan orang kampung yang bersenjata senapang tembak tupai dan parang, mereka tidak diberitahu.

Sehari selepas kejadian Memali, Balai Polis Baling telah di kepong oleh tentera-darat yang berkereta perisai V150, lengkap bersenjata dari Kroh (Pengkalan Hulu). Beratus orang askar telah menggoncang pagar dan mengancam untuk serang Balai. Ahli-ahli keluarga, terutama kaum perempuan di dua block penghuni, berpelukan, menangis ketakutan.

Musa Hitam bergegas datang dengan helicopter, mendarat di padang Jam (ketika itu Padang masih besar), sebelah Masjid yang dipisahkan Balai Polis oleh jalan kecil ke Kg. Lubok Pedati/Kg. Bawah Gunung, untuk mententeramkan keadaan.

Kalau tak percaya, tolong tanya Musa Hitam, benarkah beliau telah turun dengan helicopter dan berjaya menyuraikan pertempuran antara polis dengan tentera di Baling, sehari selepas kejadian Memali?
Yang jelas Kerajaan telah mengambil tindakan kejam terhadap orang Melayu untuk meredakan ketegangan kaum, ketika itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 5:46 PM

Sudahlah Musa. Nak ambil kesempatan anti-Mahathir utk tonjol mcm dia bagus sgt. Siapa yg memangku PM masa tu? Kau dah tersepit sekarang, mcm2lah komennya. Apa dah jadi dgn kau punya Mr.Elegance Silencr tu? Peerahh

jln reko

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 6:50 PM

Musa Hitam bercakap semasa dia bersama di pentas dengan Husam Musa. Dua2 desperado dalam politik parti masing2. Percakapan yang tiada kredibiliti...

Pengucapan kontroversi seperti ini membuat manusia mulai menyebut semula nama mereka.

It works..!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 7:11 PM

salam,

kenyataan tun Musa (tm) lebih kepada untuk memburukkan TDM dan meletakkan beliau lebih baik. sebagai ahli politik yang lama dan matang serta cerdik, dan beliau tahu apa audien nak dengar. tambahan pulak bila beliau lihat audien kat kelantan, ramai pulak yang muda dan penyokong totok serta tak cerdik dalam menganalisa data. jadi maklumat tm lebih kepada separa benar dan perlu analisa. bila maklumat yang dianggap dapat memburukkan tdm, maka para pendengar pun apa lagi suka hati sangat. maklumat lain lepas ni lebih kepada cuba melindungi tdm dan palsu belaka walaupun fakta yang benar.

kita tunggu dan lihat ajer la. dah ada juru blog yg memberikan bukti. tapi kita nak lihat juga apa kata tdm. walaupun ada yg kata tak patut tdm kata lupa, mungkin mereka kurang cerdik berbanding tdm. tdm bila nak memberi sesuatu, bukan dalam ingatan sahaja, tapi bukti yang jelas dan berfakta. setakat cakap air liur bukan tdm. kita pun nak lihat bagaimana hujah tdm untuk mematahkan hujah tm yang pernah mengajak rakyat dan orang melayu menjadi kurang ajar pada satu masa dahulu ketika beliau timbalan presiden umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 30, 2014 at 7:38 PM

Tuan din mgapa skrg keluar smula kisah memali? Adakah sbb hendak d kaitkan tun m sebagai anti hadis?

....................
Reply To This Comment ...................
March 30, 2014 at 8:05 PM

@Anonymousitu kena tanya Musa Hitam sendiri ...

....................
Reply To This Comment ...................
March 31, 2014 at 11:19 AM

kita tunggu buktinya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 31, 2014 at 5:22 PM

@dinturtleini adalah keadaan manusia yang sedang berjinak-2 nak join pembangkang... sama jugak dengan pegawai2 kerajaan yang akan berpencen...
walaupun sesuatu perkara tersebut tiada isu, tidak dipertikai dan telah dilupakan, si penjilat yang berjinak-2 nak join pembangkang akan buatkan perkara tersebut seperti masaalah besar, isu global dsb... padahal rakyat telah menerima perkara tersebut sebagai satu sejarah dan yang terlebih penting ianya bukan salah kerajaan pun bahkan ianya sebenarnya kisah pembangkang nak tumbangkan kerajaan yang sah. Mengikut mana-2 undang2 sekalipun, pemberontak akan menghadapi hukuman mati... jadi apa masaalahnya dengan memali? mereka yang memulakan dan SATU LAGI IALAH MEREKALAH YANG TERLEBIH DAHULU MEMBUNUH ANGGOTA KESELAMATAN....
-- JIRAN MEMALI --

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 12:17 PM

Dah tua duit pencen tak cukup ke.
Tambahan : pada masa yang sama juga DSAI & gerombolan nya berada di KB (ada bukti). ehem ehem aku tahu le mereka banyak bawa wang
untuk diagih agihkan.Tun Musa dah nasuk dalam payroll ke. Buat lah apa yang terbaik asalkan bahagia.Atok aku selalu pesan " Do what you got to do, do it well". OK Tun!
Ingat:
" Orang beriman tidak berdusta "

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 1, 2014 at 12:23 PM

Contoh lain nya:
TS Kadir Sheikh Fadhzir
Tamrin Ghafar
Dll.

Post a Comment