........... Nasib Kaum India Semakin Terbela .... ( Selepas Waytha Letak Jawatan ? ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nasib Kaum India Semakin Terbela .... ( Selepas Waytha Letak Jawatan ? )

Friday, March 7, 201410comments


Saya nak ulas sedikit mengenai isu kaum India @ Waytha @ Hindraf @ KJ @ Najib. Sebelum ini kecoh negara bila Waytha meletak jawatan kerana mendakwa kerajaan Najib tidak memperdulikan nasib kaum India. 

Beliau mendakwa Najib tidak memenuhi janji2 yang diberikan kepada Hindraf ketika melamar Hindraf untuk bersama BN sebelum PRU13. 

Tindakan Waytha mengkritik Najib mendapat reaksi keras dari KJ yang telah mendedahkan melalui Tweeter -


dan menuduh
"Waythamoorthy ingin mengawal semua transaksi kewangan dan membelakangi kementerian-kementerian dan agensi kerajaan. Kerajaan tidak beroperasi sebegini. Apabila beliau tidak mendapat perkara tersebut, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri," - Utusan.

Artikel Utusan di atas dirujuk oleh KJ bila ditanya reaksinya terhadap tindakan Waytha.


Sehari selepas itu, Menteri Perumahan Datuk Abdul Rahman Dahlan tampil mendedahkan

“Saya ingat apabila beliau meminta Perdana Menteri menyelesaikan isu Taman Permata yang melibatkan orang India. PM segera memberi kementerian saya RM35 juta untuk menyelesaikannya.

“Jadi, ia tidak benar jika Waytha menuduh PM tidak mendengar isu-isu masyarakat India yang dibawa olehnya,”- Sinar.


Perkara peruntukan itu menurut Waytha merupakan satu kejutan baginya kerana tidak pernah mengetahui tentangnya sebelum itu. ( Saya cuba buat carian dalam internet mengenai pengumuman projek berkenaan tapi tidak ada ..... tak kisahlah, yang penting dah ada ! )

Sebelum itu ( selepas Waytha letak jawatan ) Najib telah umumkan peruntukan RM100 juta untuk sekolah Tamil disalurkan terus kepada pengurusan sekolah. ( KLiK )


Dan semalam Najib memulihkan semula jawatankuasa kabinet mengenai halehwal kaum India yang diakui tidak aktif sejak 2010 ! - FMT.


Siap diberikan KPI lagi ...


POINT artikel ini adalah - TAHNIAH Waythamoorthy ! Pengorbanan anda berhasil.

Sejak Waytha letak jawatan dan disebalik dakwaan KJ, pelbagai inisiatif dibuat oleh kerajaan Najib demi membela kaum India. Mungkin semuanya secara kebetulan je kot ...... semuanya dah dirancang lebih awal, Waytha hanya perlu tunggu sedikit saja masa lagi sebelum semuanya diumumkan. Tapi dia tak sabar ..... jadi semua pengumuman ini keluar selepas Waytha letak jawatan !

Sayang Waytha letak jawatan terlalu awal. Kalau dia sanggup tunggu sikiiiiit jer lagi, mungkin dia dapatlah mendabik dada akan sumbangan dirinya dan Hindraf kepada kaum India.


Ada satu perkara yang dapat kita orang Melayu pelajari dari kes Waytha @ Hindraf ini. Tapi itu tidak perlu saya nukilkan , anda boleh fikirkan sendiri.


KALAUPUN benar apa yang didakwa oleh KJ terhadap Waytha secara peribadi itu, sekurang2nya Waytha letak jawatan bila kemahuannya tidak dilayan ...... tapi lihatlah hasilnya kepada kaum India.

Pemimpin2 lain ? Apakah mereka juga berani letak jawatan bila kemahuan peribadi tidak dilayan ?


PS - Saya berkesempatan bertemu dan berbual dengan Waytha baru2 ini dalam satu sesi berbual santai ( dimana saya tidak digalakkan buat rakaman ). Saya cakap secara direct kepada beliau - Kredibiliti anda tercemar teruk dek dakwaan KJ. Cakaplah apapun selepas itu, orang susah dah nak percaya ...

Actually, awalnya saya takut juga nak sebut begitu .... yalah, orang kata bos Hindraf ni samseng. Tapi selepas berbual agak lama, ternyata beliau seorang yang lembut dan cepat mesra. Tu yang jadi berani luahkan .... hehehe.

Tidak ada perkara baru yang didedahkan beliau waktu pertemuan itu. Waytha hanya ulangi apa yang telah dilaporkan oleh media sebelum ini. Dan saya katakan padanya, selepas apa yang berlaku, terpulang pada dirinya untuk buktikan keikhlasan perjuangannya.

Saya terfikir juga ....... sekiranya Waytha dilahirkan sebagai seorang Melayu, tidakkah beliau akan jadi seperti orang Perkasa juga ?

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2014 at 9:30 AM

patut kitol kena belajar tektik ni , apa kata kitol ada berani..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2014 at 9:37 AM

Soalan terakhir tu memang brilliant abg Din

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2014 at 10:57 AM

@Anonymousbagaimana dengan soalan berbentuk perbandingan yang ini -

Tidakkah orang Melayu mahukan sebuah Ngo seperti Hindraf memperjuangkan isu Melayu ?

:))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 7, 2014 at 10:57 AM

Din..
Agak2 mana satu menteri yg nak letak jawatan utk tegakkan hak org melayu.

Yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2014 at 11:05 AM

@Anonymouserrr.... KJ ?

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 7, 2014 at 11:24 AM

Kalau ikutkan tajuk posting bro kali ini, MIC sepatutnya dah ditendang keluar dari BN. UMNO dan BN wajib mempersoalkan keberkesanan MIC. Walaupun individu dari MIC dapat menjalankan tugas sebagai menteri dengan baik tetapi sebagai sebuah parti yang mewakili kaum India, kegagalan menjaga hal ehwal masyarakat yang diwakili sangat memalukan. Mengapa mesti ada MoU untuk membela kaum India? Mengapa sebuah pertubuhan yang diharamkan diangkat menjadi rakan perjanjian?

Aku masih ingat bro Din ada komen jugak hal Hindraf diberikan jawatan dalam kabinet. Lupa @ malas nak semak tajuk artikel tu.

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2014 at 11:55 AM

dinturtle <Kerajaan tidak beroperasi sebegini< apa maksud tuan dengan kenyataan yang tertera...Di Amerika Syarikat, Presiden tiada kuasa untuk menguna wangnya ikut kehendaknya, tetapi di Malaysia projek2 adalah dilulus secara sendiri oleh Menteri / PM...Saya amat dukacita dengan PM yang buat satu MOU kemudian enggan melaksanakan... Kelulusan-Kelulusan seperti kenyataan Menteri Perumahan Datuk Abdul Rahman Dahlan

“Saya ingat apabila beliau meminta Perdana Menteri menyelesaikan isu Taman Permata yang melibatkan orang India. PM segera memberi kementerian saya RM35 juta untuk menyelesaikannya.

Laksanakanlah MOU...dah 56 tahun Kaum India yang mundur dapat dibangkit dan boleh berkongsi kebahagian ekonomi negara Malaysia. PAKIS / BANGLA ? INDON bole dapat Kerakyatan, tapi hampir 350,000 Kaum India masih tak dapat jadi. Ada yang tak berani kat sekolah kerana tiada dokumen... Hampir Ribu-Ribu pekerja di bekas ladang-ladang tidak diberi kerja semula, perumahan...gantirugi hampir beberapa ribu apabila ditamatkan oleh GLC Sime Darby...apa lagi isu...ADIL LAH KEPADA SEMUA... perkara KPI dan yang lain-lain hanya dikaitkan dengan Kajang. MIC & MCA dah kurang hebat. Jika Parti2 ini disayang Kaum sendiri, tak perlulah samapi Samy Velu pun boleh kalah...FIKIR LAH MASAK-MASAK. Khairy ini budak dalam kalangan Politik, cuma nak guna medan Pemuda UMNO...untuk meraihkan populariti dan hentam HINDRAF...Hati kena suci, tindakan bersungguh2...KAUM INDIA lebih mempercayakan UMNO banding MIC dan yang lain2...sila buat penyelidikan...Semuanya kerana Tunku dan Tun Hussein dan Pak Lah yang pupular...yang lain ZERO...

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
March 7, 2014 at 11:58 AM

mencuci tayar diwaktu senja '
kerana kotor jalan keJeli,

Nasib kaum India ada yang mebela'
kepentingan melayu terbiar siapa yang peduli.

....................
Reply To This Comment ...................
March 7, 2014 at 12:10 PM

@A.J.GOPALAdia keluar daaaah ......

Peace yo !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 10, 2014 at 9:52 AM

Bijak.
Samalah seperti keadaannya orang Melayu memerlukan SJK(Melayu)@dinturtle

Post a Comment