........... MH370 @ TUDM - SANGKAan Itu DiPihak Timbalan Menteri BUKAN DiPihak TUDM | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 @ TUDM - SANGKAan Itu DiPihak Timbalan Menteri BUKAN DiPihak TUDM

Thursday, March 27, 20149comments

Tabik saya berikan kepada Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim kerana berani tampil mengaku kesilapan dan segera memperbetulkan kenyataan setelah menyedari kesilapan itu bakal membawa persepsi negatif terhadap TUDM.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini menarik balik kenyataan beliau di Parlimen semalam bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan dengan menyatakan ia hanyalah andaian beliau.

Beliau yang berkata demikian semasa perbahasan titah Diraja, dekat Parlimen semalam menjelaskan kenyataannya hanyalah andaian berdasarkan kemungkinan yang berlaku apabila persoalan mengapa tiada tindakan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila mendapati pesawat tersebut berpatah balik.

"Jawapan saya pada sesi Parlimen semalam menyatakan pesawat MH370 berpatah balik berkemungkinan setelah menerima arahan daripada pusat kawalan hanyalah andaian," 

Beliau juga mengakui setelah semakan dibuat, pihaknya mendapati andaian tersebut adalah salah sama sekali.  - TMI.


Apa yang saya fahamkan adalah - SANGKAan atau Andaian itu adalah dipihak beliau sendiri BUKANNYA dipihak TUDM.


Sememangnya itulah point utama saya semasa komen perkara ini semalam  - KLiK

Saya bukan komen tentang apa yang berlaku pada awal pagi 8 Mac itu tapi saya komen kenyataan Datuk Abdul Rahim. Saya komen apa yang disebut sebagai SANGKAAN atau ANDAIAN dipihak TUDM kerana bagi saya amatlah tidak wajar sebagai pasukan keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara mempunyai pendekatan berSANGKAan atau berandaian.

Bagaimanapun saya percaya kesilapan ini tidak disengajakan oleh Datuk Abdul Rahim. Pemilihan ayat yang tidak tepat mampu memberi persepsi yang salah.

Kita pula janganlah cepat melenting tiapkali ada orang yang komen ucapan pemimpin kerana seperti dalam kes ini, yang dipertikaikan bukanlah isu yang disentuh tapi pemilihan ayat yang digunakan. Bukan semua pengkritik itu pembangkang.

Kalau tak faham lagi, saya terangkan secara mudah. Ada 3 perkara berasingan dalam apa juga isu -

1 - Apa yang berlaku
2 - Penerangan/alasan tentang apa yang berlaku ( Point2 )
3 - CARA penerangan dibuat. ( Percakapan / Kenyataan )

Jika cara penerangan itu tidak tepat, apa yang cuba disampaikan tidak tercapai dan kesannya, salah faham berlaku. Jadi wakil jurucakap perlu berhati2 semasa membuat sebarang penjelasan supaya point2 dapat dihebahkan dengan tepat bagi menjelaskan apa yang berlaku.

Komen saya semalam hanya berkaitan nombor 3 di atas.



Baca juga Themalaymailonline.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 27, 2014 at 10:13 PM

Kesilapan2 percakapan dan pemahaman beginilah yang menyebabkan banyak pihak yang merasa ragu dan sangsi bila ada PC mengenai MH370.

Lihatlah apa yang terjadi DCA dan IGP bercerita mengenai bilangan penumpang.
Lihatlah apa terjadi bila TUDM bercerita tentang possible 'air turn back'.
Lihatlah apa terjadi bila MAS cerita tentang cargo manifest. Dan banyak lagi...

Walaupun ada kecelaruan tetapi boleh diperjelaskan. Malangnya tiada siapa yang tampil membantu. Yang bercelaru dibiarkan mengeliru sehingga keupayaan Hishammuddin dan orang2nya dipertikai dan diperlekeh secara menyeluruh.

Hishammuddin tak ada Public Relations Officer ke? Tak ada orang ke yang nak tolong handle perkara remeh temeh ni yang semakin hari semakin membusukkan nama Malaysia. Pada hari ke 18 baru ada handout untuk mengajar reporter2 yang lebih pandai mengkritik tetapi tak tau apa yang telah, sedang dan akan lakukan. Pada hari itu juga dia lepaskan geramnya pada reporter China.

Aku kesian dekat Hishammuddin. Kesian sebab tak ada siapa yang boleh bantu dia, yang pandai melindungi dia, yang ada keupayaan bagi nasihat dekat dia.

Aku tak sangka kelmarin BARU nak dibentuk komiti yang melibatkan segala badan2 pemantau penerbangan, inteligen antarabangsa dan entah apa lagi. Baru ada jawatankuasa teknikal? Sepatutnya di hari ke2 atau ke3 lagi. Otomatik dah MAS, Boeing dan RollsRoyce ditarik masuk, begitu juga FAA dan NTSB(?). Dan diperbesarkan hari demi hari mengikut keperluan. Tak boleh nak bagi alasan 'unprecedented event' setiap hari. Kena perbetulkan mana tindakan yang salah atau lemah.

Terasa macam tak ada bijak pandai dalam Malaysia ni dalam bidang Crisis Management. Kenapa tak panggil Anuwar? Kan dia dah volunteer...

....................
Reply To This Comment ...................
March 27, 2014 at 10:15 PM

Din
Bertambah ramai menteri yg dilantik Najib tak berapa cerdik. Atau mungkin apa yg dikata Timb Menteri tu betul.

....................
Reply To This Comment ...................
March 27, 2014 at 10:41 PM

@QalamQabutaisehman, bab komiti tu saya terlepas la.... balun sedap tuh ! hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
March 27, 2014 at 10:51 PM

@dinturtle
Hantam sama dia Din! Paduli apa, kita niat baik. Masa ni le nak tegur, untuk kebaikan semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2014 at 4:39 PM

Dalam SITUASI BEGINI ..
BAHARU KITA SEDAR ..
YANG MANA SAHABAT .. YANG MANA KAWAN ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2014 at 11:42 PM

@QalamQabutMaafkan saya, tapi saya mengikuti PC secara langsung dan belum ketinggalan lagi.

Setahu saya, badan penyiasat yang terdiri dari agensi-agensi yang Hishamuddin sebut tadi dah terbentuk sejak 9 Mac lagi (Boeing dan Rolls Royce datang ke Malaysia memanglah selepas hari ke 3 tetapi mereka telah terlibat dalam badan siasatan sejak dari awal lagi....maklumlah zaman teknologi sekarang manusia boleh berbincang bersama secara maya).

Maaf lagi sekali ya kerana terpaksa beritahu hal ni. Encik macam emosi sangat.

Halaqah malam ni dah berpesan....banyakkan bertenang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 28, 2014 at 11:53 PM

Sekadar berkongsi ilmu:

Dari catatan seorang blogger yang merupakan bekas anggota TUDM.

http://seademon.wordpress.com/2014/03/20/mh370-i-speak-out/

The Royal Malaysian Air Force (RMAF) has come under intense attack by both foreign and local media alike. The Air Defence system has also come under intensive fire by members of the opposition party for its failure to detect the MH370 upon deviating from its intended path and the subsequent failure to scramble our fighters. Some even say our air defence personnel were asleep on the job, and that at least one air defence radar was not working.

Suffice to say, what we have is enough to tell us way ahead if a hostile aircraft is approaching our airspace. When we were at the air defence centre, we were shown a live interception of two bogeys by two of our MiG-29N interceptors.

If I may say, what we all saw on the screen was what would have been seen by all the operators of the other RMAF Air Defence Centres around the nation that if one failed, it would not jeopardise what the others could see.


if the MH370 was seen to deviate from its intended course, why didn’t the RMAF scramble its fighters to intercept the airliner?

Should our fighters have been scrambled? If you remember, the MH370 was no longer in our airspace. When the MH370 tracked West Southwest from IGARI to VAMPI, she did not cross Malaysian airspace. She flew over Thai airspace and into Indonesian airspace, then tracked up to GIVAL near Phuket and subsequently to IGREX near India’s Nicobar Islands

When she tracked from IGARI to IGREX she entered an area with two Royal Thai Air Force fighter bases namely the RTAF 7th Wing in Surat Thani and the 56th Wing in Hat Yai. They, too, were not scrambled. Nor were the fighters of the Indonesian Air Force (TNI-AU) scrambled from Lhokseumawe or Banda Aceh in Aceh, or Suwondo in Medan. If you think the Indonesians are as incapable as the RMAF, they forced a US military transport down without scrambling their fighters at their base in Banda Aceh on 20th May 2013 for entering Indonesian airspace without proper clearance.

The Chief of Air Force, General Tan Sri Dato Seri Rodzali bin Daud have explained that the RMAF did not see the need to scramble its fighters as the blip on the primary radar was deemed not hostile, and that there was nothing wrong with the air defence system.

....................
Reply To This Comment ...................
March 29, 2014 at 12:39 AM

@Anonymous
Terima kasih Anon. Sori aku miss Halaqah, baru pulang dari majlis tahlil. Bukan emosi tapi bersemangat. Aku nak Malaysia jadi best. Aku komen pun bukan setakat nak mengutuk dan betul atau salah itu pandangan aku. Siapa nak komen pun aku boleh terima.

So berbalik kepada komiti Hisham, aku dengar bukan saja Boeing dan RollsRoyce dah ada sejak awal, tetapi juga FAA dan NTSB (tolong betulkan kalau salah).

Tapi sayangnya kita tak gunakan kelebihan yang ada ini untuk tingkatkan kredibiliti kita. Bawak dema ni hadiri PC sama2.

Apa salahnya jika pakar Boeing ceritakan alat2 komunikasi yang ada dalam MH370, boleh atau tidak dimatikan secara manual. Biar pakar RollsRoyce pula cerita tentang engine monitoring in real time. Biar dema jawab kalau ada soalan. Orang tak mudah sangsi.

Hishammuddin harus ada komiti jaga media. Beri bantuan dan kemudahan, baru mudah dapatkan kerjasama, ataupun sekadar mendapat laporan yang adil. Harus ada komiti (dan juga sub-komiti2) untuk jaga keluarga warga MH370, jangan harapkan kepada MAS semata2. Bila ada masalah baru timbul High Level Delegation. Dan berbagai2 komiti lagi di bawah komiti induk. Semua setup ini kena diketahui umum, tak guna disorok belakang pintu saja.

Tunjukkan yang walaupun kita bukan pakar cerap imej satelit, bukan pakar sonar, tetapi kita tau macam mana nak buat kerja.

Last sekali... Tak salah nak bertenang, tapi tengok dulu masa dan ketika.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 29, 2014 at 6:59 AM

Hishamuddin berperanan sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan. Perkara yang amat teknikal tidak wajar dibincangkan dalam Sidang Media Harian seperti yang berlaku hari hari tu. Sidang Media itu fungsinya menjelaskan apa perkembangan terkini SAR. Apa langkah seterusnya...perkara prinsip je...

Post a Comment