........... MH370 - Tidak Ada Media Asing Perdana Laporkan Tentang Sightings Di Maldives ....Kerana Diego Garcia Melibatkan Amerika ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Tidak Ada Media Asing Perdana Laporkan Tentang Sightings Di Maldives ....Kerana Diego Garcia Melibatkan Amerika ?

Wednesday, March 19, 201425comments



Semalam saya siarkan artikel pengakuan beberapa penduduk Kepulauan Maldives yang mereka ada melihat sebuah sebuah pesawat Jumbo putih berjalur merah terbang rendah pada 8 Mac jam 6:15am. ( KLiK )

Sekadar info, jam 6:15am itu adalah waktu lokal mereka dan untuk diselaraskan dengan waktu kita di Malaysia, kita kena tambah 3 jam yakni sekitar jam 9:15am.

Satu lagi, jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak diselatan Kepulauan Maldives ( Pulau Addu ) adalah 740km.

Sementara jarak Diego Garcia - KL = 3500 dan Addu City-KL = 3200

DAN jarak KL-Beijing adalah 4335km.

Secara teorinya, MH370 mampu sampai ke DG walaupun setelah melalui tambahan penerbangan ke Laut China Selatan dan patah balik, dengan bekalan bahanapi yang ada untuk sampai ke Beijing.

Diharap pihak kerajaan dan mereka yang terlibat dalam misi pencarian MH370 dapat memberikan perhatian kepada laporan dari Maldives ini secara serius sepertimana perhatian diberikan kepada laporan2 penemuan lain ( yang akhirnya ternyata palsu ).

Bukan apa, dari awal nama Diego Garcia dikemukakan, ia telah ditolak mentah2. Kerajaan menolak kemungkinan MH370 ke Diego Garcia atas alasan - ia tidak berasas.


Mudah sekali..... tapi diharap dengan adanya laporan eye-witness dari beberapa penduduk Maldives ini, ia mampu berikan ASAS untuk kerajaan melihatnya dengan lebih serius.

Seperkara lagi, media2 asing juga langsung tidak beri liputan kepada kemungkinan pesawat itu ke Diego Garcia. Malahan berita dari Maldives itu juga langsung tidak diberi perhatian.

Adakah kerana ia bakal melibatkan Amerika yang punya kemudahan pelabuhan dan airport ketenteraan di sana ? Sebarang dakwaan MH370 ke sana hanya menyabitkan penglibatan kuasa besar Amerika ( kerana menyembunyikan fakta ...... adalah tidak mungkin mereka tidak tahu melainkan mereka terbabit ) dan secara mudah perkara seumpama itu dianggap MUSTAHIL ?

Astroawani

Bagaimana dengan penemuan landasan Diego Garcia sebagai salah satu yang ditemui dalam simulator Kapten Zaharie ? 

Saya pasti berpuluh lagi landasan terdapat dalam simulator berkenaan yang berada dalam radius pesawat MH370 tapi berapa banyak yang punya laporan sightings berdekatan oleh penduduk tempatan ?

Mungkin secara kebetulan semuanya ...... dan mungkin juga ia masih juga satu laporan palsu ...... tapi tidak salah jika disiasat dengan serius ...... walaupun ia melibatkan Amerika.

PS - Bukankah kita tidak menolak sebarang kemungkinan ? Bagaimana kalau kemungkinan itu melibatkan pihak2 tertentu Amerika ?

Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2014 at 9:02 AM

Assalam Bro

Memang betullah tu... kerajaan kita memang cepat sangat menyangkal apa-apa berita yang ada kaitan dengan US tanpa menilai kemungkinan segala pertunjuk memang mengarah kapada keterlibatan US dalam kehilangan MH 370... Siapa lagi kuasa besar yang punya segala kelengkapan perang dan perisik yang tercanggih... Masalahnya segala perancangan mereka jadi carca marba dengan pertolongan ALLAH swt... Pilihan saya MH 370 memang di sembunyikan atas faktor percaturan politik, mungkin ada kaitan politik di Malaysia... sebab tu Tian Chuak nak gulingkan Najib dalam masa 5 bualn... Cuba Bro Din selongkar kisah ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 9:03 AM

Untuk elak world war 3

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2014 at 9:06 AM

@ajai62saya masih tidak mahu kaitkan MH370 dengan politik ..... setakat ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 9:19 AM

Apa kata jika serpehan pesawat MH370 terdapat di persekitaran pulau Maldive?

Apa kata jikalau penumpang selamat dan terkawal dalam penjagaan Diego Garcia?
Kita hentam Hishamuddin lah!!!

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2014 at 9:21 AM

Kebanyakan media asing dikawal oleh us dan faham-faham sajalah.Hisham awal2 dah tolak kemungkinan ini,mungkin sebab nak jaga hati(baca takut) obama.Lainlah kalau china tahu,mungkin diorang boleh buat sesuatu,itupun kalau china sanggup merisikokan ekonominya.....mungkin tidak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 9:53 AM

Kenapa kerajaan m'sia tolak dakwaan yg mh370 dah landing kat DG? Rasanya kerajaan dah tahu pun kot..tapi mungkin ada rundingan yg sedang berjln...dan masih perlu dirahsiakan..so, utk mengelak..kena la tolak dan divert....persoalannya kenapa? Apa? Mengapa? Rundingan ttg apa?...ntah la...

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2014 at 10:01 AM

@Anonymousia masih bersifat spekulasi cuma kita harap dengan perkembangan ini, spekulasi ini diberi perhatian lebih serius dan disiasat sepertimana dakwaan2 lain.... bukan ditolak mentah2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 10:20 AM

Senang aja. China ada satellite boleh ambil gambar Maldives dan DG. Share malumat tu dengan Malaysia. Kalau ada bukti tekan AS untuk explain. Kalau takda beritahu keluarga victim yg nak mogok lapar 'jangan jadi bodoh.'

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 10:24 AM

Salam,
Sar libat 25 negara. Kalu ng yg terlibat anggap sar ini latihan, maka andaian dg tu hampir tepat. Kalu ng tu bersungguh membantu, maka ia akan merosakkan hubungan antara ng. Sar tak boleh la main2. Apa pun, kena tunggu sar tamat dan kapalterbang tak jumpa. 2 tahun tak jumpa anak bini, mungkin sakit kapla gak, kalu ada andaian selamat. Kalu mati, kesian.

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2014 at 10:25 AM

Setakat ini tindakan yg dilakukan di pihak kerajaan memang langkah yg betul dari segi SOP..sebarang spekulasi diperingkat tertinggi tidak harus mempercayainya sebelum penelitian dibuat. Kita tak perlu membuat tanggapan melulu akibatnya amat besar dan apabila berlaku tanggapan yg salah yg akan menanggungnya kita juga..memang mudah menunjuk jari itu dan ini..Kalau dilihat dari penglibatan Amerika dalam pencarian ini nampaknya mereka bersungguh membantu walaupun sedikit ada langkah sumbangnya namun sebagai negara yg mengamalkan demokrasi telus. Jika betul sekalipun MH 370 itu berada di lapangan terbang yg disangka ianya harus dibuat berhati-hati agar matlamat asal(menyelamatkan penumpang) tidak menjadi satu agenda dan bahan memboleh perkara lain yg berlaku terjadi.Dari segi perundangan antara bangsa juga harus diteiliti agar kita tidak terjebak dengan agenda kotor yg sedang diatur. Saya percaya Malaysia mampu menangganinya dengan baik masalah ini harap kita dapat bersabar menanti tindakan-tindakan seterusnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 11:25 AM

Betul tu Din! Memang sungguh mencurigakan betul bila CNN dan media Barat-Zionis besar, buat tak tahu saja pasal berita Diego Garcia ni! Dan kenapalah K'jaan kita begitu cepat menafikan kemungkinan penglibatan US ni - sedangkan umat Islam, saudara kita yg. dibunuh kejam di Iraq, Palestin, Syria, Libya dsbnya, oleh Barat-Zionis, cerita wayangkah?! Ini bukan sekadar jenayah biasa, tetapi melibatkan GEOPOLITIK dajal Barat-Zionis!

Lagipun, pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam”, sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas Dunia Islam/Dunia Ketiga, yg. kaya minyak-gas-mineral, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Afghanistan, Iraq, Libya (Obama bersorak apabila Allahyarham Pres. Ghaddafi disula oleh ejen Mossad!), Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan http://www.presstv.ir/detail/2013/09/15/324167/excia-agent-911-lies-big-and-tragic/, Ex-CIA agent: 9/11 lies bigger than already known, Sep 15, 2013; dan http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=55408, 9/11 and Zion: What Was Israel’s Role?, By Nick Kollerstrom on August 31, 2012!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 12:02 PM

.''TENTERA SULU BUKAN PENGGANAS.''.-HISHAMMUDIN..
mari kita ingat balik kata2 menteri ini yg sentiasa mendatangkan kecelakaan kpd kerajaan Malaysia.
Dulu menteri pendidikan-tipu yuran sekolah percuma
Dulu menteri pertahanan-malaysia diceroboh tentera sulu
Skrg pemangku menteri pengangkutan-pesawat MAS hilang.
Maaf aku cakap, menteri ni selalu membawa kecelakaan.
Bayangkan jika dia diangkat jd PM Malaysia. Betapa Celaka nya Malaysia hanya Tuhan yang tahu...
"M370 MENDARAT DI DIEGO GARCIA TAK BERASAS"
Andai kata ia jadi betul MH370 ada disitu???
LU PIKIR LA SENDIRI...
Andai kata ia mendarat di maldives atau sri Lanka sekalipun. MH370 masih boleh dilihat Radar tentera US, MH370 di Diego Garcia..
Renungkan2... fikirkan2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 2:11 PM

sangkal je dulu depan publik, supaya urusan diplomatik boleh berjalan di belakang tabir. dengan penemuan landasan DG dalam simulator kapten zaharie, mahu tak mahu andaian bahawa mh370 ada di pulau tersebut tidak boleh disangkal. masalahnya ialah pulau tersebut dalam kawalan tentera us dan tidak akan ada sebarang kebenaran mana2 negara mendekati pulau tersebut atas alasan keselamatan. so, wisma putera pandai-pandailah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 3:45 PM

Berubah...Lah... Macam Din kata dalam blog sebelumnya.. Pujian Segalanya Milik Allah AzzaWajalla, dan dalam menangani Isu MH370, DS Hishamuddin selaku Pemangku Menteri Pengankutan sewajarnya diberikan pujian di dalam mengetuai sidang press conference dgn wartawan luar dan dalam.

Boleh kah kita mengumumkan sesuatu perkara berdasarkan ramalan, spekulasi dan tohmahan?

Hisham mewakili NEGARA MALAYSIA.. menolak sebarang spekulasi yang tidak berasas dan berfakta.. sebaliknya Negara hanya berpegang kpd Informasi yang telah disahkan oleh pihak berwajib antarabangsa..

Ingat Slogan "Air Turn Back".... Maknanya be careful of what you are saying right now as IF it is not true IT will come back to haunt you".

Bukankah kita sedang meminta pihak Australia untuk mengetuai SAR di area sana tuuu...di samping pihak Indonesia juga terlibat...

Tarik Rambut dalam Tepung Brother.... Mesti hati2 dalam sebarang statement yang dibuat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 4:04 PM

@AnonymousTakut2 "urusan diplomatik" yang dimaksudkan ialah membebaskan anwar dari penjara. Kes tersebut sekarang akan dibawa ke mahkamah persekutuan untuk penelitian semula atau rayuan.... fikir2kanlah, kalau PM kena tekan, lalu keputusan mahkamah rayuan memilih untuk membebaskan anwar... bersama dgn terbebasnya ratusan tebusan tersebut....
berfikir diluar kotak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 4:07 PM

Patutlah us mengemudi usaha SAR di wilayah blog tersebut... mungkin untuk mengelakan negara lain membuat pencarian di DG lah kot?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 6:12 PM

@Anonymous

Gila ker nak kacau wilayah US tuh!

Mcm anon kat atas tu ckp, bagai tarik rambut dalam tepung...

Negara kita nih berapa lah sangat nak tumbangkan US. Jgn sampai ada spekulasi bodoh berbau belacan, negara kita jadi abu!

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2014 at 6:34 PM

Tapi kita kena cermat juga dalam menganalisis berita.Kalau betul kapten zaharie terlibat sudah tentu polis tak akan jumpa software landasan diego garcia tu malah simulator tu pun silap2 dah disassemble siap2 supaya tak meninggalkan bukti.

Atau kapten zaharie memang sengaja 'tinggalkan' bukti untuk mengalihkan perhatian pihak yg menyiasat?Supaya semua pihak sibuk ke koridor selatan dan diego garcia sedangkan sebenarnya MH370 menghala ke utara ke nobody's land misalnya...

....................
Reply To This Comment ...................
March 19, 2014 at 7:08 PM

saya tidak akan layan lagi komen2 yang cuba mempolitikkan MH370. spekulasi lain ok :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 7:39 PM

Hai abg Din. Hmmmmm( satu keluhan yang panjang). Saya pun tak tau nak komen macamana. Saya sendiri dah rasa penat melayan news macam ni. Entah betul ,entah tidak. Dulu cakap kat sana, ada yang cakap kat sini, tak kurang jugak yang cakap kat sinun...First time dengar news tentang mh 370 hilang pagi sabtu tu, rasa excited sangat.( excited tu doesn't mean im happy, its just another word for teruja ) Memang teruja sangat waktu tu, yelah benda macam ni tak pernah happen kan. Mula mula tu saya ikut news kat awani. Makan pun kat depan tv, oleh kerana tak nak missed apa apa perkembangan. Kalau gi kerja, nak balik cepat cepat. Coz nak tengok news kat awani. Biar tak mandi , duduk menghadap tv. Handphone pun bercucuk dengan power bank, bateri selalu low. Yelah, saya selalu gi google search news..but lately, teruja tu bertukar jadi perasaan yang macam, hmm, tertekan..mana perginya mh370 ni? Rasa macam dah piss off dah ( im sorry coz using this word ) semua petunjuk tak dapat membantu langsung.. Hari ni dah hari ke12, even saya masih mengharapkan keajaiban that mh370 akan ditemui, jauh di sudut hati , saya redha atas ketentuanNya. Agak mustahil untuk mengharapkan mereka pulang dengan selamat memandangkan sudah lebih 10 hari..im sorry..saya sudah hampir berputus asa..
....
Ps; Andrew's family, kamek mintak maaf .. I didnt mean to hurt your feeling. But u have to face the truth..*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2014 at 1:59 AM

hanya satu jalan terakhir kita senjata orang mukmin,gerakkan besar2an sembahyang hajat dan baca yasin,minta Allah bagi petunjuk,tunjukkan kebenaran.YAAllah tolonglah hamba@Mu yg hina dan lemah ini..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 20, 2014 at 8:17 AM

Dalam banyak2 komen saya setuju komen abg..

....................
Reply To This Comment ...................

Saya punya kabar baru mengenai MH370
Silahkan baca dan buka disini ↓
http://bahrymst.mywapblog.com/letak-keberadaan-mh370-menurut-pengakuan.xhtml

....................
Reply To This Comment ...................
April 4, 2014 at 4:52 PM

Kerajaan malaysia dah main kayu tiga dengan dengan US... alasan ini dijadikan alasan untuk membuat pangkalan tentera US di pahang... Kalau US boleh menghancurkan banguan WTC miliknya sendiri demi lesen untuk memerangi afganistan atas kuasa taliban... inikan pula hanya 239 nyawa dan sebuah kapal terbang... demi impian tercapai, untuk bunuh 1000 orang juga tidak masalah besar bagi US...

Dan Kerajaan Malaysia mungkin salah satu bonekanya, Ausie berberanan sebagai watak malaikat...

Ini cuma teori... tapi meskipun ini teori, salah ke nak siasat ke Diego Garcia.. Faktanya Kerajaan Malaysia tak berani, atau Malaysia memang bersekongkol... ????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2015 at 2:15 PM

Sekarang serpihan telah dijumpai di pulau reunion.... Dekat dgn maldives

Post a Comment