........... MH370 Side Story - Raja Bomoh | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 Side Story - Raja Bomoh

Sunday, March 16, 20146comments



Ramai yang tahu mengenai Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin yang mencetuskan kegemparan ketika beraksi di KLIA pada 10 Mac lalu - Sinar.

Dibawah adalah rakaman dari youtube menunjukkan aksi beliau yang dilakukan sebanyak 2 kali.




KLiK ke Youtube.

Ini pula aksi kedua Raja Bomoh -




KLiK ke Youtube.

Di bawah adalah prinskrin dari Washington Post yang turut menyiarkan artikel mengenai aksi Raja Bomoh itu .....



Banyak pihak yang telah menyelar tindakan Raja Bomoh itu termasuk pihak Jabatan Agama dan yang paling glamer adalah kenyataan dari Khairy -





kerana kenyataan itu mendapat reaksi ganas dari tuanpunya badan !

Antara reaksi balas yang diucap oleh Bomoh Ibrahim Mat Zin adalah -

Biadap, kurang asam ..
KJ cari publisiti murahan menggunakan namanya...
Letak jawatan Menteri, saya letak jawatan Mahaguru .... kita try fight !
“Dia (Khairy) budak baru. Dia ingat saya baru setahun jagung.



Saya tampar macam buaya baru dia tahu...


TERBARU KJ telah balas kenyataan penampar Bomoh itu -

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini secara berseloroh berkata, "satu Malaysia" ingin menampar pengamal perubatan alternatif Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh kerana didakwanya telah memalukan negara.

"Dia seorang nak tampar saya tapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab memalukan Malaysia," kata Khairy sambil ketawa.

"Perbuatan dia syirik, khurafat... Jadi saya tak nak layan," katanya
- Mkini.




Pihak kerajaan telah menafikan ada kaitan dengan Raja Bomoh dan ini ditegaskan oleh Hishammuddin melalui tweet di bawah -



Begitu juga tegas Shahidan - Mkini - BN takkan upah bomoh 'Do Re Mi'


Menarik bila baca para bloggers dari kedua pihak bersungguh2 cuba mengaitkan Raja Bomoh ini dengan pihak lawan. Dua2 ada 'bukti' yang mengaitkan Raja Bomoh dengan pihak lawan.


Dalam video bertarikh 12 March ini ( KLiK ) Bomoh Ibrahim ada berkata -


Kita diarahkan orang tertentu....'Datuk, pergi ke airport. Tolong orang di sana.'



Hmmmmm .... siapa agaknya 'orang tertentu' itu ya ?  Tidak pula bomoh itu mahu dedahkan nama orang itu .....


Mungkin dalam siasatan pihak JAIS nanti, nama orang tertentu itu akan kita ketahui ...... ( Raja Bomoh bakal berdepan tindakan undang-undang - Sinar 15/3 )


Diharap jangan pula disorok nama orang itu ! Penting buat rakyat untuk tahu.


PS - Mengikut ramalan Raja Bomoh seperti yang disiarkan Sinar 10/3 di atas -

Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa, berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat  bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

“Saya nampak pesawat itu 'masih tergantung di ruang udara', di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

“Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam  dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib”, katanya. semalam
.


Nampak gayanya telahan beliau telah tersasar.

PS 2 - Satu yang saya hairan, kenapa pihak sekuriti KLIA membiarkan Raja Bomoh beraksi ? Kalau kali pertama mungkin terlepas walaupun ramai wartawan yang hadir, tapi untuk aksi kali kedua pun boleh terlepas ( walaupun ramai wartawan yang hadir ) ?

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 1:21 PM

aku yakin ini kerja pgayr..pilot pun penyokong tegar pgayr..takkan tak sedar2 lg dah berapa byk kekalutan dan kehuruharaan yg semuanya dikepalai oleh pemimpin2 pgayr? dah baca berita terbaru? rupa2nya pilot turut menghadiri perbicaraan anugerah tuhan sebelum itu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 2:03 PM

Patut suruh bomoh ni teropong jugak, apa yang anwar buat dalam bilik di 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur tarikh 26 Jun 2008 antara 3.01 petang hingga 4.30 petang. Jangan kata bunian sembunyi anwar pada waktu itu cukup la... memang nak kena penampar buaya dari rakyat Malaysia pulak le..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 2:41 PM

"Perbuatan dia syirik, khurafat... Jadi saya tak nak layan," kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin..

Saya melihat klip video tersebut, Di mana Syirik dan Khurafat?

Adakah dengan memegang dan menghantokkan Kelapa Muda itu dengan menyebut nama AllahuAkbar dikatakan Khurafat dan Syirik?

Ustaz Khairy Jamaluddin TOLONGLAH JELASKAN!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 2:53 PM

Wartawan dah duduk keliling dia. Lg pon sekuriti mab x dpt arahan utk halau. Cina india semu boleh buat ritual ringkas di klia. Diaorg bukan bwk pistol. Sama juga yg nak solat hajat.

Org putih yg tgk mereka biasa2 saja tgk ritual mcm ni. Cuma sindiran2 kecil. Cuma opposition yg manipulate semahu2nya.

Bila bomoh ni nak tampar kj. Oposition tarik hand brek. Suka la tu. Asal yg beri kelebihan pd opposition mesti x jd isu.

Persoalannya sampai bila kita nak jadi mcm ni.??...

Isu yg remeh jadi virul hanya kerana opposition manipulate. Kalau x manipulate x jadik apa pon.

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2014 at 3:09 PM

@Anonymouspenjelasan Jakim ( yang saya percaya akan dirujuk oleh KJ jua ) -
https://www.facebook.com/JabatanKemajuanIslamMalaysia/posts/832567603424645?stream_ref=10

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2014 at 4:47 PM

Masyarakat Malaysia dan Asia Tenggara sudah sinonim dengan perubatan atau "ikhtiar" cara begini, tiada apa yang pelik pun, ahli ahli politik sendiri pun ramai yang berjumpa bomoh, termasuk la orang kaya, orang berpelajaran, orang kampung semua nya pernah bertemu bomoh, selagi tak melaggar hukum islam tak salah rasanya,.... lagi satu aku rasa dalam hal mencari pesawat hilang ni bomoh yang menang, guna teknologi canggih tak jumpa jumpa pun, cuba cari kat bomoh tu tunjuk kot jumpa.... :)

Post a Comment