........... MH370 Side Story - Apa Jadi Pada Sistem Amaran Awal Pertahanan Negara ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 Side Story - Apa Jadi Pada Sistem Amaran Awal Pertahanan Negara ?

Sunday, March 16, 201435comments

Gambar hiasan

Cuba baca sedutan kenyataan akhbar oleh Najib semalam dalam kes MH370, berkaitan dengan sistem Radar negara kita. Ada dua perenggan -

Dalam fasa pertama operasi mencari, kami melakukan pencarian berhampiran posisi terakhir MH370 yang diketahui iaitu di Laut China Selatan. Pada waktu yang sama, kami dimaklumkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia bahawa menurut radar utama mereka, sebuah pesawat udara - yang identitinya tidak dapat disahkan - telah berpatah balik. Data radar utama ini menunjukkan bahawa pesawat udara berkenaan menggunakan laluan penerbangan yang membawanya ke satu kawasan di utara Selat Melaka.

Sejurus selepas itu, berhampiran sempadan kawalan trafik udara antara Malaysia dan Vietnam, transponder pesawat itu dimatikan. Mulai saat itu, radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia menunjukkan sebuah pesawat, yang dipercayai - tetapi tidak disahkan - MH370 memang berpatah balik. Ia kemudian terbang semula ke arah barat melalui semenanjung Malaysia, sebelum membelok ke arah barat laut. Sepanjang tempoh itu, sehinggalah ia hilang daripada liputuan radar utama tentera, pergerakan yang berlaku menunjukkan ia adalah hasil tindakan secara sengaja oleh seseorang yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Pergerakan sebuah pesawat yang tidak dikenali dikesan terbang dalam ruang angkasa negara untuk beberapa lama kemudian hilang dari liputan radar .... sehingga sekarang selepas lebih seminggu dan kita masih tidak tahu identitinya !

Saya bukan nak komen secara spesifik berkaitan MH370 ataupun mahu mencari kesalahan mana2 pihak dalam kes MH370 tapi cuma sekadar meluahkan satu kerisauan ....... Bagaimana kalau blip pesawat yang dikesan radar itu merupakan sebuah pesawat musuh yang mengancam keselamatan negara ?


Jika alasan yang diberikan adalah blip tu didakwa sebagai bukan musuh ..... yang mungkin saja bermaksud jenis pesawat itu tidak menunjukkan yang ia sebuah pesawat tentera, apakah tidak ada keperluan pihak ATM menyiasat untuk mengenal pasti .... biar sahih 100% siapakah gerangan empunya blip ?

Paling tidak usaha menghubunginya ? Dan jika tidak dapat dihubungi, pasti menimbulkan satu tandatanya yang menaikkan tahap kewaspadaan, dan meningkatkan kepentingan dari segi keselamatan untuk mengenal pasti pemilik Blip itu ?

Bagaimana jika musuh itu menyamar dengan menaiki pesawat komersil ? Dari luar nampak sopan tapi didalam penuh sarat dengan segala macam tuk nenek bom dan senjata pemusnah ! Jika itu keadaannya, bukan saja satu minggu, malah satu jam terlewat untuk mengenal pasti identiti blip bakal membawa bencana kepada negara.

Ayat seterusnya dari Najib - Sepanjang tempoh itu, sehinggalah ia hilang daripada liputan radar utama tentera ..... adakah itu menunjukkan yang pergerakan pesawat itu dikesan SEPANJANG penerbangannya melintasi utara Semenanjung, dikesan sepanjang ia berada dalam radius liputan radar TUDM  ? Yang blip itu hanya hilang setelah ia tidak lagi berada dalam kawasan liputan radar TUDM ? 

Berapa ratus km radius liputan radar TUDM ? Saya tak nak buat spekulasi di sini, hanya menafsir apa yang disebut oleh Najib. Kalau salah tafsiran saya bermakna kenyataan Najib itu yang tidak lengkap kerana mengizinkan tafsiran sebegini dibuat.

Errr ... kalau pesawat itu bawa pasukan tentera payung terjun musuh dan mereka semuanya terjun keluar dalam tempoh penerbangan melintasi utara Semenanjung, agak2 radar TUDM boleh kesan tak ?


Yang pasti secara peribadi saya melihat ada yang tak kena dengan sistem amaran awal pertahanan negara dari apa yang telah berlaku ini.

Nak kata radar kita tak boleh kesan ..... tapi Najib kata ADA dikesan. Jadi persoalan di sini, kenapa tidak ada tindakan setelah dikesan satu blip pesawat yang tidak dikenali ?

Salah siapa ? Wallahualam .... bukan nak cari salah sesiapa cuma mahu lihat apa jua kekurangan dapat diperbaiki secepat mungkin. Jika masalah sistem radar yang ketinggalan zaman, silalah pergi shopping. Jika tak cukup bajet, kerajaan boleh stop segala bajet yang rakyat rasa tidak perlu tapi Menteri yang perasan perlu supaya dapat disalurkan kepada sistem amaran awal yang lebih canggih.

Jika masalah human error, sila ambil tindakan.

Share this article :

+ comments + 35 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 4:10 AM

masalah bila kerajan beli equipment yg lebih canggih mula dapig terutamanya tony pua kan suruh beli yg murah punya,buang duit rakyat la mcm2 lagi,rasanya sop tudm kena diperkemaskan lagi jikalau berlaku lagi perkara mcm ni jet2 pejuang terus dikerahkan memintas tak kira friendly or foe dlm keadaan kecemasan,radar tentera pulak mungkin rada track plane ni sebagai friendly aircraft,jika foe aircraft rasanya gong kedak atau butterworh dah respon hantar sukhoi atau hornet utk memintas,belajar melalui pengalaman lepas ni rasanay sop tudm akan diperkemaskan lagi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 4:17 AM

Askar kita dok tidoq tutuh gaji buta tiap tiap bulan melaram tunjuk kat org kampung

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 16, 2014 at 5:21 AM

Mungkin kerana satu blip sahaja dan ianya menuju keluar dari ruang angkasa Malaysia maka TUDM merasakan tidak perlu bertindak. Tapi kalau dari awal (masih berada di atas semenanjung) dan tiada tindakan, ini dah kes berat. Bukan setakat pengendali radar pada pagi tu je yang patut diambil tindakan. Ketua TUDM juga kena bertanggungjawab dan letak jawatan dengan segera.

P/S : Tak rasa pelik ke radar tentera Indonesia, Thailand, Myanmar dan India tidak dapat kesan kewujudan pesawat ini? Bukan calang-calang orang yang boleh tahu terbangkan pesawat awam sambil mengelak dikesan pihak tentera. Bukan sikit maklumat nak kena ada untuk buat begitu. Sorry bro Din kalau bunyi macam spekulasi. Memang tak boleh nak ketepikan cari berita pasal MH370. Celik mata, on komputer cari berita. Dah masuk hari ke 9. Bini pon dah bengang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 7:32 AM

Lepas ni pastikan transponder tidak boleh dimatikan secara manual atau dengan kata lain, letak GPS kat tempat tersembunyi dalam pesawat serupa macam letak kotak hitam. Kalo nak matikan transponder, ianya boleh dimatikan secara remote control dari menara kawalan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 7:58 AM

Tidak semua rahsia pertahanan danbtindakan perlu di maklumkn.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 8:36 AM

Sistem radar ada banyak jenis bergantung kpd tujuan. Kebiasaannya radar hanya mengesan kehadiran objek (pesawat, helikopter, kapal laut) dalam radius signal sahaja.
Maklumat ini biasanya akan link secara terus dgn unit lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang objek tersebut dan sekiranya kehadirannya meragukan, barulah siasatan lanjut akan dijalankan untuk memastikan tahap ancaman yg dibawa objek tersebut.
Beza kita dgn teknologi radar negara2 maju spt US adalah tahap integrasi maklumat (integrated info) yg diperolehi. US memiliki sistem maklumat bersepadu dgn sokongan ratusan satelit perisikan di ruang angkasa memudahakan maklumat mereka diproses dn disahkan.
Dr M pernah cakap dulu yg negara tak perlu membazir membeli peralatan ketenteraan yg canggih2 dgn harga yg sgt mahal kerana negara kita bukamnya hendak pegi berperang... Sy prcaya Dr M bercakap dgn nada sinis kerana nk sindir pembangkang..

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2014 at 9:05 AM

Din
Aku suka tgok wayang cerita2 konflik antara negara dan juga perang. Selalunya jika ada intrusion jet pejuang akan discramble dan persue kapalterbang yg tak dikenali.

Dalam krisis ni mana jet2 kita. Kita ada airport di Gong kedak. Adakah mereka tu sedang tidur.

Ini serios din. Dalam beberapa jam tu Putrajaya boleh dibom tinggal abu.

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2014 at 9:22 AM

@AnonymousJawapan cliche yang memang dinantikan !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 9:43 AM

Saya syak semacam agenda besar nak memalukan atau nak mensabotaj nama baik negara. Saya syak pilot diugut yang jika permintaan tersebut diengkar ada nyawa yang akan terkorban. Sudah tentu ianya dirancang berbulan-bulan lamanya jika nak melesapkan sebijk pesawat yang bukan kecik saiznya.

Macamana pesawat tu boleh terlepas dari jangkauan radar ?

Senang jer, teori 9/11 kini berulang kembali. Orang bodoh jer yang percaya bahawa US tak mampu mengesan pesawat yang nak melanggar WTC. Dengan segala kecanggihan teknologi satelit yang boleh merakam apa jua pergerakan di bumi. Sudah sah, ianya satu konspirasi untuk menguji keberkesanan siistem pertahanan negara. Apa yang nak diuji ? Mungkin mereka sekadar nak tau sejauhmana Malaysia bersedia untuk mengekang aktiviti pengganas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 10:46 AM

Setuju dgn artikel ni..TUDM sepatutnya deploy fighter jet utk intercept mana2 unidentified aircraft termasuk tikar terbang dgn missile penampar buaya..!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 11:00 AM

Encik Din, encik seharusnya dapatkan jawapan dari pihak tentera dan bukannya meluahkan di sini utk di komen oleh orang2 yg juga tak faham bagaimana radar tentera di gunakan.

Sebenarnya seseorang telah jelaskan hal ini di RTM tp orang yg anti kerajaan tentu tidak tonton rtm kan.

Kalau encik din faham tentu encik tidak akan tulis artikel ni dan membiarkan pula orang lain tuduh tentera makan gaji buta. Sebagai ahli keluarga tentera, rasa sedih di tuduh begini.

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2014 at 11:01 AM

Kita pernah dengar berita bagaimana bila terdapat pesawat yang masuk, dikesan oleh radar... jika tidak dapat berkomunikasi, maka pesawat peninjau tentera akan dihantar untuk memintas dan mengarahkannya keluar atau mendarat segera... itulah yang sepatutnya terjadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 11:14 AM

apa takut sangat dengan tony pua ka , biar le dia menjerit macam babi gila , kerajaan buat le kerja , kalau asik nak layan dia , baik bagi dia memerintah,...kerajaan tak ada telor ke....bro din , saya tension betul le . asik2 tony puaka , asik2 dapigs....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 11:24 AM

Apa pun Bro Din,kalau you baca The Mail online UK,incident ini sudah di kaitkan dengan Anwar Ibrahim. Sekarang seluruh DUNIA akan tahu yang kerajaan Ahjibgor is about to 'jail' the opposition leader in Malaysia.

Sedang duk tengok program di RTM1 yang sedang berbincang 'live' pasal MH370 hal technical kes ini,apa pun Kapt Zaharie has manage to highlight to the WHOLE WORLD and spin the media nanti about the injustice being done to Anwar Ibrahim. Nampak nya consultant Ahjibgor belum FIKIR lagi how to do 'damage control' on our country and PM punya image. Nampaknya Ahjibgor kena lah BAYAR lebih lagi consultant fee for this crisis.

alfie- Ahjibgor MASIH tidur about this issue

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2014 at 11:27 AM

@Anonymousperkara ini diperkatakan ramai orang atau saudara tak sedar ?

kenapa saudara tidak gunakan ruangan komen ini untuk jelaskan perkara sebenar sptmana yg disiarkan oleh rtm ? Ramai nak tahu ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 11:39 AM

I like this...
ONE OF THE BEST COMMENT IN FB FROM SWEEDEN:-
It's sad to see how some Malaysians keep on bashing, blaming, judging the authorities of Malaysia each time they announced any news. It's not an everyday case that we encounter here but I believed they did their very best to find the clue behind the incident and the pressure to prepare the answers to the families. Can you imagine the burden they carried in their shoulders and how much precaution they have to take before announcing anything? No, because you are not in their shoes! That's why it's so easy to judge and bash them for any actions, responses, or announcements in fact they can't simply say anything they want. They desperately wanted to solve this puzzle for the sake of the related families and for the nation more than just to cater YOU, the public's crave for answers. They are still confuse as much as we do. If you have nothing better to say, just SHUT UP! Or follow silently, and if you still have a kind heart, say your prayers. Shame on you people who keep on bashing your own country where the fact you still live in it and called yourself Malaysian. At this time, Malaysia needs support from her people and at this hard time, it really testing our UNITY! It's just shameful when outsiders look at the ugly inside of the nation, showing how people lacking of respect & love to their own country. Whatever happen Malaysia, you have my support, love and prayers far thousand miles from Sweden! Be positive, we will find you #MH370! Keep on #prayforMH370 and their family members to keep strong. Have faith and please keep on praying not blaming (tears*).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 12:14 PM

pembangkang esp dap tahu kutuk je..tp depa jugak sibuk nak dedahkan rahsia pertahanan negara..
skrg ni..depa diam je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 12:24 PM

Dulu masa kapalterbang komersial pi langgar bangunan masa 9/11.....amerika serba canggih pun tak dapat detect....ni apatah lg negara kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 1:02 PM

@dinturtle

Tuan Din. Radar penerbangan mempunyai sistem identifikasi melalui kod-kod tertentu utk mengawasi pergerakkan kapal PENUMPANG.
Sebaliknya, radar tentera tidak mempunyai sistem pengenalan tersebut kerana fokus lebih ditumpukan terhadap KETEPATAN, KESENSITIFAN
dan KAWASAN LIPUTAN. Ini disebabkan sebuah pesawat pejuang bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan todak mungkin menggunakan kod
pengenalan KOMERSIL. Dalam isu ini, kita tidak boleh mengambil tindakan terburu-buru kerana TRAFFIK UDARA yang agak sibuk
pada laluan yang terlibat dengan krisis ini. Sebagai contoh, sekiranya kita 'tersalah pintas' sebuah pesawat penumpang American Airlines, rasanya
anda sudah mengetahui akan natijah yang kita terima!

Seperti yang anon di atas nyatakan, maklumat kententeraan sebenarnya adalah SULIT dan bukan sesuatu yang seharusnya dikongsikan bersama
seperti menurut sesetengah pandangan pemimpin-peminpin Malaysia. Pada pendapat saya, sekiranya dapat dibuktikan bahawa kehilangan MH730
adalah disebabkan faktor manusia, ini menunjukkan kelemahan pada pihak pemerintah yang mengambil mudah terhadap aspek keselamatan negara kita.

Bekas Tentera.

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2014 at 1:13 PM

@AnonymousTerimakasih kerana komen tanpa menggunakan bahasa kasar :)

Point saya sebenarnya mudah jer :

1- Radar detect blip yang tidak dapat dipastikan identiti tapi yang pasti ia bukan milik tentera

2 - Kenapa tidak dihubungi ?

3 - Selepas dihubungi dan tidak dijawab .... pastinya menimbulkan satu situasi yang memerlukan langkah seterusnya... kan ?

4 - Saya tidak kata kena pintas begitu saja tanpa usaha untuk hubungi. Persoalan yang ingin saya timbulkan, apakah ada usaha untuk hubungi supaya dapat dikenalpasti pesawat apa ?

5 - Atau memang bukan dalam SOP untuk menghubungi sebarang blip yang tidak dikenali ( tapi dikenalpasti sebagai bukan musuh ) ?

6 - saya tidak fikir soalan sebegini termasuk dalam apa yang dikategorikan sebagai maklumat ketenteraan rahsia. Kalau iya, maaflah :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 1:44 PM

@dinturtle

Tuan Din, sistem komunikasi TUDM bukan dari jenis terbuka atau 'open frequency'. Ini adalah salah satu ciri-ciri penting dari aspek keselamatan. Untuk menghubungi pesawat komersil dengan sistem frekuensi keselamatan, adalah amat mustahil dilakukan. Ini bukan bermakna pihak tentera tidak mempunyai kemudahan komunikasi jenis terbuka, tetapi PROTOKOL atau PROSEDUR keselamatan yang amat KETAT!

Tanpa membuat kajian yang terperinci, khususnya dalam kes seperti ini, kita akan sering membuat TAKSIRAN, ANDAIAN atau PENDAPAT yang kurang tepat. Sebenrnya, banyak perkara-perkara yang berkaitan dengan SOP yang tidak dapat dinyatakan kepada umum. Cukuplah kita tahu bahawa pihak tentera memang banyak bekerjasama dalam menyelesaikan krisis ini dan janganlah membuat anggapan dunggu terhadap sistem pertahanan negara kita.

Bekas Tentera.

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2014 at 1:47 PM

@AnonymousYep, jangan banyak soal ! Faham :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 3:27 PM

bro din , , kalau tak silap tin cuak ada cakap , dia nak gulingkan kerajaan dalam 5 bulan , adakah ini sebahagian rancangan dia , hantu ni kena teropong juga bro din

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2014 at 3:48 PM

Din
Aku setuju dgn pandangan kamu. Mana yg rahsia mmg kita tak mahu tahu. Persoalannya.
1. Kenapa kita tak htr jet pejuang memintas. Bukan suruh tembak tapi mengiring kpl terbang yg mungkin mengalami masaalah. Setidak-tidaknya kita tahu kplterbang siapa dan ikut sampai keluar kawasan kita.
2 Kplterbang tu melintasi semenanjung malaysia. Apa yg TUDM buat. Kalau negara Vietnam serang kita Penang dah habislah.
3. Radar yg canggih tak bermakna jika pengendalinya (tudm) gagal menjalankan tugas.
4. Kalau dibarat Panglima TUDM dah pun letak jawayan. Tapi aku faham diMalaysia org besar kalis letak jawatan ni yg kena nanti peg yg jaga monitor radar.
5. Rakyat perlu tahu adakah telah berlaku 'breach in security'. Kita berbelanja besar dalam pertahanan. Sesorang mesti bertanggungjawab.
6. Sekarang ni krisis mh370 dibincang hari2 dalm cnn, skynews. Masa aku post ni dibincang dlm skynews. Seluruh dunia melihatnya. Hingga masaalah pilotnya ditelanjangi oleh media2 luar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 6:36 PM

Saya yakin Air Defense Radar diutara telah mengesan MH 370 sejak awal, namun ianya dikenali sebagai pesawat komersial. Setiap hari ratusan pesawat komersial melalui laluan ini dan radar pertahanan udara dan pengendalinya tidak mengetahui samada ianya MH ke AK ke. Mereka hanya tahu ianya komersial aircraft atau fighter.
Pada saya, blip yang dilihat dari arah timur menuju kearah barat dan terus keluar dari ruang udara negara dalam masa lebih kurang 30 minit, tidak akan memungkinkan sebuah jet TUDM untuk scramble. Kalau nak scramble sesebuah fighter tentulah perlu kelulusan Panglima Operasi,....pada jam 2 pagi,..sebelum pilot sempat ke pesawat dan Panglima Operasi bagi greenlight, pesawat intruder dah pun keluar dari ruang udara. Perlu diingat, pilot siap sedia bukan duduk di cockpit, jet fighter juga bukan duduk dilandasan. Sesebuah pesawat pejuang bukan macam proton preve...start engine boleh terus jalan. Antara 45 min ke 1 jam diperlukan untuk pesawat itu boleh terbang dari keadaan rest (berbeza dari jenis pesawat). Sila study 9/11, bagaimana sukarnya untuk scramble jet untuk intercept...prosedur sangat rumit bagi mengelak tersalah tembak seperti pesawat 747 KAL 007 oleh Rusia. Lagi satu, kalaulah pada jam 2 pagi radar pertahanan udara Thai dapat kesan sebuah fighter dari selatan menuju kesempadan negaranya,....tentu akan menjadi lebih huruhara. Itulah, kebijaksanaan yg diperlukan oleh TUDM Dalam membuat keputusan dalam beberapa saat,...tersilap boleh membawa padah.
Saya tetap menyokong pegawai pengendali radar tudm, wise thinking in critical situation....well done. Many people does not know ur job....

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2014 at 6:40 PM

Din
Aku baru tgok recording PC pagi tadi. Ada wartawan tanya pasal radar tudm.
Hisham cuba mengelak jawapan dari wartawan dan kata tumpuan pada mencari mh370.
Kemudian dia kata recording data radar. Maknanya pengawasan bukan secara realtime. Ini yg mengejutkan aku.
Kalau Malaysia kena bom negara luar hanya mereka yg hidup boleh tahu siapa punya kerja. Itu pun kalau bangunan radar tak kena bom.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 6:41 PM

persoalan yg baik oleh dinturtle....setiap org boleh mempersoalkan dan kritikal dlm setiap pekara...

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2014 at 7:04 PM

@Anonymous"wise thinking in critical situation" itu merujuk tindakan yang mana ?

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2014 at 7:04 PM

@AnonymousBergantung kepada perkara juga dan level kerahsiaannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 8:13 PM

Din..baca balik yg anon tu tulis..cuba study balik kes 9/11..susah x susah nak scramble fighter jet..bukan mcm keta..start enjin terus jln..dlm masa utk approval, pilot nak gerak ke jet, jet nak dikeluarkan ke landasan..warm up time..dgn semua masa tu, pesawat intruder dah keluar dari ruang udara negara..

Pada esa adam..mana plak pemantauan based on recorded data...realtime la bro..agak2 aaa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 10:43 PM

@dinturtleSaya tidak hafal setiap ayat yang dituturkan oleh pakar yang dijemput oleh RTM tu, tetapi apa yang dia terangkan lebih kurang seperti yang diberitahu di satu laman web oleh seorang pesara pegawai US Navy.

Saya copy paste kat sini:

By AATTP Guest Contributor Jim Wright
Jim Wright is a retired US Navy officer with an extensive background in military intelligence.

Most military radar isn’t concerned with commercial air traffic on standard routes flying at 30,000+ feet. The skies are full of jetliners. Most just appear as a contact on a tracking scope, watched briefly as they trundle along in a straight line across the sky, and are then ignored.

Military people are concerned with threats. Threats typically move in a ballistic trajectory, or a flat fast powered arc, or much closer to the surface. Military radar records might be helpful in figuring out what happened,

but unless Flight 370 was behaving like a threat while passing through somebody’s radar envelope, it’s unlikely that anybody would notice or bother to identify it.

Also military people charged with defending their airspace don’t like showing people from other countries their radar systems, and for damned GOOD reasons, so it’s going to take some time to get those records. It’s going to be a while before a complete search those recordings can be done.

************

Saya rasa saya faham kebimbangan orang-orang awam. Anda merasakan Negara kita boleh ditakluki atau diserang bila-bila masa dan itu memang benar, tragedy Lahad Datu adalah contoh terbaik.

Malah Great Britain juga tidak sangka Argentina akan melancarkan perang terhadapnya untuk merampas kembali Falklands suatu ketika dahulu.

Kuwait juga tidak pernah menyangka yang Iraq akan menyerangnya untuk merampas secebis Tanah sekangkang kera di sempadan Kuwait-Iraq(tapi kaya dengan minyak) suatu ketika dahulu.

Sememangnya tiada siapa boleh menduga hati kawan bila tiba-tiba dia menjadi lawan.


Maka, jika Encik Din dan penyokong2 Encik merasakan TUDM harus menukar SOP dan tatakerja mereka mengikut kehendak orang awam seperti Encik dan rakan-rakan Encik, maka salurkanlah pendapat tersebut kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Pemimpin Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 10:55 PM

tentang penulisan isu ini..kerana saya juga mencari jawapan...

....................
Reply To This Comment ...................
March 16, 2014 at 10:59 PM

Ini yg Hisamudin cakap dalam PC pagi tadi. Bukan aku yg cipta. Dia yg memgelak x mahu jawab soalan wartawan. Dia kata fokus utama nak cari mh370. Melainkan aku salah dengar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 16, 2014 at 11:12 PM

statement dr tudm hanya menyatakan objek yg tidak dikenali...ini mengelirukan dan punca ia di pertikaikan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 19, 2014 at 10:32 AM

kalau stranger masuk rumah kita, tapi kita buat tak tau je sampai stranger tuh keluar..sape yang pelik sebenarnye stranger ke kita?huhu

Post a Comment