........... MH370 - Sidang Media Perlu DiPerbaiki ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - Sidang Media Perlu DiPerbaiki !

Wednesday, March 12, 201430comments



Petang tadi berlangsung lagi sesi sidang akhbar kes MH370. Lewat sikit ... biasanya jam 3 atau 4 dah buat tapi tadi hampir jam 6 pm. Kenapa saya sebut benda ni ? Sebab sejak tengahari tadi riuh dalam watsup group KONONnya ada berita gempar yang berlaku dan ia menghangatkan suasana di kalangan pekerja2 MAS. KONON PC sengaja ditangguhkan bla bla bla ......Entah ya entah tidak sebab masa PC tadi, takder pun disebut apa2 yang lain dari yang dijangkakan.

Saya tidak akan sebut apakebendanya sebab tidak mahu dituduh sebarkan SPEKULASI LIAR.

OK, saya sempat rakam PC tadi dan perlu saya sebut, kali ini suasana PC agak tegang .... jelas terasa sudah hilang kemesraan antara mereka yang diatas pentas dengan wartawan2 dibawah. 

Wartawan2 sudah mula hilang kesabaran dan soalan2 lebih bernada menuduh. ( accusatory note ). Seperti dijangka, topik utama adalah mengenai isu Radar TUDM yang dikatakan telah mengesan MH370 patah balik menuju ke Selat Melaka ( yang kemudiannya dinafikan oleh Panglima TUDM - KLiK )

Satu lagi yang didesak oleh wartawan adalah isu bilangan penumpang yang tidak jadi naik sebab dikatakan bercanggah kenyataan antara DCA dengan KPN semalam.

Saya sertakan video2 penjelasan yang mereka buat di bawah.

Yang saya nak komen kali ini adalah hubungan kerajaan ( yang diwakili agensi2 terlibat ) dengan para wartawan yang sudah tidak lagi kelihatan mesra.

Kita janganlah cepat melatah dan menuduh terdapat konspirasi para wartawan luar mahu memburukkan imej negara. Mungkin ada, mungkin tidak. 

Tapi yang saya nampak, terdapat banyak kelemahan dari segi CARA MENJAWAB dan POINT2 Yang DiJawab oleh wakil2 agensi2 terlibat yang perlu diperbaiki.

Saya suka kepada cara Hishammuddin jawab dan kawal suasana. Jelas beliau berjaya mengawal situasi tadi.

Mungkin ada baiknya dilantik saja Hishammuddin sebagai wakil tunggal menjawab soalan. Sebelum itu wakil2 lain bolehlah memberikan penerangan secukupnya kepada beliau supaya senang beliau jawab.

Dan ada baiknya diberi kepada para wartawan supaya dapat mengemukakan sebarang soalan dalam bentuk tulisan terlebih dahulu supaya pihak kerajaan dapat menyediakan jawapan yang terbaik ketika sesi soal jawab. Tapi ini bukan bermakna wartawan terikat kepada soalan bertulis semata2 .... cuma sekurang2nya kerajaan sudah tahu lebih awal soalan2 favorit untuk waktu itu dan bersedia dengan jawapan yang memuaskan semua pihak.

Sebarang soalan yang tidak mampu dijawab oleh Hishammuddin, bolehlah dijawab oleh wakil2 lain.

Bukankah itu untuk kepentingan semua pihak juga ? Saya yakin para wartawan cuma mahukan jawapan yang sebaik mungkin bukan dengan sengaja mahu memerangkap kerajaan dengan permainan kata2.

Sebagai contoh, kenapa RAMAI wartawan yang menyerang dengan soalan berkaitan Radar TUDM tadi ? 

Sebabnya wakil yang menjawab sebelum ini tidak memberi jawapan dengan memuaskan. Tidak lengkap dan banyak ruang untuk ditafsir dengan pelbagai spekulasi. 

Kemudian level of confidence dan kepetahan berkomunikasi dalam omputeh juga boleh dipertingkatkan lagi. Hisham OK.

)
 KLik ke Youtube .


) KLiK ke Youtube


)

 KLiK ke Youtube.


Laporan media mengenai sidang akhbar tadi -

Astro Awani -  
MH370: Hishammuddin nafi banyak kekeliruan timbul

Mkini -  
TUDM kesan pesawat tak dikenali' di Pantai Barat


Sinar- 
Menteri nafi sembunyi fakta SAR MH370


Themalaymailonline - 
Plane spotted in Straits of Malacca but may not be MH370, air force says

Plane spotted in Straits of Malacca but may not be MH370, air force says - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/malaysia-says-last-sighting-of-plane-possibly-off-west-coast#sthash.HJqFCRDX.dpuf

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 10:30 PM

Mat ATM tu bila berckp mcm mare2 je.

Masa US invade Iraq dulu, aku tonton general2 Amerika cakap cool je ...

Selain H20, communication skil mamat2 top level kita mcm hancur je ... DCA Chief tuh ckp trsangkut2 je ...

Apa2 pun moga Allah permudahkan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 12, 2014 at 11:12 PM

kes kapal terbang ini semakin pelik
ini sudah jadi macam kes bukit jenalik

sudah jadi macam kes lahad datu


cerita simpang siur

belit dan putar
tak tahu mana betul 
mana yang sengaja dirancang
hakikatnya satu dunia bersimpati
hakikatnya ini satu kemalangan

hakikatnya 
kita simpati kepada anak semua bangsa

simpati kepada agama semua bangsa

simpati kepada keluarga yang malang


tapi gedebe malaysia

 yang membuat kenyataan agak bodoh

mereka berhadapan bukan dengan media utusan

bukan dengan wartawan metro

bukan dengan media lembik


yang datang wartawan dunia

wartawan yang tak ada lesen cetak

tak ada noktah untuk bertanya

maka terserlah kebodohan pemimpin malaysia

maka terbogeng cawat pegawai malaysia

maka nampak hasan malek menteri malaysia


semua ini lahir kerana malaysia

tidak ada kebebasan media

pegawai tidak ada pengalaman media bebas

pegawai tak tahu bagaimana memberi jawapan
menteri hanya tahu wartawan kaki bodek



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 12:01 AM

Ini lah akibat nya bila UMNO tidak amal BUDAYA BERDEBAT dan BERPIDATO untuk memileh pemimpin mereka. Bila anak2 bangsawan ini bergaya pakai kot dan boleh cakap orang putih,maka also automatic mereka di beri kedudukan dalam UMNO. Semasa Dr M jadi PM,banyak kali jawatan Presiden tidak di bertandingkan sebab kita mahu kekal pemimpinan dia. Dr M was AN EXCEPTION considering his abillities so masuk akal lah kita biar jadi pemimpin kita untuk masa yang lama. Tapi ada kah Pak Lah dan Ahjibgor mempunyai KEBOLEHAN sangat sama macam Dr M sehingga mereka juga tidak boleh di cabar dan di uji semasa PAU dengan cara berdebat atau berpidato agar kita BOLEH lihat keupayaan dalam segi ini! Zaman sebelum PRU12 semasa pemimpin kita di hormati dan tak payah cakap banyak untuk membuat sesuatu benda tapi sekarang mereka di maki di ejek oleh rakyat kalau tersilap kata atau 'talk cock'.

Dengan tragedi ini setiap kali adanya PC,kita boleh tengok banyak orang kita cakap orang putih berterabur di depan kamera TV station antarabangsa. Kita nampak sangat backward dan kuno di kaca mata dunia.

Saya sangat setuju dengan pendapat Kadir Jasin.

alfie- bila Ahjibgor cakap mulut nya berbuih dan air muka nya macam orang 'Down-syndrome'.

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2014 at 12:47 AM

Din
Mereka ni sebelum PC tak compare note dulu ke. Top brass main redah masuk PC ikut brief pegawai masing2.
Ini PC dihadiri wakil media seluruh dunia. Bila dah tak betul mula salahkan media spin berita.
Fact antara CEO Mas, DCA dan kpn juga mengelirukan. Bila ditegur media luar kita nak marah. Tapi sebenarnya kita yg tak cekap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 12:55 AM

Tolong jangan ejek orang Sindrom Down.

Mereka bukan bodoh. Mereka cuma cacat.

Semoga anak anda tidak dilahirkan dengan kecacatan otak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 2:03 AM

@AnonymousKalau ini lah betul,maka kita ada banyak calon sebagai pengganti Najib!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 2:11 AM

Yang PandaI2 sangat nie, cuba lah fikir sejenak... Kalaulah anda berada di tempat Pengarah DCA En Azharuddin tu.. apa agaknya komen anda sendiri...

Wartawan cuba provoke dgn keterlaluan, soalan bertalu2, sedangkan jawapan tiada..

Banyak juga perkara yang samar2, separa terang tidak boleh dihebohkan kerana siasatan belum selesai...

Apa Nak sangat ke jadi Macam Vietnam...

Kejap dah jumpa Bukti... pastu Bukan.. Esok ada lagi jumpa bukti pastu bukan.. aleh2 jumpa lagi.. pas tu bukan..

MH370 dari KLIA, Malaysia melalui Vietnam, Thailand, China...

Sistem elektronik dijammingkan, sehinggakan tiada suatu sistem yang mampu berfungsi..

Ini bukan lah TAHAP Negara Malaysia yang belum mempunyai sebarang keCanggihan Teknologi..

Ini adalah ujian, test, ogok2 kepada Semua Kuasa Besar yang Konon-Kononnya memiliki sistem canggih? Mereka pon tidak mampu mengesan di mana MH370???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 2:31 AM

@Esa AdamBetul Bro,saya kenal sangat mentality Top Brass ni semua,yang mereka kira hanya bila di soal,mereka BERANI jawab,betul kah tidak tak mustahak bagi mereka,nak nak orang putih pulak yang bertanya.

Dengan rakyat Malaysia mungkin kita akan kencing dalam seluar bila kita nak tanya soalan yang sensitive tapi dengan wartawan asing mereka akan terus pergi ke 'jugular vein' dalam soalan mereka. Yang penting bagi mereka ialah janji boss mereka tengok jawab soalan walau pun cakap orang putih berterapur dan tak masuk akal. Cuba kita tengak KP Immegresen Datuk Alooyah ngatah apa apa lah yang dia cakap atau jawab. Tapi yang penting lepas PC nanti bila dia balik penjabat dia akan kata kata staff2 dia "Kau orang tengok tak aku kena kan balik wartawan orang putih tu!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 3:21 AM

Bro Din
Saya tak mahu komen berasaskan politik tetapi berasaskan simpati kepada keluarga mangsa.
Setelah mendengar PC oleh pihak berkuasa dan mengikuti laporan operasi yang dijalankan, rumusan saya adalah seperti beikut;
1. MH370 ada mengalami kerosakan enjin semasa di laut cina selatan. Sebuah enjin telah terbakar dan jatuh di laut cina selatan.
2 MH 370 ada berpatah balik seperti dikatan oleh Air Force Chief. Tetapi kapal tak pergi ke KL sebaliknya menuju ke Langkawi melalui selatan thailand dan utara semenanjunga.
3 Langkawi dipilih kerana landasannya panjang dan terletak di tepi laut.
4 Sampai di pantai barat MH370 kena buat pusingan melalui Pulau Perak ke LTAB Langkawi dari arah selatan. Mungkin kemalangan berlaku di laut antara Pulau Perak dan Langkawi. Sebelah kapal ini telah kehilangan 1 enjin dan menyebabkan sebelah lagi satu berat dan seterusnya hilang imbangan.
5 Kapten tak memilih LTAB P Pinang kerana penduduk yang padat, dan Kuala Lumpur pula pesawat kena melepasi banjaran gunung yang tinggi dan ini merbahaya.
6 Operasi SAR kena segera dilakukan di antara Pulau Perak dan Langkawi.dan diharap MH370 segera dijumpai. Pihak SAR juga kena bersiap sedia dengan alat2 bagi mengapong MH370 dan menyelamatkan mangsa jika ada yang masih hidup.
7 SAR juga boleh membuat penerbangan tinjau dari pantai timur ke barat.
Inilah rumusan saya dan diharap rumusan ini dapat dibaca pihak berwajib.

SABBAS

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 6:17 AM

Kali ini barulah aku nampak kejantanan H2O. Berani dan yakin menjawab soalan media. Beliau banyak kali menyelamatkan keadaan dengan membantu memperjelaskan lagi point seandainya beliau mengesan pegawai-pegawainya gagal menyampaikan fakta dengan baik. Kemampuan H2O mengawal kepanasan PC dengan soalan bertali arus haruslah dipuji. Ada jugak media-media luar negara yang tidak beradab ketika menanyakan soalan. Di sinilah kita dapat melihat H20 berjaya mengawal emosinya ketika dihujani dengan soalan-soalan berbentuk spekulasi dan tuduhan liar. Pada masa yang sama, beliau jugak perlu berhati-hati agar tidak memberi jawapan yang boleh mengguris hati keluarga mangsa. Oleh itu, saya tak teragak-agak untuk memberikan gred A kepada H2O. Salute to H2O. Chief DCA tu ternyata gagal menjawab dengan lancar dan jelas. Saya rasa Chief DCA tu patut letak jawatan jer kerana memalukan sungguh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 7:24 AM

Hai abg din. Saya setuju sangat sangat tentang PC harus diperbaiki. Coz nampak sangat orang kat atas tu jawab soalan macam tak ada confident. Macam `agak agak je lah`… And then one thing saya tak berkenan tentang panglima tudm tu.( minta maaf kalau ada yang tersinggung) saya tak suka cara dia menjawab soalan. Nampak macam pandai sangat but the end of the day , zero. Saya masih ingat kes lahad datu , every time PC, nampak sangat that he trying to be hero tetapi selalu telan air liur bila nervous. Mungkin ada yang tak perasan. Hmmm, lainkali pihak atasan atau berwajib simpan lah orang yang ada keyakinan dan dapat mengawal emosi bila dikritik ketika PC. Tak gituuuu .......*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2014 at 7:42 AM

@AnonymousPolitik wartawan luar lain sikit dengan politik wartawan tempatan :)

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2014 at 7:45 AM

@AnonymousSebab keadaan yang sukarlah mak kita perlukan kemahiran untuk menjawab !

Kemahiran menjawab bukan kemahiran bekerja jadi saya tidak pertikaikan dari segi kerja mereka yang di atas.

Kemahiran menjawab adalah public speaking skills.

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2014 at 7:46 AM

@AnonymousAirport di KT lagi dekat dan besar juga, langsung tidak ada trafik selepas jam 10 malam.

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2014 at 7:48 AM

@AnonymousApakata wujudkan Kementerian MC dan H2O jadi Menteri Penuh ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 8:18 AM

Ralat . Kes lahad datu tak ada kena mengena dengan panglima tudm . Sebenarnya saya nak tulis panglima Tudm ni macam kes kat lahad datu. Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zain pun nervous waktu PC. Siap telan air liur. Maaf ya. Tulis salah pulak.lols...*!*

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 8:53 AM

Din,
LTKT berdekatan dengan penduduk dan membahaya mereka dan landasan tak cukup panjang untuk Boeing777.
MH370 mempunyai banyak minyak dan perlu di bakar dahulu sehingga ke minima sebelum mendarat supaya tidak berlaku kebakaran yang besar. Lagipun Langkawi mempunyai landasan yang sangat panjang untuk kapal terbang besar seperti Boeing777.

SABBAS

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 9:00 AM

Betul! Semalam Kapten Datuk Nik Huzlan ada ckp, klu pesawat turned back sbb berlaku kerosakan, airport Terengganu yg plg dekat dan sesuai unless pilot silap judgment dan pilih Langkawi.

Jika pesawat buat soft emergency landing dan terperosok di dalam gaung d sepanjang East-West highway, sudah pasti tidak akan ada letupan, tiada serpihan tetapi pesawat tersembunyi dicelah-celah hutan belantara antara Kelantan dan Perak. Pasti ada survivors tp dgn makanan dan minuman yg mungkin dah habis, nyawa mereka pasti terancam.

Saya harap ada lah sesiapa yg ambil initiatif utk scout hutan dan gaung sepanjang highway tu.....no harm to try.

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2014 at 9:17 AM

@Anonymoussaya tak pasti dari sudut specs dan teknikal tapi boeing 747-400 boleh landng di TGG.

minyak boleh dilepaskan dari udara :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 10:09 AM

@dinturtle Skill ni xde orang yang boleh atasi Bang Non kecuali TDM.

Joe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 10:29 AM

@dinturtleAda masa nak pilih pilih tempat landing pulak? Kenapa Pilot xde s.o.s call je dulu. Pakai vhf/uhf radio ke, henpon ke, 1 penumpang pun xde cuba call.

TUDM radar pun x boleh pinpoint and identify UFO ni. Kalau ye pun x boleh identify bukan ke patutnya TUDM dah scramble jetfighter dia untuk siasat kalau dah masuk airspace Malaysia. Nampak mcm tidor je dan incompetent menjaga ruang udara..

Yang TUDM ni pun nk enter frame kemudian bagi statement bercelaru.
Baik diam dan bagi tau pada agensi yang menyiasat je.

Joe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 10:30 AM

Kita patut belajar daripada negara2 lain daripada sudut mengendalikan PC. Sepatutnya sudah ada pakar dalam mass comm dan pr dalam agensi keselamatan negara yang bertindak sebagai jurucakap. Top Brass cuma akan tampil mengendalikan pc bila ada perkara yang benar2 mustahak dan berita besar yang harus diumumkan.

Lihat saja di US, segala pc berkaitan dikendalikan oleh wakil jurucakap bagi pihak white house yg kebanyakkannya bertaraf setiausaha rendah sahaja. Bukan tiap2 hari state scretary atau president bg pc.

Berhubung dengan laporan berkaitan dengan kelewatan dan kegagalan kerajaan menanggani isu ini, komen Tun M, ringkas dan padat terus kepada kenyataan. Sekiranya gagal katanya ianya juga adalah kegagalan negara2 lain seperti china, india, us, flipina, singapore, indonesia kerana sehingga kini disebalik segala usaha dan juga teknologi yang ada termasuk penggunaan satelit, hasilnya masih tiada. Malah pihak pengeluar pesawat boeing juga gagal menyatakan ataupun menunjukkan di mana pesawat ini berada walaupun di war2 kan sebagai sebuah pesawat komersial yang tercanggih.

Yang pasti semua akan terungkai sehingga pesawat ditemui dan jurucakap pc harus berpegang kepada kenyataan tersebut. Perkara yang lain kebanyakkan bersifat spekulasi kerana kejadian sebenarnya masih tidak diketahui.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 1:30 PM

Bro Din,jangan kata selain dari sidang media perlu di perbaiki,saya baru tengok Berita RTM1 jam Satu,saya fikir media Berita kerajaan PERLU dibaiki.

Dalam berita jam satu tadi,mereka asik sibuk duk report dan interview orang2 yang pakai topeng muka dan cermin mata hitam kerana JEREBU,here is the best part tak ada satu saat pun report pasal usaha untuk padam api dan asap di tempat yang TERBAKAR!!! Apa punya tanggong jawab,sial punya kerajaan!!! Macam mana rakyat nak respect mereka!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
March 13, 2014 at 1:34 PM

Setakat ini Hishamuddin memang sesuai untuk tugas PC. TUDM pon ok. MAS pon ok. Yang lain-lain dok kat belakang je dah la. Tak payah cakap apa-apa. Ada info, bisik-bisik pada Hisham sudah la. Tak payah pegang mic untuk bercakap sama.

P/S: Tolong hentam orang yang benarkan bomoh tu buat onar kat KLIA. Siap naik tikar terbang. Aduyai.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 4:49 PM

Melayu Kampung..

Zam-zam al lakazam...mmg memalukan, klu dh nak buat sgt, cari la lain tempat tersorok ckit. Selain dr Hisham, yg lain tu pi la masuk kelas pr dlu, tanya ckit dh nak melenting, kenapa?..penat dan tension konon, masa ni la nk tunjukkan kualiti apabila di amanahkan utk buat kerja, lg pun masa yg lepas2 dok buat apa bos bos2..c buk kat golf club..gaji dan elaun dh tentu byk kan?...lepas jumpa ni pi la blik golf club utk berehat lg 2, 10, 30, 50 tahun..bukannya keluar duit sendiri pun nk bawak kapal atau heli atau k.trbang pun !!!, bukan elaun bertambah ke?..jd lain kali bila rporter tanya jawab !!, bukannya nk menuduh wrtawan dok spin citer...!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 6:51 PM

sidang akhbar jadi huru hara kerana ada banyak maklumat yang tidak pasti..tetapi jelas h2o gunakan pengalaman dia dalam politik untuk kawal sidang akhbar..kalau kita kat tempat pengarah dca tu pun mungkin kita berpeluh dengan desakan2 dari wartawan lebih2 lagi big boss ada kat sebelah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2014 at 10:43 PM

Waduh waduh din dulu kes lahad datu bukan main kritik h2o konon , lani puji lak dapat kontrol pc lagu mana ni....

....................
Reply To This Comment ...................
March 13, 2014 at 10:46 PM

@Anonymous? ? saya komen bersandarkan tindakan dan kenyataan bukan atas dasar peribadi :)

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
March 14, 2014 at 12:34 AM

@Anonymous

Hishammuddin memang cool dan dirasakan sesuai mengendalikan PC dan beliau sepatutnya hanya ada bila ada maklumat penting sahaja.

Saya setuju kita kena ada wakil jurucakap.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
March 14, 2014 at 1:04 AM

PC tu jadi buang masa sebab kena jawab spekulasi2 yang terlalu banyak. Malah lebih banyak spekulasi daripada maklumat sahih. Bila jadi macam ni wartawan ada juga yang bongok sebab tak dapat tumpu pada maklumat sahih maka dilapornya spekulasi. Kalau dalam kes menjawab spekulasi ni aku suka cara Najib jawab...."that's speculation...i'm not going to answer that!" cool apa!

Post a Comment