........... MH370 - RUMUSAN Inmarsat Menjadi Penutup Spekulasi | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH370 - RUMUSAN Inmarsat Menjadi Penutup Spekulasi

Tuesday, March 25, 201422comments


Dari TMI -

Penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkembangan terbaru ini kepada pemberita sebentar tadi berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Najib berkata, pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.

"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan.

"Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi,"

Dari Astroawani -

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.



Dari Reuters  -




Analysis of satellite information from British company Inmarsat had shown that the Boeing 777's last position was in the Indian Ocean west of Perth, Australia, Najib said in a statement.

"This is a remote location, far from any possible landing sites," he said. "It is therefore, with deep sadness and regret, that I must inform you that, according to this new data, Flight MH370 ended in the southern Indian Ocean."

- Najib said Inmarsat had been performing further calculations on the data.


"Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370's flight path," he said.

"Based on their new analysis, Inmarsat and the U.K. Air Accidents Investigation Branch have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth."


Asked how Inmarsat experts had made the breakthrough, Chris McLaughlin, senior vice president for external affairs, said: "They tested (the earlier findings) against a number of known flights of other aircraft and came to the conclusion that only the southern route was possible."

The new method "gives the approximate direction of travel, plus or minus about 100 miles, to a track line," he told Britain's Sky News.

"Unfortunately this is a 1990s satellite over the Indian Ocean that is not GPS-equipped. All we believe we can do is to say that we believe it is in this general location, but we cannot give you the final few feet and inches where it landed. It's not that sort of system."



                                               ***************************

Apakah RUMUSAN  pihak Inmarsat itu dibuat berdasarkan data yang diterima dari satelit atau ping yang dihantar oleh pesawat ATAU ujian bersandarkan perbandingan ( TEORI ? ) ?

 "They tested (the earlier findings) against a number of known flights of other aircraft and came to the conclusion that only the southern route was possible."


Jadi RUMUSAN Inmarsat dijadikan rujukan akhir kita untuk menamatkan sebarang spekulasi mengenai apa yang berlaku kepada MH370.



Cuba baca laporan Washington Post bertarikh semalam yang linknya turut di letak di laman resmi Inmarsat -


Ia bukan mengenai RUMUSAN yang dirujuk oleh PM Najib tapi melihat sejauhmana peranan Inmarsat dalam misi pencarian MH370 dan turut mempersoalkan kenapa begitu lama masa diambil untuk menjuruskan tumpuan kepada kawasan selatan Lautan Hindi itu.

Nearly everything about this flight's disappearance has been mystifying from the start. But there is still a question of why it took two weeks to get from Inmarsat's calculations on March 9 -- one day after the plane disappeared -- to the corner of the southern Indian Ocean being scoured right now - KLiK.


Apapun, kita tunggu kenyataan media esok bilamana pihak kerajaan akan menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan RUMUSAN Inmarsat yang telah mengakhiri misteri MH370.

Share this article :

+ comments + 22 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 3:13 AM

Org bodoh percaya dan terima bulat2 puak barat ni buat teori tnpa ada bukti sebenar pesawat itu atau mayat.. CIA sejak dulu lg pembunuh dunia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 7:23 AM

Abg Din. Lepas dengar Najib announced berita semalam, rasa macam tak percaya. Hmmm, kesian lah keluarga penumpang dan anak kapal mh370..apa yang mampu saya beri hanya doa..untuk mereka. Al fatihah buat yang muslim..REST IN PEACE FOR THE VICTIMS OF MH 370.Kesian lah abg..pepagi macam ni emotional la pulak.*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 7:39 AM

Al-Fatihah untuk penumpang-penumpang MH370 yang beragama Islam.

Meskipun begitu, pasti akan timbul lebih banyak persoalan daripada jawapan. Pada masa yang sama, kerajaan perlu bersedia apa jua kemungkinan termasuk tindakan saman daripada keluarga mangsa.

Pasti akan berlegar-legar macam-macam persoalan. Apakah Kapten Zaharie bertanggungjawab sepenuhnya dalam tragedi ini ? Jika ya, apakah motifnya ? Jika bukan Zaharie, siapakah perancang utama yang terlibat dalam konspirasi sebegini ?

Apa yang paling ditakuti ialah hubungan renggang antata Malaysia dengan China yang mungkin boleh tercetusnya konflik antarabangsa. Kita tak mau peperangan wujud di rantau ini hanya kerana tragedi malang MH370.

Pada masa yang sama, negara-negara yang dilalui oleh MH370 juga gagal mengesan pesawat terbabit melalui radar masing-masing. Lebih-lebih lagi US yang mempunyai kepakaran dan teknologi canggih. Pesawat ini bukan disorok oleh jin atau makhluk halus, tapi amat-amat mengecewakan kerana satelit pun gagal mengesan lebih awal.

Bagaikan dirancang dengan rapi, laluan peswat ini jugak clear atau dikosongkan khas supaya tidak berlanggar atau berselisih dengan pesawat-pesawat lain. Pada masa itu jugak semua radar di negara-negara yang dilalui oleh MH370 "ditidurkan". Semua persoalan-persoalan ini menuntut penjelasan yang lebih meyakinkan daripada sekadar membuat kesimpulan yang lemah dan boleh dipertikaikan kelak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 8:37 AM

Ini titik permulaan teori konspirasi ala 9/11 yang akan berpanjangan sehingga penemuan dan selesainya investigasi kotak hitam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 9:22 AM

Aku cuma inginkan kepastian sama ada serpihan tu benar-benar milik MH370. Atau ianya sekadar serpihan-serpihan kapal yang terkandas di lautan. Jika benar pesawat tu boleh melencong dari Igari sehingga ke selatan Lautan Hindi, saya betul-betul respek kerana 'mereka' mampu menyembunyikan pesawat besar selama 17 hari tanpa dapat dikesan atau dijejaki. Kalah David Copperfield, ahli silap mata yang terkenal tu yang dikatakan pernah menghilangkan sebuah kapal terbang. Tapi yang pastinya, satelit US dan satelit China ada kelemahan dan kekurangannya kerana ianya adalah ciptaan manusia. Mana ada ciptaan manusia yang benar-benar sempurna. Namun begitu, saya percaya bahawa benda ni seolah-olah macam telah dirancang dengan begitu teliti sehinggakan tiada berlaku sebarang kesilapan pun. Ianya berjalan dengan baik mengikut perancangan yang telah diatur sebegitu rapi. Terus-terang saya perkatakan MH370 adalah konspirasi yang benar-benar sempurna tanpa sebarang kecacatan jika nak dibandingkan dengan teori 9/11 yang boleh dipertikaikan. Ini kerana MH370 melibatkan banyak pihak dari pelbagai negara dengan bermacam-macam kepakaran. Tapi itupun tidak banyak membantu dan masih menemui jalan buntu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 10:47 AM

Lum terungkai lagi En Din. Selagi kotak hitam atau bahan bukti pengesahan dipaparkan, selagi itulah teka-teki kehilangan MH370 tidak akan diterima. Peralatan pengesan terkini pun tidak mampu mengatasinya. Satellite abad ke 19 pulak yg boleh mengesannya. Kan pelik tu. Guana En Din? ??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 10:49 AM

Kesian si Najib.., suatu kepimpinan yang lemah dalam menangani isu lesapnya pesawat MH370.

Najib nampaknya sudah terjebak dengan mainan, perangkap & ugutan Zionist-Dajjal-Barat-Keparat.., apabila dia terikut-ikut, semakin akur semasa mengumumkan kisah dongeng.., iaitu kononnya pesawat MH370 telah terhempas di selatan Lautan India.., demi mengikut skrip yang disediakan oleh puak Zionist-Dajjal-Barat-Keparat.

Walaupun terdapat berbagai teori konspirasi yang dilontarkan kepada kita.., namun motif puak-puak yang merancang & membuat kerja jahat itu demi kepentingan puak mereka perlulah kita ambil kira terlebih dahulu untuk menjejaki & membukti tindak-tanduk mereka itu. Setakat ini begitu banyak sekali teori-teori konspirasi tentang lesapnya pesawat MH370.., semakin menuding jari kepada puak Zionist-Dajjal-Amerika-Barat-Keparat sebagai dalang utama disebalik kerja jahat itu.

Maka.., Najib jangan sekali-kali akur dan dia patut jauhkan diri dari puak-puak Dajjal itu.., sekiranya dia nak selamatkan negara Malaysia dari menjadi mangsa dan habuan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 12:01 PM

Copied dr whatsapp:

BENAR-BENAR KAU MENDARAT DI SISI TUHAN

Mungkin kau tidak kami sifatkan sebuah keranda gergasi yang menerbangkan mereka ke sisi Tuhan...

Pada malam kami menonton Ketua Negara membuat pernyataan
Dengan sebak dan pilu yang ditahan
Maka pasrahlah kami bahawa telahpun bertemu jawapan
Pencarian telah tiba di penghujung jalan.

Berakhirlah sebuah penantian
Walau masih banyak persoalan
Mengapa burung gergasi itu mendaratnya di kedalaman
Jauh dari sebarang lapang pendaratan
Di tempat paling pencil dan sunyi lautan
Ternyata doa kita telah dijawab oleh Tuhan.

Maha suci Pencipta
Telah membuktikan tiada alat ciptaan mampu mendapatkan
Walau secanggih mana rekaan ilmuan
Jika bukan Dia memberi perkenan.

Maka insaflah kami
Kau Maha Mengetahui
Walau yang dicari cuma sebutir pasir dalam laut paling dalam
Atau sehelai daun dalam hutan paling tebal.

Tuhan... kami selesai sudah menunggu
Perkhabaran dari-Mu
Biarlah airmata yang telah kering
Mengalir semula
Untuk kami menginsafi
Detik-detik akhir mereka di dalam sana
Menyaksikan debaran kuat saat-saat cemas melalui Koridor Selatan
Dan menjunam, dan tenggelam, dan kelemasan
Menyaksikan satu persatu teman senahas
Dijemput Tuhan
Dan ternyata segah manapun kenderaan buatan manusia
Secanggih manapun teknologi pengesan
Hanya bukan apa-apa
Jika dibanding ciptaan-Mu
Maka benarlah, kami bukan pencipta, Tuhan...

Kami tertunduk malu
Dalam kesedihan
Mengakui kami bukan siapa-siapa
Tanpa perkenan-Mu
Jika ini isyarat-Mu, Tuhan
Benar, kami telahpun menerimanya
Dan MH370... benar-benar telah mendarat di sisi Tuhan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 12:15 PM

Despite segala kehebatan teknologi komputer, akhirnya kaedah Doppler Effect, yg Gen Y pastinya anggap kuno, yg berjaya memberi petunjuk vektor laluan pesawat.

Tahniah kpd anggota penyiasat yg terfikir utk guna kaedah tersebut.

Walaupun Malaysia sudah pasti akan terus ditohmah dgn segala tuduhan....dianggap pembunuh dan sebagainya.... Khalid Samad pun dah siap suruh PM dan Hisham letak jawatan (agaknya kalau anak dia yg kena culik, ada ke orang Umno yg akan salahkan dia ek?), saya harap majoriti rakyat Malaysia masih waras untuk terus mempertahankan maruah dan nama baik negara.

Ada seorang rakan saya menganggap Najib sebagai chicken kerana tidak mahu mengambil sebarang soalan dari wartawan (macam lah itu tugas seorang PM) tetapi bagi saya sekurang-kurangnya our PM berani berdepan dengan live audience. POTUS (President of the U S) bila nak umum tragedi gini selalunya buat in the comfort of his Oval Office je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 2:03 PM

Mh370 bawa penumpang seramai 239 org..'berakhir di selatan lautan hindi...' blum rasmi lagi nasib mereka2 itu...TAPI...
529 ORG PENYOKONG MORSI DIJATUHKAN HUKUMAN MATI OLEH MAHKAMAH MESIR...Ada sesapa yg buat bising...mcm berita kaki jer kan...fikir2 kan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 2:04 PM

Macam2....selagi tak jumpa kotak hitam tu tak yah la nak berkonspirasi sangat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 3:09 PM

Rakyat Malaysia Hari ini rata2 begitu mudah mengikut hawa desakan Pemfitnah Pembangkang..., menuduh Kerajaan dengan berbagai Tohmahan.. Adakah Kita Berfikir
.
1. Jika sekiranya, Kerajaan UMNO memainkan isu Kehilangan MHO 370 - Kenapa hampir semua Kuasa2 Besar menurut PERINTAH - Korrdinasi yang di buat oleh Malaysia.. Mana2 pesawat SAR mesti melapor di Subang terlebih dahulu sebelum ke tempat lapangan.. Jadi di sini.. Adakah Malaysia juga termasok dlm kategori Kuasa Besar yg sewenang2nya boleh mengarahkan mana2 aset2 canggih di dunia untuk di guna-pakai?
Atau apakah kerana Malaysia terkenal sebuah negara yang Pro Membantu dan Kontra kepada sebarang keganasan.. tak kira pelaku keganasan atas ciri agam atau motif selainnya?

2. Pembangkang seperti biasa, mengutuk, komplain, komen yang amat mudah dilakukan.. Tetapi sehinhha ke Hari 19 ini, mana satukah asas atau cadangan yang dibuat oleh Pembangkang dlm operasi SAR?

3. Anwar Ibrahim baru ditemuramah oleh CNN - dan kelam kabut, bagi statement salah.. zaharie adalah dari Parti Pemerintah? Tak hafal dialog ke atau memang Boddoh.. Kurang Daya Ingatan?

4. A Jauhari, Mamat DCA - Azharuddin, Hishamuddin - bukannya mewakili UMNO - tapi mereka ini mewakili seluruh Warga Malaysia dlm menangani tohmahan Wartawan Asing yg rata2 cuba memanipulasi isu dan KEKADANG.. Wartawan ini menanyakan soalan BODDOH yg tak der kena mengena dgn Operasi SAR?

4. Politik Malaysia juga dikatkan walhal isu ini adalah isu peringkat dunia - cubaan untuk menghentam China dan USA dgn menggunakan Malaysia MH370 sebagai juadah..

5. Macam2 lagi isu.. Tapi Hati Juak Pembangkang terlalu Hitam Berlegam.. Pekat sudah hati2 mereka membenci sesama insan sesama agama.. sesama kaum..mereka sudah tanamkan dalam diri masing2 ... umno jahat, umno penipu..jadi apa saja yg kerajaan umno buat semuanya tak betul.. bukannya apa yg mereka nak dengar dan harapkan..

7. Hari ini terbukti bahawa Kerajaan Najib Ah Jib Gor telah berjaya secara keseluruhannya mengarah, memujuk, meminta Kuasa2 Besar membantu Malaysia dlm operasi SAR.. Kuasa2 Besar ini seperti China, UK & Great Britain, USA, France, India, Australia, Jepun dsbnya akur dengan permintaan Malaysia membantu (walau ada nyg sukarela) tapi tanpa permintaan dan penerimaan drp Kerajaan Malaysia bolehkah mereka ini membantu?

Saya masih berpegang pada yang benar tetap benar yang salah tetap salah..

Ingatkah kita bahawa, dalam Bulan Mac 2013, tetiba Kapal Pemusnah Bom (Pemusnah Radar) di kesan di laut sulu, selepas kemaraan penceroboh Sulu..

Kapal2 Pemusnah US - Pinkney, Kidd dan satu lagi John sudah pon berada di perairan Laut China Selatan.. mampu memesong, mengnyah-aktifkan radar2 kommersial dan ketenteraan di rantau Asean ini..

Kenapa Pihak Singapura yg terkenal dgn kecanggihannya dlm teknologi ketenteraan HANYA BERDIAM DIRI sehingga hari ini? Apa jadi dgn radar kommersialdan ketenteraan mereka?

Banyak lagi isu sebenarnya yg nak ditulis, tapi mampukah pemikiran sampai ke arah itu? atau masih dgn akal yang mudah menyalahkan pemerintah?

Dalam isu SAR ini, sekalong penghargaan, pujian harus dan amat wajar diberikan kepada Najib Razak @ Ah Jib Gor, Hishamuddin, A Jauhari dan Azharuddin dalam menangani kemaruk persoalan drp Wartawan dan semu pihak berwajib yang terlibat dlm Operasi SAR..

AWDA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 3:11 PM

Tuan Tuan Sekelian... Marilah Kita Bertanya kpd diri Kita masing2... Kemana perginya semangat Kesiakawanan Asean?

Kenapa peranan yang dimainkan oleh Singapura, Indonesia dan Thailand.. Jiran terapat Malaysia tengelam..

Apakah mereka ini sebenarnya NEGARA PROKSI AMERIKA?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 3:21 PM

Anwar menyalahkan kerajaan apabila berkata di lobi Parlimen, "Tahniah kpd semua pihak yg telah bertungkus lumus dlm usaha menyelamat MH 370. Tetapi sampai skrg timbul kemusykilan masih tdk dpt maklumat, punca, kenalpasti kehilangan, kegagalan radar di Gong Kedak kenalpasti mengapa pesawat mengubah haluan dan berpatah balik."

Begitulah Boddoh nya Anwar Ibrahim.. ini soalan jika sekiranya Kotak Hitam sudah di temui dan Kerajaan tidak membuat pendedahan mengenai kandungan kotak hitam barulah boleh di buat pertuduhan sebegitu..

Apakah Anwar Ibrahim sudah silap skrip? baca skrip terlalu awal untuk soalan tersebut?

Mana ada Cadangan kearah penyelesain operasi SAR.. tak der..

Mudahnya jadi pembangkang di Malaysia.. Tak payah cerdik janji Hemtam, perlekeh.. sebab sebab sebab?

Mana cadangan penyelesainnya..

TANYA HADI AWANG... Radar itu Besi.. Boleh pakai ker?

AWDA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 3:25 PM

saya amat setuju dgn anon 10.49.

najib checkmate dah dgn dajalkafir. keyakinan kita pd titik terakhir pesawat namun sayang tak jumpa menybbkan najib mengikut kata barat melalui jurupandu manusia abad ini iaitu media barat. merekalah yg keluarkan awal2 lagi navigatian igary dan tah apa2 lg istilah penrebangan setelah itu barulah kita akur dan membuat 2 area pencarian atas dasar flight turn back(ini pun ikut kata barat).

tahukah kita sehingga saat ini sebarang serpihan belum di naikkan lagi, segala2nya dlm bentuk digital sbg bukti, point data dlm setelit yg tentunya display on monitor komputer pun diterima sbg bukti sahih dan msia terpaksa akur segalanya apa yg org barat kata.

maknanya seluruh dunia menjadi pak turut kepada digital semata2, apakah point dan data by satelit dan fakta yg ditunjukkan dlm monitor segalanya? apakan daya bila kuasa besar memilik segalanya dan tekanan yg kuat oleh media barat yg kata kjaan kita lemah segalanya maka najib terpaksa akur dan akur, w/pun dh nampak kemana hujung jatuh permainan ni terhadap msia namun kita ni sekadar semut2.

Seirama pula dgn pembangkang dimsia dan rakyat2 yg obses terhadap segala yg dari bukan kjaan, maka ibarat jatuh ditimpa tanggalah kjaan kita.Negara china sbg kuasa besar melalui MENLU mereka telah meminta data2 satelit dr msia, so dh nampak kemana standing kjaan msia dan standing negara china.

Akhir sekali betapa data2 digital yg paksinya 101010.. menjadi jawapan kpd kita, dan semua akur termasuk rakyat yg obses dgn pembangkang, namun data dlm bentuk hitam putih yg menunjukkan manusia bernama anwar tgh berzina dan tompokan air mani yg disahkan melalui tindakbalas dan DNA biologi menjadi polemik yg tak berpenghujung dgn hujah2 konspirasi, hujah2 agama dn hujah2 politik yg akhirnya berkecailah kesatuan dn persatuan ummah di msia dek data tersebut. Agaknya kalulah barat yg memaparkan bukti2 video dan DNA itu mungkin semua org melayu akan menerimanya sbg bukti yg solid namun video itu sekadar besi dan air mani itu sekadar kezaliman terhadap anwar, maka kita akan selalu ditimpa malang bertimpa2 dek kehebatan dan kecerdikan kita, akhirnya orang lain juga yg untung.

bdr jengka

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 3:34 PM

Ramai yang bertanya2 kenapa kelihatan hanya sekarang setelah lebih 2 minggu barulah petanda dan pertunjuk jelas keluar...dlm isu MH370..

LUPA kah kita, Berapa Ramai yang bersolat hajat memohon..

" Ya Allah, Jika di laut timbulkan lah, Jika di langit turunkan lah, Jika di darat tunjukanlah"

Bila dah ditunjukkan, ditimbulkan... Manusia rata2 masih lagi mempersoalkan Ketentuan Allah AzzaWajalla..

Allah Berfirman " Nikmat Aku Yang Mana Satukah Yang Kamu Dustakan" .. kpd Jin dan Manusia...

Manusia hari ini, semakin jauh apatah lagi Ingin Mengucapkan Syukur di atas Penemuan Positif Tanda2 MH 370..

Sepatutnya Kita semua berdoa supaya Allah menumjukkan siapakah sebenarnya dalang2 disebalik Kehilangan MH370..

Saya menyeru supaya di adakan suatu solat hajat bertujuan supaya Allah AzzaWajalla menunjukkan siapakah sebenarnya Dalang isu MH370 ini.disamping mengucapkan kesyukuran di atas petanda2 awal MH370 tersebut

Seluruh Umat Islam WAJIB berdoa memohon Pertunjuk drp Allah siapakah Tangan2 disebalik kehilangan MH370..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 6:22 PM

Saya kekadang teramat pelik kpd separoh commentar2 d blog2 lebih lagi yg mengaku beragama islam.
Tak habis nak salahkan pihak berkuasa yg mengendali kes ini (termsk PM). Canggihla
mcm mana perkakas buatan manusia jika
Allah kata Kun Fa Ya Kun maknanya klau kata DIA tak jumpa lagi tak jumpa la.
Ingat lautan ini kecil kah jika sudah terjunam
kedlm laut radar ke mama radar if HE SAID
NO JUMPA means blm lagi DIA inginkan
manusia2 dari mana2 negara menjumpai k/t
ini. Org bkn islam mmg d srh meratap jika ada
saudara yg mati org islam tidak gitu.
Put those unthoughtful commenters in SAR shoes prob they will face same situations.
Jgn nak salahkan penyiasat semanjang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 6:34 PM

Anon 3.34pm,

Syabas dan terima kasih atas peringatan ini.

Benar....rupanya masih ramai yang lupa tentang segala doa yang telah diucapkan oleh ribuan (mungkin jutaan) penduduk Islam seluruh dunia.... meminta dan merayu semoga Allah beri petunjuk tentang keberadaan MH370.

Sayang.....setelah Allah berikan... sedikit yang mengucapkan syukur. Masih lagi hendak bertanya kenapa baru sekarang.... masih lagi hendak kutuk mengutuk sesama Islam.

Ayuh...saudara Muslimku...

Ayuh... kita terus berdoa. Walaupun worst case scenario ialah MH370 terperosok di lurah paling dalam, tapi kuasa Allah tiada batasan.

Sepertimana Allah mengarahkan burung-burung untuk melemparkan batu ke arah tentera bergajah Abrahah hingga gajah-gajah yang besar itu terus hancur,
tidak mustahil untuk Allah arahkan sotong-sotong Humboldt untuk menolak MH370 ke permukaan atau ke arah kapal-kapal yang sedang mencari itu.

Ingatlah kepada Allah.....saudaraku...
Yakinlah kepada Allah..... saudaraku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2014 at 8:45 PM

Astafirullah..saya baru tersedar.. Terima kasih atas peringatan saudara.*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 11:31 AM

@AnonymousKalau anak kita kena culik dan kemudian diberitahu mungkin telah dibunuh, adakah salah jika kita merasa sedih?...jika saudara-mara dan sahabat-handai kita merasa sedih?

Adakah kita harus lupakan hal kita dan lebih mengambil berat tentang apa yang berlaku di rumah seseorang yang tinggal beratus kilometre dari kita?

Ya, kita sedih dan turut terkejut dengan berita hukuman yg dijatuhkan kepada lebih 500 orang ahli Ikhwanul Muslimin.

Kita juga sedih dengan berita pemyembelihan bangsa Rohingya di Myammar.

Kita juga sedih dengan berita pembunuhan muslim di Nigeria... di Selatan Thailand... di Selatan Mindanao... di seluruh dunia!

Tapi salahkah untuk kita juga bersedih dengan kematian atau nasib malang yang menimpa rakyat kita sendiri..?????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 12:28 PM

Redho je la..mmg payah hdk menerima kenyataan. Sedikit sebyk antara kita ada yg sdh kehilangan org tersayang.. tempat mereka lebih baik dari dunia yg penoh pacar roba

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 26, 2014 at 9:27 PM

Salam Semua..

DAPigs sudah pon mula kepanasan ... Teruskan Berdoa Wahai Rakyat Malaysia...

DAP DAN AHLI MAJLIS MPSP SURUH BERHENTI BERDOA #MH370

http://mymassa.blogspot.com/2014/03/dap-dan-ahli-majlis-mpsp-suruh-berhenti.html

Biar mereka Si Kafir, Si Munafik, Si Fasik ketahui akan BISAnyer DOA ORANG MUKMIN...

Post a Comment